12 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal + Bukti Bayaran

RM30 Ribu dengan blog saya pernah hasilkan tanpa menjual apa-apa produk

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Boleh ke nak buat duit online tanpa modal?

Kami boleh SAHkan yang BOLEH buat duit online tanpa modal. Walaupun untuk sertai program mereka tidak memerlukan modal tapi ada yang perlukan modal untuk melakukan persediaan.

Kami akan tunjukan bukti bayaran yang telah kami terima.

Kami juga boleh sertakan bayaran-bayaran orang lain yang dah buat duit online tanpa modal dari sumber yang sahih.


Ini antara platform atau keadah yang kami cadangkan anda untuk bermula buat duit online:


Bukti Bayaran Buat Duit Online

1. Google Adsense

Google Ads adalah bentuk pengiklanan yang disediakan oleh google. Anda perlu ada medium untuk iklan dari google ini keluar contohnya: Youtube & website/blog

bukti bayaran buat duit online tanpa modal dari google adsense
4560.90 USD kalau tukar duit Malaysia? Kira sendiri. Tapi ni income lama.

2. Syarikat Pengiklanan (Malaysia)

Antara syarikat pengiklanan lain konsepnya lebih kurang sama dengan Google Adsense adalah Innity. Anda perlukan website/blog untuk sertai mereka. Tiada bayaran yang dikenakan untuk sertai.

bukti bayaran buat duit online dari innity.
Innity antara Syarikat yang memberikan pulangan yang baik. Tetapi syarat-syarat kelayakan agak tinggi namun ia berbaloi. Masih releven sehingga ke hari ini.

3. Facebook Reels

Facebook juga ada buat program seperti youtube. Video reels yang kita upload ke faceboook boleh di monitisasi dan diberikan bayaran oleh facebook.

4. Affliate Klik Jer

Buat duit online dengan affiliate adalah kita hanya mempromosikan link affliate kita (selepas daftar) kemudian setiap pembelian dari link affiliate kita, kita akan mendapat komisyen jualan.

Tidak menjadi kewajipan untuk ada website. Boleh gunakan sosial media facebook, Instagram, youtube atau tiktok.

Buat duit dengan affiliate bukti bayaran
Bayaran dari komisyen affiliate menjual produk digital dari Klik Jer.

5. Tiktok Affliate

6. Shopee/Lazada Affiliate Menerusi Involve Asia

RM20,000 sebulan dengan affiliate involve asia. Sumber IG: @yes_iman

Antara website yang popular di Malaysia sekarang adalah:

  • Shoppee Affiliate
  • Lazada Affiliate
  • Involve Asia
  • Tiktok Affiliate
  • Klik Jer Affiliate
  • Bukulali Affiliate

Jika anda cari maklumat di internet, terdapat banyak lagi cara tapi ini antara yang kami rasa releven sehingga ke hari ini dan kami juga melakukannya.

Kami terangkan lebih terperinci dalam ulasan-ulasan kami dibawah.

Teruskan membaca!


Kaedah Untuk Buat Duit Online

Berikut adalah cara asas untuk buat duit online di Malaysia yang tidak memerlukan modal.

NoCara Buat Duit OnlinePenerangan
1PengiklananDaftar dengan platform seperti Google AdSense atau Involve Asia. Pasang iklan pada laman web/blog, dan terima bayaran setiap kali pelawat klik iklan.
2Paid ReviewTulis ulasan berbayar untuk produk atau servis di platform seperti Intellifluence atau ReviewStream. Pendapatan diperoleh dari ulasan atau produk percuma.
3Pemasaran AfiliasiSertai program afiliasi seperti Shopee Affiliate atau Lazada Affiliate. Promosikan produk melalui pautan unik dan dapatkan komisen dari setiap pembelian melalui pautan tersebut.
4Tawarkan Servis Secara OnlineGunakan kemahiran seperti menulis, reka bentuk grafik, atau penterjemahan. Daftar di platform seperti Fiverr atau Upwork dan mula menawarkan servis kepada pelanggan.

Ada blog yang memberi pendapat atau cadangan untuk buat survey online, tapi percayalah banyak masa habis untuk menjana pendapat dari buat survey. Akhirnya tidak mendapat apa-apa yang diharapkan.

Kebanyakan syarikat akan menawarkan peluang untuk bersama buat duit online melalui 4 kaedah yang kami nyatakan diatas.

  • Ruang Pengiklanan
  • Buat Review
  • Affiliate
  • Servis Online

1. Buat Duit Dengan Tiktok

Baca juga artikel blog terbaik kami di bawah untuk bermula:

Mendapatkan pendapatan melalui TikTok memang boleh dicapai dengan pelbagai cara.

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk buat duit dengan menggunakan platform TikTok:

1.1 Iklan Berbayar-Brand Partnerships

Kolaborasi dengan jenama: Bekerja sama dengan syarikat atau jenama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

Pengiklanan produk sendiri: Mempromosikan dan menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri.

1.2 TikTok Creator Fund

Menyertai TikTok Creator Fund: Ini adalah dana yang ditubuhkan oleh TikTok untuk membayar pencipta berdasarkan prestasi video mereka.

INFO: The Creator Fund is currently available to creators in the U.S., UK, Germany, Italy, France, and Spain.

1.3 Live Streaming dan Hadiah Virtual

Menerima hadiah virtual: Semasa streaming langsung, peminat anda boleh menghantar hadiah virtual yang boleh ditukarkan dengan wang tunai.

Menjual tiket untuk acara khas: Anda boleh menjual tiket untuk acara eksklusif atau bengkel melalui streaming langsung.

1.4 Affiliate Tiktok

Pemasaran affiliate: Mempromosikan produk orang lain dan mendapatkan komisyen dari setiap jualan yang dilakukan melalui pautan affiliate anda.

1.5 Penjualan Merchandise

Menjual merchandise: Membuat dan menjual barang dagangan seperti baju, topi, atau produk lain yang berkaitan dengan kandungan anda.

1.6 Penghasilan Kandungan Berbayar

Kandungan eksklusif: Menawarkan kandungan eksklusif kepada pengikut anda melalui langganan berbayar atau platform lain.
Penajaan: Mendapatkan penajaan dari jenama atau syarikat untuk menghasilkan kandungan khas atau menjalankan kempen khas.

1.7 Menyediakan Perkhidmatan

Menawarkan perkhidmatan: Jika anda adalah pakar dalam bidang tertentu, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda melalui TikTok.

1.8 Menyertai Cabaran TikTok

Cabaran TikTok: Menyertai dan memenangi cabaran yang dianjurkan oleh TikTok atau jenama lain boleh memberi anda hadiah atau ganjaran kewangan.

1.9 Penghasilan Muzik

Menjual muzik: Jika anda seorang artis muzik, anda boleh menggunakan TikTok untuk mempromosikan dan menjual muzik anda.


2. Buat Duit Dengan Instagram

Baca juga artikel blog terbaik kami di bawah untuk bermula:

Membuat duit melalui Instagram adalah sesuatu yang semakin biasa, terutama dengan kemunculan pengaruh media sosial.

Berikut adalah beberapa strategi yang boleh anda gunakan untuk memulakan pendapatan melalui Instagram:

2.1 Pemasaran Influencer

Kolaborasi Dengan Jenama: Menawarkan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan jenama lain dalam siaran atau cerita Instagram anda.

Posts Berbayar: Membuat siaran berbayar untuk jenama atau produk, biasanya dalam bentuk ulasan atau demo produk.

2.2 Jual Produk atau Perkhidmatan

Kedai Instagram: Menggunakan fungsi kedai Instagram untuk menjual produk secara terus pada pengikut anda.

Promosi Produk Sendiri: Jika anda mempunyai produk atau perkhidmatan sendiri, gunakan Instagram sebagai alat pemasaran untuk menarik pelanggan.

2.3 Tawarkan Perkhidmatan Fotografi atau Videografi

Portofolio: Tunjukkan bakat anda dalam fotografi atau videografi melalui siaran Instagram anda dan tawarkan perkhidmatan anda kepada orang lain.

Jual Gambar: Anda juga boleh menjual gambar atau video berlisensi kepada agensi atau individu.

2.4 Kursus dan Webinar

Promosi Kursus: Jika anda seorang pakar dalam bidang tertentu, tawarkan kursus atau webinar dan gunakan Instagram untuk mempromosikannya.

E-book: Jual e-book atau panduan digital melalui Instagram.

2.5 Pengurusan Akaun Instagram

Perkhidmatan Pengurusan: Tawarkan perkhidmatan pengurusan akaun Instagram kepada syarikat atau individu yang memerlukan bantuan dalam menguruskan kehadiran media sosial mereka.

Konsultasi Media Sosial: Tawarkan khidmat nasihat kepada mereka yang ingin meningkatkan kehadiran mereka di Instagram.

2.6 Kolaborasi Kreatif

Kolaborasi Dengan Kreatif Lain: Bekerjasama dengan kreatif lain untuk projek bersama dan berkongsi pendapatan yang dijana dari projek tersebut.

Sponsorship: Menarik sponsorship dari jenama atau syarikat untuk projek atau siaran kreatif anda.

2.7 Tawarkan Kursus atau Bimbingan

Bimbingan: Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, tawarkan sesi bimbingan atau kursus melalui Instagram.

Workshop: Anjurkan workshop atau kelas master dan gunakan Instagram untuk mempromosikannya.

2.8 Affiliate Marketing

Promosi Produk Affiliate: Promosikan produk melalui pautan affiliate dan peroleh komisen untuk setiap jualan yang dibuat melalui pautan anda.


3. Buat Duit Dengan Facebook

Mendapatkan pendapatan melalui Facebook kini lebih mudah dengan pelbagai alat dan platform yang ditawarkan oleh Facebook.

Berikut adalah cara-cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan pendapatan melalui Facebook:

3.1 Facebook Marketplace

Menjual Produk: Jual produk fizikal atau digital anda di Facebook Marketplace untuk capaian yang lebih luas.
Perkhidmatan: Tawarkan perkhidmatan anda, seperti membaiki komputer, katering, atau perkhidmatan pembersihan.

3.2 Facebook Live dan Stars

Penerimaan Tips: Melalui fungsi Facebook Live Stars, anda boleh menerima “stars” yang boleh ditukarkan dengan wang sebenar sebagai tips dari peminat atau pengikut anda.
Jual Produk: Gunakan Facebook Live untuk mempromosikan dan menjual produk secara langsung kepada pengikut anda.

3.3 Facebook Audience Network

Monetisasi Aplikasi: Jika anda seorang pembangun aplikasi, gunakan Facebook Audience Network untuk memasukkan iklan dalam aplikasi anda dan mendapatkan pendapatan dari iklan tersebut.
Video Monetisasi: Monetisasi video anda melalui Audience Network dengan memasukkan iklan video.

3.4 Facebook Group

Kelas atau Kursus: Cipta kumpulan tertutup dan kenakan yuran keahlian untuk kandungan eksklusif atau kelas yang anda tawarkan.
Promosi Produk: Jika anda memiliki jenama atau perniagaan, gunakan kumpulan Facebook untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan anda.

3.5 Facebook Page

Pengiklanan Berbayar: Terima tawaran pengiklanan berbayar dari jenama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka melalui halaman anda.
Kolaborasi: Kolaborasi dengan influencer atau kreator lain untuk meningkatkan jangkauan dan potensi pendapatan.

3.6 Affiliate Marketing

Promosi Produk: Promosikan produk dari jenama lain melalui pautan affiliate dan dapatkan komisen dari setiap jualan yang berjaya.
Ulasan Produk: Buat ulasan produk dan sertakan pautan affiliate anda untuk mendapatkan komisen dari jualan.

3.7 Menawarkan Perkhidmatan Konsultasi

Pakar dalam Bidang Tertentu: Jika anda adalah pakar dalam bidang tertentu, tawarkan perkhidmatan konsultasi atau bimbingan melalui Facebook.
Webinar dan Workshop: Anjurkan webinar atau workshop dan gunakan Facebook untuk mempromosikannya dan menjual tiket.

3.8 Penciptaan dan Penjualan Kandungan

E-Book atau Kursus: Cipta dan jual e-book atau kursus online anda melalui Facebook.
Jual Foto atau Artwork: Jika anda seorang jurufoto atau seniman, jual karya anda secara langsung melalui Facebook.


4. Buat Duit Dengan Youtube 

Baca juga artikel blog terbaik kami di bawah untuk bermula:

Membuat duit melalui YouTube adalah salah satu cara yang paling popular dan terbukti berkesan untuk menjana pendapatan secara online.

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan, beserta ulasan ringkas mengenai setiap kaedah tersebut:

4.1 Monetisasi Melalui YouTube Partner Program (YPP)

Iklan AdSense: Setelah memenuhi syarat-syarat tertentu (seperti memiliki sekurang-kurangnya 500 subscriber dan 4,000 jam tontonan dalam masa 12 bulan terakhir), anda boleh memohon untuk menyertai YPP dan mula menjana pendapatan melalui iklan yang dipaparkan pada video anda.

Bacaan Lanjut: Cara Menambah Subscriber Youtube

Super Chat: Melalui fungsi ini, peminat boleh membayar untuk menonjolkan mesej mereka semasa siaran langsung (live streaming).

4.2 Pemasaran Affiliate

Pautan Produk: Promosikan produk atau perkhidmatan dari syarikat lain dalam deskripsi video anda dan peroleh komisen untuk setiap jualan yang dibuat melalui pautan anda.

4.3 Jual Produk atau Merchandise

Merch Shelf: YouTube menyediakan fungsi “Merch Shelf” yang membolehkan kreator menjual produk atau merchandise terus dari halaman saluran mereka.
Pengiklanan Produk: Gunakan video anda untuk mempromosikan dan menjual produk atau perkhidmatan anda.

4.4 Sponsorship dan Brand Deals

Kolaborasi Jenama: Bekerjasama dengan jenama untuk membuat kandungan berbayar atau sponsored content.
Ulasan Produk: Bekerjasama dengan jenama untuk membuat ulasan produk yang jujur dan terperinci.

4.5 Kandungan Premium dan Donasi

Patreon atau Memberships: Tawarkan kandungan eksklusif kepada peminat atau pelanggan yang membayar yuran bulanan melalui platform seperti Patreon atau fungsi “membership” YouTube.
Donasi: Meminta donasi dari peminat melalui platform seperti PayPal atau Buy Me a Coffee.

4.6 Menjual Kursus atau Pendidikan

Kursus Online: Jika anda adalah pakar dalam bidang tertentu, cipta dan jual kursus online atau bahan pendidikan berkaitan.
Workshops dan Webinars: Anjurkan workshop atau webinar dan gunakan YouTube untuk mempromosikan dan menjual tiket.

4.7 Licensing dan Penjualan Kandungan

Jual Kandungan: Menjual hak kepada kandungan anda kepada pihak ketiga atau media outlets.
Syndication: Mengizinkan kandungan anda untuk digunakan oleh outlet media lain dengan bayaran.

Ulasan Penulis:

Membuat duit melalui YouTube memerlukan masa, usaha, dan dedikasi untuk membina saluran yang berjaya dan mempunyai pengikut yang besar.

Ia juga memerlukan keupayaan untuk mencipta kandungan yang menarik, berkualiti tinggi, dan berpotensi menjadi viral.

Pendekatan yang terbaik adalah dengan memulakan dengan apa yang anda minati dan membangun dari situ, dengan memfokuskan pada membangun hubungan yang baik dengan pengikut anda dan memanfaatkan pelbagai aliran pendapatan yang tersedia untuk kreator YouTube.

5. Buat Duit Dengan Blog

Baca juga artikel blog terbaik kami di bawah untuk bermula:

Buat duit dengan blog sememangnya boleh dilakukan tanpa memerlukan modal. Anda boleh bermula tanpa mempunyai apa-apa modal.

Soalan ini selalu saya dapat daripada rakan-rakan saya yang tidak pernah tahu mengenai buat duit dengan blog.

Buat duit dengan blog adalah kita menyediakan ruang pengiklanan dengan memasukan kod-kod tertentu ke dalam blog kita yang diberikan daripada pihak syarikat pengiklanan.

Antara yang popular dan saya sendiri berpengalaman menggunakannya adalah:

  • Google Adsense
  • Innity (Syarikat Pengiklanan Malaysia)
  • Nuffnang (Syarikat Pengiklanan Malaysia)
  • Facebook Audience Network

Saya hanya sebut 3 diatas sahaja kerana mengambil faktor yang mereka antara syarikat yang saya mempunyai pengalaman suatu masa dahulu.

Google Adsense dan Innity adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan online saya pada 2008-2012. Namun, innity mempunyai tahap kelayakan yang tinggi untuk dilepasi sebelum blog anda diterima.

Cara yang paling mudah adalah google adsense dan Nuffnang untuk anda yang baru bermula.

Jadi bagaimana untuk anda bermula?

  1. Dapatkan 1 topik untuk anda fokus (Kajian Topik)
  2. Bina Blog menggunakan blogger.com (blogspot)
  3. Strukturkan blog anda agar diindex oleh search engine terutamanya google
  4. Belajar asas menulis blog dengan asas SEO
  5. Tulis 10 artikel secara konsisten dengan panjang artikel 700-1000 patah perkataan
  6. Mohon Google Adsense setelah blog anda mempunyai 20-30 artikel.
  7. Setelah diterima oleh Google masukan kod adsense
  8. Teruskan menulis dan membuat promosi blog anda.

Tips!! Jika anda yakin dan mempunyai sedikit modal, saya sarankan untuk anda terus bermula dengan domain sendiri menggunakan perisian wordpress.org


6. Buat Duit Dengan Game

Permainan game atas talian bukan lagi asing di Malaysia.

Remaja di Malaysia amat mahir untuk dijadikan game sebagai medium untuk mereka buat duit online.

Perkembangan Game Atas Talian

Permainan game atas talian telah menjadi trend di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya remaja.

Dengan kemajuan teknologi, permainan ini tidak hanya dianggap sebagai hobi tetapi juga sebagai potensi karier untuk menjana pendapatan.

Terdapat pelbagai jenis permainan yang boleh diakses secara percuma atau dengan langganan bulanan atau tahunan.

Keupayaan untuk bermain game melalui peranti mudah alih seperti telefon bimbit juga telah meningkatkan populariti permainan ini​​.

Cara Menjana Pendapatan

Salah satu cara menjana pendapatan melalui game adalah dengan menerbitkan dan memuat naik video permainan individu ke platform seperti YouTube atau blog peribadi.

Pendapatan diperoleh berdasarkan jumlah tontonan video tersebut.

Selain itu, terdapat platform seperti ySense yang menawarkan pelbagai permainan, di mana pemain boleh mendaftar dan menjana pendapatan berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Pemain juga boleh menjana pendapatan dengan menyertai pertandingan game, sama ada di Malaysia atau di luar negara​​.

Secara keseluruhan, permainan game atas talian di Malaysia menawarkan peluang untuk menjana pendapatan, tetapi penting untuk menangani potensi kesan negatifnya.


7. Buat Duit Online Dengan Menulis

Saya jangkakan 2018 dunia pemasaran digital akan berkembang semakin pesat.

Website dan blog akan dijadikan sebagai medium pemasaran baru kepada syarikat-syarikat besar malah sekarang pon mereka telah bermula.

Jika blog semakin berkembang kepada pemilik-pemilik syarikat maka dunia penulisan juga akan berkembang.

Secara peribada saya juga secara berkala hire writer untuk menulis di blog saya yang lain dan juga untuk client saya yang cuba fokus keyword tertentu di google.

Hanya mereka yang faham konsep pemasaran ini akan pergi secara All Out untuk terus kuasai di google sebelum pesaing mereka.

Menulis untuk blog adalah berbeza dengan menulis di dalam buku.

Saya pentingkan penulis yang tahu asas SEO dalam penulisan mereka selain fokus utama kepada kandungan artikel berkenaan.

Sebab itu di blog ini saya cuba mengajar Asas Pemasaran Digital dimana SEO adalah salah satu perkara yang perlu pendatang baru faham.

Artikel yang bagus adalah artikel yang padat dengan info dan panjang.


8. Menawarkan Servis di Fiverr

Jika anda mempunyai kemahiran dalam dunia digital, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda di Fiverr. Setiap tugasan diberikan minimum bayaran adalah dengan 5usd.

Secara peribadi saya tidak pernah buat duit online melalui Fiverr tetapi saya selalunya mendapatkan perkhidmatan mereka di Fiverr.

Antara perkhidmatan yang selalu saya gunakan di Fiverr adalah:

  • Servis Buat Video
  • Servis Buat Logo
  • Servis Menulis Artikel
  • Servis Translate Artikel

Di sana ramai juga rakyat Malaysia yang menawarkan perkhidmatan mereka – antara yang saya perasan adalah berkenaan translate artikel.

Hanya kategori ini yang mudah kita perasan kerana mereka menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan Bahasa Melayu.

Untuk buat video dalam bahasa Melayu masih kurang disana.

Boleh jenguk-jenguk jika anda ada kemahiran dan tidak berminat dengan untuk buat duit online dengan blog.


9. Buat Duit Dengan Affiliate

Buat duit online dengan affiliate adalah dengan cara menjual produk orang lain. Setiap pembelian melalui pautan yang kita kongsikan akan dibayar komisyen.

Affiliate yang berjaya biasanya tidak lari dengan membina website atau membuat landing page.

Buat masa ini saya tidak mampu untuk berkongsi secara panjang lebar kerana saya sendiri tidak fokus dalam menjana pendapat secara online melalui affiliate.

Antara affiliate yang popular:

  • klikjer
  • Lazada
  • JVzoo
  • Clickbank

Antara kaedah yang berjaya saya lakukan suatu ketika dahulu adalah membuat artikel review atau artikel berkaitan dengan produk diblog. Kemudianya saya akan masukan pautan affiliate pada keyword tertentu.

Dengan sekadar perkongsian terus pautan affiliate ke sosial media adalah cara yang tidak berapa berkesan.


10. Buat Duit Dengan Dropship

Baca juga artikel blog terbaik kami di bawah untuk bermula:

Drop ship mungkin kita boleh kategorikan dengan menjual produk dan bukan lagi seperti blog dengan menyediakan ruang pengiklanan.

Saya juga berminat dalam perniagaan ini – dimana kita tidak perlu untuk menyimpan stok. Hanya mempromosikan barang orang lain dan mengambil order.

Disebabkan saya tinggal di Terengganu, selepas ini saya akan jual kerepok lekor secara online. Sekadar idea!!!

Setiap perniagaa yang kita ingin ceburi perlulah ada ilmu. Begitu juga dengan perniagaan online sebagai dropship.

Baca Lanjut: Cara Lelaki Ini Buat Duit Dengan Shopify


11. Buat Duit Dengan Handphone Apps

Terdapat banyak applikasi pada masa sekarang yang menawarkan duit kepada pengguna.

Semestinya ada perkara yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan duit berkenaan.

Antara applikasinya:

  1. Shopback
  2. Apptrailes
  3. Earn Money
  4. Foap
  5. Tap Cash Rewards

Penerangan Lanjut: Cara Buat Duit Dengan Apps Dengan Handphone

12. Buat Duit Dengan Canva

Untuk buat duit online dengan menjual template yang dihasilkan di Canva, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Daftar Sebagai Canva Creator: Pertama, daftarkan diri anda sebagai Canva Creator. Ini membolehkan anda mencipta dan memasarkan template anda sendiri di Canva.

Reka Bentuk Template Unik: Gunakan kemahiran reka bentuk anda untuk mencipta template yang menarik dan unik, yang dapat menarik minat pengguna Canva.

Pasarkan Template Anda: Promosikan template yang anda cipta melalui media sosial atau marketplace online seperti Shopee atau Lazada.

Dapatkan Komisyen: Setiap kali seseorang menggunakan template anda, anda akan menerima komisyen dari Canva. Ini merupakan salah satu cara efektif untuk buat duit online melalui kemahiran reka bentuk anda.

F.A.Q Buat Duit Online

Boleh Ke Buat Duit Dengan Paypal?

Tidak. Tiada program yang jelas dari Paypal untuk kita buat duit dengan Paypal.

PayPal adalah platform pembayaran digital yang memudahkan transaksi wang secara online.

Anda boleh menerima bayaran untuk pelbagai jenis perkhidmatan atau produk yang dijual secara online, termasuklah hasil reka bentuk dari Canva atau lain-lain perkhidmatan freelance.

PayPal biasanya menjadi pilihan utama untuk transaksi antarabangsa, memudahkan proses pembayaran antara penjual dan pembeli dari pelbagai negara.

Adakah benar-benar boleh buat duit online tanpa modal?

Ya, memang ada cara untuk buat duit online tanpa memerlukan modal. Contohnya, pemasaran afiliasi, paid review, menulis blog, dan menawarkan perkhidmatan secara freelance. Namun, kejayaan dalam usaha ini memerlukan usaha, masa, dan komitmen yang berterusan.

Berapa lama masa yang diambil untuk mula menjana pendapatan?

Tempoh untuk mula menjana pendapatan bergantung kepada usaha dan jenis platform yang anda pilih. Sebagai contoh, pemasaran afiliasi atau iklan mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk melihat hasil, tetapi freelance atau paid review boleh memberi pendapatan sebaik sahaja anda mendapat klien pertama.

Apakah cara terbaik untuk pemula yang tidak mempunyai pengalaman?

Cara yang paling sesuai untuk pemula ialah memilih platform yang mudah dan mesra pengguna. Pemasaran afiliasi dan menawarkan perkhidmatan freelance adalah cara yang bagus untuk bermula. Anda boleh memanfaatkan kemahiran asas anda atau menggunakan minat anda untuk mula menjana pendapatan.

Bagaimana cara memastikan platform atau syarikat itu sah?

Untuk memastikan platform yang anda sertai adalah sah, lakukan penyelidikan terlebih dahulu. Baca ulasan, semak reputasi syarikat, dan pastikan syarikat itu tidak meminta wang pendahuluan. Syarikat yang sah tidak akan meminta anda membayar untuk mendaftar.

Adakah perlu mempunyai blog atau laman web untuk buat duit online?

Tidak semestinya. Walaupun blog atau laman web dapat membantu dalam pemasaran afiliasi atau Google AdSense, terdapat banyak cara lain seperti freelance atau paid review yang tidak memerlukan laman web. Anda juga boleh menggunakan media sosial untuk menjana pendapatan.

Adakah saya perlu pandai berbahasa Inggeris untuk berjaya?

Bahasa Inggeris boleh membantu, terutamanya dalam pasaran global, tetapi tidak semestinya. Terdapat banyak peluang buat duit online di Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu, seperti melalui platform tempatan atau menjual produk atau perkhidmatan kepada pasaran Malaysia.

Apakah risiko yang perlu diambil kira?

Antara risiko yang biasa dihadapi termasuk penipuan (scam), lambat atau tiada bayaran, dan tidak mendapat pelanggan. Oleh itu, penting untuk memilih platform yang sah dan berhati-hati ketika berurusan secara online. Jangan mudah percaya kepada tawaran yang terlalu baik untuk dipercayai.

Bagaimana untuk menarik lebih banyak pelanggan atau trafik?

Untuk menarik pelanggan atau trafik, anda perlu konsisten dalam promosi dan memperbaiki kemahiran pemasaran digital anda. Gunakan media sosial, blog, atau forum untuk mempromosikan perkhidmatan atau produk anda. Membina reputasi yang baik dan testimoni dari pelanggan juga boleh membantu meningkatkan kredibiliti.

Apakah peralatan asas yang diperlukan untuk buat duit online?

Peralatan asas termasuk komputer atau telefon pintar dan sambungan internet yang baik. Selain itu, jika anda merancang untuk menawarkan perkhidmatan seperti reka bentuk grafik atau penulisan, anda mungkin memerlukan perisian khusus untuk menyokong kerja anda.

Berapa pendapatan yang boleh dijana secara realistik?

Pendapatan yang dijana bergantung kepada jenis usaha, kemahiran, dan masa yang diluangkan. Ada yang boleh menjana pendapatan sampingan, manakala ada juga yang menjadikannya sebagai pendapatan sepenuh masa. Pemasaran afiliasi dan freelance, misalnya, boleh menghasilkan pendapatan yang signifikan apabila dilakukan dengan betul dan konsisten.

You might also like
17 Comments
  1. serum says

    salam dari indo bang, thames nya bagus bangat !!

    1. Mazuki says

      Terima kasih 👍

  2. RosmiatiHamering says

    Saya.mahu.join

  3. Saadon says

    Awesome! Banyak belajar kat post ni! 👍

    1. Mazuki Mustaffa says

      Terima Kasih.

      Insyallah kalau ada kelapangan saya akan elobrate lebih detail untuk posting yang akan datang…

  4. Adi Channel says

    Menarik ni. Paling best part menulis

    1. Mazuki Mustaffa says

      boleh cuba tuan… 😉

  5. Junaidy Jaimi says

    Banyak sangat peluang dan cara nak buat duit online, biasanya yang fokus kepada satu bidang akan datangkan hasil yang lumayan…..

    1. Mazuki Mustaffa says

      btol tu.. key dia adalah fokus pada mana-mana teknik yang dicuba…

  6. NOOR ARIFFSHAH says

    Saya pernah juga jana pendapatan online tanpa modal juga melalui adsense. Tapi tak tahan lama, sebab terlalu aggresif 🙂 🙂

    1. Mazuki Mustaffa says

      Akaun adsense sekarang kalau dapat.. jaga la dengan baik.. hehehe

  7. Saifulfx says

    Cara terbaik buat duit online tanpa modal ialah dengan promosi affliate forex. Income passive sepanjang masa. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Join kami di group Saifulfx

    1. Mazuki Mustaffa says

      belum pernah main forex.. n tak pernah ada ilmu forex ni..

  8. Saiful Naracards says

    Salam Sejahtera Tuan Mazuki,

    Saya ingin berkongsi dengan tuan mengenai program affiliate saya dalam bidang pelancongan. Produk ini membantu orang ramai untuk bercuti secara mudah dan jimat. Komisen yang tinggi diberikan kepada setiap agen affiliate.

    Harap tuan dapat lihat program saya dan kita dapat bekerjasama.

    Terima kasih.

    1. mazuki says

      Tuan inginkan kerjasama dari segi apa tu yea?

  9. Eratuku says

    I pernah buat duit dengan Fiverr dengan bekalkan servis backlinks utk blog yang I punya. Perlu ada review baru start ada orang yakin ngan servis saya.

    1. mazuki says

      betul tu… sama juga macam kita mula-mula untuk dapatkan servis di fiverr… pastinya yang mendapat review n rating yang tinggi menjadi pilihan pertama kita…

Leave A Reply

Your email address will not be published.