fbpx

7 Perkara Asas Pemasaran Digital Perlu Dikuasai Sebelum Bergelar Sifu Internet Marketing

Kuasai Asas Pemasaran Digital Untuk Lariskan Produk Anda

0 37

Pemasaran Digital (Digital Marketing) kini menjadi satu kemestian untuk pemilik perniagaan kecil mahupun besar. Jika dulu dilihat pemasaran secara online ini hanya untuk menjual produk digital, kini tidak lagi.

Pemasaran Digital jika dibandingkan dengan pemasaran melalui radio atau televisyen kosnya adalah jauh lebih murah. Hasilnya juga lebih menguntungkan.

Terima kasih kepada perkembangan teknologi yang begitu pantas terutamanya dengan adanya telefon pintar. Akses kepada internet bukan lagi suatu yang asing.

Terdapat pelbagai cabang dalam melakukan pemasaran secara online. Ada percuma dan ada juga yang berbayar. Pastinya yang berbayar akan memberikan hasil yang lebih cepat dan pantas.

Saya telah berkecimpung dalam dunia pemasaran internet sejak 2008 lagi (tidak sepenuh masa) , jadi saya telah simpulkan beberapa cabang pemasaran yang perlu saya kuasai. Begitu juga anda!!!

1. CARA MEMBUAT PENGIKLANAN FACEBOOK

Tidak perlu mempunyai website dahulu – cukup dengan membina sebuah facebook page untuk produk/perniagaan anda. Buat page jangan sekadar ala kadar.

Masukan gambar dan cover yang menarik untuk membina keyakinan kepada bakal pembeli yang anda sebenarnya serius untuk menjual.

Masukan post dengan copywriting yang menarik untuk menarik peminat.

Seterusnya, lakukan pengiklanan (Fb Ads) – untuk menjual produk anda. Untuk tip dan teknik pemasaran facebook akan saya kupas lebih lanjut dalam artikel yang lain.

Layari laman https://business.facebook.com untuk mula lancarkan iklan anda.

  • Saya bukan pakar – tapi berkongsi apa yang saya juga sedang belajar
  • Dapatkan ilmu lanjut sebelum mula beriklan – beli panduan atau tengok youtube

2. CIPTA LAMAN GOOGLE BUSINESS

Perkhidmatan percuma yang disediakan oleh google untuk anda menyenaraikan perniagaan anda di google listing. Apabila tersenarai di sini, perniagaan anda lebih mudah dicari oleh bakal pelanggan anda.

Ia percuma dan mudah sahaja untuk didaftarkan. Tidak perlu SSM hanya perlukan alamat perniagaan anda.

Apa yang lebih menarik – setelah anda berjaya masukan lokasi pernigaan anda di Google Business, secara automatik akan keluar lokasi perniagaan anda di Whatsapp Location dan juga Foursquare.

3. CARA BUAT WEBSITE

Untuk kembangkan lagi perniagaan anda, bina website untuk memberikan kepercayaan dan info lanjut berkenaan produk/servis anda.

Dengan adanya website anda juga dapat kembangkan lagi peluang untuk mendapatkan pelanggan apabila website anda tersenarai di carian google.

Jika anda seorang pemilik perniagaan dan tidak mempunyai asas dalam membina website, mengupah orang lain untuk membina website anda adalah langkah yang paling baik. Ini kerana masa yang diambil bukan sedikit untuk belajar dan siapkan satu persatu.

Website boleh didapati sekitar harga RM1500 hingga puluhan ribu. Pilihan ditangan anda.

Untuk yang berminat untuk melalukan sendiri anda boleh baca post saya sebelum ini berkenaan cara membina blog wordpress.

Dengan adanya website, anda juga dapat membina ecommerce anda sendiri dan pelbagai fungsi yang ada untuk memudahkan pemasaran digital perniagaan anda.

4. CARA BUAT IKLAN GOOGLE

Kini dikenali sebagai Google Ads – tidak dapat tidak ia perlu dikuasai untuk melakukan pengiklanan digital secara menyeluruh. Pemasaran ini juga dikenali sebagai Search Engine Marketing (SEM) dimana bayaran iklan dikira berdasarkan nilai setiap klik.

Pengiklanan menggunakan Google Ads memerlukan anda mempunyai website sendiri. Menggunakan laman blog percuma seperti blogspot juga boleh tetapi adalah disarankan menggunakan nama domain sendiri.

  • Saya sendiri juga masih dalam proses untuk belajar Google Ads (saat artikel ini ditulis)

5. OPTIMASI ENJIN CARIAN (Search Engine Optimization – SEO)

SEO berkaitan rapat apabila anda mempunyai website sendiri. Google tidak akan senarai website anda secara automatik tanpa anda memberitahu kepada google akan kewujudan website anda.

Tidak perlu khuatir, terdapat pelbagai plugin dan alat untuk membantu kita melakukannya dengan mudah.

6. CARA UNTUK MELAKUKAN COPYWRITING

Copywriting adalah salah satu unsur yang paling penting dalam pemasaran digital yang berkesan. Copywriting adalah seni dan sains yang menyampaikan kata-kata strategik (sama ada bertulis atau bercakap) yang boleh mempengaruhi tindakan bakal pelanggan.

Jadi tidak hairanlah dikatakan Copywriters adalah sebahagian daripada penulis paling menjana pendapatan tinggi di dunia.

Copywriting tidak sahaja pada penulisan diwebsite, ia juga perlu untuk membuat posting-posting di facebook.

7. CARA UNTUK MELAKUKAN PEMASARAN EMEL

Pemasaran melalui emel antara pemasaran yang dari dulu dan kini masih berkesan. Mungkin ramai menganggap tidak ramai orang untuk membaca emel tetapi ramai otai-otai masih menggunakannya.

Pemasaran melalui emel selalunya lebih sinonim digunakan oleh mereka yang menjual produk-produk yang berkaitan internet marketing.

Ia kurang popular untuk mereka yang menjual produk fizikal. Kurang popular tidak membawa maksud tidak berkesan mungkin kurang perdedahkan diberikan di Malaysia.

Saya sendiri juga belum menggunakannya kerana terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk membina mailing list. 2018 mungkin masanya!!!

Terdapat 2 website yang menawarkan pakej yang menarik kepada pemula

  1. Mailchimp
  2. Mailer

NAK JADI SIFU PEMASARAN DIGITAL?

Setiap orang boleh gelarkan diri mereka sebagai sifu namun sejauh mana pakarnya anda dalam bidang yang disebut itu.

Tiada penilaian yang khusus untuk meletakan penanda aras kita sebagai seorang sifu pemasaran digital atau internet marketing.

Saya sendiri telah habiskan banyak masa dan duit untuk mempelajari banyak perkara terutamanya berkenaan dengan website, SEO dan FB Ads. Google Ads adalah misi 2018 – selain 2018 adalah untuk melaksanakan segala teori yang telah dipelajari.

Teori vs praktikal adalah sangat berbeza kerana tidak semuanya teori yang dilakukan akan berjaya. Cuba Jaya adalah perkataan yang sesuai.

Perkongsian di blog ini berkisar tentang Asas Pemasaran Digital adalah untuk rujukan saya sendiri dan yakin dengan berkongsi ilmu, kita akan mendapat manfaat yang lebih berkenaan ilmu itu.

Setelah semua asas yang saya sebutkan diatas kita telah kuasai – seterusnya kita perlu gabungkan kesemuanya untuk menjadi satu ‘FUNNEL’.

Subscribe to our newsletter
Sign up here to get the latest news, updates and special offers delivered directly to your inbox.
You can unsubscribe at any time

Leave A Reply

Your email address will not be published.