Cara Buat Affiliate Tiktok: ‘Zero’ Follower Pon Boleh Buat Duit

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Cara Buat Affiliate Tiktok: Di era digital yang serba canggih ini, peluang untuk menjana pendapatan melalui platform media sosial kini semakin meluas.

TikTok, sebagai salah satu platform media sosial yang sedang naik, bukan sahaja tempat untuk berkongsi video kreatif dan menghiburkan, tetapi juga sebuah platform yang memberi peluang untuk buat duit online secara affiliate.

Dengan strategi pemasaran yang berkesan, affiliate marketing melalui TikTok boleh membuka pintu kepada aliran pendapatan pasif yang lumayan.

Namun, bagaimana caranya untuk memulakan perjalanan affiliate marketing di TikTok?

Artikel ini bertujuan untuk memandu anda melalui proses langkah demi langkah dalam memulakan affiliate marketing di TikTok.

Dengan meneliti artikel ini, Anda akan:

  1. Anda akan memahami asas-asas menjadi seorang affiliate
  2. Bagaimana untuk memilih produk atau perkhidmatan yang sesuai untuk dipromosikan
  3. Anda akan berjaya daftar affiliate, pilih produk untuk dijual & buat video untuk dipromosikan.

1. Cara Nak Daftar Tiktok Affliate

Untuk daftar affiliate di Tiktok tidak lah sesukar yang anda rasakan.

Anda tidak perlukan daftar syarikat untuk berdaftar, hanya perlukan:

  1. Berusia 18 tahun keatas
  2. Kad Pengenalan
  3. Akaun bank Malaysia

Anda hanya perlu ikuti gambar yang kami telah sertakan dalam tutorial ini.

1.1 Daftar Tiktok Follower >1000

Jika akaun anda telah mencapai 1000 follower, anda boleh folow sahaja langkah seperti dibawah:

Langkah 1:

  • Lihat pada 3 line belah kanan pada paparan telefon dan tekan pada 3 line

Langkah 2:

  • Pilih pada Creator Tool

Langkah 3:

  • Pilih Tiktok Shop

Langkah 4:

  • Tekan APPLY kemudian pilih Start Earning

Langkah 5:

  • Masukan maklumat peribadi anda seperti yang diminta. Masukan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan anda.

1.2 Cara Buat Affiliate TikTok tanpa 1000 Followers

Anda tidak perlu risau kalau anda masih mempunyai ‘Zero’ follower, kerana anda juga layak untuk berdaftar.

Caranya juga mudah sahaja, ikut langkah langkah seperti dibawah (ringkasan):

  1. Download Apps Tiktok Shop Seller Center
  2. Sebelum signup, pastikan anda pilih ‘Malaysia Shop’. Kalau salah pilih dah tak boleh nak tukar kemudian hari.
  3. Tekan Sign Up menerusi akaun tiktok yang anda dah daftar.
  4. Masukan maklumat yang diperlukan.
  5. Verify Account – Individu Account hanya perlukan IC manakala Corporate perlukan SSM & Akaun Bank Semasa

Penerangan lebih terperinci seperti dibawah.

 

Jika anda mempunyai follower Tiktok kurang dari 1000, anda perlu mendaftar melalui App Tiktok Shop Seller Center:

  1. Download App Tiktok Shop Seller Center – Android
  2. Download App Tiktk Shop Sellert Center – Iphone

Langkah 1:

  • Download Apps Tiktok Shop Seller Center

Langkah 2:

  • Sebelum signup, pastikan anda pilih ‘Malaysia Shop’. Kalau salah pilih dah tak boleh nak tukar kemudian hari.

Langkah 3:

  • Tekan Sign Up menerusi akaun tiktok yang anda dah daftar sebelum ini.
  • Anda juga boleh nak sign up menggunakan No Phone dan Emel.
  • Kami sarankan hanya terus sign up menggunakan akaun tiktok yang anda dah ada.

Langkah 4:

  • Masukan maklumat yang diperlukan.
  • Jika anda adalah individu, sila daftar sebegai Individual Account sahaja.

Langkah 5:

  • Individual account hanya perlu verify menggunakan Kad Pengenalan anda.
  • Anda perlu snap gambar depan dan belakang Kad Pengenalan anda.
  • Jika ada perubahan lain, hanya ikuti arahan yang diberikan. (Perubahan mungkin berlaku dari masa ke masa oleh pihak Tiktok)
Corporate Account – Anda perlukan SSM dan Akaun Semasa Bank untuk melakukan proses pengesahan.

 

 

@coachiraaziz

Tutorial Lengkap cara daftar Tiktok Shop Affiliate 1) ada lebih 1,000 followers. Daftar melalui tiktok apps 2) kurang dari 1,000 followers. Daftar melalui tiktok seller (website atau apps). Masukkan IC atau SSM. Lepas da verify, link kan ke tiktok account as marketing account. Pergi ke tiktok account dan approve monetization : new request Kemudian barulah ada tiktok shop, beg kuning dan kita boleh start buat content selepas itu. #tiktokshop #tiktokaffiliate #tiktokshoptips #tiktokshopguru #CoachIra #CoachIraAziz

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

1.3 Proses Kelulusan Permohonan

Berdasarkan pengalaman kami, hanya mengambil masa 24Jam jika semua dokumen dan maklumat yang diisi adalah tepat.

Kami daftar malam, kemudian pada siang hari waktu bekerja akaun telah diluluskan.

Jadi, isi maklumat dengan betul seperti yang diminta serta kepilkan dokumen-dokumen yang diperlukan.

1.4 Link Akaun Tiktok

Selepas akaun Tiktok Shop Seller Center anda di luluskan, sekarang andah sudah ada 2 perkara penting:

  1. Akaun Tiktok
  2. Akaun Tiktok Shop Seller

Anda belum boleh mula untuk lagi promosi produk di akaun tiktok anda kerana anda belum lagi link kan akaun tiktok ke dalam akaun tiktok shop.

Akaun Tiktok & akaun Tiktok Shop perlu di gabungkan.

Link Akaun Tiktok Dengan Tiktok Shop Seller Center seperti dibawah:

Langkah 1:

  • Buka applikasi Tiktok Shop Seller Center
  • Pastikan paparan yang keluar adalah seperti dalam gambar 1 diatas. Jika anda paparan tidak sama, Cuba sign out dan kemudian sign in semula.

Langkah 2:

  • Klik setting pada penjuru bawah kanan

Langkah 3:

  • Paparan seperti dalam gambar akan keluar
  • Pilih Linked Tiktok Account

Langkah 4:

  • Pilih pada Marketing Accounts

Langkah 5:

  • Masukan username Tiktok Account anda

Langkah 6:

  • Sign in Tiktok Account anda
  • Sila tekan accept invitation dari akaun Tiktok Shop Seller Center
  • Butang Shop akan secara automatik akan keluar pada paparan utama akaun tiktok anda.
  • Jika tiada sila refresh.

2. Cara Masukan Produk Affiliate

Untuk langkah demi langkah cara masukan produk affiliate ke dalam Tiktok Shop anda, boleh tonton panduan dibawah:

@pemasarandigitalworld

Khas untuk First Timer – Cara Nak Masukan Product Affiliate ke dalam Tiktok Shop anda #tiktokaffiliate #MasukProduk #duitaffiliate #mazukiblog #mazuki

♬ BOS ADA YANG BARU NI – DJ ANANTA


3. Tips Memilih Produk Affiliate Tiktok 

Memilih produk yang tepat untuk dipromosikan melalui program affiliate TikTok adalah langkah penting dalam mencapai kejayaan dalam pemasaran affiliate.

Berikut adalah beberapa tips yang mungkin membantu anda membuat keputusan yang bijak dalam pemilihan produk:

3.1 Memahami Audiens Anda

Tahu siapa audiens anda dan apa yang mereka minati adalah penting.

Pilih produk yang relevan dan menarik bagi audiens anda untuk meningkatkan kemungkinan pembelian melalui link affiliate anda.

3.2 Kajian Produk

Lakukan penyelidikan mendalam mengenai produk yang ingin dipromosikan.

Pastikan produk tersebut memiliki reputasi baik dan mendapat ulasan positif dari pelanggan sebelumnya.

3.3 Potensi Pendapatan

Pertimbangkan struktur komisyen dan potensi pendapatan dari setiap produk.

Produk dengan komisyen yang lebih tinggi atau sistem bonus boleh menawarkan ganjaran yang lebih baik atas usaha pemasaran anda.

3.4 Kualiti Produk

Pilih produk yang berkualiti tinggi dan bermanfaat bagi pelanggan.

Produk yang baik akan meningkatkan kepercayaan audiens anda dan menggalakkan pembelian di masa akan datang.

3.5 Mudah Dipromosikan

Pilih produk yang mudah dipromosikan dan disampaikan kepada audiens.

Produk yang mempunyai bahan pemasaran yang sudah siap seperti banner, gambar yang menarik, video demo atau teks promosi akan memudahkan kerja pemasaran anda.

3.6 Mengikuti Trend

Perhatikan trend pasaran dan pilih produk yang sedang popular atau mendapat sambutan di media sosial.

Mengikuti trend boleh meningkatkan peluang anda untuk menjual.

Walau bagaimanapun, produk viral selalunya mempunyai persaingan yang tinggi kerana affiliate lain juga buat perkara yang sama.

3.7 Analisa Prestasi

Apabila memulakan, analisa prestasi kempen affiliate anda untuk melihat produk mana yang mendapat respons baik dan mana yang tidak.

Gunakan data ini untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam pemilihan produk di masa depan.

Analisa video yang mana menghasilkan banyak jualan dan boleh kaji konsep video yang anda lakukan.

Melalui pemilihan produk affiliate yang cermat, anda boleh memaksimalkan pendapatan anda di TikTok sambil menawarkan nilai sebenar kepada audiens anda.


4. Cara Bayaran Tiktok Affiliate

Cara Bayaran Buat Affiliate Tiktok sangat menarik kerana minimum Cash Out hanyalah RM1.

Jika platform lain, minimum cashout adalah lebih tinggi.

Langkah demi langkah kami telah tunjuk dalam video dibawah:

@pemasarandigitalworld

>Cara Nak CASHOUT Duit Affiliate Tiktok >Minimum cashout duit affiliate Tiktok >Cara Isi maklumat bank untuk affiliate Tiktok >Servis Caj Duit Affiliate Tiktok >Cara bayaran Tiktok ke Bank Malaysia >Masa diperlukan untuk proses claim duit affiliate tiktok #tiktokaffiliate #MasukProduk #duitaffiliate #mazukiblog #mazuki #duittiktok #mazukiblog_com #mazukiclan

♬ tutorial – TimTaj


5. Contoh Video Yang Convert Kepada Sale

Jangan buang masa buat video tanpa panduan. Nanti kita akan banyak buang masa dengan video yang tidak convert kepada sale.

Kami berikan contoh-contoh video yang boleh memberikan sale kepada affiliate anda di tiktok.

5.1 Video Demo + Voice Over

Walaupun kami tidak aktif buat affiliate di tiktok, tapi apa yang kami cuba ternyata berhasil.

Video dibawah ini telah menghasilkan beberapa sale walaupon akaun tiktok hanya ada kurang 20 follower, video view bawah 1000 pada ketika itu.

@hikmahhakimihadifharraz

Nak ajar anak snorkling ni yang pertama pernafasan,pergerakan kaki dan tangan. Lepas tu baru bawak pegi tempat dalam skek tuk beranikan diri dia dengan air… #snorkling #snorklingmalaysia #semporna #pulau #pompomisland #babyswimming #swimmingbaby #BabySwimmingLesson #mabulislandsabah

♬ Saat Di Pantai – Redwine Coolers

Skrip – Skrip untuk voice over sangat penting.

Problem – Kami fokus kepada masalah. Masalah nak ajar anak snorkling.

Masalah utama anak-anak untuk berani snorkling adalah pernafasan.

Jadi pada awal video dihighlight tentang masalah itu.

Solution – Dengan masalah yang dinyatakan tadi, ada alat yang boleh selesaikan masalah tersebut.

Kreatif – Video hanyalah menjadi penguat atau bukti yang masalah tadi dapat diatasi dengan alat yang dicadangkan.

Voice Over – menggunakan fake voice yang telah disediakan oleh Tiktok.

Video Subtitle – Jangan lupa untuk letakan subtitle pada video. Subtitle boleh generate secara auto kalau edit menggunakan capcut.


6. Tips Nak Berjaya Affiliate Tiktok

Kata kunci utama untuk berjaya dalam Affiliate Tiktok adalah teruskan usaha. Teruskan buat video. dan teruskan.

Walau pelbagai cara orang lain kongsikan cara buat affiliate Tiktok, kalau kita tidak berusaha gigih – kita tidak akan dapat apa yang kita inginkan.

Pada peringkat permulaan jangan letakan seribu harapan pada 1 bahagian. Cuba dahulu 10 atau 20 video tengok bagaimana hasilnya.

Jika nampak memberikan hasil yang berbaloi maksud ada sinar anda dengan buat duit online dengan Tiktok.

Untuk tips berjaya buat duit dengan tiktok affiliate – boleh refer pada Point No 3.

Sebenarnya mungkin lebih kepada motivasi yang anda perlukan untuk berjaya dengan buat duit online.

6.1 Tetapkan Impian

Letakan 1 target atau impian yang anda mahu kecapi dengan pendapatan dari Tiktok Affiliate. Letak sasaran secara berfasa dan tidak perlu terlalu tinggi dan berikan masa.

Dah ramai individu lain telah mencapai kejayaan melalui TikTok dan anda juga boleh melakukannya.

Anda tidak akan pernah terlambat jika anda bermula pada hari ini.

6.2 Teruskan Belajar & Tambah Baik

Setiap hari membawa peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Setiap cabaran adalah peluang untuk memperbaiki strategi anda dan menjadi lebih baik dalam apa yang anda lakukan.

Tingkatkan skill editing, voice over, cara demo dan shooting dari hari ke hari.

6.3 Kreativiti Tanpa Batasan

TikTok adalah platform yang memberi peluang untuk anda menzahirkan kreativiti anda. Gunakan kreativiti ini untuk mencipta kandungan yang menarik dan mempromosikan produk affiliate anda dengan cara yang unik.

6.4 Jangan Takut Gagal

Tangga kejayaan adalah gagal. Tidak akan berjaya jika anda tidak melalui fasa kegagalan. Itu adalah pasti.

Tangani kegagalan anda dengan bijak.

Analisis kegagalan anda, pelajari dari mereka yang berjaya, dan teruskan usaha anda dengan semangat yang baharu.

6.5 Membina Komuniti

Anda boleh bina atau sertai mana-mana geng yang sama dengan anda.

Komuniti yang buat duit dengan affiliate tiktok.

Dari situ anda boleh bertukar-tukar pendapat dan saling memberi motivasi.

Mungkin anda boleh cipta sendiri group-group kecil bersama kawan-kawan dalam 5-10 orang.

Berkongsi secara ikhlas dan motivasi sesama ahli.


FAQ

Boleh Ke Nak Buat Banyak Akaun Tiktok Affiliate?

Boleh. 1 akaun Tiktok Shop Seller Center boleh di link pada 4 akaun tiktok.

Berapa Bayaran Tiktok Affiliate Kepada Publisher?

Barang di Tiktok Marketplace bukannya milik Tiktok tetapi milik seller lain. Jadi, % komisyen bergantung kepada seller produk berkenaan. Biasanya 3-10%.

Berapa Lama Proses Pembayaran Affiliate Dibuat?

Tiktok nyatakan dalam 3 hari bekerja. Pengalaman kami, proses selesai pada hari yang sama Cash Out.

You might also like
1 Comment
  1. Haqim says

    Ada probation period utk tiktok shop tu. Jadi takleh link account official sy

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online