fbpx
Home » Blog » Bisnes » 211 Idea Bisnes Online & Offline: Tiada Lagi Alasan Untuk Mula Berniaga!

211 Idea Bisnes Online & Offline: Tiada Lagi Alasan Untuk Mula Berniaga!

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Kami akan fokus membahas tentang Perniagaan Online atau Bisnes Online – dalam artikel ini kami tidak akan sentuh program-program yang boleh anda buat duit secara online.

Kami akan fokus kepada menjual produk/servis secara online dalam artikel kali ini.

PERHATIAN! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan berkenaan untuk anda miliki bisnes online sendiri.

1. Senarai Ringkas 211 Idea Bisnes Online & Offline

Advertisement

Ringkasan Idea perniagaan online dibawah ini memang sudah terbukti berkesan dari sudut permintaan.

Ini kerana terdapat banyak posting dalam direktori bisnes malaysia. Rujukan ini kami ambil dari direktori bisnes Malaysia.

Jika mereka telah berjaya ini membawa maksud bisnes ini mempunyai permintaan.

  1. Agen Hartanah
  2. Bengkel Basikal
  3. Bengkel Besi
  4. Bengkel Kereta
  5. Bengkel Motosikal
  6. Bengkel Tayar
  7. Bisnes Air Mineral
  8. Bisnes Ais Krim
  9. Bisnes Aksesori Kereta
  10. Bisnes Broadband
  11. Bisnes Burger
  12. Bisnes Cermin Mata
  13. Bisnes Cuci Kereta
  14. Bisnes Cyber Cafe
  15. Bisnes Dobi
  16. Bisnes Ebook
  17. Bisnes Foodtruck
  18. Bisnes Handphone
  19. Bisnes Hari Raya
  20. Bisnes Hotel & Resort
  21. Bisnes Ice Blended
  22. Bisnes Jam Tangan
  23. Bisnes Jeruk
  24. Bisnes Kitar Semula
  25. Bisnes Komputer
  26. Bisnes Kurier & Logistik
  27. Bisnes Minuman
  28. Bisnes Pasar Malam
  29. Bisnes Pelancongan
  30. Bisnes Pengantin
  31. Bisnes Perabot
  32. Bisnes Prepaid & Reload
  33. Bisnes Restoran
  34. Bisnes Roti & Bakeri
  35. Bisnes Salun Rambut
  36. Bisnes Sarang Burung
  37. Bisnes Satay
  38. Bisnes Sms
  39. Bisnes Spa & Facial
  40. Bisnes Steamboat
  41. Bisnes Stesen Minyak
  42. Bisnes Tablet Pc
  43. Bisnes Tradisional
  44. Bisnes Untuk Dijual
  45. Bisnes Waffle & Jagung
  46. Bisnes Western Food
  47. Bisnes Barangan Dewasa 18
  48. Bisnes Forex Malaysia
  49. Bisnes Haiwan Peliharaan
  50. Bisnes Pakej Haji & Umrah
  51. Servis Hiasan Dalaman
  52. Servis Hiasan Taman
  53. Bisnes Hotel/Resort/Homestay
  54. Servis Iklan Tv Radio Media Massa
  55. Bisnes Import & Eksport
  56. Bisnes Insurans & Takaful
  57. Bisnes Insurans Roadtax Kereta
  58. Bisnes Kedai Bunga
  59. Bisnes Kedai Cenderahati & Kraf
  60. Bisnes Kedai Emas
  61. Bisnes Kedai Fotostat & Cetakan
  62. Bisnes Kedai Hardware
  63. Bisnes Kedai Ibu & Bayi
  64. Bisnes Kedai Jahit
  65. Bisnes Kedai Kamera & Camcorder
  66. Bisnes Kedai Runcit & Serbaneka
  67. Bisnes Sewa Kedai Separuh & Ruang Niaga
  68. Bisnes Kedai Sewa
  69. Bisnes Kedai Vendor
  70. Menjual Kereta Baru
  71. Menjual Kereta Terpakai
  72. Servis Konsultan Peguam
  73. Servis Konsultan Perniagaan
  74. Bisnes Syarikat Kontrak Swasta
  75. Bisnes Syarikat Kontrak Tender Kerajaan
  76. Bisnes Syarikat Kontraktor Balak & Kayu
  77. Bisnes Syarikat Kontraktor Jurutera
  78. Bisnes Syarikat Kontraktor Marin & Kapal Laut
  79. Bisnes Syarikat Kontraktor Minyak & Gas
  80. Bisnes Syarikat Kontraktor Pasir
  81. Bisnes Syarikat Kontraktor Pembinaan
  82. Bisnes Syarikat Kontraktor Perlombongan
  83. Bisnes Kursus & Seminar
  84. Bisnes Kursus Kecantikan
  85. Bisnes Kursus Makanan
  86. Bisnes Kursus Motivasi
  87. Bisnes Ladang Getah Kelapa Sawit
  88. Bisnes Pelabur Projek (hati-hati dengan scammer)
  89. Bisnes Mesin Fotostat
  90. Bisnes Jual Beli/Sewa Mesin Freezer & Chiller
  91. Bisnes Jual Beli/Sewa Mesin Industri
  92. Bisnes Jual Beli/Sewa Mesin Jahit
  93. Bisnes Jual Beli Mesin Proses Makanan
  94. Bisnes Mesin Terminal Bayaran
  95. Bisnes Pakej Pelancongan
  96. Bisnes Pakej Perkahwinan
  97. Berniaga di Pasar Basah
  98. Bisnes Ejen Pekerja Asing
  99. Pelaburan Saham Unit Trust
  100. Bisnes Ejen Pembantu Rumah Asing
  101. Bisnes Pembekal Barang Runcit
  102. Bisnes Pembekal Beras
  103. Bisnes Pembekal Buah-buahan
  104. Bisnes Pembekal Ikan Kering
  105. Bisnes Pembekal Kelapa & Santan
  106. Bisnes Pembekal Kerepek
  107. Bisnes Pembekal Keropok
  108. Bisnes Pembekal Kicap & Sos
  109. Bisnes Pembekal Kurma & Kismis
  110. Bisnes Pembekal Madu
  111. Bisnes Pembekal Mee & Bihun
  112. Bisnes Pembekal Minyak Masak
  113. Bisnes Pembekal Rempah & Perencah
  114. Bisnes Pembekal Serunding
  115. Bisnes Pembekal Telur
  116. Bisnes Pemborong Aksesori Lelaki
  117. Bisnes Pemborong Aksesori Wanita
  118. Bisnes Pemborong Batik & Sutera
  119. Bisnes Pemborong Beg Galas
  120. Bisnes Pemborong Beg Tangan
  121. Bisnes Pemborong Bundle
  122. Bisnes Pemborong Cadar & Tilam
  123. Bisnes Pemborong Karpet
  124. Bisnes Pemborong Kasut & Sandal
  125. Bisnes Pemborong Lampin
  126. Bisnes Pemborong Mutiara
  127. Bisnes Pemborong Pakaian Bayi
  128. Bisnes Pemborong Pakaian Kanak2
  129. Bisnes Pemborong Pakaian Lelaki
  130. Bisnes Pemborong Pakaian Plus Size
  131. Bisnes Pemborong Pakaian Wanita
  132. Bisnes Pemborong Telekung & Songkok
  133. Bisnes Pemborong Tshirt & Uniform
  134. Bisnes Pemborong Tuala
  135. Bisnes Pemborong Tudung
  136. Servis Pembuat Papan Tanda Iklan
  137. Servis Pembuat Plastik Kotak Botol
  138. Servis Pembuat Rak Kiosk Gerai
  139. Servis Pendaftaran Syarikat
  140. Servis Pendaftaran Trademark
  141. Bisnes Pengedar Alat Tulis
  142. Bisnes Pengedar Bahan Pencuci
  143. Bisnes Pengedar Buku & Majalah
  144. Bisnes Pengedar Contact Lens
  145. Bisnes Pengedar Perfume
  146. Bisnes Pengedar Permainan Kanak2
  147. Bisnes Pengedar Produk Kecantikan
  148. Bisnes Pengedar Produk Kesihatan
  149. Servis Pengurus Majlis
  150. Bisnes Penternak Arnab
  151. Bisnes Penternak Ayam
  152. Bisnes Penternak Burung Puyuh
  153. Bisnes Penternak Ikan
  154. Bisnes Penternak Kambing
  155. Bisnes Penternak Lembu
  156. Bisnes Penternak Udang
  157. Bisnes Peralatan Makmal & Hospital
  158. Bisnes Peralatan Pejabat & Sekolah
  159. Bisnes Peralatan Sukan
  160. Bisnes Perisian Komputer
  161. Bisnes Perkakas Dapur
  162. Bisnes Perkakas Elektrik
  163. Bisnes Perkakas Rm2 & Gajet
  164. Servis Pinjaman AIM
  165. Servis Pinjaman Hartanah
  166. Servis Pinjaman Kad Kredit
  167. Servis Pinjaman Kereta
  168. Servis Pinjaman Peribadi
  169. Servis Pinjaman Perniagaan
  170. Bisnes Produk Dari China
  171. Bisnes Produk Sejuk Beku
  172. Bisnes Program Consignment
  173. Bisnes Program Dropship
  174. Bisnes Pusat Bahasa
  175. Bisnes Pusat Jagaan Bayi
  176. Bisnes Pusat Latihan
  177. Bisnes Pusat Memandu
  178. Bisnes Pusat Rawatan
  179. Bisnes Pusat Tuisyen
  180. Bisnes Jual Beli Rumah
  181. Bisnes Rumah Untuk Disewa
  182. Bisnes Rumah Lelong
  183. Bisnes Rumah Kedai & Pejabat
  184. Bisnes Sambal & Pencicah
  185. Bisnes Seminar & Bengkel
  186. Bisnes Sistem Keselamatan
  187. Bisnes Sistem Pembayaran
  188. Bisnes Takaful & Insurans
  189. Bisnes Jual Beli Tanah
  190. Bisnes Tanah Sewa
  191. Bisnes Kontrak Tandas Awam & Portabel
  192. Bisnes Franchise
  193. Bisnes Telekomunikasi
  194. Bisnes Tempahan Baju Korporat
  195. Bisnes Tempahan Beg
  196. Bisnes Tempahan Buku
  197. Bisnes Tempahan Cake & Cupcake
  198. Bisnes Tempahan Cenderahati
  199. Bisnes Tempahan Hamper
  200. Bisnes Tempahan Makanan
  201. Bisnes Tempahan Perabot
  202. Bisnes Tempahan Perhiasan
  203. Bisnes Tempahan Plastik
  204. Bisnes Tempahan Tshirt
  205. Bisnes Tempahan Uniform
  206. Servis Tukang Paip
  207. Servis Tukang Cat Rumah
  208. Bisnes Tukang Kunci
  209. Servis Tukang Masak
  210. Uber & Grabcar
  211. Bisnes Vape & Rokok Elektrik

2. Ulasan Tentang Bisnes-Bisnes Viral

Advertisement

2.1 Bisnes Jual Dadih

Berniaga dadih sebenar mempunyai peratusan margin keuntungan yang agak besar.

Perniagaan dadih boleh dimulakan hanya serendah RM10.

Yang penting kita tahu dimana untuk mencari target sasaran pelanggan kita.

Jadi mau tidak mahu, perlulah belajar sedikit sebanyak berkenaan strategi pemasaran online.

Anggaran kos untuk 1 bekas dadih dalam Rm0.75, boleh jual dengan harga RM1.50-RM2.

Advertisement

2.2 Bisnes Makanan Delivery

Bisnes makanan COD ini sememangnya mendapat sambutan yang tinggi.

Lebih-lebih lagi pada musim PKP.

Tapi dalam bisnes makanan delivery ni kita bukan sahaja buat perkhidmatan penghantara tetapi kita nak fokus kepada menjual makanan kita sendiri.

Jadi, kita akan dapat maksimumkan keuntungan.

Kos operasi adalah sangat rendah kerana kita tidak memerlukan kedai untuk ‘production’, hanya buat di rumah.

Permulaan tak perlu nak mengimpikan tinggi gunung, cukup target untuk buat secara part time.

Target hasil jualan RM75-RM100 sehari. Kalu sebungkus RM5 baru 15-20 bungkus sehari.

Modal mungkin dalam Rm50 sahaja. Contohnya macam Brother ni jual spaghetti secara COD.

2.3 Bisnes Dropship Antarabangsa

Kenapa nak main dropship antarabangsa sedangkan kita boleh bermain dropship tempatan?

Alasannya mudah:

  • Pasaran yang lebih besar
  • Produk yang lebih banyak
  • Boleh dropship terus barang dari China
  • Margin untung yang lebih besar

Kelemahan?

  • Perlu kuasai pemasaran online seperti Facebook Ads
  • Persaingan juga lebih hebat
  • Modal pengiklanan yang lebih besar diperlukan
  • Perlu ada kemahiran teknikan untuk setup kedai online
  • Terdapat platform yang mudahkan setup kedai online contoh Shopify

2.4 Bisnes di Shopee

Bisnes di Shopee sebenarnya sama sahaja seperti menjual di platfotm marketplace yang lain.

Barang utama yang di jual di shopee adalah barangan fizikal.

Namun, buat masa ini kami lihat ada juga barang-barang digital di jual di shopee seperti software, ebook dan video-video panduan.

Advertisement

2.5 Bisnes Makanan

Bisnes makanan yang menyediakan pakej bersama penghantaran antara yang mendapat sambutan.

Namun, anda perlu untuk mengkaji juga perniagaan makanan yang laris berdasarkan bakal pelanggan di kawasan anda.


3. 4P Tentang Bisnes Online

Advertisement

Untuk bermula dengan bisnes online, 4 perkara asas ini perlu kita fahamkan. Tanpa adanya 4P ini, kita tidak akan mampu untuk berjaya dalam bisnes online.


3.1 PASARAN – Kenal Pasti Pasaran Anda

Kebanyakan orang yang baru bermula dengan bisnes online selalu membuat kesilapan untuk mencari produk terlebih dahulu.

Sedangkan apa yang perlu dahulukan untuk mencari PASARAN.

Untuk meningkatkan peluang anda berjaya dalam bisnes online atau perniagaan, anda perlu utamakan untuk mengkaji pasaran terlebih dahulu.

Tindakan yang terbaik adalah apabila kita dapat mencari sekumpulan atau komuniti yang sedang mencari penyelesaian kepada satu-satu masalah.

Tugas kita adalah untuk menyediakan produk yang mampu menyelesaikan masalah komuniti ini.

Untuk membuat survey kepada pasaran bisnes online, kita boleh sertai forum-forum atau group-group di facebook yang aktif.

Mungkin telah ada produk kepada masalah yang dicari tetapi kita boleh membuatkan produk kita lebih baik dari pesaing yang kita ada.

Pernah anda dengar cerita ini?:

Terdapat 2 orang usahawan pergi ke satu kawasan (Komuniti). Apabila tiba di  kawasan komuniti berkenaan, dilihat semua orang diperkampungan ini tidak memakai selipar atau sepatu.

Disini terdapat 2 perbezaan pendapat:

Usahawan A: Melihat situasi ini dengan peluang untuk menjual sepatu kerana belum ada pesaing yang menjualnya.

Usahawan B: Melihat situasi ini dari sudut tidak mampu menjual sepatu kerana budaya disini tidak memakai sepatu. Jadi mana mungkin untuk mampu menjual.

Cara Untuk Kaji Permintaaan Pasaran

Konsep asas dalam jualan adalah Demand & Supply. Terdapat permintaan maka akan ada penawaran untuk sesuatu.

Asasnya sama tidak kira bisnes online atau peniagaan offline.

Untuk memudahkan anda faham, kami bawakan satu contoh [Case Study].

 1. Kita join satu group di facebook ‘Kelab Diet Kalori Malaysia’

Ambil sedikit masa untuk fahamkan tentang kelakuan dan keiginan ahli-ahli group ini.

Mencari idea bisnes online

    • Mereka ingin kurus tanpa menggunakan ubat
    • Mereka mahu kurus dengan bersenam tetapi ada yang bekerja kekurangan masa
    • Mereka mahukan resepi untuk kurus dalam pemakanan harian

Hanya terdapat 2 perkara asas untuk kurus iaitu jaga pemakanan dan bersenam.

2. Bagaimana Permasalahan Mereka Menjadi Idea Kepada Produk?

Untuk yang hadapi masalah kekurangan masa kita boleh offer untuk produk:

    • Treadmill
    • Indoor Cycling Bike

3. Kajian Lebih Mendalam Dengan Google Trends

Trend bisnes online 2020

Seterusnya kita ke google trends untuk melihat permintaan dari segi carian keyword di google. Kita dapat lihat adalah carian atau minat berkenaan treadmill adalah lebih tinggi dari indoor cyling bike.

Jadi kita boleh fokus lebih kepada produk treadmill.

Untuk yang masih tercari-cari menu resepi sihat – jika anda pakar dalam bidang ini boleh keluarkan buku/ebook menu sihat.

Sememangnya buku resepi diet ini ada dipasaran Malaysia kerana mereka telah mengkaji akan permintaan ini.

Apa yang kami kongsikan disini adalah contoh sahaja untuk anda mendapatkan idea bagaimana untuk mengkaji permintaan pasaran berdasarkan pemasalahan orang lain.

Jual Penyelesaian! Kita menawarkan produk untuk menyelesaikan masalah orang lain.


3.2 PRODUK – Idea Mencari Pembekal Produk

Setiap produk mempunyai lokasi pembekal yang berlainan. Dulu kami pernah mempunyai pengalaman menjual baju kanak-kanak secara online.

Pembekal Malaysia Atas Talian

2 tempat utama yang kami akan cari adalah di laman facebook dan majalah.my

Borong online untuk bisnes online

Cari sebanyak mungkin senarai no pembekal dan hubungi terlebih dahulu mereka menerusi whatsapp ataupun call.

Pastikan benar-benar yakin sebelum membuat pembelian.

Lokasi Pembekal di Malaysia

Lain-lain lokasi yang popular dengan syurga pemborong di Malaysia:

  • Kuala Lumpur Kenanga Wholesale Center
  • GM Klang

Pembekal Luar Negara Atas Talian

  • ezbuy
  • aliexpress
  • shopee (International Seller)
  • taobao
  • alibaba
  • zenmarket

Lokasi Pembekal di Luar Negara

  • China
    • Guangzhou
  • Vietnam
    • Ben Thanh Market
    • Binh Tay
    • Dong Khoi Street
  • Indonesia
    • Jakarta
    • Bandung
  • Thailand
    • Bangkok

Advertisement

3.3 PLATFORM – Lokasi Bermula Perniagaan Online Anda

Apabila sudah sampai pada fasa ini, maknanya anda telahpun mempunyai produk untuk memulakan bisnes online anda.

Kita perlu ada 1 platform untuk memasarkan produk yang telah kita ingin jual.

Antara platform yang kita ada untuk menjual:

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter
  4. Lazada
  5. Shopee
  6. Mudah
  7. Lelong
  8. Forum Carigold
  9. Forum Cari
  10. Website sendiri

Kita disarankan untuk bermula dengan platform yang paling biasa kita sendiri gunakan dan mudah untuk proses menjual.

Sebagai permulaan, cukup untuk kita bermula dengan Facebook dan Instagram.

Platform popular perniagaan online

Daripada statistik diatas kita dapat lihat yang pengguna facebook ramai dikalangan berusia 18-34 tahun.

Jumlah penggunakan facebook pula seramai 25.3 Juta orang. Jadi boleh dikatakan lebih dari 50% rakyat Malaysia mempunyai facebook.

Berniaga online di instagram

Di instagram pula juga menunjukan statistik yang sama iaitu 18-34 tahun adalah paling ramai menggunakan instagram.

Namun, jumlah penggunanya hanya 11.06 juta orang.

Untuk permulaan, kita tidak perlu membuang masa untuk explore platform-platform lain.

Apabila berada pada fasa kestabilan dan ingin berkembang barulah kita ke platform yang lain.


3.4 PEMASARAN PENIAGAAN ONLINE – Teknik Mencari Pelanggan

Sekarang kita telah tentukan platform mana untuk bermula dengan bisnes online kita iaitu facebook dan instagram.

Kedua-dua platform ini mempunyai cara yang berbeza untuk melakukan pemasaran.

Bisnes Online Di Malaysia

  • Facebook Personal – disebabkan algorithm facebook telah berubah, personal profile adalah lebih baik berbanding dengan facebook page.

Anda boleh tambah rakan di facebook berdasarkan avatar pelanggan produk yang anda ingin jual.

  • Facebook Group – anda boleh bermula dengan menjual di group-group yang aktif. Untuk mendapatkan engagement yang tinggi posting dan gambar anda perlulah menarik.

Cara buat copywriting atau ayat iklan juga perlulah disusun dengan baik untuk memastikan produk kita mampu dijual.

  • Facebook Marketplace – secara default, facebook akan memaparkan iklan-iklan yang dihantar oleh penjual yang berada berdekatan dengan kita.

Jadi, bakal pelanggan yang melihat iklan anda juga berkemungkinan adalah disekitar radius yang lokasi anda.

Bakal pembeli boleh memilih berdasarkan kategori barang yang sedang mereka cari.

Jadi sebagai penjual, adalah penting untuk anda masukan kategori bersesuai dengan produk anda.

Kelebihan Facebook Marketplace:

    1. Memberikan lebih capaian kepada bakal pembeli secara percuma
    2. Bakal pembeli dapat berurusan secara terus ke Private Msg anda

Bagaimana Nak Tingkatkan Jualan di Facebook Markplace:

    1. Optimasi iklan anda dengan kata kunci yang sesuai pada tajuk dan penerangan produk
    2. Penerangan produk yang terperinci dengan info yang diperlukan
    3. Masukkan gambar yang menarik dan jelas. Upah jurufoto profesional jika perlu.

Instagram adalah platform yang berasaskan posting bergambar.

Jadi untuk membina sebuah profile untuk perniagaan anda di instagram, muat naik gambar-gambar yang menarik pastinya memberi kelebihan.

  • Instagram Business Profile – tukar terlebih dahulu profile instagram anda kepada mode business profile. Tidak perlu cipta akaun baru hanya perlu pergi ke Setting >> Account >> Switch to business Account

Selepas anda menukar kepada akaun bisnes, anda akan dapat akses kepada Instagram Insights

  • Tambah Follower – Apabila kita ingin menjadikan instagram sebagai platform bisnes online kita, follower yang kita kumpul perlulah yang berkualiti.

Kualiti disini adalah membawa maksud follower yang aktif dan lingkungan target kepada produk yang kita ingin jual. Tidak guna mempunyai puluhan ribu follower tetapi ‘fake’.

  • Beli Follower atau Beli Akaun – Ramai sebenarnya yang membeli follower untuk profil bisnes instagram pada permulaan untuk membina reputasi. Malah ada yang sanggup membeli akaun yang telahpun mempunyai ramai follower.

Jika akaun benar-benar baru, mungkin idea ini boleh diguna pakai untuk permulaan sahaja kemudiannya kita boleh teruskan aktiviti untuk tambah follower di instagram secara alami.

Jika mempunyai modal dan yakin dengan produk anda mampu dijual apa salahnya untuk anda mula melakukan iklan berbayar di instagram.

Untuk ulasan penuh berkenaan Strategi Pemasaran Online sila lihat artikel dibawah:



4. Perancangan Ke Depan Untuk Bisnes Online Anda

Advertisement

Pada peringkat awal bermula, kita akan try and error untuk aktiviti bisnes online kita.

Sampai satu masa kita akan berada kepada situasi untuk lebih serius dan ingin tingkatkan reputasi kita.

Kita perlu jadikan bisnes online kita sama seperti sebuah perniagaan yang ada diluar dunia digital.

Jadi langkah-langkah berikut kita perlu lakukan.


4.1 Daftar Perniagaan Dengan SSM

Banyak kelebihan apabila anda mendaftarkan perniagaan anda. Antaranya adalah dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada bisnes online kita.

Apabila anda ingin berkembang juga, anda mungkin ingin menjual barangan anda ke platform e-commerce yang lain seperti Lazada. Jadi, di anda perlukan lesen perniagaan apabila ingin memohon di Lazada.

Kos Pendaftaran SSM – Harga hanya RM30 untuk ‘Perniagaan Pemilikan Tunggal’ nama sendiri (seperti IC).

Manakala RM60 untuk Perniagaan Pemilikan Tunggal atau Perkongsian menggunakan nama tred.

Terdapat laman web untuk pendaftaran secara online tetapi anda masih perlu ke kaunter untuk membuat pengesahan cap jari.

Jadi sebaiknya terus ke kaunter SSM yang berdekatan untuk melakukan pendaftran.


Advertisement

4.2 Membuka Akaun Bank Perniagaan

Langkah seterusnya adalah untuk membuka akaun bank yang khas kepada perniagaan online anda.

Cop Syarikat – Untuk membuka akaun syarikat, anda memerlukan cop.

Boleh ke kedai cop mana-mana berdekatan anda dan maklumkan untuk tujuan membuka akaun bank.

Deposit – Untuk membuka akaun semasa untuk perniagaan anda, anda perlu menyediakan Rm2000 untuk deposit.

Anda akan diberikan buku cek sekali. Duit berkenaan boleh dikeluarkan semula selepas itu.


4.3 Membina Pasukan

Apabila berkembangnya perniagaan anda, sampai satu masa anda tidak lagi mampu untuk uruskan semua perkara dengan sendiri.

Tiba masanya untuk kita membina pasukan dan perkuatkan perniagaan dengan membuka peluang perniagaan online kepada orang juga.

Antara perkara yang kita boleh lakukan adalah:

  • Agen Droship – Ramai sebenarnya pemilik produk mencari agen untuk menjual secara dropship.

Apabila sampai suatu masa melihat kepada perkembangan bisnes online mereka, mencari agen adalah langkah yang bijak.

Namun, ilmu untuk menjaga agen-agen supaya dapat bergerak dengan baik adalah sangat penting.

  • Closing Team / Team Sale – Apabila kita scale up jualan kita bermakna kita akan melayan semakin ramai bakal pelanggan atau lead.

Semestinya kita sebagai pemilik bisnes tidak lagi mampu untuk melayan jumlah pertanyaan di whatsapp sepanjang masa.

Sebagai seorang BOS, ini bukan lagi tugasan utama anda. Anda hanya perlu fokuskan untuk kembangkan bisnes dan menjaga pekerja-pekerja anda.

  • Online Marketing Team – Bagaimana untuk mendapatkan bakal pelanggan yang tanpa had? Pastinya anda perlu lakukan pemasaran yang berbayar.

3 cara utama yang kami sarankan untuk anda bermula adalah:

    • Iklan Berbayar di Facebook
    • Iklan Berbayar di Instagram
    • Iklan Berbayar di Google

Untuk permulaan, anda boleh lakukan sendiri jika anda mahir tetapi adalah terbaik jika anda mampu membina team online marketing team anda sendiri.

  • Support Team – Pasukan sokongan mungkin boleh dikategorikan kepada pekerja-pekerja yang mengemaskini pembelian, pengeposan, pembungkusan dan lain-lain.

Tanpa pasukan sokongan juga anda tidak dapat melakukan kerja dengan lancar.

Perkhidmatan yang teruk akan menjejaskan reputasi dan akan memberi kesan jangka masa panjang kepada bisnes online anda.

 



5. Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes Online

Advertisement

Boleh dikatakan semua perniagaan yang ada hari ini boleh berkembang jika dapat melakukan pemasaran secara online yang betul.

Tidak semestinya bisnes yang menjual barangan dan di pos kepada pelanggan sahaja boleh dijual secara online.

Kebanyakan bisnes-bisnes yang memberi perkhidmatan juga kita sudah giat melakukan pemasaran secara online.

5.1 Produk/Perkhidmatan Berkualiti

Sentiasa membuat penambahbaikan kepada produk atau perkhidmatan anda dari masa ke masa.

Jika tidak mempunyai produk yang berkualiti, bisnes online anda tidak akan mampu untuk bertahan lama.

Malah, didunia maya ini info-info mudah disebar dengan cepat.

Jika mendapat aduan negatif adalah sesuatu yang menjadi pemusnah kepada bisnes online anda.

Advertisement

5.2 Simpan Database

Database seperti nombor telefon pelanggan adalah sangat penting untuk anda simpan.

Dalam pemasaran online nombor telefon pelanggan boleh digunakan pakai dalam banyak perkara.

Antaranya adalah untuk membuat pemasaran kembali menerusi facebook ads dan google ads.

Database prospek yang mungkin sebelum ini belum membeli dengan anda boleh kita folow-up.

5.3 Sentiasa Mengawasi Pesaing

Syarikat yang bagus adalah apabila mereka kenal pesaing mereka.

Anda perlu membuat kaji selidik akan pesaing anda. Kita perlu tahu kenapa pelanggan memilih mereka berbanding kita atau sebaliknya.

Dengan mengetahui perkara ini kita boleh membuat penambahbaikan atau kita mencuba dari dimensi lain berbanding pesaing kita.

5.4 Reputasi Jenama

Sentiasa alert akan perkembangan di internet berkenaan jenama anda. Kita tidak mahu jenama kita mendapat feedback buruk.

Jika mendapat feedback positif, ia boleh dijadikan sosial proof untuk meyakinkan pelanggan baru kita.

Advertisement

5.5 Penjenamaan

Pastikan anda sentias mendahului pesaing anda dalam mempromosikan jenama anda di internet.

Sebagai contoh:

  • Bina Website & Blog
  • Youtube Channel
  • Instagram Profile
  • Facebook Page

5.6 Konsisten

Hanya sedikit perniagaan yang mampu berjaya dan memberi pulangan keuntungan dalam masa yang singkat.

Ini adalah realiti dalam bisnes.

Jadi perlu fokus akan matlamat utama.

5.7 ‘Death Note

Sebagai seorang usahawan, anda sebenarnya perlu tentukan difasa mana jika kerugian berlaku untuk anda hentikan terus perniagaan anda itu.

Ini untuk mengelakan anda melakukan kerugian yang lebih besar.



Perniagaan adalah sesuatu yang berisiko. Melaburlah dalam ilmu untuk membantu perniagaan anda berkembang.

Pelaburan dalam ilmu adalah sangat diperlukan untuk memajukan perniagaan anda dan menguruskan risiko-risiko yang ada.

Anda juga boleh bermula untuk dengan mencari perniagaan online modal rendah untuk mengelakan risiko kerugian yang tinggi.


 

7 thoughts on “211 Idea Bisnes Online & Offline: Tiada Lagi Alasan Untuk Mula Berniaga!”

  1. kalau daftar perniagaan menggunakan nama ic, nama di cop perniagaan mesti sama ke dengan nama yg didaftarkan?

    1. Btol.. Biasanya perlu sama dengan nama pada pendaftaran…

      Biasanya untuk kegunaan rasmi macam nak apply akaun di bank macam tu.. perlukan sama dengan nama syarikat pendafatran.

    1. boleh cuba bermula dengan jadi dropship or closer (tukang jual)

      kalau join team yang aktif closing team xperlu nak pikir bab marketing sangat… guideline biasa company akan bg untuk buat closing….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online
Scroll to Top