fbpx
Home » Blog » Buat Duit » Dropship » 17 Bisnes Dropship Tudung Anda Boleh Sertai Segera

17 Bisnes Dropship Tudung Anda Boleh Sertai Segera

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Minat Tudung? Minat Nak Tambah Duit Lebih? Apa kata anda cuba buat dropship tudung?

Sama ada bekerja sendiri, penjawat awam ataupun bekerja di sektor swasta, ramai yang mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan dengan melakukan bisnes online.

Salah satu bisnes online yang boleh dilakukan adalah dropship bagi produk tudung.

Produk yang paling laris dijual secara online selain dari pakaian dan makanan adalah tudung.

Menjadi dropship untuk menjual tudung tidak sukar seperti produk lain jika anda tahu caranya.

Jom lihat panduan dropship tudung dan  17 bisnes tudung yang boleh anda sertai.

Kenali Apa Itu Dropship

Advertisement

Dropship adalah kaedah perniagaan yang sangat mudah dimana peniaga tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu berurusan dengan pembekal atau pemborong.

Sebaliknya dropship boleh menjual tudung secara online terus kepada pelanggan.

Proses pengeposan dan penghantaran barang kepada pelanggan akan dilakukan oleh peniaga atau peruncit tersebut.

Pendek kata, dropship cuma perlu lakukan pemasaran sahaja dan mendapat keuntungan jika mempunyai pelanggan mereka berminat untuk membeli.

Kebaikan buat duit dengan dropship juga adalah anda tidak perlu keluarkan modal justeru tidak ada risiko rugi langsung.

Mudah bukan?

Semuanya adalah pilihan anda sendiri untuk memilih produk dipasarkan dan memasarkannya.

Jadi dropship tudung adalah sama seperti dropship lain juga tetapi berbeza mengikut bisnes tudung yang anda sertai.


Proses Sistem Dropship Tudung

Advertisement
  1. Anda perlu memilih bisnes tudung apakah yang ingin dijalankan memandangkan sekarang terdapat pelbagai jenama tudung yang masuk dalam pasaran.
  2. Kenal pasti proses sistem dropship tersebut dilakukan, jumlah komisen yang bakal anda peroleh dan cara mulakannya.
  3. Fahami produk tudung tersebut supaya lebih mudah untuk anda lakukan pemasaran kelak. Perkara penting yang perlu anda ambil tahu tentang produk adalah seperti jenis tudung, saiz, material, kelebihan, keunikan dan harga tudung tersebut.
  4. Lakukan pemasaran bagi bisnes tudung yang anda pilih. Pasarkan bisnes tudung tersebut secara online di facebook, instagram dan media sosial yang lain lagi.
  5. Anda boleh siapkan katalog bagi memudahkan pelanggan melihat produk jualan anda.
  6. Sekiranya terdapat pelanggan yang berminat untuk membeli, anda boleh terus maklumkan kepada agent atau HQ bisnes tudung tersebut. Mereka akan uruskan penghantaran barang kepada pelanggan.
  7. Pastikan pelanggan telah membuat bayaran dan memberi maklumat berkaitan alamat, nama dan nombor telefon mereka untuk proses penghantaran tudung. Secara tidak langsung, anda juga telah memperoleh komisen!

Cara Pilih Dropship Tudung Terbaik Untuk Bermula

Advertisement

Pasti ramai yang tertanya, bagaimana untuk mencari bisnes tudung yang sesuai untuk dijadikan dropship.

Dengan pelbagai bisnes tudung yang berada di pasaran, agak sukar untuk membuat pilihan.

Namun pasti ada jenama tudung yang memikat hati anda, lebih dipercayai atau mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Berikut adalah cara pilih bisnes dropship tudung yang boleh anda ikuti:

1. Jenama Yang Kukuh Dan Terkenal

Banyak bisnes tudung yang terkenal dan merupakan bisnes yang sudah kukuh, sangat lama di pasaran dan menjadi pilihan ramai masa kini.

Ia adalah satu kelebihan buat anda yang merupakan menjadi dropship tudung tersebut kerana tudung tersebut sudah ada peminatnya yang tersendiri.

Advertisement

2. Produk Tudung Yang Berkualiti

Cara pilih dropship juga adalah tudung tersebut perlulah berkualiti dan memudahkan pemakainya.

Dengan keselesaan yang dirasai, pasti ramai yang memerlukannya.

Oleh itu, kualiti tudung sangat penting sebelum anda menjadi dropship tudung tersebut.

3. Pilihan Mengikut Minat Atau Kepakaran

Walaupun ingin menjadi dropship, anda perlu memilih tudung jenis manakah yang anda minat atau anda pakar.

Sebagai contoh, seorang wanita tidak minat tudung bawal tetapi lebih suka memakai selendang pasti akan memilih selendang kesukaannya untuk berbisnes.

Ini kerana dia minat dan pakar menggayakan selendang tersebut, malah lebih mudah untuk dia berkongsi tentang selendang tersebut, tutorial selendang dan sebagainya nanti.

Bila ada ilmu dan minat, kita akan lebih mudah dan selesa untuk berkongsi dengan bakal pelanggan.

Walaupun hanya menjadi seorang dropshipper, adalah disarankan oleh mendalami juga Strategi Pemasaran Online.

4. Komisen Dan Keuntungan

Terdapat banyak jenis reward yang diberi kepada dropship sekiranya capai target pada setiap bulan.

Salah satunya adalah komisen, bonus, hadiah, insentif dan lain-lain lagi.

Keutamaan dropship adalah jumlah komisen dimana anda perlu memilih produk yang benar-benar berbaloi keutungannya buat anda.

Advertisement

5. Bahan Marketing Disediakan

Cara pilih dropship juga adalah anda perlu pastikan bisnes tersebut mempunyai kemudahan bahan marketing.

Sekiranya bahan pemasaran disediakan, anda takkan buang masa yang banyak untuk menyediakannya sendiri.

Sebaliknya, anda dapat gunakan masa untuk melakukan aktiviti pemasaran.

Baca Juga Contoh Copywriting Iklan Tudung


17 Senarai Dropship Tudung Boleh Anda Sertai

Advertisement

Berikut adalah antara jenama tudung yang membuka peluang perniagaan dropship tudung yang boleh anda cuba.

Walaupun ia adalah bisnes tudung, tetapi mungkin sistem mereka agak berbeza sedikit.

Setelah membuat pilihan dropship tudung, anda boleh hubungi terus mereka untuk mendaftar. Kemudian, ikuti proses yang mereka sediakan.

1. Tudung Si Comel

Tudung Si Comel adalah jenama tudung kanak-kanak yang berusia 2 tahun sehingga remaja.

Sekiranya anda sukakan perniagaan barangan kanak-kanak, menjadi Dropship Tudung Si Comel sangat sesuai buat anda.

Website: https://tudungsicomel.com/

2. Nissa Hijab

Bisnes tudung seterusnya yang boleh anda sertai adalah Nissa Hijab.

Tudung yang dijual oleh Nissa Hijab mempunyai keistimewaannya yang tersendiri seperti tudung ekspress, bawal instant, install shawl dan banyak lagi.

Selain tudung, inner tudung dan tudung kanak-kanak juga dijual di sini.

Website: https://www.nissahijab.com/

Benang Hijau

Benang Hijau adalah salah satu jenama tudung yang sangat mampu milik serendah RM 15.

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai jenis tudung dari Benang Hijau yang boleh dijual, pasti akan beri banyak pilihan kepada pengguna.

Website: https://www.benanghijau.com/

Advertisement

3. Zulizscarves

Koleksi tudung dari Zulizscarves tampak sangat eksklusif.

Harganya pula berpatutan dan mampu milik dengan pilihan pelbagai corak design yang menarik.

Antara keluaran tudung mereka adalah Selena Edition.

Website: https://www.zulizscarves.com/

4. Marshmallow Scarf

Shawl yang ringkas, terdiri dari warna pastle dan bercorak adalah tudung dari Marshmallow Scarf.

Mereka juga membuka peluang untuk anda menjana pendapatan sebagai dropship tudung Marshmallow Scarf.

Jenis tudung yang dikeluarkan adalah seperti bawal printed, instant shawl, tudung syria dan tudung sarung.

Website: https://www.marshmallowscarf.com/

5. Top Hijab

Top hijab menampilkan tudung bawal bidang 48 dan 50 yang sangat kemas dan cantik.

Peminat tudung bawal yang ingin kelihatan sopan dan menutup aurat mengikut syariah, boleh menjadi Dropship Tudung Top Hijab.

Website: http://www.tophijab.com.my/

Advertisement

6. Tudung Sabella

Ia cukup terkenal dengan ayat baju tanpa gosok, kini sudah mengeluarkan tudung pula.

Tudung Sabella juga membuka peluang dropship tudung untuk anda yang ingin menjana pendapatan dalam perniagaan tudung.

Website: https://www.sabella.com.my/

7. Jelita Sara

Tudung basic, printed dan premium adalah tudung keluaran Jelita Sara.

Ia terdiri daripada jenis tudung bawal, shawl dan tudung labuh, limiited edition.

Pelbagai pilihan sesuai untuk anda yang ingin jadi dropship tudung.

Website: https://www.jelitasara.com/

8. Sina Bana

Pernah dengar jenama tudung sina Bana?

Mereka menjual tudung satin printed kualiti premium mampu milik serendah RM 37 harga jualan.

Sedangkan harga pasaran tudung sebegini adalah RM 70 sehingga RM 130.

Sangat mampu milik!

Website: https://thebabyexclusive.com/dropship-tanpa-modal/

Advertisement

9. Hijabs By Hanami

Gaya dan namanya mampu menarik minat untuk orang membeli.

Tudung yang sangat kemas, selesa dipakai dan ringkas boleh anda dapatkan di Hijabs by Hanami.

Mereka membuka tempahan bagi tudung bercorak dan yang bertemakan palestin.

Beruntung jadi dropship tudung ni!

Website: https://www.hijabsbyhanami.com.my/

10. Tudung Ruffle

Tudung Ruffle menawarkan tudung yang sangat cantik, kualiti kain yang tinggi dan warna pastle yang menjadi kesukaan ramai wanita.

Mereka mempunyai stokis yang ramai di seluruh negeri.

Anda boleh menyertai dropship tudung Ruffle ini kerana pasti ramai peminatnya yang tersendiri.

Website: https://www.tudungruffle.com/

11. Bokitta Lover

Jenama Bokitta Lover adalah jenama tudung yang dikatakan agak mahal dan ekskusif.

Harga RM 99 adalah harga yang cukup rendah bagi peminat Bokitta.

Selainnya, harga tudung mereka adalah seratus ringgit dan ke atas.

Jika anda sukakan tudung eksklusif seperti Bokitta, sertailah dropship tudung ini.

Website: https://bokittalover.com/

Advertisement

12. Hijab Galeria

Siapa sangka, Hijab Galeria menawarkan tudung labuh yang sangat mampu milik, cantik serta pelbagai pilihan warna dan corak.

Mereka juga membuka tawaran dropship tudung untuk sesiapa yang minat berniaga.

Menjadi dropship tudung ini tidak memerlukan anda untuk memegang stok, tetapi tidak salah jika ingin membelinya kerana ia amat mampu milik.

Website: https://www.hijabgaleria.my/

13. Tudung Fareha

Tudung Fareha juga terkenal dengan konsepnya bawal anti kedut.

Pastinya ia mempunyai peminat yang tersendiri.

Saiznya adalah bidang 45.

Bagi anda yang sukakan tudung ringkas tetapi nampak cantik, tudung Fareha sangat sesuai buat anda!

Menyertai dropship tudung Fareha pasti memberi kemudahan buat anda kerana terdapat training kumpulan yang boleh anda sertai.

Website: https://farehahq.com/

14. Naelofar Hijab

Brand tudung yang terkenal seperti Naelofar hijab akan memudahkan anda memasarkan produk ini.

Jenamanya sudah terkenal di seluruh Malaysia.

Sekiranya berminat untuk menjadi dropship tudung ini, anda boleh hubungi pihak mereka.

Website: https://my.naelofar.com/

Advertisement

15. Luna Lulu Lovers

Luna Lulu Lovers menjual tudung yang sangat cantik pada harga yang mampu milik.

Antaranya adalah tudung satin, tudung instant dan banyak lagi.

Pakaian seperti sarung tangan dan inner tudung juga dijual di sini.

Ia sangat mudah bagi anda yang mencari pelbagai keperluan.

Website: https://lunalululovers.com/

16. Bea Hijab

Bea Hijab menawarkan tudung pelbagai fabrik seperti cotton voile, emboss crepe, mixed chiffon, mosscrepe dan banyak lagi.

Selain untuk dewasa, terdapat juga tudung kanak-kanak yang cantik dan berkualiti.

Jika anda ingin menjual tudung dewasa dan kanak-kanak, anda boleh menjadi dropship tudung ini.

Website: https://beahijab.com.my/



Itulah dia antara jenama yang membuka peluang bisnes dropship tudung yang boleh anda sertai.

Pilih bisnes tudung yang sesuai, menepati minat dan keinginan anda.

Pastikan anda fahami konsep dropship yang mereka tawarkan.

Terus mula bergiat aktif bersama bisnes tudung pilihan anda, pasti akan berjaya!


Jika anda pemilik bisnes tudung dan ingin mendapatkan ejen atau dropship kepada produk anda, Sila promosikan di ruangkan komen ini.

Kami akan benarkan dan ianya secara percuma.

Nama Brand:
Maklumat Ringkas Produk:
Website:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online
Scroll to Top