fbpx

Cara Buat Blog Profesional Dengan WordPress

Alang-alang membina blog biar sampai boleh mendatangkan hasil

4 238

Cara buat blog dengan menggunakan wordpress tidak lah sesukar mana. Saya telah buat blog wordpress sejak 2008 dan sehingga kini saya masih menggunakan wordpress sebagai landasan utama saya.

Kebanyakkan website yang dibangunkan pada hari ini juga menggunakan perisian wordpress.

WordPress digunakan secara meluas pada hari ini untuk pelbagai jenis website bukan sahaja untuk blog.

Kenapa WordPress diguna secara meluas?

Fakta Mengenai WordPress – WordPress dilancarkan pada 2003 dan perisian ini boleh dipasang secara percuma (Open Source) dan pada hari ini, Worpress merupakan sistem pengurusan kandungan (CMS) yang paling popular.

6 Faktor Utama Kenapa WordPress Popular

  • 1. WordPress Merupakan Perisian Percuma – Sumber Terbuka

Perisian yang dibekalkan adalah percuma dan tidak dikenakan apa-apa cas kepada kita sebagai pengguna. Perisian ini boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi wordpress.org. Bagaimanapun, anda tidak perlu risau, kerana selepas anda membeli domain dan hosting, syarikat hosting telah menyediakan kemudahan pemasangan dengan hanya dengan 1 klik sahaja.

  • 2. Boleh Membangunkan Sebarang Jenis Laman Sesawang Yang Anda Mahukan

Sebut sahaja jenis laman sesawang dengan fungsi yang anda mahukan, boleh dikatakan semuanya jawapanya adalah YA. Selain dengan pelbagai jenis tema (theme) yang dibangunkan oleh pengguna wordpress, terdapat juga tambahan fungsi dengan adanya pemalam (plugin). Pemalam ini merupakan pelengkap kepada sesebuah tema yang digunakan.

  • 3. WordPress Merupakan 99% Mesra Enjin Carian Menurut Google

Berita baik adalah wordpress dibangunkan untuk menjadi sistem pengurusan kandungan yang memenuhi segala kriteria untuk Optimasi Enjin Carian (SEO). Malah terdapat banyak pemalam yang melengkapkan lagi sistem yang dibangunkan oleh wordpress seperti pemalam Yoast.

  • 4. Mudah dan Mesra Pengguna

Menulis di wordpress adalah sangat mudah, terdapat pelbagai fungsi untuk anda menyusun atur kandungan laman sesawang anda. Disebabkan penggunaan wordpress ini semakin meluas, terdapat bermacam-macam tutorial yang telah disumbangkan oleh pengguna tidak kira di youtube mahupun dimana sahaja bentuk pentas perkongsian.

  • 5. WordPress Sangat Mudah Untuk Proses Penyesuaian (Customize)

Fungsi yang ada pada panel kawalan (dashboard) wordpress memudahkan pembangun laman web untuk menyesuaikan mengikut kehendak pengguna. Selain itu, tema-tema yang dibangunkan sekarang juga telah banyak menyediakan fungsi yang lebih mudah dan maju untuk kemudahan pengguna terutamanya tema-tema berbayar.

  • 6. Terdapat Komuniti Sokongan yang Luas

Apabila wordpress digunakan secara meluas maka komuniti sokongan menjadi bertambah banyak. Tip mudah yang saya lakukan apabila terdapat masalah ketika membangunkan wordpress adalah saya hanya perlu salin dan tampal pada enjin carian google masalah yang keluar. Pasti akan ada penyelesaiannya.

Jika masih tidak dapat selesaikan – boleh ke group di facebook yang bercerita mengenai wordpress. Tapi pastikan anda google terlebih dahulu.

Cara Buat Blog Secara Profesional?

Ini merupakan soalan yang saya tanya pada diri saya sendiri setelah beberapa tahun menulis blog. Bagaimana Cara Buat Blog Secara Profesional?

Saya bermula dengan blog percuma dengan blogspot kemudian 2009 saya cuba belajar dengan menggunakan wordpress.org dan domain sendiri.

KESILAPAN SAYA – Saya tidak tahu hala tuju dan fokus penulisan saya pada awal saya membina blog dengan domain sendiri. Kesilapan saya ini perlu anda jadikan tauladan untuk agar anda tidak mengulangi perkara yang sama.

Apa Sebenarnya Blog Profesional – Jawapan saya ini adalah berdasarkan pemerhatian saya kepada blogger-blogger yang berjaya.

Apa mereka lakukan di blog mereka membuatkan saya anggap cara buat blog mereka adalah sangat profesional sehinggakan mereka mampu menjadikan pendapatan online sebagai pendapatan utama mereka.

  • Fokus kepada topik yang mereka pakar/suka – tidak bercampur aduk pada satu blog dengan cerita peribadi
  • Susun atur pada website dengan kemas dan ringkas
  • Tidak terlalu banyak paparan iklan
  • Susunan iklan dengan kemas
  • Penulisan yang padat dengan info yang pembaca inginkan
  • Tiada widget-widget yang mengarut di sidebar – hanya benar-benar berguna sahaja diletakan.
  • Template website yang mesra pengguna dan enjin carian (Responsive & SEO)
  • Website Loading yang pantas
  • Mempunyai ruangan subcribe
  • Sentiasa dikemaskini
  • Memperlakukan blog/website seperti sebuah perniagaan (ASET)

Website/Blog Untuk Perniagaan

Perancangan strategi dalam membina blog/website untuk perniagaan pula adalah berbeza dengan website untuk fokus buat duit di blog dengan ruang pengiklanan.

Berdasarkan beberapa website yang saya telah buat untuk klien saya – fokus utama website adalah:

  • Branding dan Reputasi
  • Daftarkan emel pada domain sendiri – cth: [email protected]
  • Penulisan berbentuk awareness kepada fokus produk
  • Menyenaraikan perkhidmatan/produk
Pengalaman Kejayaan – Saya pernah membina website perniagaan Perkhidmatan Offline (Local Business) untuk klien.Hasilnya beberapa kata kunci kepada perkhidmatan mereka berada di paparan pertama enjin carian google dengan menggunakan teknik SEO yang kami tawarkan dalam satu pakej.
Kata kunci carian perniagaan mereka (Branding Name) semakin hari semakin meningkat – Lebih menarik, pesaing perniagaan mereka pada kawasan berkenaan tidak mempunyai website.

Website E-commerce dengan WordPress

YA! Anda boleh buat website E-commerce dengan wordpress – saya ada senaraikan plugin yang anda boleh gunakan untuk menjadikan wordpress anda kepada Ecommerce bukan sekadar blog.

Cara buat blog + E-Commerce sebenarnya hanya pasang plugin Woocommerce kemudian anda aktifkan plugin berkenaa.

Namun, anda perlu faham – berdasarkan pengalaman orang yang menjual produk secara online, convention rate secara terus melalui Personal E-commerce Website adalah sangat rendah.

Kebanyakan mereka akan close sale di facebook atau Whatsapp. Adakah ini membawa maksud tidak penting adanya website untuk perniagaan anda?

Dengan adanya website, kita boleh untuk memasang fb pixel ID pada laman blog kita. Setiap pengunjung yang datang ke website kita kita boleh jejak dan akan kita lakukan Fb Ads – Retargeting kepada pengunjung tadi.

Website – Goolge Ads – Fb Ads – Whatsapp/Fb Messenger

Perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam perniagaan online. Akan diperincikan lagi bab ini pada artikel yang lain.

Pengalaman Kegagalan – Saya pernah membina website E-Commerce untuk klien saya dan akhirnya mereka tutup website mereka. Sebab utama adalah mereka menganggap dengan adanya E-Commerce sale mereka akan meningkat dengan cepat. SALAH!!!
Pengalaman Sendiri – Saya sendiri mempunyai perniagaan sendiri (baru bermula), tetapi masih tidak mempunyai website E-Commerce. Hanya fokus terlebih dahulu di Fb Page dan FB Ads serta Daftar Perniagaan di Google Business.

Cara Buat Blog WordPress

Dalam topik ini, saya akan terangkan berkenaan langkah-langkah untuk anda membina blog wordpress anda sendiri. Antara topik yang akan diterangkan:

  • Cara Pembelian Domain dan Hosting
  • Cara Install WordPress
  • Tips dan Cara Pemilihan Template Website
  • Plugin-Plugin Penting untuk website anda

Secara asasnya, template dan plugin wordpress ini sebenarnya yang menentukan bagaimana website/blog yang anda ingin hasilkan.

Beli Domain dan Hosting di Malaysia

Di blog saya, saya lebih fokus memberi tunjukan ajar kepada orang yang baru ingin bermula. Jadi dengan membeli domain dan hosting pada satu tempat yang sama ia memudahkan anda kerana dns server setelah ditetapkan terus oleh syarikat webhosting.

Walau bagaimanapun, anda boleh membeli hosting dan domain pada tempat yang berlainan.

Pemasangan WordPress Melalui CPanel Menggunakan Softaculous

Hanya dengan beberapa klik anda telahpun siap untuk proses pemasangan wordpress anda.

Domain dan Hosting Pilihan Kami di Malaysia : Server Freak

Pilih Theme Yang Sesuai

Dalam memilih theme untuk website anda, tidak kira secara percuma mahupun yang berbayar beberapa perkara ini anda perlu ambil kira:

  • Mesra Enjin Carian
  • Loading yang pantas
  • Ringkas untuk memudahkan melakukan proses tetapan
  • Responsif
  • Serasi dengan semua jenis browser
  • Jika menggunakan theme premium – pastikan pilih rating tinggi
  • Theme yang selalu dikemaskini – Lihat revision.

Download Theme Percuma – Anda boleh download theme percuma terus melalui dashboard ‘Appearance >> Theme”. Disini anda boleh preview terlebih dahulu sebelum download.

Beli Theme Premium – Tempat paling popular yang selalu saya beli adalah di themeforest. Disini ada boleh lihat theme mana yang berkenaan dan bersesuaian dengan website yang anda cuba bangunkan.

Pasang Plugin Mengikut Keperluan

Terdapat pelbagai jenis plugin dan pastikan anda hanya install yang diperlukan sahaja. Plugin yang tidak diperlukan hanya akan membebankan server anda.

  • Anti Spam 
  • Akismet – Plugin ini telah tersedia ketika anda mula-mula install wordpress. Apa yang perlu anda lakukan adalah hanya untuk activate. Ikuti arahan yang telah diberikan untuk proses pengaktifan.
  • Database
  • WP-Optimize – adalah alat yang berkesan untuk membersihkan pangkalan data WordPress anda secara automatik supaya ia berjalan pada kecekapan maksimum.
  • BackWPup – WordPress Backup Plugin – Boleh digunakan untuk menyimpan pemasangan lengkap website anda termasuk / wp-content / dan boleh disimpan ke Perkhidmatan Backup luaran, seperti Dropbox, S3, FTP dan banyak lagi.
  • Search Engine Optimization (SEO)
  • Yoast SEO – Plugin ini dicipta oleh Joost de Valk dan pasukannya di Yoast untuk meningkatkan SEO laman web anda dalam semua aspek yang diperlukan oleh enjin carian.
  • Statistik Pengunjung
  • Jetpack by WordPress.com – Jetpack menawarkan pelbagai fungsi selain untuk melihat data statistik pengunjung. Antaranya, alat pengoptimuman enjin carian, perkongsian automatik di sosial media dan melajukan proses loading gambar pada website.
  • Google Analytics Dashboard for WP (GADWP) – Menyambungkan Google Analytics dengan laman WordPress anda. Memaparkan statistik untuk membantu anda memahami pengguna dan kandungan tapak anda pada tahap yang baru!
  • Mempercepat Loading Website
  • WP-Smush It – Plugin ini akan mengecilkan saiz fail imej untuk mempercepatkan proses loading gambar.
  • W3 Total Cache – Akan meningkatkan prestasi loading ke website anda.
  • AdSense Plugin WP QUADS – Plugin yang membantu anda untuk memasukan iklan ke dalam artikel untuk meningkat CTR

Peralatan Lain Untuk Blog

Google Console – Jangan sesekali untuk kita abaikan untuk mendaftar dengan google search console. Jika anda aktifkan plugin Yoast SEO, nanti akan diminta untuk mendaftar dengan google search console untuk hantar sitemap blog anda.

Google Analytics – Mendapatkan data pengunjung ke website kita. Google Analytics merupakan analisis data pengunjung percuma yang terbaik setakat ini.

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang cara buat blog wordpress boleh diajukan pada ruangan komen. Saya juga mengalu-alukan jika terdapat komen untuk menambah baik lagi info yang saya berikan diatas.

Subscribe to our newsletter
Sign up here to get the latest news, updates and special offers delivered directly to your inbox.
You can unsubscribe at any time
4 Comments
  1. RAIHANAH AHMAD says

    boleh jadi panduan semua beginner

    1. mazuki says

      Harapnya begitu lah…

  2. Nur Aisha says

    klau cara ni dia bole add-on x? :
    1. payment x (banking online, credit card..etc)
    2. auto-email responder
    3. SMS notification kalau ada buyer beli product

    1. mazuki says

      Kalau pakai wordpress + woocommerce plugin
      1. Payment bank tempatan/Kad kredit
      – Ya.. Boleh tpi perlu tambah dengan additional plugin (servis) cth: plugin senangpay/Billplz
      – Kalau default hanya boleh pakai Paypal – dipaypal customer boleh bayar guna kad kredit/debit tanpa perlukan akaun paypal…
      2. Auto responder
      Ya boleh. Banyak auto responder telah diintergrasikan bersama wordpress. contoh yang saya pakai di blog ini adalah mailchaimp. dimana 2k subcriber pertama adalah percuma.. tak perlu bayar monthly

      3. SMS notification
      – YA boleh dengan Woo commerce dengan additonal plugin
      “SMS Notification for WooCommerce”

Leave A Reply

Your email address will not be published.