Cara Berniaga Di Shopee Yang Terbukti Berjaya Buat Jualan

Sebenarnya Shopee itu hanyalah sebuah marketplace untuk pengguna buat listing product. Tiada rahsia disebaliknya pon. Penentu utama kejayaan adalah Produk Anda Sendiri adalah mempunyai demand dan harganya boleh bersaing dengan penjual lain...

Jika disebut berkenaan cara berniaga di shopee, semua orang mampu cakap mudah je…

Semua orang boleh berniaga tapi bukan semua orang mampu untuk konsisten membuat jualan.

Namun tak salah pun kalau kita luangkan masa untuk menimba tips percuma dari orang yang berpengalaman berniaga di shopee.

Cara Untuk Buka Akaun Shopee

Di shopee, akaun untuk anda membeli dan akaun untuk menjual adalah yang sama.

Tidak perlu buat akaun asing untuk ini.

  • Register Shopee

Register Akaun ShopeeUntuk daftar sangat mudah, guna facebook atau emel

Tidak perlu untuk terangkan lebih terperinci.

  • Tetapkan Kedai Shopee

Tetapkan Nama Kedai ShopeeSeller Centre >> Shop Profile

Disini anda perlu lengkapkan maklumat yang diminta untuk memastikan yang kedai anda nampak bersedia untuk menjual.

 

Tetapkan Jenis Penghantaran Barang ShopeeSeller Centre >> My Shipping

Terdapat 3 pilihan : Pos Laju, Gdex dan lain-lain

Terpulang kepada anda untuk memilih mengikut mana yang mudah.

Untuk kedai saya, saya memilih pos laju sahaja.

Seller Centre >> My Shipping >>> Day to Ship

Untuk Ready Stock Product – Paling awal adalah 2 hari manakala

untuk Pre-Order Product – Paling awal adalah 7 hari sehingga 30 hari.

  • Tips Memilih Jenis Kedai

Jika anda memang baru nak bermula dan belum ada produk, adalah digalakan untuk bermula dengan jenis kedai general.

Maksudnya anda tidak fokus pada 1 niche produk sahaja. Jual sahaja apa yang rasa laris untuk dijual.

Jika anda sememangnya sebelum ini telah ada brand atau kedai sendiri di website mahupun di facebook, adalah digalakan untuk anda gunakan jenama anda sebelum ini.

Nota: Tiada betul dan salah dalam situasi ini.


Buat Listing Yang Pertama

Cara Buat Listing Barang di Shopee

Seller Centre >> My Products

Setelah selesai buat kedai di shopee, terus buat listing dengan apa-apa produk.

YA! Apa-apa sahaja produk.

Tujuannya bukan untuk kita menjual produk berkenaan tetapi untuk  aktifkan fungsi analisis shopee demand product.


Kajian Produk Sambutan Tinggi di Shopee

Marketing Centre >> My Ads

Pilih produk yang kita dah list kan tadi untuk membuat dummy.

Add More Keyword

Pada bahagian ini kita boleh buat kajian barangan yang pengguna cari di shopee.

Beberapa website yang boleh dijadikan rujukan untuk mendapat idea:

Pilih kategori yang anda minat. Terpulang kepada anda.

Kemudian lihat senarai top selling product yang diberikan.

  • Aliexpress Top Selling Product

Anda boleh google kerana setiap tahun mereka akan kemaskini senarai top selling product mereka.

Kemudian buat kajian keyword di Shopee – Kita tengok ramai tak yang buat carian untuk membeli produk berkenaan di shopee.

pastikan carian yang ada dalam lingkungan 500-1000 carian sebulan.

Untuk Case Study ini saya jadikan “Earphone Bluetooth Wireless Earbuds” sebagai kajian kes.

AMARAN! Terdapat beberapa panduan yang saya baca atau tonton video.

Mereka tidak sarankan untuk menjual produk elektronik jika anda baru bermula.

Antara sebabnya adalah risiko kerosakan barang terutamanya jika anda buat dropship.

Faktor lain adalah persaingan dari jerung-jerung yang besar.


Mencari Supplier Untuk Menjual di Shopee

  • Aliexpress
1 of 2

Sekarang saya akan search “Earphone Bluetooth Wireless Earbuds” di aliexpress untuk melihat apa brand atau jenis alat ini yang mendapat jualan yang tinggi.

Berniaga di Shopee


Kaji Pesaing Untuk Tetapkan Harga Jualan

Sekarang saya ambil contoh earphone sport wireless headphone untuk saya jual.

Saya akan lihat berapa harga yang oversea dan local seller jual untuk produk ini.

Terdapat dua seller dari china yang menjual produk yang sama yang saya lihat di aliexpress.

  1. RM 12.42 + RM4 (shipping) = RM16.42
  2.  RM6.99 + RM4 (shipping) = RM10.99

Kedua-dua seller yang menjual di shopee ini adalah dari china.

Yang bagusnya produk ini tiada dijual oleh seller tempatan (stakat post ini dibuat).

Harga di Aliexpress adalah RM7.87 + Rm0 (free shipping)

  • Anda perlu tahu yang bukan semua pembeli percaya kepada seller dari china.
  • Ada juga yang tidak sanggup untuk menunggu barang yang dipos dari luar negara yang mengambil masa yang lama.

Perbandingan Harga Pesaing Tempatan

Disini kita abaikan penjual dari China, hanya seller dari Malaysia akan menjadi pesaing kita.

Seller ini telah berjaya buat jualan dengan produk yang kos RM7.87 dengan harga RM27.00.

Untung kasar = RM19.13 

Untuk menjual barang yang kita import dari luar negara – dropship adalah bukan jalan terbaik kerana ia mengambil masa yang lama.

Jadi kita boleh membeli dulu 5-10 unit untuk buat testing.

Jika produk anda buat kajian tadi telah ramai seller yang stabil jual, jadi bergerak kepada produk lain.

Beli stok jika anda benar-benar yakin itulah WIN produk anda.


Alternatif Untuk Mendapatkan Supplier

Sebelum in kami ada kongsikan beberapa cara untuk mencari supplier di artikel cara nak mula bisnes online.

Kami senaraikan sekali lagi disini:

Lokasi Pembekal di Malaysia

Lain-lain lokasi yang popular dengan syurga pemborong di Malaysia:

  • Kuala Lumpur Kenanga Wholesale Center
  • GM Klang

Pembekal Luar Negara Atas Talian

  • ezbuy
  • aliexpress
  • shopee (International Seller)
  • taobao
  • alibaba
  • zenmarket
  • Pinduoduo

Lokasi Pembekal di Luar Negara

  • China
    • Guangzhou
  • Vietnam
    • Ben Thanh Market
    • Binh Tay
    • Dong Khoi Street
  • Indonesia
    • Jakarta
    • Bandung
  • Thailand
    • Bangkok

Kalau ada tambahan boleh sampaikan idea anda diruangan komen. Moga-moga memberi manfaat kepada orang lain juga.


Cara Buat Iklan di Shopee

Iklan listing anda di shopee sangat diperlukan lebih-lebih lagi kepada produk-produk baru.

Ini bertujuan untuk mendapatkan folower dan juga tingkatkan rating.

Boleh layari ke Shopee Marketing Centre untuk buat iklan.

Mintak rakan-rakan belikan dulu juga antara cara yang selalu dilakukan untuk naikan rating awal.


Kekurangan dan Cabaran Berniaga Di Shopee

Shopee adalah sebuah marketplace – dimana semua orang boleh membuka kedai masing-masing.

Cabaran utama apabila di Shopee turut dibuka listing dari pengguna dari luar negara iaitu China.

Jadi, disini isu buang harga adalah sangat tinggi menjadikan penjual Malaysia sukar untuk mendapatkan margin yang tinggi.

Tetapi adalah bagus untuk pembeli kerana dapat barangan yang harga lebih rendah.

Bagus jika anda sebagai peniaga mempunyai barang 100% original jika ingin berniaga di shopee dan buat duit gila-gila.

Jika memang anda borong barang dari China, perlu buat kajian terlebih dahulu barangan yang kurang di buat listing oleh peniaga dari China

dan higlightkan USP yang Ready Stock in Malaysia.


Pemasaran Online ni adalah perkara yang wajib untuk dilakukan jika anda terlibat dengan bisnes, tidak kira bisnes online ataupun bisnes offline.

Jadi, dapatkan WIN PRODUCT anda, kompem berjaya buat duit online dengan menjual barang ni.

INGAT: 50% kejayaan sesebuah bisnes adalah terletak pada produk atau servis itu sendiri.

Dapatkan Free Course Buat Duit Dengan Google di Telegram kami.

Sebarang pertanyaan boleh add saya di facebook dan subscribe channel youtube kami.
You might also like
Stay Updated
Get daily articles in your inbox for free.
You can unsubscribe at any time

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Kami akan hantar terus ke emel anda - tips terbaru yang kami kemaskini.

You have Successfully Subscribed!