Panduan SEO Malaysia
Panduan SEO ini ditulis untuk yang ingin Belajar SEO Malaysia.
Tapi pernahkan anda terfikir untuk menggunakan cara pemasaran percuma ini untuk mendapatkan trafik?
Alangkah ruginya jika anda mempunyai website tetapi hanya mengharapkan iklan berbayar untuk orang ke website anda.
Mungkin juga anda tahu akan pemasaran percuma melalui enjin carian ini tetapi tidak tahu untuk melakukannya.
Selain daripada membina website untuk menjual di online, anda juga boleh buat website dengan blogging kemudian anda mendapat bayaran.
Untuk buat duit dengan blog ini, anda tidak boleh lari untuk belajar berkenaan optimasi enjin carian (SEO) ini.

Bab 1: Panduan SEO Malaysia – Apa Itu SEO?
SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization, perkataan dalam bahasa inggeris.
Kalau dalam bahasa melayu kita boleh terjemahkan kepada Optimasi Enjin Carian.
Oleh kerana telah sinonim dengan dipanggil SEO, jadi saya akan menggunakan perkataan SEO untuk anda faham dalam Panduan SEO Malaysia ini.
Selalunya SEO banyak dikaitkan dengan enjin carian google kerana google merupakan enjin carian no 1 pengguna internet dunia.
1.1 Apa Tujuan Kita Belajar SEO?
Pastinya tak lain adalah untuk mendapatkan pelawat secara percuma ke website kita.
Seterusnya kita akan buat duit dengan pelawat yang datang ke website kita – motif utama.
Cuma cara untuk buat duit dari website berbeza-beza pada setiap orang:
- Ada yang menjual produk sendiri
- Ada menjual produk orang lain
- Ada yang buat affiliate
- Ada yang buat duit dengan pengiklanan.
Kenapa tak buat SEO kalau boleh dapat pelawat secara percuma?
Pendek kata, kita buat seo untuk tambah trafik dan membina populariti.
1.2 Bagaimana Untuk Buat Website Menjadi Popular
Terdapat berbilion website dan blog di internet, jadi bagaimana google tentukan website mana untuk di rank lebih tinggi?
Google akan memberikan keputusan carian yang relevan dengan apa yang pencari mahukan – ini tujuan asal.
Google sangat pentingkan website yang ‘dipercayai’ atau ber authority dalam topik yang dibincangkan.
Contohnya, di MazukiBlog – kami fokus dalam topik bisnes dan pemasaran digital dan kami tidak masukan apa-apa konten travel atau resepi masakan disini.
Google juga memberikan score kepada domain anda yang disebut sebagai domain score/ domain authority.
Semakin tinggi domain score semakin tinggi kredibiliti website anda.
Jadi kebarangkalian untuk google rank artikel anda lebih tinggi dari pesaing anda adalah tinggi.
Nampak seperti mudah tapi tidak juga semudah yang disangkakan. Jadi jom kita sama-sama belajar seo.
1.3 Bagaimana Google Tentukan Ranking?
Apabila kita mula belajar seo kita akan jumpa terma-terma dalam seo. Terma yang selalu digunakan adalah Google Ranking Factor.
Sebenarnya google tidak pernah mengesahkan secara rasmi akan ranking factor yang mereka gunakan.
Namun, berdasarkan kajian dan expert SEO diluar sana mereka rangkumkan faktor-faktor yang menjadi penentu kedudukan sesuatu artikel.
Terdapat banyak faktor tapi dibawah ini adalah yang paling penting:
1.3.1 Konten Kualiti Tinggi
- Search Intent (Hasrat Carian): Hasrat carian adalah sebab utama seseorang pengguna mencari di Google. Ia penting kerana tugas utama Google adalah untuk menyediakan hasil terbaik untuk pertanyaan carian penggunanya. Anda mempunyai peluang terbaik untuk menduduki kedudukan di Google jika anda menyelaraskan halaman anda dengan hasrat pembaca membuat carian. Oleh itu, menyelaraskan halaman anda dengan hasrat carian pengguna adalah sangat penting.
1.3.2 Kata Kunci Pada Tajuk Artikel <h1>
Title Tag anda dan keterangan meta berfungsi sebagai kedai maya anda di hasil carian Google. Pastikan title anda kurang dari 60 aksara dan keterangan anda kurang dari 150 aksara. Ini membantu untuk mengelakkan pemendekan.
Tak perlu penerangan panjang – Kalau anda bina blog wordpress: terus guna plugin Yoast SEO atau Rank Math. Kemudian ikut sahaja indicator yang diberikan.

1.3.3 Backlinks (Pautan Luar)
Backlinks, juga dikenali sebagai pautan masuk, adalah pautan dari laman web lain ke halaman di laman web anda.
Mereka dianggap sebagai “undi” untuk halaman anda, menunjukkan relevansi, kualiti, dan autoriti halaman tersebut.
Enjin carian seperti Google menghargai backlinks kerana mereka membantu menentukan kedudukan halaman dalam keputusan carian.
Semakin banyak backlinks berkualiti tinggi yang dimiliki oleh halaman, semakin tinggi kedudukan halaman tersebut.
Backlinks berkualiti tinggi biasanya datang dari laman web yang dipercayai dan berwibawa, mengandungi kata kunci sasaran dalam teks pautan, dan berkaitan dari segi topik dengan kandungan anda.
Ia juga lebih baik jika pemberian pautan dilakukan melalui pautan “dofollow” berbanding dengan pautan “nofollow”, yang diabaikan oleh algoritma enjin carian.
Selain itu, mendapatkan pautan dari pelbagai domain adalah menguntungkan kerana pautan berulang dari domain yang sama memberikan pulangan yang semakin berkurangan.
1.3.4 Kepakaran Topik (Niche Expert) – E.E.A.T
E-E-A-T, singkatan daripada:
- Experience (Pengalaman),
- Expertise (Kepakaran),
- Authoritativeness (Kewibawaan), dan
- Trustworthiness (Kebolehpercayaan),
Bukan faktor kedudukan tetapi sebahagian daripada Garis Panduan Penilai Kualiti Google.
“E” Experience (Pengalaman): Merujuk kepada pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh melalui penglibatan atau kehidupan sebenar dalam topik tertentu.
“E” Expertise (Kepakaran): Kemahiran atau pengetahuan khusus dalam suatu bidang, yang mungkin diperoleh melalui pendidikan formal atau latihan.
“A” Authoritativeness (Kewibawaan): Reputasi atau pengiktirafan sebagai pakar atau sumber maklumat yang boleh dipercayai dalam bidang atau topik tertentu.
“T” Trustworthiness (Kebolehpercayaan): Tingkat kepercayaan atau kepercayaan yang boleh diberikan kepada seseorang atau sesuatu, berdasarkan ketepatan, kejujuran, dan kebolehpercayaan.
1.3.5 User Engagement & Rank Brain
User Engagement: Penglibatan pengguna adalah kritikal untuk SEO kerana ia adalah isyarat kepada Google bahawa orang suka laman web anda dan mendapatinya berguna. Jika orang meluangkan masa di laman web anda, mengklik di sekitar, dan kembali untuk lebih, maka Google akan mengambil perhatian dan menaikkan kedudukan anda dalam hasil carian.
Rank Brain: RankBrain adalah komponen daripada algoritma teras Google yang menggunakan pembelajaran mesin (keupayaan mesin untuk mengajar diri mereka dari input data) untuk menentukan hasil yang paling relevan kepada pertanyaan enjin carian.
Sebelum RankBrain, Google menggunakan algoritma asasnya untuk menentukan hasil mana yang harus ditunjukkan untuk suatu pertanyaan.
Selepas RankBrain, keputusan carian sekarang melalui model interpretasi yang boleh menerapkan faktor-faktor mungkin seperti lokasi pencari, personalisasi, dan kata-kata dari pertanyaan untuk menentukan niat sebenar pencari (Search Intent).
Dengan mengenal pasti niat sebenar ini, Google dapat menyampaikan hasil yang lebih relevan.
1.3.6 Kemaskini (Freshness)
Kandungan yang segar adalah salah satu faktor yang digunakan oleh enjin carian untuk menilai kedudukan laman web anda. Ia merujuk kepada seberapa kerap anda mengemas kini kandungan anda, seberapa relevan ia kepada audien anda, dan seberapa baik ia sepadan dengan niat carian.
Jadi, jangan terkejut jika ada artikel blog anda yang lama secara tiba-tiba jatuh kedudukannya. Jadi, anda perlu kemaskini artikel berkenaan dengan tambah atau sunting dengan info-info terbaru.
1.3.7 Mesra Mobile
Pengindeksan berasaskan mudah alih bermaksud Google menggunakan versi mudah alih kandungan laman web untuk tujuan kedudukan dan indeks.
Pengindeksan berasaskan mudah alih telah dilancarkan pada 1 Julai 2019, untuk semua laman web.
Namun, sebelum ini, Google menggunakan versi desktop kandungan halaman untuk tujuan kedudukan dan indeks.
Pengindeksan berasaskan mudah alih telah diperkenalkan kerana jumlah pengguna mudah alih telah meningkat dengan drastik berbanding dengan pengguna desktop.
Kini, Google menggunakan ejen smartphone untuk merangkak dan mengindeks laman web anda.
Pastikan theme untuk website anda adalah mobile responsive.
Dari masa ke masa anda belajar seo akan lebih banyak faktor lain yang anda boleh temui dan perlu ditingkatkan.
BAB 2 – Pemilihan Platform Mesra SEO
Pemilihan platform yang mesra SEO adalah penting untuk menjadikan medium perkongsian info kita.
Jika meminta saranan daripada kami, kami hanya akan cadangkan 3:
- WordPress.com
- WordPress.org (Install ke hosting)
- Blogspot (blogger.com)
2.1 SEO Untuk WordPress
Kebanyakan website CMS (Content Management System) pada hari ini menggunakan wordpress.
WordPress adalah CMS yang terbaik pada masa kini dan mesra SEO.
Terdapat juga banyak plugin percuma yang boleh diguna pakai untuk menjadi kan website seperti yang kita mahukan.
Dalam topik ini anda boleh belajar cara simple dan mudah untuk anda setting wordpress anda.
Seterusnya kandungan blog anda akan diindex oleh google.
Mungkin untuk berada pada no 1 – merupakan janji nampak manis.
Setidaknya blogpost dengan kata kunci sasaran anda mampu berada di page pertama sudah memadai.
2.2 SEO Untuk Blogspot
Malangnya untuk blogger, tidak mempunyai plugin seperti wordpress.
Tapi tak usah bimbang, saya pernah buat satu artikel yang agak tinggi persaingan dan mampu berada pada page pertama google.
Semuanya menggunakan blog percuma sahaja.
Saya akan kongsi dan anda boleh tiru sahaja cara yang saya telah lakukan.
Tak susah pon.
Ikut sahaja langkah demi langkah beserta gambar yang saya kongsikan untuk anda dibawah:
Bab 3: Kajian Kata Kunci (Keyword Research)
Menulis sesuatu kata kunci yang tidak ada carian di google mungkin membuang banyak masa.
Mungkin lebih kepada syok sendiri.
Jadi adalah sangat rugi jika kita menulis artikel yang bagus tetapi tidak mempunyai carian kata kunci berkenaan.
Melainkan kita fokus kepada artikel viral.
Jadi sebelum kita menulis topik apa yang kita nak, anda buat dulu kajian kata kunci.
Kita tengok berapa carian yang orang Malaysia buat pada kata kunci berkenaan.
3.1 Blog Pelbagai Niche Vs Fokus Niche
Sebelum anda buat carian kata kunci secara lebih mendalam, tentukan dahulu niche atau topik teras untuk blog anda.
Selalunya orang buat blog mempunyai misi yang besar.
Untuk menjana pendapatan sampingan menerusi blog atau mempromosikan bisnes mereka.
Sudah tentu kita bermula dengan sendirian. Adakah kita mampu untuk berkembang dengan 30 topik dalam 1 blog?
Jika di Malaysia saya boleh ambil contoh mudah blog yang berjaya dengan fokus niche.
- Paul Tan – Kereta
- Amanz – Teknologi dan gadjet
- Firdaus Azizi – Facebook Ads
- Mazuki Blog – Asas Pemasaran Digital
3 contoh diatas mereka bermula dengan bersendirian apabila sudah berkembang mereka mempunyai staf sendiri.
Apabila kita fokus pada niche yang kecil kita boleh fokus membuat konten dan jana trafik.
Seterusnya menjana pendapat daripada blog itu.
Dalam masa yang sama, mereka telah membina jenama mereka sendiri dan kuat. Mudah nak menjual!!!
3.2 Short Keyword vs Long Tail Keyword
Kata kunci pendek mungkin mempunyai carian yang tinggi berbanding kata kunci yang panjang.
Namun, kesukaran untuk anda berlawan dengan website yang sudah stabil menjadi masalah.
Jadi, kalau kata kunci pendek yang anda inginkan punyai pesaing yang tinggi.
Maka saya sarankan untuk anda buat artikel dengan kata kunci yang panjang.
Contoh yang saya buat pada mazukiblog ini adalah dengan kata kunci “Buat Duit Online”.
“Buat Duit Online” mempunyai nilai kesukaran pada 40, jadi saya cuba rank dengan longtail keyword “buat duit online tanpa modal”.
“Buat Duit Online Tanpa Modal” mempunyai nilai kesukaran 31, dan saya berjaya untuk berada pada page pertama untuk kata kunci ini.
3.3 Tools Untuk Keyword Research
Anda sebenarnya boleh gunakan tools percuma sahaja untuk buat kajian keyword ni.
Antara yang boleh anda gunakan adalah:
- Google Keyword Planner
- Keyword Averywhere – Chrome Extension
- Ubersuggert by Neil Pateil
- Ahref
- Semrush
BAB 4: Mengkaji Pesaing
Anda perlu kaji pesaing anda.
Analisis persaingan pengoptimuman enjin carian (SEO) diperlukan jika anda mahu laman web anda lebih kelihatan dan menduduki kedudukan yang lebih tinggi berbanding yang lain dalam industri anda.
Analisis jenis ini sangat penting untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan laman web anda serta untuk kekal mendahului persaingan dalam kedudukan carian google.
Bab 5: Cara Menulis Artikel SEO
Dalam panduan seo, Menulis artikel bukan sahaja untuk pembaca, tapi juga perlu mengikut format-format SEO supaya artikel kita dapat keluar di carian google pada tangga yang atas.
Dari sudut teknikal sebenarnya hanya perlu fahamkan tentang YOAST SEO plugin atau Rank Math plugin.
Dengan plugin-plugin seo ini kita boleh banyak belajar seo terutamanya dalam perkemaskan penulisan kita.
Bab 6: Apa Itu On-Page SEO
Dalam SEO, terbahagi kepada dua pada iaitu on-page dan off-page.
On Page ni, anda buat dulu apa yang perlu dilakukan pada laman sendiri.
Off Page ni, biasanya kita bina link pada website luar ke website kita.
Jadi fokus dulu hal dalam kain sendiri.
Optimumkan SEO Pada Homepage
Contoh adalah keputusan carian menggunakan kata kunci “Mazuki Blog”.
Untuk info – Mazuki Blog ini dikategorikan sebagai Brand Name kepada website saya.
Pastikan Brand Name anda ditulis pada permulaan Tajuk.
Brand Name | {Kata Kunci Sasaran}
Kata Kunci Sasaran penting untuk pembaca faham mengenai perniagaan atau website anda.
Untuk melihat bagaimana gambaran website anda bakal index oleh google,
Optimumkan SEO Pada Blog Post
Yang paling penting untuk blog post ni adalah:
- Kata kunci pada tajuk utama
- Kata kunci pada url
- Tulis panjang-panjang – Informasi yang lengkap
Cara Melakukan Interlink
Sebelum kita nak orang link kepada website kita, kita buat dulu link kepada artikel kita yang berkaitan.
Buat link dalam rumah kita sendiri dulu baik-baik.
Teruskan Membaca Sepenuhnya di Topik:
Bab 7: Apa Itu Off-Page SEO
Off Page SEO pada dasarnya lebih kepada membuat backlink.
Buat backlink adalah bertujuan untuk meningkatkan kata kunci yang kita inginkan.
Bila mana kita mendapat backlink yang banyak berbanding pesaing kita, rank kita akan berada tinggi di carian google.
Itu adalah secara umumnya untuk penjelasan.
Namun, google telah kemaskini cara mereka menilai.
Backlink berkualiti sahaja yang dinilai oleh google.
Yang tidak berkualiti akan dianggap SPAM oleh google.
Silap hari bulan, website anda akan diban oleh google.
Sebab itu, saya sendiri pon fokus dahulu kepada konten blog berbanding backlink.
Ranking Keyword Website
Dalam topik ini, anda akan belajar bagaimana untuk kita periksa ranking kata kunci.
Ranking kata kunci dimana yang telah anda buat pada blog post.
Adalah penting untuk kita buat analis kepada kata kunci yang telah kita buat.
Ini bertujuan kita boleh buat penambahbaikan pada artikel yang kita telah tulis sebelum ini.
Artikel yang telah ditulis kita boleh edit dan google akan index kembali.
Bab 8: FAQ Terma-terma Panduan SEO
Dalam Panduan SEO Malaysia ini juga anda akan dapat belajar terma-terma lain yang berkaitan dengan SEO.
Apabila anda faham terma, mudah untuk anda belajar lebih mendalam berkaitan dengan SEO.
Proses Kemaskini! Laman ini masih dalam proses kemaskini. Akan dikemaskini dari masa ke masa untuk kembangkan topik Panduan SEO Malaysia ini.
Panduan SEO Malaysia ini saya tulis adalah fokus kepada pemula-pemula dalam dunia blogging di Malaysia.
Pada pemerhatian saya, tidak ada di Malaysia yang sanggup menulis Panduan SEO ini dengan lengkap secara percuma di website.
Jadi saya ingin menjadi orang yang pertama!