Buat duit dengan instagram bukanlah sesuatu yang baru. Dah puluhan ribu dah instafamous buat duit ni.
Zaman yang pesat dengan pembangunan teknologi pada masa kini sudah pun mengatasi banyak perkara.
Bukan itu sahaja pengguna sanggup melakukan apa -apa sahaja untuk dikenali dengan mudah hanya dengan menggunakan aplikasi yang digemari seperti Instagram.
Sudah pasti pengguna Instagram yang baharu ingin dikenali di alam maya dengan segera sambil berusaha mencapai bilangan Followers di Instagram.
Selain itu gambar dan video juga akan dipastikan mendapat banyak LIKE ataupun suka setelah disiarkan di Instagram.
Namun segelintir pengguna Instagram banyak yang merungut kerana id ataupun kenalan berkongsi di Instagram tidak mendapat sambutan.
Ditambah pula, Followers masih kurang walaupun telah menggunakan aplikasi ini.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang kami telah kongsikan kepada pengguna Instagram untuk menambah Followers.
Sekiranya anda berminat untuk membaca tentang cara menambah Followers di Instagram anda boleh membaca 6 cara tambah Followers Instagram Malaysia.
Bagaimana Instafamous Malaysia Buat Duit Dengan Instagram?
Ada segelintir orang menggunakan Instagram hanya untuk mengumpul ramai rakan untuk tujuan suka-suka sahaja.
Namun, tahukah anda telah ramai orang sudah mula belajar untuk menghasilkan duit menggunakan Instagram.
Saya bukanlah pengguna tegar media sosial ini, tetapi saya tahu serba-sedikit mengenai penggunaan aplikasi ini.
Malah saya juga mempunyai pengalaman menggunakan instagram untuk menjual produk online.
Oleh itu, dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi tentang beberapa cara Instafamous Malaysia membuat duit menggunakan Instagram.
1. Paid Review – Paling Popular
Paid review atau ulasan berbayar adalah cara membuat duit dengan Instagram paling popular.
Ulasan berbayar ini bermaksud anda melakukan kerja mengambil upah untuk membuat review tentang sesuatu produk atau perkhidmatan.
Bayaran yang ditawarkan kepada anda adalah bergantung kepada jumlah dan kualiti pengikut anda di Instagram.
Setakat ini, bayaran terendah untuk Instagram reviewer adalah RM5 dan paling mahal boleh mencecah ribuan ringgit.
Paid review ini, kebiasaannya dilakukan menerusi video.
Menarik bukan?
Jadi sekiranya anda seorang yang suka membuat LIVE video atau berani menonjolkan diri di instagram, saya menyarangkan anda menggunakan potensi ini untuk menjana pendapatan sampingan.
Dibawah adalah contoh paid review untuk produk jenis kosmetik yang dilakukan oleh Instafamous.
2. Menjual Barang Sendiri
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjual produk anda sendiri untuk di Instagram.
Di instagram,tidak jauh bezanya seperti facebook, anda boleh menjual macam-macam benda.
Untuk lebih mudah dan jimat masa, anda boleh membuat satu akaun instagram khas untuk bisnes anda dan menghubungkan akaun tersebut terus kepada facebook anda.
3. Membuat Aktiviti Dropship
Seterusnya, anda juga boleh melakukan aktiviti Dropship menggunakan Instagram iaitu dengan menjual produk orang lain tetapi tidak perlu mengurus stok.
Kaedah ini, tiada jauh bezanya dengan menjual barang sendiri.
Kalau anda biasa menjual di Facebook, maka menjual di Instagram adalah sesuatu yang mudah untuk anda fahami.
4. Menjual Akaun Instagram
Jika anda sudah bosan dengan akaun Instagram anda sekarang, anda boleh menjual akaun tersebut kepada orang lain.
Selalunya pembeli akaun Instagram adalah orang yang memiliki perniagaan sendiri.
Setiap akaun Instagram ada nilai harganya sendiri.
Anda sebagai pemilik akaun tersebut harus tahu kekuatan akaun Instagram anda.
Dengan itu, anda boleh mendapat melakukan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang anda inginkan dengan bakal pembeli akaun anda.
Antara kriteria yang pembeli akaun Instagram titik beratkan adalah,
- Bilangan Follower
- Kualiti Follower
- Niche
Walaupun anda memiliki banyak pengikut, belum tentu akaun instagram anda memiliki kualiti yang bagus.
Jadi, pastikan anda tahu kualiti akaun instagram anda dan membuka harga yang munasabah.
Sebagai peringatan, sebelum menjual akaun anda kepada orang lain, pastikan anda memadam semua gambar dan maklumat diri anda bagi mengelakkan penyalahgunaan identiti anda.
5. Shoutout Servis
Shoutout servis wujud apabila pengguna Instagram A meminta bantuan pengguna instagram B memperkenalkan Instagram A kepada para Follower di Instagram B
Antara caranya adalah dengan memaparkan cerita atau video bagi tujuan membina rangkaian pengikut.
Kedua-dua pengguna akan bersetuju untuk memberi satu sama lain satu siaran shoutout pada akaun mereka dengan menyiarkan foto atau video.
Kemudian mengarahkan pengikut mereka untuk meneruskan dan folow akaun lain secara percuma.
Walaubagaimanapun, lama-kelamaan pengguna instagram mula mengambil keuntungan dari aktiviti ini dengan membuat servis berbayar.
Antara kelebihan teknik ini adalah, kita akan mendapat ‘real follower’ dari Instagram yang lebih ramai follower.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Pengiklan?
Sekarang kita andaikan anda telah mendapat ramai real follower di akaun instagram anda.
Bagaimana untuk kita nak dapatkan pengiklan?
1. Promosi Sendiri
Antara cara yang femes adalah membuat promosi sendiri tanpa menggunakan orang tengah.
Hanya promote di description untuk pengiklan yang berminat untuk hubungi anda.
Untuk teknik ini, anda boleh letakan harga sendiri. Pada kebiasaanya harga adalah berbeza-beza untuk kategori:
- Video Post
- Video Story
- Foto Post
- Foto Story
Jika bahan material untuk dibuat posting telah disediakan oleh pengiklan maka adalah mudah dan mungkin harga dapat dikurangkan.
Jika semua anda perlu fikir dari segi creative dan caption, mungkin anda boleh membuat cas tambahan dengan pakej harga yang berlainan.
Semuanya terpulang kepada anda untuk letak harga.
Anda juga perlu bertanya kepada pengiklan kempen iklan yang mereka ingin buat:
- Sama ada fokus kepada naikan branding atau
- Target untuk mendapatkan jualan terus dari page IG anda.
Hakikatnya adalah, jualan tidak semestinya berlaku sejurus anda membuat posting di IG.
Pengiklan perlu tahu perkara ini!!!
- Jadikan Sebagai Sebuah Bisnes/Produk
Kalau dah sampai level ini, jangan lagi anggap akaun instagram anda sebagai sebuah media sosial biasa.
Letakkan dalam fikiran akaun IG anda sebagai sebuah bisnes.
Dan produk anda adalah servis posting untuk buat promosi.
Apa perlu anda lakukan?
- Dapatkan testimonial dari pengiklanan sebelum ini – berdasarkan objektif iklan mereka minta anda buat
- Buat Posting beritahu orang lain akan testimonial pelanggan anda.
- Approach sendiri kepada page produk yang berpotensi.
Nak tunggu orang datang approach kita mungkin susah, jadi cuba cari propek sendiri berdasarkan testimonial yang telah kita kumpul.
2. Daftar Shushi Vid (Malaysia)
Ini merupakan website platform sosial media influencer di Malaysia.
Berdasarkan pemerhatian saya secara ringkas, serendah 800 follower di instagram sudah layak untuk sertai mana-mana kempem yang syarat rendah.
Platform ini bukan sahaja untuk Instagram, tetapi juga untuk youtube, facebook, blog dan twitter.
3. Daftar Dengan Narratrs (International)
Have >1,000 followers on Facebook or Instagram?
Get paid to tell brand stories and grow your influence. Become a Narratr today.
Media Sosial: Instagram atau Facebook
Bilangan Pengikut: > 1,000
Pembayaran: USD menerusi paypal
Jumlah Anda Boleh Dapat Per Kempen: USD $ 6 hingga USD $ 30 atau lebih
Jumlah Pengeluaran Minimum: USD $ 150 melalui PayPal
Jika anda lihat jenis pengiklanan di Shushi Vid dan Narratrs, top brand selalunya buat berhabis duit untuk membuat penjenamaan.
Selain menggunakan iklan berbayar instagram yang disediakan, mereka juga sangat aktif menggunakan kaedah ini untuk promosi produk di instagram.
Ini untuk meningkatkan kekuatan brand mereka.
Mereka tidak membuat jualan secara terus menerusi kempen-kempen ini. Inilah cara buat iklan di instagram yang Top Brand lakukan.
Saya berharap anda dapat mula mendapat buat duit dengan instagram anda kelak.
Selain daripada instagram, masih banyak cara lain untuk buat duit online sebenarnya.
Boleh baca perkongsian kami pada link diatas tu…
Disunting Oleh: Mazuki Mustaffa
Selamat pagi dan salam sejahterah Tuan Marzuki,
Saya bersyukur sebab saya dapat banyak info menjana pendapatan sampingan melalui Blog Tuan ini. Masa PKP ini keadaan kewangan saya sangat teruk akibat pandemik ini dan setiap hari gelisah dan risau bagaimana kah saya dapat menyara anak-anak dan keluarga saya pada Bulan November 2020 ini nanti. Saya berasa tertekan dan hilang punca. Saya dengan rendah diri dan mengharapkan bantuan dan sokongan daripada Tuan Marzuki untuk menolong dan membimbing saya dalam menjana pendapatan sampingan melalui Handphone dan Youtube ini. Saya tidak mahir dalam penggunaan internet dan teknologi sebegini. saya mohon sangat-sangat bantuan daripada Tuan. Terima kasih.
Realitinya buat duit di internet ni sememangnya perlukan pelaburan masa… Insyallah akan berjaya.
.
Untuk cepat dapat income sbnrnya boleh mula dengan menjual di online antaranya menjadi agen dan dropship…
.
Kalau di youtube ni amek masa juga tu nak mula dapat stable income…
good
Thank you. Moga Bermanfaat