Cara Menjana Pendapatan Sampingan: Suri Rumah Pun Boleh Buat

Terdapat pelbagai cara menjana pendapatan sampingan terutamanya di online.

Di zaman ini, kebolehan teknologi yang pesat membangun telah membuka banyak peluang untuk kita menjana pendapatan sampingan sama ada secara online atau offline.

Pada pendapat saya secara peribadi, peluang untuk menjana pendapatan sampingan itu ada dimana-man sahaja. Yang menjadi persoalannnya sekarang adalah anda mahu atau tidak untuk melakukannya.

Pendapatan Sampingan Untuk Suri Rumah

Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang apa yang suri rumah boleh lakukan untuk menjana pendapatan sampingan.

1. Dropship

Dropshiper adalah panggilan kepada seorang penjual online yang menjual sesuatu tanpa memegang stok tersebut.

Apa yang dropship lakukan adalah, mereka hanya mengiklankan barang mengikut harga mereka sendiri.

Sekiranya ada pembeli, dropship akan membuat pembayaran kepada pembekal dan pembekallah yang akan mengeposkan barang kepada pembeli dropship.

Dropship jika kena pada caranya dan pilihan niche pasaran yang tepat, anda boleh menjana pendapatan yang mengujakan.

Sekiranya anda minat berbisnes produk tetapi tidak ingin mengeluarkan modal untuk membeli produk ini adalah pilihan untuk anda.

Saya sendiri telah berjinak dengan bisnes dropship ini dari tahun 2011, ketika saya masih belajar.

Pada waktu itu, tidak ramai yang tahu tentang aktiviti dropship ini dan belum ramai peniaga menggunakan facebook untuk tujuan bisnes.

Mudah saja RM2000-RM3000 sebulan, satu-satunya cabaran saya pada masa itu adalah kesukaran untuk pergi ke pejabat pos.

Sekarang, saya masih menjalani bisnes dropship tetapi tidak terlalu bergantung kepada hasilnya kerana saya sedar akan persaingan niche yang hebat.

Lebih-lebih lagi dengan adanya platfrom seperti Shopee, Lazada dan 11street.

Jika anda tiada produk yang unik, anda masih boleh menjana pendapatan sampingan menerusi dropship tetapi konsep bisnes dropship ini mungkin tidak boleh diandalkan sebagai pendapatan sampingan utama.

Jika anda berminat untuk melakukan aktviti dropship ini…

saya cadangkan anda mencari produk yang unik dan juga belajar membuat bisnes dropship menggunakan website jual beli seperti Shopee, Lazada dan lain-lain.

Buat duit dengan dropship
Foto: brihaspatitech

Jadi, jangan pandang rendah pada dropship untuk menjadi salah satu cara menjana pendapatan sampingan anda.

2. Menjadi Pemborong

Jika anda betul-betul berminat dalam bisnes dan ingin menjana pendapatan berdasarkan margin maksimun, keluarkanlah modal untuk membeli produk secara borong.

Dipetikan pertama tadi saya berkongsi dengan anda bahawa persaingan niche adalah sangat kuat sekiranya anda tiada produk yang unik.

Lebih-lebih lagi dengan adanya kewujudan platform seperti SHOPEE, LAZADA dan lain-lain.

Menjana pendapatan sebagai dropship menjadi sedikit sukar.

Tetapi dalam kontek pengalaman saya sebagai pemborong, situasi ini akan jadi sedikit berbeza, peluang untuk anda berhasil membuat jualan menjadi lebih tinggi.

Ini kerana pelangan sentiasa mahu BARANG READY STOK.

Jika dibandingkan dengan dropship, persaingan anda hanyalah berlaku dikalangan pemborong seperti anda sahaja.

Tetapi dropship pula bersaing dengan dropship yang lain dan para pemborong.

Selain itu, jika anda memiliki produk sendiri, anda boleh menawarkan barang anda untuk didropshipkan kepada orang lain.

3. Menjual Perkhidmatan

Selain menjana pendapatan menjual produk fizikal, anda boleh menjana pendapatan dengan menjual perkhidmatan kepada orang lain.

Perkhidmatan ini boleh jadi adalah perkhidmatan dari diri anda sendiri atau mungkin juga anda hanya orang tengah.

Contohnya, perkhidmatan design baju, perkhidmatan menjahit dan lain-lain.

Perkhidmatan yang anda boleh lakukan sebagai suri rumah dan tidak terikat dengan waktu bekerja biasa.

Dalam kontek perkhidmatan, saya ingin bahagikan kepada dua, iaitu perkhidmatan dilakukan secara online dan perkhidmatan secara offline.

Perkhidmatan Secara Offline

Anda boleh lakukan adalah seperti servis menjahit dan membuat khidmat kecantikkan di rumah anda sendiri.

Selain itu, anda juga boleh melakukan kerja seperti runner atau driver e-hailing sekiranya anda tidak mempunyai kekangan untuk melakukannya.

Perkhidmatan Secara Online

Mungkin anda boleh menawarkan,

    • servis menulis blog
    • servis mengurus website sekiranya anda ada kemahiran mengurus website
    • servis membuat video dan banyak lagi.

Untuk perkhidmatan seperti ini, anda boleh mencuba menyertai laman website-website untuk para freelancer menawarkan khidmat mereka.

Anda boleh membuat carian online dengan menaip keyword freelancer.

Nanti akan keluar senarai website freelancing yang anda boleh guna untuk iklankan perkhidmatan anda.

Selain itu, anda juga boleh menjana pendapatan secara pasif.

Jika anda seorang yang suka belajar benda baru dan suka membaca petikan online, anda boleh mengambil peluang ini untuk membelajar cara lain menjana pendapatan sampingan secara online.

Untuk lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti online yang lain anda boleh lakukan untuk menjana pendapat sampingan.

Anda boleh baca artikel: Cara Untuk Buat Duit Online | Idea cara menjana pendapatan sampingan menerusi online yang lain.

4. Hobi Yang Boleh Jadi Duit

Bila menyebut tentang hobi, pastinya rata-rata kita tidak terfikir untuk memanfaatkan hobi tersebut sebagai salah satu cara membuat duit sampingan.

Saya sangat bersemangat menulis tentang topik ini, kerana cara menjana pendapatan sampingan dengan hobi mudah untuk dilakukan.

Saya sangat meminati apa saja perkara yang berkaitan dengan bisnes online, membaca artikel-artikel online berkaitan dengan dunia bisnes online memang hobi saya.

Dari situ, saya mula melibatkan diri sedikit sebanyak dalam aktiviti pemasaran digital, pembangunan website dan aplikasi dan grafik dan reka bentuk.

Hobi membaca ini menyebabkan saya dapat menjana pendapatan secara online dan kemudiannya terlibat dalam dunia freelancing.

Melalui aktiviti freelancing, saya mula pandai mengendalikan koding asas wordpress hinggalah menguasai laravel.

Di dalam aktiviti freelancing, perkara sangat mencabar bagi saya adalah menggunakan platform website orang lain untuk mengiklankan servis freelancer terutamanya menggunakan Fiverr.

Fiverr sangat tegas di dalam polisi mereka dan saya boleh katakan setiap hari akan ada akaun para freelancer disekat tanpa freelancer sendiri tahu kenapa akaun fiverr mereka disekat oleh Fiverr.

Bagi kami freelancer di Fiverr sangat mencabar kerana kita bergantung kepada rating dan review dari pelanggan.

Apabila akaun disekat bermakna, kita harus menggunakan akaun baru.

Dari tahun 2017 saya menyertai fiverr, saya tidak dapat nak kira berapa banyak akaun saya telah disekat oleh Fiverr.

Setiap kali itu, saya terpaksa membuat akaun baru tetapi itu tidak menghalang saya untuk terus menjana pendapatan online melalui hobi saya.

1. Menulis Cerita atau Artikel

Sekiranya anda seorang yang kreatif dan suka mengarang.

Anda boleh gunakan hasil karangan anda menjadi duit dengan mudah dengan menawarkan khidmat blogging kepada orang yang memerlukan.

Selain itu, anda juga boleh menjual koleksi cerita-cerita yang anda tulis dalam bentuk ebook.

 

Related Posts
1 of 3

2. Mengambil Gambar dan Video

Mengambil gambar dan video mungkin tampaknya sangat biasa, tetapi percayalah, kalau kualiti gambar yang ada ambil itu bagus dan anda dapat cari pembeli yang memang perlukan gambar seperti itu.

Mudah sahaja anda mendapat RM300 satu gambar.

Anda mungkin fikir adakah ini benar?

Ya! Ini adalah benar.

Gambar boleh dijual sehingga harga cecah ribu kerana “hak milik” dan “copyright”.

Untuk ini, anda perlu membuat kajian sendiri sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut.

3. Bersolek

Kebelakangan ini, kita sering nampak orang buat video live solekkan di facebook, dan awak pun ikut trend buat solekan live di facebook.

Sebenarnya, mereka yang membuat video ini biasanya ada empat golongan saja,

    • Pertama: mereka dibayar untuk membuat review tentang produk tersebut
    • Kedua: Make Up Artist melakukan live video untuk menunjukkan hasil kerja solekkan mereka
    • Ketiga: Jenis yang saja-saja buat sebab suka makeup dan follow trend buat live.
    • Keempat: Mereka menjual servis solek atau jual barangan bersolek

Kalau anda dalam kategori ketiga, saya rasa sedikit sayang kalau anda tidak mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan menggunakan hobi bersolek anda ini.

Namun, boleh bermula dengan suka-suka dan membina folower.

Apabila dah ramai folower dah boleh amek servis review.

4. Bersenam

Anda mungkin seorang kaki senam atau gym.

Apa saja jenis senaman, awak mungkin tahu.

Jadi apa salahnya awak buat kelab bersenam seperti zumba atau senaman aerobik.

Sangat ramai orang di luar sana ingin bersenam, tetapi tak cukup tekad.

Memandangkan anda memang suka bersenam, apa kata anda menjadikan hobi senam ini kepada pendapatan sampingan awak dengan menjadi jurulatih atau mentor untuk aktivit senaman.

5. Kaki Game

Ini mungkin sedikit macam negatif, lebih baik dari meluangkan banyak masa bermain game sambil buat duit sampingan dari pada tidak langsungkan?

Saya bukan kaki gamer, tetapi suami saya kaki game.

Saya banyak menghabiskan masa di depan laptop membuat aktiviti freelancing dan dia banyak menghabiskan masa dengan game.

Dia ada bermain satu game yang menggunakan chip.

Game sebegini memiliki pemain tegarnya tersendiri.

Lebih-lebih lagi dunia hari ini kita dapat bermain secara real time dengan orang lain.

Golongan sebegini, mereka sanggup membeli cip (token dalam game) 100 000 cip dengan harga $100.

Suami saya bukan saja main dan dapat duit, dia dapat berkawan dengan orang dari luar negara juga.

Ada juga manfaat main game ni ye..

6. Bergambar dan Melukis

Sama seperti menulis cerita, anda boleh menjual hasil karya atau perkhidmatan anda kepada orang lain.

Contoh seperti cikgu kreatif ini:

Cara menjana pendapatan sampingan dengan melukis

 

7. Bertukang

Bagi orang yang hobi mereka suka bertukang, mereka boleh menawarkan khidmat membaiki perabot atau membuat perabot.

Biasanya, pelanggan utama bagi golongan suka buat kerja bertukang ini adalah sanak saudara dan jiran tetangga.

8. Melakar Reka bentuk

Bagi yang suka membuat reka bentuk anda mungkin boleh pertimbangkan membuat servis reka bentuk baju atau bisnes cetak baju secara kecilan di rumah.

Siapa tahu anda boleh menghasilkan jenama sendiri di masa akan datang.

 

9. Kaki Novel

Ini mungkin lucu tetapi benar.

Saya ada seorang kawan perempuan semasa di universiti, dia memiliki banyak koleksi novel.

Dia sanggup membeli dan menyimpan buku tersebut sebagai koleksi.

Saya ada mencadangkan kepada dia untuk membeli ebook saja, tetapi jawapan dia sedikit mengejutkan saya.

Rupanya, bila dia balik kampung, novel-novel itu dia sewakan kepada orang kampung yang tidak mampu untuk membeli novel sendiri.

Harga dia sewakan pun murah. Hanya RM2 seminggu.

Sekurangan dapat juga dia pulangan dari novel-novel tersebut.

 

10. Membuat Kek dan Biskut

Bukan semua orang minat untuk melakukan perkara seperti ini.

Rata-rata minat untuk makan saja yang ramai.

Kalau anda pandai dan minat membuat kek…

Anda boleh menjual hasil buatan anda kepada orang lain.

Anda juga boleh membuat tutorial cara membuat kek atau biskut tertentu.

Kemudian anda boleh jual video tersebut kepada sesiapa yang berminat unutk belajar membuat kek dan biskut.

 

11. Ikan Perhiasan

Ikan perhiasan memang ada peminat tegarnya.

Tidak kira ikan yang jenis mahal atau pun level murah seperti ikan laga dan gapi.

Tetap ada peminatnya tersendiri.

Selalu keluar di majalah 3 tentang hobi ikan perhiasan sehingga dijadikan pendapat sampingan mereka.

Media lain juga selalu membuat liputan tentang ikan hiasan ini.

Kesimpulan

Dengan dunia hari ini, terdapat banyak cara menjana pendapatan sampingan yang kita boleh dipasarkan secara online.

Ikan pon, orang boleh pos kepada pembeli.

Ia memberi makna seolah-olah tiada halangan untuk kita menjual apa sahaja di online.

Saya berpendapat bahawa setiap hobi yang kita lakukan mempunyai potensi untuk mendatangkan hasil.

Ianya hanya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana untuk melihat peluang potensi untuk menghasilkan duit melalui hobi kita.

Saya berharap artikel kali ini dapat membantu kita semua.

Jika anda suka artikel sebegini, boleh join kami di Youtube Channel. Selain itu, boleh juga sertai kami di Telegram dan Facebook

Stay Updated
Get daily articles in your inbox for free.
You can unsubscribe at any time
Panduan Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Panduan Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Kami akan hantar terus ke emel anda - tips terbaru yang kami kemaskini.

You have Successfully Subscribed!