
Tentang Saya
Assalamualaikum dan selamat datang ke MazukiBlog.com — sebuah blog yang saya hasilkan untuk berkongsi ilmu, pengalaman, dan panduan tentang dunia pemasaran digital dan pendapatan online.
Nama saya Mazuki. Saya merupakan seorang jurutera yang telah aktif dalam dunia blogging dan SEO sejak tahun 2009. Minat saya terhadap dunia digital bermula sebagai hobi — mencuba-cuba tulis artikel, bermain dengan kata kunci, dan melihat bagaimana blog boleh menjana trafik. Namun, dari hobi itu, saya mula nampak potensi sebenar dan manfaat ilmu ini, lalu saya mendalaminya secara serius.
Pengalaman Saya
- Membina dan mengurus pelbagai blog untuk tujuan trafik organik dan monetisasi.
- Menjana pendapatan melalui Google AdSense, program affiliate, dan projek-projek online.
- Belajar dan mengaplikasikan strategi pemasaran berbayar seperti Facebook Ads, Google Ads, dan TikTok Ads.
- Menawarkan servis kepada klien untuk membina laman web, serta menjalankan kempen pemasaran digital.
Saya juga kini bertindak sebagai Marketing Executive untuk bisnes sendiri, di mana saya mengurus pasukan dan bertanggungjawab ke atas strategi konten serta pemasaran media sosial — meliputi platform seperti Instagram, TikTok, dan Facebook. Saya terlibat secara langsung dalam mengatur kempen organik (free marketing), membina brand awareness, serta membantu pasukan menghasilkan kandungan yang efektif dan konsisten.
Kenapa Saya Tulis Blog Ini?
Saya bukan “sifu”, bukan juga pakar besar. Tetapi saya percaya pengalaman sebenar dan pembelajaran yang berterusan sangat berharga untuk dikongsi. Di MazukiBlog.com, saya menulis berdasarkan apa yang saya tahu dan apa yang saya sendiri pernah buat atau uji — supaya anda yang baru bermula atau sedang berkembang dalam dunia digital boleh ambil manfaat.
Topik yang sering saya tulis termasuk:
- Bisnes dan keusahawanan digital
- Strategi pemasaran percuma (organik) di media sosial
- Pemasaran berbayar seperti FB Ads, TikTok Ads & Google Ads
- SEO dan blog monetization
- Pembinaan website dan alatan digital (tools & software)
- Penggunaan AI dalam pemasaran & automasi kerja
Matlamat Saya
Matlamat saya adalah untuk menjadikan blog ini sebagai tempat rujukan yang praktikal untuk usahawan kecil, pemilik bisnes, freelancer, dan sesiapa sahaja yang ingin membina kehadiran online dan menjana pendapatan dari internet.
Saya sentiasa berusaha menambah baik kandungan berdasarkan maklum balas pembaca, perubahan teknologi, dan juga strategi terkini dalam dunia pemasaran digital.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.
Jika anda ingin berhubung, bekerjasama, atau hanya ingin bertanya — sila ke halaman Hubungi Saya.