Anda baru mula nak jadi Influencer di Youtube? Pastikan anda ingin tahu cara menambah subscriber Youtube yang berkualiti.
Youtube merupakan platform video yang paling popular di dunia.
Ia memiliki lebih 1 billion pelawat dari seluruh dunia setiap bulan.
Rentetan itu, Youtube turut menjadi medium pilihan para online influencer untuk tujuan pemasaran dan publisiti mereka.
Selain itu, mereka juga boleh menjana pendapatan melalui tontonan iklan pada video mereka.
Untuk tujuan ini, mereka haruslah mempunyai ramai organik subscriber.
BACA: Cara Buat Duit Dengan Youtube
Kenapa Perlukan Ramai Organik Subscriber?
Organik subscriber adalah subscriber yang mengikuti youtuber kerana tertarik kepada kandungan info yang disampaikan oleh youtuber tersebut.
Kebiasaannya organik subscriber adalah subscriber yang memiliki minat terhadap topik yang anda sampaikan.
Inilah yang membuatkan Subcriber kategori ini adalah subscriber berkualiti.
Di masa akan datang mereka adalah kelompok yang lebih cepat bertindak balas kepada post-post baru anda.
Cara Menambah Subscriber Youtube Yang Berkualiti
1. Profil Channel Youtube yang Menarik
Seperti media sosial yang lain, anda harus memastikan profil channel youtube anda lengkap dan menarik.
Youtube telah menyediakan tiga feature asas yang boleh di guna untuk membina identiti channel youtube anda.
a) Gambar Profile ( Icon Channel)
[+] Untuk gambar profile, anda boleh guna logo bisnes atau gambar sendiri sebagai profile.
[+] Saiz ukuran optimal gambar profil adalah 800 x 800 px.
b) Banner ( Youtube Channel Art)
[+] Banner ini memainkan peranan besar.
[+] Ia menentukan wajah halaman utama Youtube Channel anda
[+] Saiz banner Youtube Channel Art yang dicadangkan adalah 2560 x 1440 px dan max 6MB.
Contoh Youtube Channel Art:
c) Channel Trailer Video
[+] Trailer Video biasanya digunakan untuk menjangkau penonton baru.
[+] Video ini dibuat sebagai pengenalan kepada channel anda.
Contoh Youtube Channel Art:
2. Promosi Ke Media Sosial Yang Lain
Saya percaya anda telah memiliki rangkaian friends di media sosial yang lain seperti Instagram, Facebook dan Twitter.
Manfaatkan resources yang sudah ada.
Anda boleh berkongsi video siaran anda di youtube terus ke Facebook dan Instagram.
Jemput kawan-kawan anda untuk like dan subscribe dan berkongsi video anda.
Ini merupakan cara terpantas untuk membina rangkaian pengikut anda.
3. Konten (Video) Mengikut Minat Subscriber
Jika tujuan anda membuat Youtube Channel adalah untuk menjual barang atau perkhidmatan.
Membina rangkaian subcriber yang mengikut fokus anda penting kerana anda perlukan penonton setia rancangan anda.
Buatlah video yang boleh menarik golongan yang disasarkan.
Tidak semestinya anda harus membuat video bercakap tentang iklan bisnes anda sahaja.
Anda boleh jadi lebih informatif daripada menekankan iklan semata-mata.
“Jadilah flexible dan tidak rigid”
Contohnya:
Kita anggap saja anda memiliki bisnes menjual rempah ratus.
Anda boleh membuat video cara memasak menggunakan rempah ratus tersebut.
Berkongsi resepi masakan baru kepada para suri rumah. Mereka pasti sangat menyukainya.
4. Nama Channel Yang Mudah Diingati
Seperti Facebook dan Instagram juga, anda harus sentiasa aktif.
Jika anda aktif, potensi untuk mereka mengingati nama saluran channel Youtube anda semakin tinggi.
Kebiasaannya, orang tidak peka akan nama pemilik channel video yang mereka tonton.
Oleh kerana itu, anda harus kekal aktif dan menyebut atau memaparkan nama channel anda di dalam video.
Seandainya anda baru hendak mula membuat youtube channel. Ini nasihat saya untuk anda.
Semasa memilih nama brand youtube anda, pilihlah nama yang senang disebut dan diingati.
5. Bekerjasama Dengan Influencer Lain
Bekerjasama dengan youtuber lain untuk menghasilkan video menarik.
Konsep kerjasama ini membawa win win situasi kepada satu sama lain.
Ada ke Youtuber lama nak bekerjasama dengan youtuber baru?
Jangan segan untuk bertanya kepada Youtuber yang sudah lama untuk membuat video bersama.
Jika youtuber tersebut menolak, jangan risau. Cari yang lain.
Youtuber lama mungkin memiliki ramai subscriber tetapi untuk kekal aktif menyajikan video baru bukan mudah.
Perlukan idea fresh dan menggunakan banyak kreativiti.
Tambahan lagi, bila anda melakukan aktiviti ini bersama youtuber lain.
Ianya akan menjadi lebih mudah dan menarik.
6. Menggunakan Influencer Online Untuk Buat Shoutout
Sekiranya anda memiliki kemampuan dari segi kewangan, buatlah shoutout.
Anda boleh membayar Youtuber, Instafamous atau Facebooker yang memiliki banyak friends untuk membuat shoutout.
Shoutout adalah aktiviti dimana, mereka memperkenalkan channel anda kepada pengikut mereka.
Jika pengikut youtuber tersebut memiliki ramai pengikut organik, potensi untuk mereka yang berminat mengikuti anda itu ada.
Untuk membuat shoutout, saya cadangkan anda untuk memilih Youtuber yang aliran kategori channelnya tidak terlalu jauh dari anda nature channel anda.
Contohnya:
Jika anda menjual laptop, mungkin anda boleh mendekati influencer yang aktif dalam bidang perisian komputer.
Dua-dua masih dalam aliran yang sama, cuma fokus berbeza.
Ini boleh dilakukan kerana tiada konflik interest berlaku di situ.
7. Menaja video anda sendiri
Pilih satu video yang menarik.
Gunakan platform seperti facebook dan instagram.
Tujuan anda menaja iklan untuk salah satu post anda adalah untuk menjangkau kepada lebih banyak orang.
Pastikan anda membuat iklan dengan betul.
Anda boleh membaca topik : Iklan Instagram dan Iklan facebook
8. Sentiasa Muat Naik Konten Terbaru
Jika anda benar-benar ingin membina rangkaian subscribe, anda harus lebih serius dan bersungguh membuat video untuk tontonan para subscriber anda.
Walaupun mungkin subscriber anda pada ketika ini cuma 6 orang sahaja, jangan hilang semangat.
Anda tidak tahu bila-bila masa saja, video anda boleh menjadi viral.
Paling tidak anda perlu lakukan 1 video 1 minggu.
Contohnya: Lagu Tak Tun Tuang -Upiak
Kisah lagu Tak Tun Tuang ini sangat memberi saya inspirasi.
Lagu ini telah dicipta oleh Upiak bersama dua orang kawannya pada tahun 2014.
Tetapi sayangnya zaman itu, kuasa viral belum ada lagi.
Menjelang tahun 2017, lagu ini telah berjaya menembusi industri musik di beberapa buah negara asia tenggara. Bahkan berjaya mendapat perhatian orang eropah.
Menurut, Upiak sendiri, beliau tidak pernah terfikir bahawa lagu komedi ini boleh menjadi fenomena di facebook.
Lebih lagi, apabila beliau bercerai kerana lagu ini.
Beliau telah dianggap gila oleh keluarga bekas suami.
Ya! Kerana lagu ini telah diupload ke Youtube, 2014. Gara-gara ada youtuber yang lain mengajuk lagu ini, sehingga ianya menjadi viral.
Tahun 2017, Upiak mengeluarkan video officialnya yang nampak lebih menarik gitu.
Video ini telah mencapai 34 Juta tontonan.
Oleh itu, usahakanlah menghasilkan video yang kreatif dengan konsisten.
Jangan memandang rendah idea video anda buat. Mungkin sekarang anda belum melihat hasilnya lagi.
Bersabarla ya,
Kesimpulan
Dengan ini, saya berharap dengan tujuh cara tambah Follower Instagram ini dapat dapat membantu anda untuk menambah Subscriber di Youtube anda.
Lengkapkan Profil Youtube anda dan jadikan ia menarik.
Bina rangkaian subscriber yang berkualiti. Jangan membeli Fake Subscriber.
Fake Subscriber hanya merugikan anda sahaja.
Pastikan Youtube anda sentiasa memaparkan siaran terkini supaya pengikut dan pelawat anda tahu anda adalah pengguna yang aktif.
Jika anda ingin mencapai sasaran Subscriber berdasarkan minat anda, pastikan anda sentiasa berkongsi informasi ,
idea atau perkara-perkara yang boleh menarik individu yang memiliki minat yang sama untuk mengikut anda.
Terima kasih banyak2..info yg sgt berguna..sy pun baru dengan youtube..admin boleh subscribe channel masakan saya idayu kitchen..
semoga dimurahkan rezeki dan sukses… gud luck with your channel
Support
terima kasih 🙂