Ramai orang yang mempunyai cita-cita untuk cuba buat duit dengan blog tetapi hakikatnya tidak semua orang yang mampu untuk melakukannya.
Buat duit online dengan blog antara favourite saya kerana risiko kerugian adalah rendah.
Pada 2008 saya terus bermula dengan membina blog dengan domain dan hosting sendiri. Saya berblog menggunakan platform wordpress.
Seringkali saya dihujani dengan soalan adakah mampu untuk buat duit dengan blog tanpa mengeluarkan modal? atau lebih tepat ingin berblog dengan menggunakan blogspot sahaja.
Jadi pada ketika itu saya kurang tidak mempunyai pengalaman sendiri buat duit dengan blog percuma walaupun sebenarnya anda mampu.
Untuk dalam posting ini – saya akan kongsikan ‘case study’ saya buat duit dengan blog percuma sebenarnya adalah BOLEH dan tidak mustahil tanpa ada kos yang terselindung.
Apa yang anda perlu lakukan dalam hal ini adalah hanya folow step yang saya lakukan. Insyallah boleh berjaya kerana sekarang pon saya tengok dah ramai yang mempunyai blog percuma seperti blogspot mempunyai pengikut yang ramai dan buat duit dengan banyak juga.
1. Pemilihan Topik
Kebanyakan orang menulis blog dalam kategori personal blog dan semuanya ditulis dalam blog berkenaan dari hal personal hinggalah segalanya.
Saya juga begitu pada 2008 apabila saya mula menulis blog. Namun, sebenarnya ia tidak begitu jika kita ingin menjadikan blog kita pemberi kesan kepada pembaca.
Dalam situasi saya, saya telah membuat keputasan untuk membina 2 buah blog yang berbeza dengan menggunakan blogspot dengan niche
- Blog Cuti-cuti dan Makan-makan
- Blog Oil and Gas
Kedua-dua blog berkenaan adalah dalam bahasa melayu. Memilih topik berkenaan adalah kerana bidang kerja saya dan kami sekeluarga selalu juga melawat tempat-tempat menarik di Malaysia.
FOKUS – Dalam blog berkenaan saya hanya menulis fokus kepada topik blog berkenaan.
2. Idea Untuk Penulisan
Blog Cuti-cuti – untuk blog percutian saya, saya tidak berfikir panjang sangat untuk menulis kerana apabila kami pergi bercuti kemana-mana barulah saya akan post cerita berkenaan percutian saya.
Blog Oil and Gas – biasanya saya akan mencari topik-topik semasa yang keluar di surat khabar tempatan dan luar negara kemudiannya diolah kembali menjadikan artikel berkenaan unik dan segar dimata google.
Elemen-elemen untuk mesra enjin carian google di buat pada bahagian ini terutamanya pada Tajuk Posting.
- Akan diterangkan lebih lanjut dalam Topik SEO
Teruskan menulis seberapa banyak artikel dan teruskan kemaskini seberapa banyak yang mampu dengan artikel yang berkualiti.
Ada sesetengah blog pakar SEO menyatakan untuk mendapat ranking tinggi dalam SERP – perlu menulis dalam 1300 patah perkataan.
Cara untuk menulis artikel di blog bukanlah sesukar mana tetapi sebaiknya adalah menggunakan tatabahasa dan struktur sepert karangan yang anda belajar ketika di sekolah menengah.
3. Hantar Sitemap Blog Ke Google Search Console
Google search console adalah penting untuk kita memantau keyword-keyword yang pembaca lakukan sebelum mereka ke website kita. Dari sini kita akan dapat idea untuk menulis topik-topik baru dalam artikel kita.
Add Property > kemudian teruskan seperti gambar dibawah.
Jika anda tidak pasti cara untuk memasukan code berkenaan dalam template blogger anda. Sila lihat video dibawah. Ditunjukan dengan jelasnya dalam video ini. [Jika masih tidak berjaya, sila tinggalkan komen]
Kemudian submit sitemap dengan hanya taip sitemap.xml > tekan butang submit – Selesai.
4. Daftar Google Adsense dan Masukan Code Dalam Blog.
Dalam artikel saya sebelum ini cara buat duit online, saya nyatakan hanya 10 artikel kemudian terus boleh cuba untuk apply akaun google adsense.
Namun, kini google telah memperketatkan syarat untuk permohonan baru akaun adsense.
Antara sebabnya adalah google inginkan website-website baru yang berkualiti sahaja untuk diletakan code adsense mereka.
Antara syarat-syarat yang saya dapat simpulkan:
- Artikel original – bukan copy paste
- Website yang telah mempunyai pelawat secara organik iaitu melalui carian google bukanya sosial media seperti facebook.
- Pemohon perlulah berusia 18 tahun keatas
- Website yang telah dilancarkan bukan masih ‘underconstuction’
- Usia website telah berusia 6 bulan dan keatas (boleh cuba mohon jika kualiti artikel dah 50 keatas dan mula hasilkan pelawat organik)
- Nama dan alamat surat menyurat yang sah
- Siapkan sekurang-kurangnya 50 artikel
- Panjang artikel sekurang-kurangnya 500-1000 patah perkataan minimum
- Google Adsense Requirement – boleh baca untuk maklumat lanjut
Jika permohonan anda ditolak, jangan kecewa teruskan menulis dan mohon dengan google (resubmit).
Cara Memasukan Code Adsense Dalam Blogspot
Dalam blogger, anda boleh masukan adsense code dengan menggunakan widget HTML. Jika tidak pasti caranya, anda boleh lihat video di youtube.
Untuk saya pula, biasanya saya akan menggunakan template yang sediakan ruang khas untuk memasukan adsense code dalam post (in middle) dan juga bottom.
Sepanjang saya bermain adsense, posisi ini adalah antara posisi yang memberikan klik yang tinggi. Pelawat suka klik iklan berada dalam artikel dan juga selepas artikel [paling bawah].
5. Cara Mendapatkan Pelawat Ke Blog
Buat apa pon di online ni, faktor utamanya adalah pelawat. Nak buat duit dengan blog percuma ini juga sama. Tanpa pelawat, bagaimana untuk kita hasilkan duit. Berikut adalah antara cara saya dapatkan pelawat ke blog.
Enjin Carian Google
Pada point no 3 – saya terangkan untuk anda submit sitemap ke google console. Tujuan utama adalah untuk beri ruang kepada bot google index website kita. Apabila telah diindex, membawa maksud google telah senaraikan blog kita untuk carian.
Disini, adalah penting kita menulis sesuatu yang mempunyai carian dari pengguna google. Bagaimana nak tulis artikel yang mempunyai carian?
Gunakan Ubersearch
Ubersearch ini adalah satu applikasi yang sama seperti google keyword planner. Saya berikan contoh Ubersearch kerana ia mudah digunakan untuk memberi gambaran kepada kita senarai keyword yang dicari oleh pembaca.
Dalam topik ini, Ubersearch itu sendiri bukan memberikan trafik kepada kita tapi ia memberi idea kepada kita untuk menulis topik yang ada carian di goole. Sebagai contoh adalah dibawah.
Volume – adalah jumlah carian sebulan di google dengan keyword berkenaan
SD – SERP Difficulty : dinilai dari 0-100, semakin tinggi nilai SD adalah semakin sukar untuk keberangkalian untuk artikel kita berada di top 10 atau page pertama carian.
Jadi saya sarankan untuk cuba menulis dengan menggunakan longtail keyword. Sebagai contoh dalam situasi ini, saya mahu rank Buat Duit Online tetapi SD adalah 40.
Jadi saya memilih longtail keyword Buat Duit Online Tanpa Modal. Result saya dapat seperti berikut.
Result Buat Duit Online Pada 28 April 2018: Ranking 22
Result Buat Duit Online Tanpa Modal Pada 28 April 2019: Ranking 10
Social Media – Instagram, Facebook dan Youtube
Untuk instagram, salah satu blog yang saya bekerjasama dengan penulis lain kami kongsikan di story insta dengan swipe up link.
Selain itu, kami juga gunakan gambar-gambar posting seperti biasa tapi membuat caption penerangan ringkas tentang artikel terbaru kami dan arahkan pembaca untuk terus ke blog.
Adalah memberi kelebihan jika mempunyai puluhan ribu pengikut di instagram untuk mendapatkan trafik.
Untuk facebook pula terdapat 3 cara iaitu facebook page, facebook group dan personal profile.
Namun, saya sebenarnya tidak meletakan harapan yang tinggi kepada teknik ini kerana algorithm facebook itu sendiri sentiasa berubah-ubah. Namun, masih boleh digunakan untuk terutamannya untuk profil.
Hanya letakan link dan masukan penerangan ringkas. Jangan letak sekadar letak link dan terus post. Ini tidak memberikan engagement yang tinggi.
Untuk ini belajarlah serba-sedikit tentang cara menulis copywriting untuk promosikan artikel blog kita.
- Youtube
Youtube antara yang memberikan trafik yang agak bagus.
Berdasarkan pengalaman saya, promosi menggunakan youtube memberikan trafik yang berpanjangan walaupun hanya sedikit-sedikit tapi untuk jangka masa panjang agak berbaloi.
Antara yang selalu saya lakukan untuk blog travel, apabila menulis satu posting yang panjang berkenaan tempat yang saya lawat pada yang sama ada juga video yang saya akan upload.
Pada bahagian description cuba letakan penerangan menarik agar pelawat turut berminat untuk klik ke artikel berkenaan.
Langganan Feed
Terdapat 2 cara yang selalu saya gunakan untuk pembaca saya langgan iaitu menggunakan feedburner dan mailchimp.
Apabila kita dapat kumpulkan pembaca melalui feedburner ini, kita tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan pembaca.
Katakan terdapat 5000 pembaca yang telah subcribe jadi kurang-kurang 10% akan bukan emel dan klik artikel terbaru kita. Lama kelamaan, kita telahpun mendapat pembaca setia.
Namun, tidaklah secepat mungkin untuk mengumpul 5000 pembaca. Teruskan usaha.
6. BONUS – Alternatif Kepada Google Adsense
- Nuffnang
Jika blog anda dah mula diterima oleh google adsense, anda seterusnya boleh mendaftar dengan nuffnang untuk letakkan banner iklan mereka.
- Innity
Innity adalah antara syarikat pengiklanan yang saya gemar pada masa dulu. Tetapi syarat-syarat untuk mereka terima blog anda semakin ketat pada masa ini. Syarat utama sebenarnya adalah jumlah pelawat.
Berdasarkan pengalaman saya bersama innity suatu ketika dulu, bayaran yang agak lumayan dan mereka boleh bekukan akaun anda jika performance blog kita jatuh. Itu yang berlaku kepada saya.
Penutup
Paparan bayaran dari google diatas adalah dari blog percuma saya. Saya sebenarnya tidak konsisten menulis dan kemaskini blog-blog berkenaan tetapi saya ingin buktikan yang ada cara buat duit dengan blog percuma dan ianya benar boleh dilakukan.
Semoga bermanfaat untuk anda. Tidak ada apa yang mustahil untuk dilakukan. Sebarang soalan, boleh ajukan diruangkan komen.
Jika ada apa penerangan yang saya nyatakan kurang tepat boleh nyatakan diruang komen.
Laporan Janaan Dari Blog – Dikemaskini
No | Tarikh | Statistik Pelawat | Janaan | Sumber | Jumlah Bayaran |
1 | 31.8.2024 | 5700 | USD 8.71 | Google Adsense | – |
2 | 20.9.2024 | 4400 | USD 7.34 | Google Adsense | – |
3 | |||||
4 | |||||
5 | |||||
6 | |||||
7 | |||||
8 | |||||
9 | |||||
10 | |||||
11 |
Terima kasih. Banyak membantu ni 👍
semoga bermanfaat…
Terima kasih. Info yang bermanfaat. Untuk pendapatan yang dikira bagus dari Google Adsense, traffik yang tinggi sangat penting.
Altenatif lain selain adsense yang menjana pendapatan lebih baik pada traffik yang sederhana dan targeted, saya rasa dari affiliate.
Betul tuan, affiliate juga antara yang boleh dilakukan dengan blog.
menarik sungguh informasi dalam blog…
sekarang saya mencari info adakah blogger mampu beat Youtuber jana income melalui adsense
Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya…
Blogger vs Youtuber bagi saya agak subjektif untuk dibandingkan…
Tapi saya tetap berpendapat top blogger vs top youtuber, youtuber boleh hasilkan lebih dari blog…
Blogger biasanya menjadikan youtube as platform untuk branding dan juga marketing blog mereka…
Sangat bermanfaat bg sy yg msh bertateh ni
insyallah boleh… janji bermula…