Bagaimana Youtuber Malaysia Buat Duit Dari Youtube

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Di artikel kali ini, kita akan mengupas tentang bagaimana youtuber Malaysia buat duit dari youtube.

Ia bagaikan satu fenomena baru di Malaysia walaupun sebenarnya buat duit di Youtube bukan suatu yang baru.

Jom kita buat sedikit tinjauan berkenaan topik yang menjadi pilihan youtuber popular malaysia.

5 Youtuber Popular di Malaysia dan Topik Channel Mereka

 

1. Channel Youtube : MrKokom

  • Menyertai Youtube pada 1 Jan 2017
  • Memiliki sebanyak 500 487 subscriber
  • topik kategori fokus kepada hiburan (entertainment)
  • Channel ini dijayakan oleh sekumpulan anak muda, mereka memaparkan banyak video lakonan ringkas menarik, lucu dan memiliki pengajaran
  • Sekarang mereka sangat aktif membuat iklan menggunakan lakonan ringkas
  • MrKokom ini banyak buat duit dari youtube dengan membuat video iklan seperti ini.

Ini adalah salah satu video iklan produk yang diiklankan dalam bentuk lakonan yang mereka buat.

Tontonlah.. Memang tidak akan bosan..haha

 

Youtube Channel: MrKokom

 

 

2. Channel Youtube : Nur Amira Syahira

  • Menyertai Youtube pada 18 Jun 2011
  • Memiliki sebanyak 1,459,584 subscribers
  • topik kategori fokus kepada music instrument (drummer)
  • Channel ini adalah channel official untuk Amira berkongsi video beliau bermain drum
  • Apa yang menarik di channel? Menurut desas-desus, Nur Amira Syahira ini memiliki kebolehan bermain drum first class gitu..

Anda boleh tonton sendiri video di bawah ini, betul world class ke tak.

Admin ni buta muzik, jadi admin rasa semua sama je..huhu

 

Youtube Channel: Nur Amira Syahira

 

 

3. Channel Youtube : Jordon Yeoh Fitness

  • Menyertai Youtube pada 16 oktober 2013
  • Memiliki sebanyak 1,742,793 subscribers
  • topik kategori fokus kepada health (Fitness)
  • Menerusi video ini Jordon telah berkongsi tentang jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan untuk membina badan terutama untuk lelaki yang ingin membina otot badan.

 

Youtube Channel: Jordon Yeoh Fitness

 

4. Channel Youtube : zukiemohamad

  • Menyertai Youtube pada 30 Jun 2015
  • Memiliki sebanyak 853,219 subscribers
  • topik kategori fokus kepada Entertainment
  • Channel Zukie ini kurang lebih seperti channel MrKokom juga. Ia lebih kepada video lakonan pendek yang lucu.

Youtube Channel: Zukiemohamad

 

5. Channel Youtube : Syahmi Sazli

  • Menyertai Youtube pada 30 Jun 2015
  • Memiliki sebanyak 1,116,543 subscribers
  • topik kategori fokus kepada Entertainment
  • Channel Syahmi Sazli ini membuat video lakonan pendek purata panjang 20-30 minit. Bagi admin, video beliau lebih fokus kepada dramatik scene.

 

Youtube Channel: Syahmi Sazli

 

Itulah tadi merupakan senarai antara 5 youtuber popular di malaysia.

 

4 perisian yang digunakan untuk mengedit video oleh para youtube

 

Seterusnya dibawah merupakan beberapa jenis perisian yang biasa digunakan oleh para youtuber untuk mengedit video.

Video-video editor ini boleh didapati dalam bentuk aplikasi.

Saya turut sertakan video dari youtube tutorial tentang bagaimana menggunakan perisian-perisian tersebut.

 

1. Wondershare Filmora

Youtube Channel: Bang Tutorial

 

 

2. Kinemaster

Youtube Channel: Dharmanto Dhammo

 

3. Imovie

Youtube Channel: Riesty Irdha Julvia

 

 

 

4. Youtube Video Editor

Youtube Channel: Dusty Porter

 

 

Bagaimana mereka promosikan channel mereka

 

Selepas bertungkus lumus membuat video, sudah tentu para youtuber ingin video mereka ditonton dan diikuti oleh orang lain.

Salah satu cara paling mudah untuk mereka mendapatkan view adalah dengan mengiklankan video mereka.

Mengiklankan video berterusan membolehkan channel mereka terus berkembang dan dikenali oleh orang ramai.

Jika anda baru ingin memulakan channel youtube anda.

Anda boleh menonton tutorial video di bawah tentang cara mengiklankan video youtube anda.

 

Youtube Channel: UDO PARNO

 

 

Berapa Anggaran income mereka dapat

Menurut kongsian dari seorang youtuber Malaysia Cardock, purata pendapatan beliau sebulan adalah RM10 000.

Beliau berkongsi secara langsung menerusi channel beliau pendapatan yang beliau dapat.

JIka beliau mempunyai 400 000 lebih subscribers boleh dapat RM 10000 sebulan, bagaimana pula dengan channel yang ada 1 Juta subscriber ye.

Anda boleh tonton sendiri kupasan beliau mengenai pendapatan yang beliau jana.

 

Youtube Channel: Cardock

 

 

Bagaimana Mereka Dapat Duit Apabila Channel Mereka Popular

 

Berikut merupakan beberapa cara youtuber boleh menjana pendapatan:

1.  Menerusi iklan adsense

Iklan adsense ini adalah iklan yang dipaparkan oleh di sebuah video yang disiarkan di youtube.

Kebiasaannya, iklan tersebut boleh jadi terletak di awal video atau dipertengahan video.

Pendapatan yang dijana dari setiap video adalah tidak sama kerana ia bergantung kepada jumlah penonton.

Jika anda melihat iklan tersebut muncul di video favourite yang anda sedang tonton, jangan skip ya.

Berkatilah pemilik channel tersebut dengan sedikit masa anda menonton iklan tersebut.

Sekurangnya anda tidak perlu membayar untuk menonton siaran tersebut.

Jadi admin rasa tidak salah jika anda biarkan saja iklan tersebut berjalan di situ ya.

2. Menerusi Penajaan ataupun (Product Placement)

Biasanya ini dilakukan oleh youtuber yang sudah mempunyai ramai subscribers.

Penaja akan membayar youtuber untuk memperkenalka produk mereka kepada penonton.

Kemudian, youtuber akan menyelit iklan produk tersebut di video yang mereka buat.

Untuk video jenis ini, anda boleh rujuk kepada MrKokom.

Saya ada bagi satu contoh video dari MrKokom di senarai youtuber malaysia yang popular.

Itu adalah contoh iklan placement dari penaja.

3. Merchandise

Merchandise ini adalah menjual barang brand menerusi channel youtube mereka.

Contohnya, menjual baju dan topi dengan meletakkan nama brand mereka sendiri.

Kebiasaanya ini, hanya di lakukan oleh youtuber yang sudah memiliki jumlah pengikut mencecah jutaan.

4. Affiliate marketing

Disini youtuber mempromosi dan membuat review berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan affiliator mereka.

Kemudian mereka meletakkan link affiliate tersebut di ruangan bawah youtube mereka.

Nanti sekiranya penonton mereka ingin membeli product yang sama, mereka boleh mengklik di link tersebut.

5. Referral

Cara lain youtuber boleh buat duit dari youtube adalah dengan menjadi referral.

Refferal ini kurang lebih sama seperti product placement.

Cuma bezanya, mereka dibayar untuk membuat iklan khas untuk produk tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga turut mendapat bayaran komisyen dari penaja tersebut.

Mereka dibayar komisyen apabila ada pembeli menerusi mereka.

Kebiasaanya, penaja akan beri special code kepada mereka.

Kemudian, mereka akan memberitahu pembeli untuk menggunakan code tersbut ketika membuat pembelian.

Anda boleh menonton video dari Youtuber Brojep ini, sebagai pecerah lagi idea tentang cara buat duit dari youtube.

Di video ini, youtuber ini ada berkongsi contoh-contoh yang menarik dan live.

Kesimpulan

Youtuber Malaysia dikira sebagai sesuatu yang baru. Negara jiran seperti indonesia dan thailand kelihatan mendahului kita.

Selain itu, admin dapati orang malaysia tidak peka dengan menekan subscribe. Bahkan ramai yang masih tidak tahu.

Oleh kerana itu, youtuber kita di malaysia mengalami cabaran untuk bertumbuh.

Mereka harus mengajar orang lain cara untuk follow untuk mereka di youtube.

Jadi tidak hairanlah jika  ada yang sanggup membayar fake subscriber dari negara lain untuk membantu mereka mencapai pertumbuhan mengikut syarat youtube.

Akhir kata, admin harap anda semua janganlah kedekut untuk bagi subscribe, like dan luang sedikit masa untuk menonton iklan di video yang anda suka ya.

Tidak rugi pun kita memberkati orang lain. Betul tak? Bukan kena bayar pun.

Kita mudahkan urusan orang. Tuhan mudahkan urusan kita.

Kami juga pernah kupas topik “Cara Buat Duit Dengan Youtube” di artikel sebelum ini.

You might also like
3 Comments
  1. Saadon says

    Terima kasih untuk perkongsian maklumat. Susah jugak nak grow sampai ada 1000 subscribers tu kalau nak jadi YouTuber

    1. Mazuki Mustaffa says

      btol…. tak semudah yg disangkakan la…

      mana-mana yang serius hanya teruskan buat video jela.. dan terus konsisten

  2. Soleh says

    Terima kasih atas perkongsian.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online