10 Langkah Buat Duit Dengan Menulis Blog Artikel Hanya Dari Rumah

Memang seronok kalau dapat kerja sambilan tanpa ada komitmen waktu bekerja

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Duk rumah tak tahu nak buat apa? Hari-hari pon layari internet tapi hanya buang masa di sosial media tengok orang menjual sana-sini. Jom belajar buat duit dengan menulis artikel di blog.

Namun, tiada hasil yang masuk dalam poket sendiri. Daripada kita buang masa dan duit secara senyap, baik kita mula belajar untuk menulis artikel di blog.

Pada 2019 ini, telah mula syarikat-syarikat yang aktif menjual di online mula timbul kesedaran akan pentingnya website dan blog untuk jenama mereka.

Kenapa?

Ini kerana dengan blog, mereka dapat kongsikan lebih info dan memberikan kesedaran kepada pengguna dan akhirnya akan menjadi pelanggan mereka.

Antara sebab lain, dengan blog juga mereka dapat menaikan kekuatan jenama mereka dan juga reputasi.

Apabila Brand Strength mereka dah semakin meningkat, maka lebih mudah untuk mereka close/menjual kepada pelanggan mereka.

Sebagai Contoh: Saya melakukan servis Konsultan Pemasaran Digital di Terengganu, dengan adanya blog seperti ini saya dapat berkongsi ilmu yang saya ada kepada semua.

Dengan perkongsian ini akan menaikan reputasi saya dalam Pemasaran Digital – [Secara Teorinya]

Saya sendiri juga pernah mengambil penulis artikel untuk blog saya dan juga klien saya, soalan yang saya mereka ajukan kepada saya adalah “Nak Artikel Yang Macam Mana?”

Berikut Merupakan Langkah dan Kriteria Diperlukan Untuk Menjadi Penulis Blog

Saya ambil contoh case study untuk mencari penulis blog klien saya. Topik Kecantikan dan Kesihatan

1. Mencari Info Tentang Topik Diberikan

Pada kebiasaanya saya akan berikan topik atau katakunci berkaitan dengan kesihatan yang perlu penulis tulis.

Tugas penulis adalah untuk mencari info berkenaan topik berkenaan dan bukannya menulis membabi-buta dengan fakta yang salah. Fakta yang betul adalah penting untuk menjamin reputasi jenama berkenaan.

2. Kupas Topik Dengan Artikel Yang Panjang dan Berkualiti

Tulis artikel sepertimana anda membuat karangan di sekolah untuk mendapatkan markah yang tinggi oleh guru anda.

Pada kebiasaanya, saya akan meletakan syarat panjang artikel paling kurang 700 patah perkataan dan pada biasaannya adalah pada 1000 patah perkataan ke atas.

Kualiti disini membawa maksud mengupas isi penting tidak keluar daripada topik asal.

3. Mempunyai Struktur Asas Dalam Penulisan

Dalam penulisan blog kita tidak mempunyai format rasmi dan tidak ada yang betul atau salah. Tetapi apa yang paling penting adalah mudah untuk pembaca membaca.

Dalam penulisan blog tidak ada perenggan, cukup dengan satu ayat dan terus ke baris seterusnya. Jadi pembaca dapat membaca dari baris ke baris.

Antara struktur asas yang diperlukan adalah:

  • Pendahuluan

Pendahuluan biasanya kita akan berikan gambaran untuk topik yang kita ingin sampaikan. Apa yang lebih penting adalah dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca sampai habis apa yang kita ingin sampaikan

  • Isi Utama

Selepas pendahuluan, terus kepada poin utama yang ingin disampaikan. Disini gunanya untuk kita buat kajian untuk kita kupas poin-poin utama dalam topik yang diberikan.

Senaraikan seberapa banyak poin utama yang anda boleh senaraikan untuk topik yang diberikan.

Antara yang boleh dikembangkan kepada isi utama adalah:

  • Mengutarakan fakta
  • Pandangan peribadi
  • Ulasan
  • Pendapat
  • Contoh
  • Hujah

Yang penting mestilah menulis dengan fakta yang tepat, logik dan berkesan.

  • Penutup

Seperti juga karangan biasa, penutup adalah dimana kita ingin rumuskan secara keseluruhan artikel yang kita tulis.

Mempunyai hubung kait dengan topik yang telah kita persembahan kepada pembaca.

4. Gaya Bahasa Penulisan

Saya biasanya akan menggunakan ‘kami’ dan ‘anda’ jika menulis untuk penulisan klien. Penggunaan kata ganti diri sebegini untuk menunjukan penulisan kita adalah wakil daripada organisasi kita.

Bahasa pasar kita tidak guna pakai jika untuk artikel dalam blog syarikat sebegini. Wajib menulis dalam bahasa standard dan ejaan penuh.

Tatabahasa juga sebolehnya menggunakan tatabahasa yang betul.

5. Berapa Anggaran Bayaran Untuk 1 Artikel?

Bahagian yang penting dalam semua kerja adalah bayaran. Untuk artikel yang panjangnya 1000-1500 patah perkataan biasanya saya akan bayar dalam harga RM20-RM50 untuk setiap artikel.

Jika anda diberikan tugasan sebanyak 20 artikel sebulan, dah boleh jana pendapatan RM400-RM1000 sebulan hanya dari rumah.

Mungkin kalau syarikat-syarikat yang telah stabil mampu bayar lebih dari itu sebagai contoh menulis di blog majalah-majalah yang terkenal.

Harga ini juga bergantung kepada kualiti dan pengalaman penulis itu sendiri.

Topik atau niche artikel itu sendiri juga memberikan faktor kepada harga bayaran. Bukan semua topik senang untuk ditulis.

Jika anda sememangnya telah mempunyai pengalaman yang luas, mungkin anda boleh demand dengan harga yang lebih tetapi harus diingat juga, pasaran penulisan Bahasa Melayu tidaklah seluas penulisan dalam Bahasa Inggeris.

6. Syarat-Syarat Dalam Penulisan

  • Biasanya artikel yang ditulis tidak mempromosikan produk-produk orang lain.
  • Tiada pautan-pautan affiliate produk anda.
  • Tidak berbentuk provokasi
  • Tidak mengecam produk orang lain
  • Fakta yang sahih

7. Menjadi Penulis Yang Lebih Hebat

Apabila anda membuat carian di google, terdapat ribuan artikel berkenaan topik yang anda ingin tulis. Adalah tidak wajar untuk anda copy isi utama dari top rank result walaupun anda olah kembali ayat tersebut.

Lebih-lebih lagi jika poin yang diberikan tidak tepat. Idea kreatif sangat diperlukan disini.

Perkara ini mungkin tidak menjadi kesalahan tetapi untuk kembangkan idea kreatif dalam penulisan anda tidak dapat diterjemahkan.

8. Dimana Nak Mula Memohon Untuk Menjadi Penulis Blog?

Di Malaysia, kita tidak mempunyai platform khas yang stabil untuk Freelance Writer ini. Antara sebab yang saya nampak adalah permintaannya masih kurang.

Jadi kebanyakan website yang perlukan writer mereka akan sendiri war-warkan kepada umum di website atau sosial media mereka.

Namun, saya cuba membuat carian dan berikut merupakan pautan yang mungkin boleh membantu:

Jika anda mempunyai info lagi berkenaan peluang ini untuk buat duit dengan menulis boleh info di ruangan komen.

9. MEET DEADLINES

Prestasi anda juga akan dinilai jika dapat menyiapkan artikel dalam masa yang diberikan. Mungkin anda juga boleh cadangkan masa anda sendiri untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Ini membolehkan pihak yang hire anda untuk menyusun jadual posting dengan lebih tepat. Lebih cepat dan lagi bagus dengan kualiti yang sama.

10. Iklan Servis Penulisan Anda di Fiverr

Kebanyakan orang yang hire penulis di Fiverr selalunya adalah pemilik blog. Jadi untuk menjadi penulis di fiver, anda perlu faham sedikit sebanyak tentang menulis artikel yang untuk SEO.

Agar artikel yang dibeli oleh klien anda mudah untuk diindex di enjin carian google.

Berikut merupakan antara penulis-penulis dari Malaysia yang menawarkan perkhidmatan untuk menulis artikel dalam bahasa Malaysia.

Buat masa ini, saya masih belum pernah hire mereka. Servis yang selalu saya hire di fiverr adalah berkaitan dengan design logo.

Buat Duit Dengan Menulis Artikel
Harga perkhidmatan Penulisan Artikel di Fiverr

Jika ingin mencuba nasib dan keyakinan untuk memberi perkhidmatan terbaik dengan menulis artikel, boleh cuba buat duit dengan menulis artikel di fiverr:

11. Penulis Untuk MazukiBlog

Saya juga mempunyai klien yang memerlukan penulis. Topik-topik yang diperlukan seperti berikut:

  1. Kesihatan
  2. Kecantikan
  3. Pemasaran Digital

Jika anda berminat boleh terus hubungi saya di facebook. [m.me/mazuki]


Ini adalah antara jalan alternatif untuk buat duit dengan menulis kerana untuk menulis sendiri dan hasilkan duit dengan blog memerlukan masa dan ilmu yang lebih sedikit. Terutamanya bab untuk setup blog dan juga SEO.

Tak perlu untuk pening kepala nak fikir bagaimana nak naikan trafik ke website.

Jika menulis artikel bukan pilihan anda tetapi masih ingin mencuba untuk membuat duit secara online boleh lihat senarai lain di post saya sebelum ini.

You might also like
2 Comments
  1. Mohd Rawi says

    Thanks… informasi yang sangat berguna untuk mereka yang nak cari income part time ..

    1. Mazuki Mustaffa says

      Semoga memberi manfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online