6 Cara Buat Link Whatsapp Sendiri

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Cara buat link Whatsapp ada beberapa cara.

WhatsApp telah menyediakan fungsi khusus yang membolehkan anda menghasilkan link pantas yang, apabila diklik, akan membawa pengguna terus ke chat WhatsApp anda.

Proses ini amat mudah dan cepat. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh menghasilkan link WhatsApp anda sendiri dan berkongsi dengan sesiapa sahaja!

Cara paling mudah dan sering kami gunakan adalah seperti berikut:

  1. wa.me/60197264612 (Rasmi dari Whatsapp)
  2. wasap.my/60197264612 (tak rasmi, milik persendirian)
  3. https://api.whatsapp.com/send/?phone=60197264612
    • Kedua-kedua domain tadi akan redirect ke link no 3.

1. Buat Link Whatsapp Guna Link Generator

  1. Masukan no telefon pada ruangan yang disediakan. Pastikan no phone bermula dengan 6 (untuk Malaysia)
  2. Masukan Text yang diigini.
  3. Tekan “Buat Link”
  4. Copy code yang terhasil contoh: https://wa.me/60197264612?text=Salam%2C%20Saya%20Berminat%20Dengan%20Kelas%20Online%20Yang%20Tuan%20Tawarkan

2. Buat Link Whatsapp Di Website Sendiri

<iframe title="Whatsapp Generator" src="https://mazukiblog.com/wagen.html" width="300" height="600"><span data-mce-type="bookmark" style="display: inline-block; width: 0px; overflow: hidden; line-height: 0;" class="mce_SELRES_start"></span></iframe>

Mungkin anda seorang yang aktif menggunakan pretext, jadi Whatsapp Link Generator ini sangat penting untuk anda.

Caranya mudah sahaja, bookmark page ini.

Tapi kalau nak lagi mudah, anda boleh masukan code Whatsapp Link Generator ni terus ke website anda. Pakai blogspot pon boleh.

  1. Copy code diatas
  2. Buat blog post atau page di blog anda
  3. Paste code diatas ke dalam ruangkan penulisan blog anda.
  4. Klik Publish.

3. Buat Link Whatsapp Nombor Sahaja.

Cara ini sangat mudah dan tidak memerlukan arahan yang complicated. Hanya perlu tulis:

wa.me/60197264612

wasap.my/60197264612

4. Cara Buat Link Whatsapp Dengan Teks

Mula mula kita perlu tukar kan ayat pretext terlebih dahulu. Layari – URL ENCODER/DECODER

buat link whatsapp dengan teks
Pretext Sebelum Encode: Salam, Saya Berminat Dengan Kelas Online Yang Tuan Tawarkan
buat link whatsapp dengan teks 2
Pretext selepas Encode: Salam%2C%20Saya%20Berminat%20Dengan%20Kelas%20Online%20Yang%20Tuan%20Tawarkan%0A%0A

Pilihan 1: Tambahan ?text= dan %20

%20 = space antara text

wa.me/60197264612?text=Salam%2C%20Saya%20Berminat%20Dengan%20Kelas%20Online%20Yang%20Tuan%20Tawarkan

Sangat cerewat dan pening kan??? Terutamanya kalau kita menggunakan Pre-Text yang panjang.

Pilihan 2: Tanpa ?text=

wasap.my/60197264612/Salam,%20Saya%20Berminat%20Dengan%20Kelas%20Online%20Yang%20Tuan%20Tawarkan

5. Cara Pendekan URL Link Whatsapp

Terdapat banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan pemendekan URL.

Beberapa yang popular termasuk bit.ly, tinyurl.com, dan goo.gl (sila ambil perhatian bahawa sesetengah laman mungkin tidak lagi berfungsi atau mempunyai polisi yang berbeza).

Masukkan URL WhatsApp: Di laman pemendek URL, cari kotak input (biasanya bertuliskan “Paste a link to shorten” atau sesuatu yang serupa). Salin dan tampal link WhatsApp anda di sini.

Tekan Butang Pendekkan: Selepas memasukkan URL, tekan butang yang biasanya bertuliskan “Shorten” atau “Pendekkan”.

Salin URL Pendek: Setelah URL dipendekkan, anda akan diberikan URL baru yang lebih pendek. Salin URL ini untuk berkongsi dengan orang lain atau letakkan di media sosial, laman web, dan sebagainya.

Pendekan URL link whatsapp

5. Buat Link Whatsapp Nama Sendiri

Cara buat link WhatsApp dengan nama sendiri, boleh ikuti langkah-langkah berikut:

5.1 Pilih Nama Anda

Tentukan nama yang anda mahu gunakan untuk link tersebut. Contohnya, jika anda ingin nama link anda adalah “PromosiRaya”, simpan nama ini untuk langkah seterusnya.

5.2 Buat Link Asal WhatsApp

Anda perlu mempunyai URL asal WhatsApp.

Anda boleh mendapatkannya dengan format seperti ini: https://wa.me/nombortelefon (gantikan “nombortelefon” dengan nombor telefon anda tanpa tanda + dan tanpa jarak).

5.3 Pergi ke Laman Pemendek URL yang Menyokong Nama Sendiri

Terdapat beberapa laman pemendek URL yang membenarkan anda menetapkan nama tersendiri untuk link pendek. Contohnya, bit.ly adalah salah satu daripadanya.

5.4 Daftar atau Log Masuk

Untuk menggunakan nama sendiri, anda mungkin perlu mendaftar atau log masuk ke laman pemendek URL.

5.6 Masukkan URL WhatsApp

Di laman tersebut, akan ada kotak input untuk memasukkan URL. Salin dan tampal link WhatsApp anda di sini.

5.7 Tetapkan Nama Sendiri

Selepas memasukkan URL, anda akan diberi pilihan untuk menetapkan nama pendek yang anda inginkan.

Di sini, masukkan nama yang anda pilih pada langkah pertama, contohnya “PromosiRaya”.

5.8 Tekan Butang untuk Mencipta Link

Selepas menetapkan nama, tekan butang untuk mencipta link. Jika nama yang anda pilih tersedia, anda akan mendapat link seperti ini: bit.ly/PromosiRaya.

cara pendekan link whatsapp nama sendiri

>>Uji pautan yang dihasilkan > Klik >

5.9 Salin dan Kongsi

Anda kini boleh menyalin link tersebut dan berkongsi dengan pelanggan, rakan, atau di media sosial anda.

6. Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor

Memang benar, anda boleh membuat link untuk WhatsApp tanpa menunjukkan nombor telefon anda secara terbuka.

Berikut adalah cara untuk melakukannya:

Buat Group WhatsApp

Pertama sekali, buat satu group di WhatsApp. Anda boleh menamakannya apa-apa sahaja, contohnya “Hubungi Saya”.

Tambah Ahli ke Group

Tambah seseorang ke dalam group tersebut. Ini perlu kerana anda tidak boleh membuat group tanpa menambah ahli. Anda boleh menambah rakan atau keluarga yang anda percayai.

Buat Link Jemputan Group

Selepas membuat group, klik pada nama group tersebut untuk melihat maklumat group.

Kemudian, klik pada “Jemput ke group melalui pautan” atau “Invite to group via link”.

Ini akan menghasilkan satu link jemputan untuk group tersebut.

Salin Link Jemputan

Salin link jemputan yang telah dihasilkan.

Buang Ahli yang Ditambah Tadi

Kembali ke group dan buang ahli yang anda tambah tadi. Ini memastikan group tersebut kosong dan hanya anda sahaja di dalamnya.

Gunakan Link Sebagai Link WhatsApp Anda

Anda kini boleh menggunakan link jemputan tadi sebagai link hubungan WhatsApp anda.

Siapa sahaja yang klik link tersebut akan diminta untuk menyertai group, yang mana anda boleh kemudian berkomunikasi dengan mereka tanpa menunjukkan nombor telefon anda secara terbuka.

Penting!!!

Pastikan untuk memantau dengan rapat siapa yang menyertai group tersebut. Anda mungkin mahu membataskan siapa yang boleh menyertai atau membuang mereka yang anda tidak kenali.

Dengan cara ini, anda telah berjaya membuat link WhatsApp tanpa menunjukkan nombor telefon anda.

Harap berhati-hati semasa berkongsi link ini agar ia tidak disalahgunakan.

Rumusan

Cara paling kerap yang kami gunakan untuk buat link whatsapp adalah menggunakan wa.me/no phone.

Ini adalah cara yang paling mudah untuk digunakan dan ia official dari whatsapp itu sendiri.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online