USD 6.77K Seminggu Buat Duit Dengan Dropship Shopify Oleh Malaysian

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Perniagaan secara dropship shopify kini mula menjadi pilihan anak muda dan suri rumah kerana kemudahan yang disediakan sangat berbaloi dan menjimatkan.

Tanpa memikirkan kos operasi produk serta tidak mempunyai stok barang yang banyak untuk disimpan adalah antara faedah buat duit dengan Dropship yang boleh kita cuba.

Secara umumnya, Dropship bermaksud perniagaan yang berkonsepkan keuntungan dari segi menumpang perniagaan lain.

Dimana peniaga membuat keputusan untuk berniaga produk orang lain menggunakan platform tertentu dalam menghasilkan komisen atau pendapatan.

Paling menarik adalah cara buat duit dengan dropship sangat mudah dan tidak memerlukan anda keluar rumah untuk post barang, pegang stok barang dan sebagainya.

Walaupun teknik ini boleh dikategorikan sebagai teknik Perniagaan Online Tanpa Modal, tapi tetap perlu keluar modal untuk setup platform dan buat marketing.

Hanya tanpa modal untuk dari sudut tidak perlu membeli stok barang sahaja. 

Dropship Tempatan VS Luar Negara

Tahukah anda, terdapat 2 jenis dropship yang sering dilakukan oleh masyarakat yang mempunyai jiwa usahawan di negara kita ini.

Antaranya adalah dropship produk tempatan dan juga dropship produk antarabangsa ataupun luar negara.

Perbezaan antara dropship tempatan dan dropship antarabangsa adalah seperti berikut.

Dropship tempatan membawa maksud barang perniagaan dan proses yang terlibat adalah dalam 1 negara sahaja iaitu negara kita ataupun jual ke market tempatan.

Dropship antarabangsa pula bermaksud anda menjual kepada market luar negara dimana kemungkinan barang jualan yang terlibat juga adalah barang dari luar negara dan pasaran jualan pun terbuka.

Selalunya, cara buat duit dengan dropship ini menggunakan platform atau medium marketing yang mudah seperti facebook, instagram dan juga website.

Namun, sekiranya anda berminat untuk jual market luar negara, anda boleh buat duit dengan Dropship Shopify.


Apakah Dropship Shopify?

Bagi anda yang tidak pernah mendengar tentang Dropship Shopify, pasti anda tertanya-tanya apa itu Shopify.

Dropship Shopify yang dimaksudkan adalah menjalankan perniagaan dropship antarabangsa dengan menggunakan salah satu web e-commerce yang paling popular di dunia.

Dropship Shopify sesuai untuk anda yang menjalankan perniagaan atau produk yang mempunyai permintaan dalam kalangan market luar negara.

Sekiranya anda pernah atau mungkin ingin menjadi dropship bagi produk Ali Express dan ingin menjual di platform seperti eBay dan juga Amazon, shopify adalah platform yang sesuai untuk anda!

Jom Kenali Apa Itu Shopify Dan Ciri-Cirinya

Shopify merupakan sebuah e-commerce atau pembina laman web bagi para peniaga yang ingin memasarkan produk secara atas talian dengan adanya kedai online web builder.

Shopify lengkap dengan pebagai ciri dan faedah yang boleh anda gunakan (konsep all in one e-commerce).

Kedai website shopify ini merangkumi pengurusan produk, jenis produk, inventori harga produk, penghantaran dan lain-lain lagi.

Dropship Shopify Malaysia

Sebagai e-commerce, pastinya ia juga lengkap dengan kaedah pembayaran yang pelbagai seperti Malaysia payment gateways iPay88, MOLPay dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, laman website shopify ini juga telah dihoskan dimana anda tak perlu risau akan penyelenggaraan website lagi.

Lebih mudah untuk buat duit dengan dropship shopify kerana terdapat 24/7 sokongan iaitu dari live chat, emel dan juga menerusi panggilan.

Dengan ciri-ciri yang terdapat pada Shopify ini, jelas bahawa ia merupakan cara buat duit dengan dropship Shopify kerana platform ini membantu jual market luar negara.

Hebat bukan?

Dropship Shopify akan memberi keuntungan yang sangat lumayan kerana produk jualan dan harga pasaran market luar amat memuaskan.

Syarat-Syarat Buat Duit Dengan Dropship Shopify

Terdapat 4 perkara penting yang harus anda ikuti sebelum buat duit online dengan dropship Shopify.

Sekiranya anda ingin melakukan 4 perkara ini, maka anda layak buat duit dengan Shopify.

  1. Jual produk ke luar negara (Pasaran market luar negara).
  2. Berniat ingin memasarkan produk menggunakan platform e-commerce seperti eBay dan Amazon berbanding platform Malaysia seperti Shopee dan Lazada.
  3. Ingin menjadi dropship atau mendapatkan produk dari Ali Express.
  4. Mempunyai pengetahuan atau terdedah dengan ilmu untuk menyusun Strategi Pemasaran Online.

Cara Buat Duit Dengan Dropship Shopify

Menjadi Dropship Shopify adalah tidak sukar jika anda benar-benar faham konsepnya, namun usaha dan komitmen perlu ada untuk anda terus bertindak.

Tetapi, bagaimana cara buat duit dengan Dropship Shopify yang sebenarnya?

Jom ikuti satu demi satu langkah dari bermula sehinggalah anda menjana keuntungan.

1/ Pilih Niche Atau Tema Perniagaan

Bagi menjadi dropship shopify yang memiliki kedai website shopify sendiri, pasti anda akan mempunyai banyak jenis produk untuk dijual.

Perkata pertama yang merupakan cara buat duit dengan drosphip shopify adalah anda perlu memilih niche ataupun tema kedai tersendiri.

Ia berkait rapat dengan pilihan produk jenis apakah yang akan anda juga.

  • Faktor Pemilihan Produk

Anda harus memilih produk yang mendapat permintaan tinggi dan menjadi pilihan ramai pengguna terutamanya untuk mereka membeli dengan anda.

Namun, keuntungan juga adalah faktor utama yang harus anda lihat.

Pilihlah produk yang mempunyai untung besar tetapi modal minimum.

Selain itu, menjual produk yang sesuai bagi golongan berpendapatan sederhana dan tinggi adalah cara buat duit dengan dropship shopify yang terbaik.

Anda sendiri yang tetapkan sasaran pelanggan bergantung kepada nilai produk yang boleh anda berikan.

Jual jenama yang tidak begitu terkenal juga merupakan peluang untuk kedai website anda menjadi terkenal dan dilihat ramai.

Apabila ramai dropship shopify menjual barangan yang sama, akan menjadi saingan besar antara kedai.

Tetapi jika barang anda adalah sesuatu yang tidak ramai menjualnya, pasti pelanggan akan membeli dengan anda.

  • Semakan Niche Sebelum Menjadi Dropship Shopify

Memiliki shopify membolehkan kita menjalankan perniagaan merentasi negara luar, jadi bagi menentukan niche yang sesuai untuk kita bawakan, haruslah buat sedikit kajian.

Terdapat beberapa aplikasi atau website yang akan membantu kita memilih niche yang tepat dan menguntungkan.

  • Google Trend
  • Google Keyword Planner
  • SEM Rush
  • Ali Express
  • Spocket

2/ Pilih Pembekal Produk Dropship Shopify Anda

Setelah selesai membuat kajian produk dengan menggunakan platform seperti Google Trend, SEM Rush, Google Keyword Planner dan lain-lain lagi…

anda pasti sudah mengenali niche produk dan pasaran jualan anda.

Memilih pembekal produk dropship shopify ini memerlukan pembekal yang menyediakan khidmat penghantaran ke seluruh negara.

Bagi memudahkan anda, Ali Express adalah cadangan pembekal terbaik boleh anda gunakan.

Terdapat banyak kategori barangan yang ditawarkan seperti pakaian, handbag, jam tangan, barangan kanak-kanak, barangan perkakas rumah dan macam-macam lagi barang yang menarik.

Kaedah mudah mendapatkan produk khas untuk dropship Shopify, anda cuma perlu search Dropship dan pilihan produk anda.

Kata kunci yang harus dimasukkan di bahagian ruang search adalah ‘Dropship’.

Ali Express juga menyediakan rating bintang yang menunjukkan kadar vote dari pelanggan yang pernah membeli dan berpuas hati.

Rating yang tinggi akan membantu anda memilih produk apakah yang ingin anda jual di Shopify.

Jika ingin bandingkan harga produk tersebut untuk mendapatkan harga jualan yang terbaik, anda boleh semak dan bandingkan dengan produk yang terdapat dalam Amazon.

Setelah membuat keputusan produk apa yang akan dijual secara Dropship Shopify, anda harus pastikan gambar-gambar produk tersebut cantik dan jelas.

Jika tidak, minta sahaja kepada pembekal anda.

3/ Daftar Dengan Shopify

Apabila sudah jelas dengan niche kedai dan produk yang ingin dipasarkan, inilah masanya untuk anda mendaftar dengan Shopify.

Daftar di sini dengan memasukkan email, password dan nama kedai anda.

Dalam proses pendaftaran, beberapa soalan berkaitan maklumat peribadi yang diajukan wajib anda lengkapkan.

Bagi anda yang baru bermula buat duit dengan Dropship Shopify, maklumat penghasilan perniagaan boleh diletakkan 0 sahaja kerana baru bermula dan belum mempunyai pendapatan.

Setelah selesai menjawab semua pertanyaan, anda akan dibawa ke Dashboard Shopify dan boleh mulakan Dropship Shopify

  • Pilih Pakej Shopify

Cara buat duit dengan dropship shopify sangat mudah dimana anda boleh menggunakan percubaan 30 hari secara percuma.

Antara pakej yang disediakan oleh Shopify adalah Basic Shopify, Shopify dan juga Advance Shopify.

Makin advance pakej yang dipilih, makin banyak features yang anda terima dalam shopify.

4/ Setting Kedai Shopify Anda

Kini, anda sudah mempunyai kedai Shopify sendiri tetapi ia belum lengkap untuk anda bermula.

  • Design Dan Susun Atur Kedai Shopify

Cara buat duit dengan dropship shopify juga tidak lengkap jika tiada kekemasan dan design kedai shopify anda.

Design website tidak terlalu sukar jika anda ikuti langkah-langkah atau pilihan yang diberi.

  • Pilih Tema Design

Anda boleh memilih tema kedai shopify yang meliputi warna latar belakang website, pilihan menu, susun atur butang dan gambar serta banyak lagi.

Dengan memilih tema design kesukaan anda, pastinya ia amat menarik buat para pelanggan.

Tema design akan mencantikkan kedai dropship shopify anda.

  • Pilih Dan Pasang Domain

Selain dari design, domain merupakan nama url bagi kedai shopify yang memudahkan orang klik masuk untuk melihat barang jualan anda.

Apabila mendaftar dengan Shopify dan meletakkan nama kedai, sebenarnya sistem shopify telah menyediakan nama domain kedai untuk anda.

Ia akan kelihatan seperti ini:

https://RizzStore.shopify.com

Sekiranya menggunakan domain berbayar, anda boleh menukar domain dengan nama yang anda mahukan seperti www.RizzStore.com.

Untuk membeli domain pula, beberapa website terkenal yang menjual domain adalah GoDaddy, NameCheap.com, NetKL dan banyak lagi.

  • Penjualan Dan Penghantaran Barang

Dengan adanya kedai shopify, anda sudah boleh mula berniaga sebagai Dropship Shopify.

Tetapi awas, kena ambil tahu pasal penjualan dan penghantaran barang.

Semuanya akan diuruskan oleh pembekal anda tetapi apabila order masuk di kedai anda, jangan lupa uruskannya!

5/ Tambah Produk Pada Kedai Shopify

Tekan butang Add Product yang bewarna biru, kemudian isikan nama produk serta maklumat tentang produk yang penting.

Sebagai contoh, jika anda menjual baju, jangan lupa masukkan saiz, warna, jenis kain dan lain-lain lagi maklumat yang wajib pelanggan tahu sebelum membeli.

Add produk di Shopify

Maklumat yang jelas akan menaikkan potensi pelanggan membeli.

  • Kemaskini Kategori Produk

Di sebelah kanan ruangan pula, anda boleh tandakan kategori produk.

Kategori atau jenis produk ini akan memudahkan pelanggan menemui barang yang mereka cari.

Sekiranya barang tersebut mempunyai pilihan yang banyak, gunakan option variasi untuk menandakan terdapat pelbagai pilihan.

  • Tambah Meta Description

Di bawah ruangan maklumat produk, terdapat satu ruangan Meta Description dimana anda perlu mengisi meta description.

Meta description adalah ayat berkaitan produk harus ditulis untuk menarik minat para pembaca yang menemui website anda di ranking Google.

Dengan ayat yang mereka baca pada awalnya, ia akan menentukan sama ada mereka tertarik untuk klik masuk ke kedai anda ataupun tidak.

  • Tambah Produk Di Ruangan Koleksi

Ruangan koleksi yang terdapat di bahagian kiri dashboard Shopify merupakan butang yang perlu anda tekan untuk menambah produk.

Anda perlu meletakkan info yang diperlukan serta gambar produk secara manual.

6/ Tambah Kaedah Pembayaran Kedai Shopify Anda

Anda boleh menambah kaedah pembayaran yang boleh dilakukan oleh pelanggan di kedai anda.

Bagi program Dropship Shopify, kaedah pembayaran yang sesuai dilakukan untuk memudahkan pelanggan adalah melalui Paypal, Kad Kredit dan juga Pembayaran langsung Shopify.

Namun begitu, pembayaran Shopify khusus untuk negara tertentu sahaja, justeru lebih disarankan untuk menggunakan kaedah pembayaran Paypal, ia lebih mudah!

7/ Tentukan Kadar Bayaran Shipping

Selesai bab pembayaran, kini mengenai kadar bayaran shipping pula.

Untuk menentukan harga penghantaran, beberapa faktor harus diambil peduli.

Antaranya adalah jumlah, saiz, berat dan kuantiti produk.

Nak tentukan Kadar bayaran Penghantaran Shopify

Selain itu, faktor tambahan seperti menghantar barang sehingga depan rumah dan khidmat paling pantas juga menentukan kadar shipping yang berbeza.

8/ Tambahkan Menu Hadiah

Tahukah anda, ramai yang mencari hadiah untuk diberikan kepada orang tersayang tetapi amat buntu susah untuk menemui hadiah yang menarik.

Masalah ini akan menjadi ruang dan peluang untuk anda buat duit dengan dropship shopify.

Pengguna akan masuk ke bahagian Gift Card atau Kupon untuk mencari hadiah, pastinya akan membeli di kedai shopify anda.

9/ Sediakan Sokongan Pelanggan

Tidak semestinya semua prospek anda akan terus membeli, sebaliknya mereka mungkin ingin bertanya lebih lanjut kepada anda berkaitan dengan produk tersebut.

Disini anda perlu sediakan sokongan pelanggan seperti chat, panggilan dan lain-lain lagi.

Zendesk merupakan salah satu platform yang boleh menyokong anda berkomunikasi dengan pelanggan.

10/ Setkan Kedai Shopify Anda Publik

Selesai mekap kedai shopify, cara buat duit dengan dropship Shopify akan berhasil sekiranya anda set kedai shopify secara publik.

Anda boleh jadikan website shopify anda publik dengan cara buang password protected supaya pelanggan boleh masuk melihat kedai anda.


Tips Ringkas – Cara Buat Duit Dengan Dropship Shopify

  1. Pastikan anda berdaftar dengan Shopify
  2. Kenal pasti niche dan produk yang ingin dijual di Shopify
  3. Pastikan pembekal produk anda dipercayai
  4. Setting Shopify anda secara lengkap termasuklah bahagian shiping, produk dan payment
  5. Setkan shopify secara publik dan anda sudah boleh mula buat duit dengan Dropship Shopify
Kadar Bayaran di Shopify

Mudahnya jual market luar negara jika mempunyai platform Shopify.

Shopify mempunyai pakej pilihan yang merangkumi features tertentu dengan adanya kadar yuran bulanan.

Jangan bimbang untuk uruskan bajet setiap bulan kerana pastinya jualan dari Dropship Shopify ini menguntungkan anda dengan sangat lumayan.

Jom mulakan cara buat duit dengan Dropship Shopify yang mudah ini!


P/S: Jika anda masih baru berjinak-jinak dengan dropship dan ingin mencuba market tempatan dahulu,

Anda boleh dapatkan (baca percuma) panduan dropship tudung <–


Panduan Shopify Percuma Terbaik [Youtube]

Saya sendiri jadikan youtube sebagai panduan utama sebelum nak bermula menjual di shopify.

Terdapat banyak video berkenaan Shopify di Youtube tetapi video berikut yang sangat saya rekemen untuk anda tonton kerana sangat lengkap diajar.

Video dari The FCOM KING tu antara video yang paling lengkap dan dia ajar satu persatu.

Walaupun anda seorang suri rumah, masih mampu untuk menjana pendapatan sampingan dari rumah anda…

Kalau lepas tengok video tu tapi masih kurang yakin nak bermula…

Boleh la beli Panduan di bawah oleh rakan kita…


Panduan Buat Duit Dengan Shopify Untuk Malaysian

Panduan ini dalam bentuk video bahasa Melayu.

Jadi kalau masih tak faham dalam penerangan yang saya tulis di atas, atau dah tengok video cadangan saya di Youtube tu…

Boleh dapatkan panduan ni jika anda benar-benar SERIUS

Video panduan ini disusun langkah demi langkah dari A to Z untuk kita bermula.

Terdapat 5 Modul Utama dalam Panduan ini.

Modul #1 – Pengenanalan Sistem Dropship USD

Penulis jelaskan BIG PICTURE untuk buat duit dropship USD ni.

Juga disentuh tentang mind set yang perlu ada sebelum kita nak bermula.

Modul #2 – Kajian Produk 

Kejayaan menjual sebenarnya 50% adalah faktor produk. Tak guna kita power buat website dan marketing tapi kita gagal mencari Winning Product.

Penulis terangkan cara nak cari produk yang mendapat sambutan untuk dijual dan paling penting mempunyai margin untung yang besar.

Modul #3 – Bina Kedai Shopify

Part ni agak teknikal. Sebab tu video ini dikeluarkan supaya mudah anda ikut satu per satu.

Tak Perlu Nak TRY n ERROR.

Dalam modul ini sahaja ada 19 Video,

di terangkan dari cara mula mendaftar dan buka akaun di shopify,

hinggalah kepada cara nak edit logo, setup kedai, masukkan produk,

setup domain, cara nak integrate kedai shopify anda dengan sistem dropship,

setup payment dan segala-galanya lah!

Complete BEB!

Modul #4 – Strategi FB ADS Berkesan 

Tak guna dah setup website pandai tapi nak buat FB Ads pulak tak pandai..

Nak buat duit dropship USD ni, FB Ads adalah medium utama untuk buat marketing.

Pengalaman yang dikongsikan penulis ini akan minimumkan anda rugi dalam marketing.

Bukti teknik FB ADS berkesan yang penulis panduan ini buat…

teknik fb ads berkesan untuk dropship shopify

Modul #5 – Pengurusan Order dan Penghantaran

Perkongsian pengalaman cara nak uruskan order dari pelanggan, submit order kepada supplier sehinggalah penghantaran…

Ini penting untuk memastikan reputasi kita sebagai penjual sentiasa bagus…

Baru boleh dapatkan feedback dan testimoni dari pembeli untuk kedai kita sustain…


Semoga anda dan pembaca blog ini dimurahkan rezeki dan berjaya dalam teknik bisnes online dan buat duit online.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online