fbpx
Home » Blog » Dunia Digital » Sosial Media » Instagram » Jenis Iklan Berbayar Instagram Yang MESTI Anda Cuba!!!

Jenis Iklan Berbayar Instagram Yang MESTI Anda Cuba!!!

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Di artikel ini, saya ingin berkongsi tentang  jenis-jenis iklan berbayar Instagram yang anda boleh cuba.

Iklan-iklan ini kita boleh gunakan di Instagram untuk mengkhabarkan kepada para pelanggan apa produk atau servis yang kita ada.

Ya! Kita masih boleh memberitahu orang lain mengenai produk atau servis kita tanpa perlu melakukan iklan berbayar.

Tetapi proses untuk kita menjangkau kepada lebih banyak orang adalah lambat.

Oleh itu, dengan menggunakan iklan berbayar di Instagram  anda boleh menyebarkan tentang bisnes dan produk atau perkhidmatan dengan lebih cepat.

Semakin cepat proses penyebaran mengenai perniagaan yang kita lakukan kepada orang ramai, semakin cepat kita boleh melakukan jualan.

Tanpa melakukan iklan berbayar, bukan sahaja perniagaan anda mengalami pertumbuhan yang lambat tetapi kemungkinan juga produk yang anda jual tidak begitu dikenali oleh pengguna.

Berikut  merupakan  beberapa jenis iklan berbayar yang boleh kita lakukan menggunakan Instagram :-

 

1. Iklan Berbayar Menggunakan Gambar

Iklan bergambar adalah di mana anda menggunakan satu gambar yang boleh menceritakan tentang perniagaan anda.

Dalam masa yang sama, menarik minat warga Instagram untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti perniagaan yang anda sedang jalankan.

Gambar ini hanya dalam bentuk statik sahaja.

Gambar  digunakan dalam iklan haruslah berkualiti, mempamerkan maklumat yang tepat, ilustrasi yang bertepatan dengan perniagaan anda dan juga pencahayaan yang sesuai.

Sekiranya anda tidak memiliki kemahiran untuk menghasilkan gambar yang berkualiti anda boleh meminta bantuan atau membayar perkhidmatan dari orang yang mahir untuk melakukan kerja pengeditan dan juga mengambil gambar.

Foto: Quarterlab

Selain itu, saiz setiap gambar tersebut hendaklah mengikut ukuran saiz dan juga resolusi yang dicadangkan oleh Instagram bagi mengelakkan gambar produk anda akan menjadi kabur dan tidak cantik atau menarik seperti yang asli.

Menggunakan gambar yang mengikut standard Instagram akan lebih melancarkan proses periklanan.

Gambar yang tidak berkualiti dan tidak menepati standard Instagram akan menyebabkan permohonan iklan anda ditolak.

Bagi pengguna ataupun peniaga yang menggunakan Power Editor atau Ads Creation, Anda boleh memilih bahagian Image untuk gambar yang anda inginkan.

 

Berikut merupakan resolusi gambar yang dicadangkan oleh Instagram untuk dijadikan panduan kita menyediakan gambar yang menarik dan tidak kabur.

  • i)  Square:
  • Minimum Resolution ( 600 x 600 pixels )
  • Maximum Resolution ( 1936 x 1936 pixels )
  • ii) Landscape
  • Minimum Resolution ( 600 x 315 pixels )
  • Maximum Resolution ( 1936 x 1936 pixels)
  • iii) Vertical
  • Minimum Resolution ( 600 x 750 pixels )
  • Maximum Resolution ( 1936 x 1936 pixels)

 

Advertisement

2. Iklan Instagram Berbentuk Video

Jenis iklan video ini sangat sesuai untuk mempromosikan atau mengiklankan sesuatu produk dengan tawaran harga yang sangat istimewa.

Di samping itu juga iklan ini dapat membantu peniaga menarik perhatian warga Instagram dengan lebih berkesan.

Iklan Berbentuk video membantu dari segi mempengaruhi psikologi dengan memberi keyakinan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih ‘real’

Terdapat pelbagai jenis pendekatan video yang peniaga boleh gunakan.

Antaranya, adalah video jenis animasi, cerita, ataupun video demonstrasi cara membuat produk.

Sekiranya produk anda memerlukan proses pembuatan,

Sebagai contoh anda menjual kraf tangan buatan sendiri.

Anda sebagai peniaga boleh membuat video untuk menceritakan tentang bahan apa yang digunakan dan bagaimana anda lakukan kraf tangan tersebut.

Sebelum kita menggunakan iklan jenis video ini, anda juga harus mengetahui kriteria video yang disarankan oleh Instagram supaya anda tidak mengalami masalah iklan anda ditolak nanti.

Di bawah merupakan kriteria video yang disarankan oleh Instagram:

  • Resolusi minimum iklan video landskap Instagram adalah 600 x 315 piksel
  • Nisbah aspek yang betul ialah 1: 91: 1.
  • Format video yang disyorkan termasuk MP4 dan MOV.
  • Saiz video maksimum untuk semua format adalah 4GB.
  • Panjang video maksimum untuk semua format ialah 120 saat.
  • Bingkai maksimum video ialah 30fps untuk semua format.
Foto: Visiture

 

3. Iklan Instagram Jenis Carousel

Jenis iklan berbayar yang ketiga adalah Carousel Ads.

Carousel Ads ini juga merupakan iklan menggunakan gambar tetapi ianya mempunyai satu kemudahan yang lebih dinamik,

di mana anda boleh memasukkan lebih banyak gambar statik.

Setiap gambar tersebut anda dapat lakukan dengan pergerakan dari atas ke bawah dan kiri ke kanan.

Dengan kelebihannya yang dinamik,

iklan jenis ini memudahkan pembeli untuk melihat setiap sisi.

Sebagai seorang pembeli secara online juga,

jenis iklan ini adalah sangat memudahkan saya untuk melihat dengan lebih jelas setiap bucu dan sisi sesuatu produk.

Dengan ini kita dapat nilai dan memastikan kualiti barang atau produk yang di iklankan.

Sekiranya anda seorang peniaga yang mempunyai jenama sendiri,

anda sangat digalakkan menggunakan kaedah ini untuk menarik ramai perhatian dari pihak pembeli.

Kerana pembeli lebih berkeyakinan untuk melabur pada produk yang anda iklankan dengan adanya gambar yang berkualiti. Penggunaan Carousel Ads ini sangat popular pada masa kini kerana ianya sangat mudah  untuk pelanggan melihat gambar dan maklumat produk.

Foto: Getresponse

 

4. Iklan Jenis Link Ads

Link Ads ini adalah kaedah menarik pengguna lain untuk menekan link yang telah anda sertakan pada iklan.

Contohnya, Untuk keterangan lebih lanjut sila klik link ini-> www. cubaweb.com.

Sekiranya seseorang menekan link tersebut maka beliau akan dibawa oleh link tersebut terus ke akaun Instagram anda atau terus ke whatsapp atau telegram dimana memudahkan proses anda untuk mengurus pelanggan.

Secara praktikalnya, pengguna tidak digalakkan menggunakan URLs di akaun instagram untuk menarik perhatian pembeli.

Hal ini kerana URLs tidak dapat diklik dengan sempurna di instagram anda. Namun begitu, ia tetap menjadi pilihan para peniaga kerana dengan cara ini mereka boleh membawa pelanggan ke saluran yang mereka inginkan.

Foto: Adweek

 

Advertisement

5. Iklan Jenis Mobile App Install

Selain itu juga jenis iklan berdasarkan Mobile App Install ini pula lebih kepada membawa pengguna lain untuk menggunakan aplikasi yang disediakan.

Sebagai contoh, menggunakan video sebagai pengiklanan promosi Shopee.

Apabila anda klik pada video tersebut aplikasi tersebut akan dipasang ke peranti yang anda guna.

Walaubagaimanapun jenis iklan ini hanya sesuai untuk mengiklankan produk yang berbentuk aplikasi seperti aplikasi jual beli atau aplikasi permainan online.

Kesimpulan

Advertisement

Sebelum melakukan pengiklanan tentang produk yang kita jual,

pemilik perniagaan perlu memastikan bahan yang digunakan untuk pengiklanan seperti  gambar, video dan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan disediakan dengan baik dan berkualiti.

Dengan kualiti video dan gambar, ia mampu meningkatkan peluang untuk buat duit di instagram anda.

Sebelum anda memberi komitmen untuk membuat iklan, pastikan anda bijak memilih jenis pengiklanan yang yang bersesuaian dengan produk anda dan golongan yang anda sasarkan.

Jika anda berminat mengetahui cara menambah follower di instagram, anda boleh membaca artikel berkaitan dengan Cara Tambah Follower Instagram.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online
Scroll to Top