Cara Buat Duit Dengan Youtube – Idea dan 3 Software Percuma

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Cara Buat Duit Dengan Youtube yang paling mudah adalah menggunakan google adsense.

YouTube kini merupakan platform perkongsian video yang paling berkuasa di dunia.

Sejak dilancarkan pada tahun 2005, ia telah menghasilkan banyak jutawan, dengan bintang berpendapatan tertinggi yang menarik pendapatan $ 12 juta pada tahun 2015 (Forbes).

Tambahan pula, menurut YouTube, bilangan siaran yang melanda enam angka dalam pendapatan tahunan melalui platform tersebut adalah dua kali ganda setiap tahun.

Cara Buat Duit Dengan Youtube sebagai VLOGGER

Apabila anda sering menampakkan diri di youtube, rajin berkongsi info dan perkara yang menarik di saluran anda, anda pasti boleh membina rangkaian pengikut anda sendiri.

Keaktifan anda di platform ini, sudah tentu akan menarik golongan pemilik perniagaan yang selama ini mungkin adalah pengikut anda.


1. Paid Review (Ulasan Berbayar)

Bagi anda yang masih baharu dalam dunia menjana pendapatan atas talian, anda mungkin tidak faham apa yang dimaksudkan dengan servis paid review.

Servis paid review adalah aktiviti dimana anda dibayar oleh pemilik perniagaan untuk menyakinkan orang lain untuk menggunakan sesuatu produk atau servis mereka.

Cara anda akan dibayar mengikut kriteria si penaja anda.

Kebiasaannya, mereka membayar mengikut berapa banyak engagement video anda yang telah anda buat.

Ada juga penaja menawarkan pembayaran engagement dan komisyen kepada youtuber dengan cara memberikan anda satu kod reference khas untuk nda kongsikan kepada para pengikut anda.

Contoh video product review:

Cara buat duit dengan youtube (Paid review) biasanya youtuber dapat apabila channel youtube mereka sudah mendapat ramai subscriber dan sudah stabil.

Jika masih baharu, kita boleh buat video review untuk produk affiliate.


2. Shoutout

Shoutout adalah aktiviti dimana anda dibayar untuk memperkenal saluran media sosial  individu atau perniagaan (seperti instagram, youtube atau facebook) untuk diikuti oleh pengikut anda.

Perbezaan shoutout dan paid review adalah cara pembawaan video atau status tersebut.

Shoutout adalah dimana anda cuma bercakap tentang influencer lain yang anda rekomen kepada pengikut anda untuk mereka follow.

Manakala, paid review adalah anda dibayar untuk mempromosikan produk atau servis.

Contoh shoutout video:


3. Presenter

Presenter atau pembentang juga turut agak sama seperti ulasan berbayar.

Bezanya cuma pada cara penyampaian video tersebut.

Video presenter biasanya lebih bercorak profesional kalau dibandingkan dengan video review produk atau servis.

Kebiasaannya, ahli korporat atau syarikat bercorak professional menyukai video seperti ini.

Acapkali, tujuan video seperti ini digunakan adalah untuk menjangkau golongan professional atau menyasarkan projek yang rasmi .

Dengan video seperti ini, pemilik video sedang berbicara kepada para penontonnya bahawa mereka memiliki budaya professional dan serius dalam urusniaga yang sedang mereka war-warkan.

Namun begitu, bukan juga bermaksud anda tidak professional sekiranya tidak menggunakan video seperti ini ya!

Harus kita fahami, pembuatan sebuah video adalah berbalik semula kepada siapa yang anda sasarkan.

Contoh professional presenter video:


4. Rakaman Suara

Anda perlu sentiasa ingat bahawa dalam industri pembuatan video, anda tidak semestinya perlu selalu berada di depan kamera.

Sekiranya anda memiliki suara yang menarik dan mempunyai kriteria yang dicari oleh penaja anda.

Kemungkinan untuk anda mendapat tawaran menggunakan suara anda membaca suatu skrip untuk sesuatu video atau movie juga luas.

Rakaman suara bukan hanya terhad kepada pembacaan skrip untuk video sahaja.

Anda mungkin juga berpeluang untuk mendapat tawaran menjadi pelakon suara, contohnya pelakon suara untuk salah satu cerita kartun kanak-kanak.

Contoh video menggunakan rakaman suara sebagai pencerita:


5. Aktiviti Affiliate & Referral

Selain itu, anda juga boleh membuat saluran berkaitan dengan produk atau servis affiliate yang anda sertai.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk bercerita tentang produk atau servis affiliate yang anda sertai.

Anda boleh mendapatkan idea dengan menonton atau belajar dari affiliator yang lain tetapi menyampaikannya dengan gaya anda sendiri.

Anda boleh sertakan link affiliate atau kod referal anda diruang kandungan video anda.

Dihujung video anda, anda boleh memberitahu penonton anda untuk menggunakan link yang anda sediakan di bawah sekiranya mereka berminat untuk membuat pembelian anda melanggan servis yang anda war-warkan.

Contoh video dibuat untuk tujuan affiliate:

Cara buat duit dengan youtube menerusi affiliate ini tidak memerlukan anda melepasi kelayakan seperti 1000 subscriber untuk google adsense.


6. Menjual produk berbentuk maklumat

Jika anda tahu kemahiran profesional, anda boleh mengajarnya untuk menghasilkan wang.

Jika anda seorang pereka grafik, anda boleh mengajar reka bentuk grafik.

Walaupun anda tidak mempunyai kemahiran yang boleh anda ajar, anda boleh belajar kemahiran baru dengan cepat.

Anda tidak perlu menunggu sehingga anda menjadi sangat pandai dalam kemahiran tersebut untuk mengajar.

Sebaik sahaja anda tahu apa kemahiran yang akan anda ajar, mulakan membuat video YouTube percuma pada subjek.

Contohnya, jika anda baik dengan Photoshop, buat video tentang cara mengedit gambar atau logo reka bentuk dalam Photoshop. 

Untuk mendapatkan pandangan mengenai video anda, buat senarai semua orang yang membuat tutorial Photoshop.

Sebaik sahaja anda berbuat demikian, senaraikan lima video utama dari para pesaing ini. Semua video ini haruslah telah terbukti berfungsi.

Jika anda membuat video yang serupa dengan tajuk yang serupa dan tag video yang serupa, anda mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk ditemui.

Sebaik sahaja anda mempunyai sekurang-kurangnya lima hingga enam ribu pelanggan YouTube, anda boleh melancarkan jualan video kursus Photoshop anda.

Diawalnya, anda telah mengajar penonton anda asas tentang penggunaan photoshop secara percuma, sekiranya mereka suka video  dan cara anda mengajar, kemungkinan untuk mereka membeli kursus video premium Photoshop anda adalah tinggi.

contoh video menjual maklumat:


7. Menyertai Youtube Partner Program

Hari ini, sesiapa yang memiliki akaun youtube berada dalam kedudukan yang baik boleh menjadi rakan kongsi YouTube dengan membenarkan YouTube meletakkan iklan di kandungan video anda.

Google menjana pendapatan dari tontonan iklan-iklan ini dan anda sebagai rakan kongsi youtube kemudian dapat memperoleh peratusan keuntungan melalui akaun Google AdSense.

Nilai pendapatan yang dijana oleh anda adalah berbeza untuk setiap iklan bergantung kepada faktor-faktor tertentu.

Buat Duit Dengan Youtube

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut cara menyertai Youtube Partner dan Google Adsense.

Anda boleh membaca artikel berkaitan dengan cara menyertai Youtube Partner dan Google adsense. 

8. Cara Youtuber Malaysia Buat Duit

Dalam artikel kami yang lain kami ada kupas cara Youtuber Malaysia buat duit. Boleh lihat disini.

Tapi sebelum teruskan pembacaan kerana kami akan terangkan cara untuk anda bermula.



Langkah Untuk Bermula – Pemilihan Topik/Niche

Semua orang semangat apabila bercakap tentang ‘mudahnya nak buat dari youtube’.

Tapi sebenarnya tidaklah semudah itu…

Jadi, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tempuhi dahulu…

Adakah perlu untuk anda hanya fokus kepada 1 niche sahaja?

Pada pendapat saya, sekiranya anda ingin menggunakan youtube sebagai VLOG anda, anda boleh mempelbagaikan niche video di saluran anda.

Dengan cara ini, peluang untuk anda membuat duit menerusi saluran anda akan lebih meluas.

Dari masa ke masa, anda lihat mana video yang mendapat sambutan dan mungkin fokus kepada satu persatu pada channel anda.

Namun begitu, sekiranya anda mempunyai niche perniagaan sendiri atau mempunyai objektif tertentu adalah lebih baik sekiranya anda menjadikan saluran anda berfokus.

Kelebihan apabila anda menjadikan saluran anda berfokus kepada satu skop bidang atau kepakaran anda.

Kemungkinan untuk pelawat yang memiliki minat yang sama seperti anda akan mengikuti channel anda dari masa ke masa adalah tinggi.

Jika dibandingkan saluran pelbagai dengan saluran berfokus, saluran berfokus mempunyai kualiti pengikut yang lebih berkualiti.

Golongan ini biasanya mencari sesuatu yang baru atau pengetahuan tertentu untuk diri mereka sendiri.

Oleh itu, untuk golongan ini dari penonton menjadi pelanggan anda dengan mudah bukanlah suatu yang menghairankan.


Tools Yang Diperlukan Untuk Buat Video

Ia bergantung kepada anda bentuk video yang anda ingin lakukan. Berikut kami kongsikan beberapa tools yang diperlukan untuk anda mula melakukan video anda.


1. Kamera/Telefon Pintar/GoPro

Untuk anda yang baru bermula, cukup untuk bermula dengan kamera di telefon pintar. Jika memang sudah ada kamera lain, ia sudah bagus.

Kamera pastinya berfungsi untuk merakam video, kemudian anda perlu sunting terlebih dahulu sebelum dimuatnaik di youtube.

Terdapat juga youtuber yang mampu untuk buat video yang menarik secara langsung tanpa melalui proses suntingan.

Tujuan proses suntingan adalah untuk membuang mana-mana dalam video kita yang mungkin membosankan kepada penonton.

Ini kerana, mereka akan tinggalkan video kita dan akan ke video lain jika bahagian membosankan terlalu lama.

Kita juga, boleh menambah apa-apa tulisan dan gambar kita kita melalui proses suntingan.


2. Tools Untuk Video Editing [Pemula]

Selepas merakam video, pastinya kita perlukan software untuk kita membuat suntingan pada video.

  • Viva Video

Jika menggunakan telefon pintar, anda boleh gunakan VivaVideo untuk membuat suntingan.

VivaVideo adalah percuma, tetapi akan ada watermark pada video anda nanti.

Untuk membuang watermark ini, anda perlu untuk membeli versi Pro.

Tetapi masih berbaloi untuk membeli kerana apps ini tidak berharga mahal.

Contoh Video Menggunakan VivaVideo:

Shortcut adalah software percuma sumber terbuka. Jadi boleh download software ini jika perlukan suntingan menerusi komputer.

Jika anda masih baru, ambil sedikit masa untuk biasakan dengan fungsi yang ada. Boleh ke youtube untuk melihat tutorial menggunakan software ini.

Sesuai untuk semua Operating System.

Video editing, VFX, and all the power you need to make something cool. Take your first step towards becoming a pro filmmaker with our free starter software: HitFilm Express. Perfect for beginners, film students, and YouTubers.

Lebih daripada 4 juta pengguna menggunakan software ini. Ia juga adalah percuma. Ambil sedikit masa untuk belajar dan mahirkan.

Untuk permulaan cukup untuk faham perkara-perkara asas.

Software ini juga percuma tetapi terdapat juga yang berbayar untuk features yang lebih.

Software edit video percuma

  • Edit Gambar Thumbnail

Untuk edit gambar thumbnail di youtube anda boleh mengunakan canva.com – ianya percuma dah sangat mudah untuk bermula.

Terdapat pelbagai template untuk anda gunakan hanya klik dan edit sahaja.


3. Muzik Latar Percuma

Anda boleh selitkan muzik dalam video-video anda untuk tambahkan daya tarikan.

Namun, harus tahu yang lagu yang mempunyai hak cipta akan memberi kesan kepada video anda di youtube.

Antaranya adalah video berkenaan tidak dapat di monitize dengan google adsense nanti.

Jadi cara terbaik adalah anda menggunakan lagu yang Royalty Free.

Hanya search di youtube “Free Royalty Music” kemudian download kepada mp3.



Buat duit online nampak mudah tetapi tidaklah semudah yang kita sangkakan.

Antara faktor kegagalan utama buat duit dengan youtube adalah kerana tidak konsisten dalam membina konten.

Ada juga yang gagal kerana tidak mempunyai konten yang cukup bagus untuk menarik minat penonton.

Semuanya telah ada di depan mata, cuma tinggal kita untuk melaksanakannya.

Disunting Oleh: Mazuki Mustaffa

You might also like
6 Comments
  1. Rj Azlan says

    Slm, boleh kami jemput utk bg crash course utk program penduduk

    1. Mazuki Mustaffa says

      Lokasi di mana tu tuan?

  2. Khai says

    Bila ada kursus youtube atau buat video pendek ni

    1. Mazuki Mustaffa says

      Saya tidak menyediakan apa-apa kursus buat masa ini…

  3. Vimala Subramaniam says

    Hi can I get your contact. I wish to hire you to do training.

    1. Mazuki Mustaffa says

      Saya dah emel. TQ

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online