Cara Promosi Produk di Instagram Dengan Berkesan

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Sebelum anda mula menjual di Instagram, anda harus tahu Cara Promosi Produk di Instagram dengan berkesan.

Adakah anda berharap untuk menjual produk dalam talian, tetapi anda tidak mahu berurusan dengan kesulitan menggunakan e-commerce?

Atau mungkin juga anda telah memiliki kedai online e-commerce, tetapi anda ingin memudahkan lagi pelanggan untuk membeli produk anda.

Jika kriteria ini memenuhi anda, maka Instagram adalah jawapan untuk anda menjual produk.

Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh dititikberatkan:

 

7 Cara Promosi Produk di Instagram.

1. Memudahkan Cara Pembelian

Sumber: SEOptimzer

Tidak kira kaedah apa yang anda gunakan untuk menjual di instagram, yang paling utama adalah memastikan pengikut anda dapat membeli dengan mudah.

Walaupun anda memiliki pemasaran yang hebat yang mampu menarik ramai orang mengikuti anda, tetapi semuanya tidak berguna jika proses pembelian tidak mesra pengguna.

Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana dengan adanya pelancaran kemudahan ciri (feature) status di Instagram.

Ciri ini telah menjadikan Instagram platform yang menarik untuk aktiviti berjual beli.

Dulu, satu-satunya cara untuk menyalurkan maklumat tentang produk atau bisnes kepada para pengikut adalah melalui pautan bio dan Story Instagram.

Tetapi dengan ciri yang baru ini telah meningkatkan mutu pengalaman para Instagramer membeli produk langsung dari paparan para penjual di instagram.

Bukan sahaja membolehkan para pengikut tahu bahawa halaman bisnes peniaga boleh melakukan aktiviti membeli, tetapi ia juga memberi panduan tentang cara membeli-belah di situ.

Dengan mengarahkan pelanggan untuk menekan pautan dalam bio anda.

Anda boleh menggunakan iklan Instagram untuk memberitahu kepada orang lain bahawa  proses membeli di kedai online Instagram anda adalah mudah.


 

2. Update Pembayaran Menerusi Whatsapp

 

Sumber: Neilpatel

Sebelum ini, kaedah menjual di Instagram memerlukan anda untuk membawa pelanggan anda ke kedai e-commerce seperti Shopify bagi peniaga yang tidak mempunyai laman sesawang sendiri.

Tetapi kini ada cara yang lebih mudah untuk anda melakukan urusan mengutip pembayaran dengan pelanggan iaitu  menggunakan aplikasi Wasap.

Apa yang anda perlu lakukan, hanyalah menambah nombor Wasap anda ke bio Instagram anda.

Jika dibandingkan dengan kedai e-dagang biasa, pengguna boleh melihat produk dalam suapan Instagram anda, teks butiran tentang pembayaran serta penghantaran sekiranya mereka ingin membeli produk atau servis anda.

Ini adalah cara popular untuk kedai dalam talian tanpa platform e-dagang.

Kini lebih baik lagi, Instagram sedang menguji ciri baru di Brazil.

Kemudahan yang baru ini membolehkan anda untuk menyiarkan Kisah Instagram terus ke halaman wasap anda.

Tidak lama lagi, dengan kemudahan yang baru ini, peniaga Instagram mungkin akan dapat menyiarkan imej produk terus ke wasap.

Caranya adalah seperti berikut: ·

Apabila anda menekan butang “Tambah ke Story”, menu akan muncul dengan pilihan untuk berkongsi Cerita anda di wasap.

Selepas anda memilih pilihan ini, imej atau video Story Instagram anda akan muncul di whatsapp dengan logo Instagram di sudut bawah.


3. Maksimakan Penggunaan Instagram Galery

Penggunaan galeri gambar sangat digalakkan kerana ia menjadikan Instagram anda kelihatan kemas. Gambar produk yang sama, anda tidak perlu memuat naik secara berasingan.

Bukan saja, faktor kekemasan tetapi juga supaya mudah untuk bakal pelanggan melihat produk anda.

Selain itu,  pastikan anda tidak terlalu menggunakan penapis atau ‘filter’ gambar kerana ia dapat membuat imej anda dan membuat produk anda kelihatan berbeza daripada yang asli.

Bukan itu sahaja, kajian telah menunjukkan bahawa memuat naik gambar testimoni pelanggan sebenar yang menggunakan produk anda boleh membawa peningkatan sebanyak 30% ‘engagement’ di Instagram anda.

Jika anda klik pada url pada bio instagram Nordstrom, anda akan dibawa ke page seperti dibawah:

cara promosi produk di instagram

Ianya hanyalah sebuah landing page sebelum anda ke website e-commerce yang sebenar.

Jika anda berminat melakukan sedemikian, boleh cuba menggunakan website – www.curalate.com


4. Meluaskan Jangkauan Dengan Penggunaan Hashtag

Di Instagram, hashtags adalah apa yang pengguna Instagram taip  di ruang mencari bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan topik yang mereka minati.

Penggunaan hashtag popular pada gambar dan status anda membolehkan anda tersenarai dalam carian tersebut.

Langkah terbaik untuk menaikkan potensi anda keluar dalam hasil carian adalah dengan menetapkan 3 sampai 5 hashtags dalam satu posting foto.

Pastikan anda tidak membebani foto dengan terlalu banyak hashtags karena itu hanya akan menyebabkan status atau foto anda kelihatan tidak kemas.

Selain itu hindari hashtag yang langsung tiada berkaitan dengan produk ataupun pesan yang anda ingin sampaikan dalam produk tersebut.

Pastikan anda hanya menambah hashtags yang berkaitan supaya anda mendapat pelawat yang tepat.

5. Penerangan Produk/Servis Yang Mudah Difahami & Menarik

Penting untuk mendapatkan mesej mengenai apa yang anda jual, tetapi anda juga perlu membuat penerangan produk atau servis anda menjadi menarik supaya tidak membosankan orang lain untuk membacanya.

Salah satu cara untuk melakukan itu ialah memasukkan emoji ke dalam deskripsi anda.

Semua orang suka emoji, dan ia membantu untuk memecahkan kata-kata anda.

Contohnya, gunakan beberapa emojis atau tambah beberapa ayat yang berkaitan langsung dengan produk anda.

Jika anda tidak ada idea bagaimana nak menulis, boleh baca panduan kami cara untuk buat copywriting.


6. Bekerjasama Dengan Instafamous

Pemasaran melalui kerjasama dengan para instafamous yang berpengaruh di Instagram kini semakin memberi impak kepada peniaga kecil.

Ini adalah satu-satunya kaedah di mana perniagaan kecil boleh mendapat nama dengan cepat.

Manfaat hasil dari kerjasama ini, adalah anda boleh mengembangkan kesedaran jenama dan meningkatkan jualan anda.

Jika anda baru nak bermula dan masih kurang mahir menggunakan Instagram atau tidak tahu bagaimana menambah follower untuk mengikuti anda, anda boleh melaburkan sejumlah wang kepada instafamous untuk mempromosikan produk atau servis anda.

Jangan lupa promosikan Instagram anda juga, ini akan membantu anda untuk mendapatkan followers sebagai permulaan.

Selain itu, bergaul dengan golongan ini, anda boleh menjangkau kepada golongan sasaran yang bersesuaian dengan produk atau servis anda.

Jika jenama besar seperti Adidas juga menggunakan instafamous, ini membawa maksud cara ini adalah releven untuk menaikan jenama dan memperkenalkan produk terbaru mereka.

Jadi, kita hanya perlu ikut sahaja cara mereka.

Anda dapat lihat disini, terdapat 2 pihak yang terlibat dan boleh buat duit dengan instagram;

  1. Pemilik Perniagaan – Orang mempunyai produk dan inginkan bantuan orang lain untuk promosikan produk mereka.
  2. Pemilik Instagram (Instafamous) – orang yang memiliki akaun instagram dan mempunyai pengaruh/pengikut di instagram. Membantu pemilik perniagaan promosikan produk mereka.

7. Menerima Pembayaran Menggunakan Payment Gateway

Sumber: SquareUp

Walaupun instagram semakin canggih, tetapi platform ini belum ada kemudahan payment gateway mereka sendiri.

Namun begitu terdapat beberapa cara yang membolehkan anda menerima pembayaran secara online di Instagram iaitu menggunakan perkhidmatan payment gateway(gerbang pembayaran).

Payment gateway adalah perkhidmatan orang tengah yang menyediakan servis memproses dan menerima bayaran menerusi pelbagai jenis kaedah pembayaran.

Secara tidak langsung juga, ia menjadi penghubung antara pihak peniaga, pembeli & pihak bank.

Kebanyakan perkhidmatan payment gateway datang dengan pakej yang lengkap iaitu menerima bayaran menggunakan kad kredit/debit, menerima pelbagai jenis pembayaran dari perbankan online dan boleh  dihubungkan dengan pelbagai jenis website.

Untuk transaksi menggunakan payment gateway di website, bayaran boleh diterima secara automatik pada bila-bila masa.

Proses pengesahan bayaran & penukaran status tempahan juga berlaku secara automatik.

Memang memudahkan.

Manakala di Instagram pula, anda boleh menyediakan pembayaran online untuk pelanggan dengan menggunakan pautan payment gateway .

Pautan payment gateway ini biasanya diletakkan berserta dengan deskripsi produk ataupun di profile instagram anda.

Pelanggan hanya  perlu menekan pautan payment gateway tersebut dan seterusnya membawa mereka ke satu laman di mana pelanggan perlu memasukkan maklumat barang, jumlah bayaran dan seterusnya memilih jenis kaedah pembayaran yang mereka selesa.

Antara Payment Gate Way yang anda boleh gunakan di Malaysia (tanpa e-commerce) adalah:

  1. Onpay
  2. Ordersini

Antara kelebihan menggunakan onpay dan ordersini adalah anda boleh buat landing page dan senaraikan barang anda dengan mudah.

Jika menggunakan e-commerce sendiri seperti woocommerce, anda boleh integrasikan bersama billplz, senangpay, paypal atau stripe.


Kesimpulan

Pembangunan teknologi media sosial  seperti Instagram, Facebook dan lain-lain sememangnya banyak memberi impak kepada dunia perniagaan hari ini.

Anda sebagai peniaga harus tahu cara promosi produk di Instagram dengan betul dan berkesan.

Anda juga boleh cuba menggunakan iklan berbayar di instagram.

Anda boleh rujuk cara buat iklan di instagram disini. Baca & tonton video kami kongsikan dalam post berkenaan sampai habis.

Oleh itu, saya menyarankan agar para peniaga online terus peka dengan setiap kemudahan baru yang disediakan oleh platform-platform seperti ini .

Dengan itu, anda sebagai peniaga online tidak ketinggalan dalam mendapat manfaatnya membuat perniagaan anda lebih mudah dan terurus.

Untuk dapatkan engagement yang tinggi, boleh rujuk analisis waktu post di instagram & jadikan feed instagram menarik pembaca lain untuk follow anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online