Cara Tambah Follower Instagram di Malaysia

Jika anda seorang ahli peniaga online, platform Instagram sudah tentu menjadi salah satu pilihan untuk anda memperkenalkan bisnes anda juga.

Untuk tujuan ini, anda memerlukan ramai Followers supaya jenama anda boleh viral di Instagram.

Walaubagaimanapun, untuk menambah bilangan Followers pada waktu sekarang tidak semudah seperti dahulu lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru berjinak dengan media sosial ini.

Disini kami senaraikan beberapa cara tambah follower instagram anda.

Selain itu, Langkah-langkah yang kami cadangkan ini juga turut sesuai digunakan oleh anda yang berminat untuk menjadi public influencer menerusi platform ini.

Anda tidak perlu menjadi artis untuk menjadi terkenal sebagai public influencer. Menjadi public influencer instagram memerlukan anda memiliki ramai pengikut yang memiliki minat, atau ideologi yang sama seperti anda.

Dalam erti kata lain, jika objektif anda adalah memiliki ramai pengikut, maka artikel ini adalah untuk anda.

Enam Cara Asas Untuk Menambahkan Bilangan Follower Instagram

Di artikel kali ini, saya akan berkongsi tentang 6 kaedah asas bagaimana anda boleh mula menambah bilangan Follower Instagram yang memiliki sama minat atau memerlukan produk atau perkhidmatan anda:

1. Memastikan Profil Instagram anda lengkap dan menarik

Cara tambah follower instagram yang paling asas adalah dengan mengurus profil akaun instagram anda. Profil Instagram sama seperti laman bisnes Facebook Anda. Anda perlu melabur sedikit waktu untuk menjadikan halaman utama Instagram anda menarik kerana ia akan menjadi penilaian pertama (First Impression) untuk seseorang individu memilih untuk mengikuti anda.

Untuk menjadikan laman Instagram anda menarik, anda boleh menggunakan aplikasi untuk membuat gambar-gambar yang anda muat naik menjadi lebih menarik. Selain itu, anda juga boleh menggunakan templat Instagram stories sekiranya anda sering menggunakan Instagram stories untuk menyiarkan siaran anda.

Manakala, sekiranya anda membuat video atau live pastikan pencahayaan dan latar belakang video anda kemas dan menarik juga.

Jika anda menggunakan Instagram untuk tujuan berniaga, maklumat lengkap tentang bisnes anda harus dinyatakan dengan lengkap dan jelas supaya pelawat anda merasa selamat untuk berurus niaga dengan anda.

Contoh ringkas dibawah adalah LIVE Test saya lakukan:

cara tambah follower instagram
Instagram: Anna Ri

Dengan hanya sedikit touch up sahaja membuatkan profil instagram seseorang menjadi berbeza. Bukan itu sahaja, bilangan follower saya turut meningkat.

 

2. Memperbanyakkan isu kandungan Instagram

Sekiranya anda ingin mencapai objektif untuk mendapat pengikut Instagram yang menepati bisnes anda.

Sentiasa menambah dan memuat naik perkara-perkara yang menarik berkaitan dengan perniagaan anda boleh membantu anda menarik golongan ini untuk mengikuti anda.

Contohnya, anda seorang penjual beg tangan berjenama.

Dengan meletakkan gambar produk, maklumat barang dan mempelbagaikan cara anda menyiarkan produk boleh membantu anda menarik peminat-peminat beg berjenama.

Ramai peniaga online sekarang masih ragu untuk membuka harga barang mereka secara terang-terang di iklan kerana faktor persaingan harga.

Namun, pada pendapatan saya, sebagai peniaga anda tidak perlu takut akan perkara ini kerana dengan meletakkan harga terus di iklan sebenarnya menjimatkan masa anda.

Ia juga membantu anda untuk menapis pelanggan dan Followers anda.

Selain itu, jika anda seorang yang berani mengambil risiko, anda juga boleh memberi komen atau menyiarkan status yang berunsur provokasi atau kontroversi.

Anda harus ingat setiap siaran dan komen yang anda tulis sentiasa ada mata yang membaca.

Anda mungkin menerima banyak kecaman apabila melakukan siaran kontroversi negatif.

Memang tidak dapat dinafikan, menimbulkan status kontroversi dan provokasi negatif membolehkan anda segera viral.

Mungkin juga boleh membuat anda “terkenal” di media sosial dalam satu hari tetapi saya berharap anda tidak menggunakan kaedah ini.

cara tambah follower instagram
Instagram: getplusfollowers
Related Posts
1 of 3

3. Cara Tambah Follower dengan Penggunaan Hashtag

Aktiviti Hashtag atau menyertakan tanda pagar terlihat remeh tetapi dengan menyertakan Hashtag di setiap siaran Instagram anda adalah cara menambah Followers Instagram yang paling mendasar.

Tagar ini adalah seperti menyenaraikan kategori yang sesuai dengan foto Instagram Anda.

Dengan melakukan ini, siaran anda akan lebih mudah ditemukan oleh pengguna lain, dan jika menarik, anda akan mendapat Followers baru.

Sebagai contoh, jika Anda peminat makanan atau Foodie, di setiap foto makanan yang anda siarkan, sertakanlah Hashtag informasi lengkap dari makanan Anda seperti #instafood, #makananjawa #masaklemak, dan lain sebagainya.

Selain itu, mencipta unik Hashtag untuk jenama anda sangat berguna sekiranya anda ingin jenama anda mendapat tempat di ingatan pengikut anda.

Penggunaan Hashtag disini seolah-olah seperti slogan perniagaan anda.

Contohnya: #flywithairasia #airasia

cara tambah follower instagram
Instagram: Pramugari.info

 

4. Mengikuti dan melibatkan diri dalam perbualan semasa dengan pengguna media sosial yang lain.

Kaedah ini mungkin sedikit unik, tetapi kaedah ini mampu memberi anda lebih ramai pengikut.

Mengikut perkembangan isu semasa dan bersosial dengan pengguna laman sosial yang lain akan membolehkan anda menambah Followers.

Untuk melakukan kaedah ini dengan berkesan, setiap komen yang anda tinggalkan untuk isu yang sedang bincangkan haruslah cukup untuk menarik perhatian seseorang untuk mengikuti anda.

Menarik disini boleh jadi idea yang anda tinggalkan adalah bernas.

 

5. Hubungkan akaun Instagram anda dengan media sosial yang lain seperti Facebook dan Twitter.

Seandainya anda memiliki media sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Saya sangat menggalakkan anda untuk menyambung Instagram anda terus kepada dua laman sosial ini.

Dengan cara ini kenalan anda yang sudah ada di Facebook dan Twitter juga boleh mengikuti perkembangan anda sebagai Followers.

Semakin besar lingkungan rangkaian kenalan anda semakin mudah untuk anda menambah Followers di Instagram.

Kaedah ini juga adalah satu kaedah secara tidak langsung untuk anda memperkenalkan akaun Instagram anda kepada pengguna lain di media sosial yang berbeza.

Image result for link instagram to facebook and twitter
Foto: Socialmediaexaminer

 

6. Cara tambah follower mengadakan pertandingan (Contest)

Terakhir sekali, bagi anda yang mempunyai kemampuan kewangan, anda boleh membuat aktiviti seperti kontes di Instagram anda dan kongsikan terus ke Facebook.

Anda boleh membuat LIVE dan meletakkan syarat tertentu untuk melayakkan pengikut anda memenangi pertandingan yang anda anjurkan secara LIVE.

Sekiranya anda membuat aktiviti ini, pastikan anda benar-benar memberikan apa yang telah anda janjikan untuk mengelakkan rakan -rakan media sosial anda hilang kepercayaan kepada anda.

Image result for instagram contest
Foto: Neilpatel

 

Kesimpulan

Dengan ini, saya berharap dengan enam cara tambah Follower Instagram ini dapat dapat membantu anda untuk berjaya buat duit dari instagram anda.

Pastikan Instagram anda sentiasa memaparkan siaran terkini supaya pengikut dan pelawat anda tahu anda adalah pengguna yang aktif.

Jika anda ingin mencapai sasaran follower berdasarkan minat anda, pastikan anda sentiasa berkongsi informasi ,

idea atau perkara-perkara yang boleh menarik individu yang memiliki minat yang sama untuk mengikut anda.

Selain itu, jika anda baru memulakan bisnes menerusi Instagram, saya turut mencadangkan anda membaca juga tentang Jenis-Jenis Iklan Berbayar Instagram yang anda boleh cuba.

Jika anda suka artikel sebegini, boleh join kami di Youtube Channel. Selain itu, boleh juga sertai kami di Telegram dan Facebook

Stay Updated
Get daily articles in your inbox for free.
You can unsubscribe at any time
Panduan Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Panduan Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Kami akan hantar terus ke emel anda - tips terbaru yang kami kemaskini.

You have Successfully Subscribed!