fbpx
Home » Blog » Pemasaran » Copywriting » Contoh Copywriting Dengan RIBUAN Komen: Apa Rahsianya?”

Contoh Copywriting Dengan RIBUAN Komen: Apa Rahsianya?”

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

1/ Contoh Copywriting Kusyen Kereta – 92 Ribu Komen

Advertisement
BERITA BAIK kepada pencinta-pencinta KERETA!
Nak pasang sarung kusyen di kedai tetapi MAHAL?
Memperkenalkan sarung kusyen kereta DIY (Do It Yourself). Pasang sendiri je.. kos pun murah.. tak sampai RM200 pun. Itu pun dapat cover set full seat depan dan belakang! Kalau pasang kat kedai pun mau kos boleh mencecah sehingga RM600.
Kondisi: Baru, Terus dari kilang!
Material: Kain, 100% pengudaraan yang baik, boleh dibasuh, tahan lama
1) Full set terdapat 12pcs untuk keseluhuran kereta, termasuk :
~ 2 Front Seat Sit Covers
~ 2 Front Seat Back Covers
~ 1 Rear Seat Three-person Sit Cover
~ 1 Rear Seat Three-person Back Cover
~ 2 Neck Pillows.
~ 4 Headrest Covers.
2) Terdapat dalam 4 pilihan warna (hitam, merah+hitam, beige+black, kelabu).
3) Senang di pasang, boleh DIY sendiri ( Do It Yourself)
4) Standard size, sesuai untuk kesemua 5-seater cars, Perodua (Myvi, Kancil, Viva, Axia, Kelisa), Proton (Wira, Saga, Waja, Preve, Persona), Honda (City, Civic), Toyota (Vios, Hilux, Altis), Nissan (Almera, Sentra), Kia, and many more. Dan juga sesuai untuk MPV car (Alza, Avanza, Naza Ria)
Kelebihan Car Seat Cover:
1) Melindungi daripada tumpahan, noda, kotoran dan sebarang serpihan.
2) Ia kelihatan menarik + membuat kereta anda kelihatan baru + meningkatkan nilai kenderaan anda dengan melindungi kerusi daripada pudar, haus dan lusuh.
3) Tidak ada cara yang lebih baik untuk melindungi kerusi kenderaan anda dan berasa selesa dengan penampilan baru kereta anda!
Cara membeli:
1) WhatApps/SMS/Call saya di 018-7743050 to order (prefer WhatApps).
2) Online/ATM Bank-in to CIMB/Maybank (Acc no.akan diberi).
3) Terima barang anda dalam tempoh 7 hari bekerja.
Harga:
5 Seater
RM160 (Free postage within Peninsular M’sia).
Sabah/Sarawak: RM200 (Inc postage).
7 Seater
RM200 (Free postage within Peninsular M’sia)
Sabah/Sarawak: RM220 (Inc postage)
contoh copywriting kusyen kereta

Ulasan

 Angle Iklan – Fokus kepada Pencinta Kereta dengan menggunakan

Headline: BERITA BAIK kepada pencinta-pencinta KERETA! [mempunyai emosi dalam headline]

Offer/Tawaran: Memperkenalkan sarung kusyen kereta DIY (Do It Yourself). Pasang sendiri je.. kos pun murah.. tak sampai RM200 pun

Mana-mana yang biasa pergi survey harga memang tahu tak akan dapat harga begini untuk kusyen kereta.

Walaubagaimanapun buang harga bukan lah suatu jalan yang pintar dalam berbisnes.


2/ Contoh Copywriting Produk Minda – 65 Ribu Komen

Advertisement
STRESS ANAK SUKA MAIN & TAK SUKA BELAJAR?
.
.
“Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut cakap suruh dia belajar”
.
Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
.
Sudah-sudahnya mak yang tension…
.
Bukannye tak berusaha..kita yg mak ni beriya iya beli buku untuk dia buat latihan, buku tu berusik pun tidak. Tu belum masuk bab homework lagi..
.
Tapi..
.
Alhamdulillah lepas saya jumpa satu produk ni…
Tak sampai 1 bulan anak saya dah nampak perubahan ketara. Kalau dulu balik sekolah buka TV tengok kartun lepas tu sambung pula main game..tapi skrg ni balik sekolah terus mandi dan siapkan homework mcm tak percaya akak tengok dia.Yg lagi best tu siap request nak tuisyen lagi.
– Puan Laila, Kuala Lumpur
.
Cerita di atas bukan rekaan tapi cerita sebenar pengguna Smart IQ-G.
.
Bagi yg belum tahu Smart IQ merupakan JUS MINDA diperkaya dgn Luban, Kismis, Badam, Delima, Habbatussauda,Goji, Madu dan banyak lagi.
.
Hanya makan sekali setiap hari,mampu menjadikan anak-anak cemerlang IQ serta bertenaga,positif & sihat.
.
Insyaa Allah kesan seawal 7hari shj.
.
.
Jus SMART IQ-G Bantu Anak2:
1. Meningkatkan daya fokus
2. Membantu perkembangan IQ
3. Penerang hati dan melembutkan jiwa
4. Menguatkan daya ingatan
5. Mudah faham
6. Meningkatkan semangat belajar
7. Memberi ketenangan dan menstabilkan emosi;
8. Menajamkan daya fikiran
9. Mencerdaskan tubuh badan dan tidak mudah mengantuk
.
.
Jus Smart IQ-G Halal dan Berdaftar dgn KKM sudah tentu ianya selamat dimakan oleh anak kita dari seusia 1 tahun hingga di peringkat Universiti.
.
.
JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN 100% jika produk ni langsung tidak memberi kesan kepada anak anda.
.
.
TAK PERLU BAYAR..kami pos dulu barang sampai depan pintu dan puas hati baru bayar.
.
.
JIKA NAK HARGA ADIK BERADIK & FREEGIFT
.
.
SILA KOMEN PM SEKARANG
contoh copywriting produk minda

Ulasan

Angle Iklan
– Ibubapa STRESS Anak Tak Suka Belajar dan Suka Bermain.
– Produk ini untuk anak, tapi angle iklan fokus kepada ibubapa sebab yang membeli adalah ibubapa.
– Masalah ibubapa adalah STRESS hasil dari masalah anak yang tidak suka belajar.
Tawaran
-Berikan jaminan pulangan wang jika tiada kesan pada anak-anak selepas makan
Call to Action
– Secara spesifik memang mengarahkan untuk memberi komen dan tidak apa-apa pautan lain
– Ini menjadi penyumbang untuk komen yang tinggi
– Pada masa sekarang sudah ramai pengiklan mengarahkan untuk terus ke link whatsapp tidak lagi fokus 100% kepada ruangan komen.

3/ Contoh Copywriting Produk Coating Kereta – 62 Ribu Komen

Advertisement
TERCARI-CARI PRODUK COATING KETE YG PREMIUM QUALITY, EXSLUSIF DAN TRUSTED??
.
.
PREMIUM GLACOAT COATING PRODUCTION KHAS DARI JAPAN UTK BRADER YG NAK KETE HIGH QUALITY SHINY & HIGH QUALITY PROTECTION PADA CAT…
.
PERGHHH…Penjimatan berganda sehingga RM 2000++. Tak perlu WAX dan POLISH kereta selama 1 tahun
.
____________________________________________
KELEBIHAN GLACOAT COATING SUPER HIGH QUALITY
____________________________________________
.
.
Protection bukan 4,5 bulan tetapi 1 tahun kebal dari Calar Halus,protect,anti uv,kalis air senang citerr memang protect Kaw kaw!
.
Kilat 4x Ganda ! Kesan SUPER SHINY mmg Terbaikk!
Boleh beza kilat biasa dan kilat hasil coating yg Berair dan Seakan akan Bercahaya! Wowww!
.
Hanya sekali LAP kesan kilat tahan hingga 1 tahun, WOW! walaupun hujan panas kete korg tetap berkilat seperti baru keluar showroom..!!!
.
.
Kesan Kalis Air/Hydrophobic effect mcm curah air ke daun keladi ! air berketul !
.
Anti Calar, Coating ni sangat kebal kepada calar halus. Tak perlu risau jika terkena batu kecil,kesan terguris kunci , kuku dan calar halus lain
.
Anti UV, protect kereta korang dari direct cahaya matahari ! Yela hari-hari berjemur panas kena ada protection. Kalau tak cat akan cepat kusam dan karat..
.
.
.
_________________________________________
SET COATING YG LENGKAP DAN PROFESSIONAL
_________________________________________
.
+ FREE Sponge Applicator
+ FREE Fabric
+ FREE Microfibre Towel
.
Mana nk dpt bende ini dkt lain ? Selain Glacoat Coating yg Xclusive , Premium dan Professional
.
Sangat berbaloi beli dan ribuan testimoni dah kami terima
.
____________________________
#PROMOSI GLACOAT COATING
____________________________
.
Production khas Glacoat Coating yg Xclusive, byk Free Gift dan Promosi Kaw Kaw !
.
Jom ORDER tekan link di bawah
.
Link :- www.wasap.my/60122752004/glacoatpremium
.
ATAU
.
Comment “PM”
contoh copywriting produk coating kereta

4/ Contoh Copywriting Chalet – 49 Ribu Komen

Advertisement

PENGINAPAN BAJET DALAM LADANG STRAWBERI PERTAMA DI CAMERON HIGHLANDS????
=======================================================
Agro highlands dan chalet merupakan pengusaha chalet bumiputera yang menyediakan 4 jenis penginapan (standard room, triple room, family room, apartment) yang selesa dan berpatutan berkonsep di dalam ladang strawberi bermula pada harga RM85.00 yang berlokasi di Brinchang Cameron Highlands.
=======================================================
Buntu mencari penginapan yang unik dan menarik??? kami lah pilihan tepat…
Manfaat menginap di Agro Highlands Chalet:
– ‘PETIK STRAWBERI PADA JARAK SEJENGKAL’ seriously tak tipunya segar dari ladang. Pasti pengalaman yang menarik dijanjikan. Petik sampai habis pun boleh.
– Nak buat Family Day pun boleh siap boleh wat BBQ. Santai bersama family
– Boleh jalan kaki je kot pergi pekan Brinchang dan Pasar malam. Tak perlu menghadap jem lekat. Jimat kan
– PARKING KERETA DISEDIAKAN. Kereta pasti selamat.
– Yang bestnye ‘TK PERLU AIRCOND ATAU KIPAS’ memang sejuk dan nyaman je.
-TILAM HIGH CLASS DAN KELENGKAPAN LENGKAP’ memang selesa gile nak tido.. dh macam tido taknak bangun dah.
– SERVIS TIPTOP GILE’. Pasti tak menyesal lah datang silap-silap taknak blik dah.. hehehe
=======================================================
KELEBIHAN YANG KAMI JANJIKAN KEPADA ANDA:
– penginapan yang selesa dan mempunyai kelengkapan yang lengkap dan berkualiti
– khas untuk muslim
– kebersihan penginapan menjadi keutamaan kami
– dihiasi pemandangan ladang strawberi dan boleh mendapatkan strawberi pada
harga ladang
– tempat letak kereta disediakan
– Kelengkapan yang lengkap
– jarak ke pekan brinchang/pasar malam kurang 1 km dan boleh sekadar berjalan
kaki dalam 5-10 minit
– wifi percuma
– Team pengurusan yang mesra pelanggan
HANYA DI AGRO HIGHLANDS AND CHALET
======================================================
AGRO HIGHLANDS AND CHALET ada menyediakan penginapan muslim yang sangat berpatutan dan sangat selesa dan dikelilingi pokok strawberi.
======================================================
UNTUK MENEMPAH:
013-7185744 / 05-4914962 (SHAROL)
EMAIL:
[email protected]/[email protected]
SMS/WHATSAPP/WECHAT:
nama no. telefon tarikh tempahan penginapan jenis penginapan
==================================================

contoh copywriting chalet

5/ Contoh Copywriting Produk Gastrik – 2.6 Ribu Komen

Advertisement

” Dulu nak bernafas pun susah, angin gastrik naik ke atas sampai rasa nak muntah”
.
“Tapi bila minum susu ni, masalah tu takada dah”
.
Ramai yang dah mencuba dan sangat berpuas hati dengan Golac Gastrovenger.
.
Ia adalah formulasi hybrid gabungan Lactobacillus Paracasei (probiotik), acacia gum (prebiotik) dan beberapa makanan tambahan yang kaya dengan vitamin A, B12 dan C.
========================================
✅ Selamat diamalkan
✅ Halal dan lulus KKM
✅ Minum hanya 2 kali sehari
✅ Memberikan PENGHADAMAN DAN PENCERNAAN terbaik
✅ Ekstrak madu,Buah Tin, Delima, Habbatussauda dan juga Kurma
✅ Boleh bayar ketika terima barang (COD)
========================================
📨 Tekan butang “Send Message” di ruangan gambar untuk keterangan lanjut

iklan susu ubat gastrik


Cara Nak Buat Copywriting Facebook Berkesan

Advertisement

Membuat copywriting untuk iklan Facebook yang berkesan adalah proses yang melibatkan pemahaman yang mendalam mengenai audiens sasaran, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, dan dinamik pasaran semasa. Berikut adalah langkah-langkah dan tip yang boleh membantu anda mencipta copywriting iklan Facebook yang berkesan:

Langkah-langkah:

  1. Kenali Audiens Anda:
    • Fahami demografi audiens.
    • Tentukan masalah atau keperluan audiens yang dapat diselesaikan oleh produk atau perkhidmatan anda.
  2. Jelaskan Faedah Produk atau Perkhidmatan Anda:
    • Senaraikan ciri-ciri unik produk atau perkhidmatan anda.
    • Tumpu kepada faedah, bukan hanya ciri produk.
  3. Pilih Ton yang Sesuai:
    • Tentukan ton yang sesuai dengan jenama dan audiens anda (formal, informal, mesra, profesional, dsb.).
  4. Buat Tajuk yang Menarik:
    • Gunakan tajuk yang menarik perhatian dan menimbulkan keinginan untuk membaca lebih lanjut.
  5. Gunakan ‘Call-to-Action’ yang Kuat:
    • Jelaskan tindakan yang anda mahu audiens ambil setelah membaca iklan.
Advertisement

Tip:

  1. Menggunakan Bahasa yang Mudah Difahami:
    • Gunakan bahasa yang senang difahami oleh majoriti audiens.
  2. Gunakan Testimoni atau Ulasan Pelanggan:
    • Sertakan testimoni atau ulasan positif dari pelanggan yang telah menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
  3. Sertakan Tawaran Istimewa atau Diskaun:
    • Jika ada, sertakan tawaran istimewa atau diskaun untuk menarik lebih banyak pelanggan.
  4. Menggunakan Imej atau Video Berkualiti Tinggi:
    • Sertakan imej atau video berkualiti tinggi untuk menarik perhatian dan memberi gambaran yang jelas mengenai apa yang anda tawarkan.

PANDUAN PENUH >> PANDUAN COPYWRITING

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online
Scroll to Top