Panduan Copywriting: Misi Membina Ayat Jualan Online Yang Power

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Sebagus mana pun produk kita jika tidak dapat membina ayat jualan online yang power, produk kita tidak akan kemana-mana.

Ayat jualan atau copywriting merupakan satu seni penulisan yang menjadi wakil kepada anda untuk menjual produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pengguna.

Apa Yang Dikatakan Ayat Iklan Yang Menarik?

Ayat iklan ini bukan sekadar ditulis untuk dibaca, tetapi boleh memberikan pembacanya bertindak untuk membeli atau sekurang-kurangnya menghubungi kita.

Ayat jualan online yang lakukan ini seolah-olah bertindak sebagai seorang jurujual kepada kita.

Menarik bagi kita adalah tidak berguna jika ia tidak mampu untuk menjentik pembaca untuk bertindak atau memberi respon kepada iklan kita.

1. Kenali dan Fahami Produk

Langkah pertama dalam melakukan mana-mana jualan tidak kira secara online atau offline adalah memahami tentang produk yang kita ingin jual.

Bagaimana untuk kita menulis ayat jualan, jika kita sendiri tidak faham apa yang kita nak jual.

Faham disini membawa maksud kita benar-benar faham secara mendalam akan  produk berkenaan. Antara perkara yang perlu kita faham dan perincikan adalah produk USP.

  • Apa Itu Produk USP?

USP adalah singkatan kepada Unique Selling Proposition dan ada juga memanggilnya sebagai Unique Selling Point.

USP ini adalah faktor yang ‘boleh jual’ untuk membezakan produk anda dengan pesaing anda.

Tujuan USP dicipta adalah untuk memberi kelainan daripada produk yang sama niche dengan produk kita.

A successful USP promises a clearly articulated benefit to consumers, offers them something that competitive products can’t or don’t offer, and is compelling enough to attract new customers.

-whatis.techtarget.com-

Antara contoh USP jenama-jenama yang ternama adalah seperti:

  • M&M’s

The milk chocolate melts in your mouth, not in your hand.

  • Domino Pizza

Domino tidak lagi menggunakan slogan berkenaan kerana kemalangan meningkat disebabkan oleh penghantar pesanan mereka untuk memenuhi pesanan dalam masa 30 minit.

You get fresh, hot pizza delivered to your door in 30 minutes or less or it’s free.

Idea Untuk Mencari USP Produk Anda?

Sumber – Flauntmydesign.com
  1. Jumlah Jualan Lepas – Jumlah jualan juga boleh dijadikan USP sebagai bukti yang telah ramai yang membeli produk kita. Jangan menggunakan nilai yang tidak benar kerana ia akan memberikan imej buruk masa akan datang. Cth “Produk kami telah terjual melebihi 100ribu unit jualan dalam masa 3 bulan pertama dilancarkan”
  2. Ciri-Ciri Unik – Antaranya mungkin rekabentuk, ketahanan, keberkesaan, rasa, jangka hayat atau kelulusan.
  3. Servis Selepas Jualan – Mempunyai sokongan selepas jualan yang bagus dimana mungkin tidak pesaing anda berikan.
  4. Jaminan – Anda boleh yakinkan keberkesanan produk anda dengan jaminan wang dikembali jika tidak berjaya seperti yang dijanjikan.
  5. Social Proof – contohnya adalah testimonial daripada pelanggan kita yang sedia ada, rating review di sosial media atau mana-mana anugerah yang produk kita dapat pengiktirafan.

 

2. Memahami Tentang Bakal Pelanggan – Customer Avatar

Hakikat yang perlu kita terima adalah, tidak semua orang perlukan produk/perkhidmatan kita dan tidak semua orang yang perlukan akan membeli dengan kita. Itu adalah perkara nyata.

Customer Avatar, Customer Profile atau Buyer Persona adalah istilah-istilah yang sering digunakan dalam pemasaran digital . Semuanya membawa maksud yang sama dalam membina ayat jualan online.

Jadi, untuk kita target kepada orang yang betul, kita perlu membuat analisis data bakal pelanggan kita.

Dengan adanya customer avatar ini, kita akan dapat lihat gambaran atau mirip siapa bakal pelanggan produk kita.

Easily organize your audience segments and make your marketing stronger

 

3. Memahami Tentang Keperluan vs Kemahuan

Apabila pembeli ingin membeli sesuatu atas dasar keperluan, kebiasaanya akan mencari sesuatu barang dengan harga paling murah.

Jika pembeli ingin berbelanja atas dasar kemahuan dan keingininan, mereka sanggup untuk berbelanja dengan nilai yang lebih tinggi.

Ini adalah perkara yang kita perlu beri tumpuan dalam membina ayat jualan online.

Contoh Situasi Dalam Dunia Nyata.

Saya letakan pada situasi saya sekarang sebagai contoh:

Saya memerlukan sebuah kenderaan yang mampu untuk menampung ahli keluarga seramai 6 orang. 2 Dewasa dan 4 kanak-kanak.

Saya mempunyai pilihan untuk membeli Van atau MPV untuk memenuhi keperluan saya.

a. Van
b. MPV

Pastinya saya memilih MPV kerana MPV nampak lebih sesuai dengan gaya hidup dan nampak lebih ‘style’.

So, disini saya telah membuat keputusan pemilihan atas dasar emosi.

Bukan lagi sekadar untuk keperluan saya tadi untuk memberikan keselesaan kepada 4 orang anak saya tadi.

Setelah saya memilih untuk memiliki sebuah MPV, saya buat survey pula jenis-jenis MPV untuk memenuhi keperluan saya tadi.

a. Produa Alza
b. Proton Exora
c. Toyota Avanza
d. Toyota Innova
e. Toyota Estima
f. Nissan Serena

Berdasarkan kemampuan saya, terdapat 6 jenis kereta yang termasuk dalam senarai saya untuk memenuhi keperluan saya tadi.

Jika saya membuat keputusan untuk membeli atas dasar keperluan, saya akan membeli sebuah MPV yang harga paling murah.

Mungkin sekali Alza atau Exora. Jika rasional + emosi pastinya saya akan ambil Innova, Estima atau Nissan Serena.

Dalam 3 pilihan akhir ini, pastinya USP mana yang lebih menarik saya akan pilih.

Faktor-faktor keinginan mempengaruhi seseorang membuat pembelian

Perkara yang sama untuk kita wujudkan persepsi kepada produk kita untuk dimiliki (memenuhi keiginan) bukan sekadar keperluan.

Tiada Lagi Promosi! Saya sendiri telah buktikan yang dengan menekankan USP dan kehebatan produk kita, sale client saya tetap meningkat. Dalam copywriting untuk kempen iklan di FB Ads, kami tidak lagi menarik perhatian dengan promosi dan potongan harga. Lead tetap masuk seperti biasa malah closing rate juga semakin meningkat.

4. Gaya Bahasa Penulisan Iklan: Penulisan Vs Percakapan

Dalam menulis ayat iklan di fb pula, kita tidak disarankan menulis dengan gaya bahasa standard seperti kita menulis karangan di sekolah.

Gaya penulisan iklan perlu seperti gaya percakapan harian bergantung kepada target audience kita.

Gaya penulisan ini adalah penting untuk mendapatkan perhatian pembaca kita. Jangan menulis perkataan-perkataan yang sukar untuk pembaca kita fahamkan.

Abaikan tatabahasa yang tidak betul – tumpukan kepada duit kita yang bakal lebur jika terlalu memikirkan pasal tatabahasa.

 

5. Emosi Pencetus Jualan

Emosi adalah sangat penting dalam membina jualan secara terus kepada pelanggan.

Selalu kita lupa dalam menyentuh emosi untuk membina jualan terutamanya dalam copywriting kita.

Kebanyakan daripada kita gagal kerana menulis ayat iklan mereka terlalu ‘skema’ dan membosankan.

Jadi mesej yang cuba untuk kita sampaikan kepada bakal pelanggan kita gagal.

Emosi adalah faktor penting untuk menjadi pencetus kepada jualan produk kita.

Mengikut kajian, 90% kita memilih untuk membeli sesuatu jenama adalah kerana emosi.

Contoh Faktor Rasional Untuk Membeli

  1. Jangka hayat produk
  2. Keberkesanan
  3. Kurang Maintenance

Contoh Faktor Emosi Untuk Membeli

  1. Untuk berasa lebih/cemberukan rakan-rakan
  2. Untuk membina connection/ cari rakan baru dalam circle mereka
  3. Perasaan takut akan kehilangan sesuatu

Boleh dikatakan semua panduan copywriting yang saya belajar, mereka semua tekankan faktor emosi dalam ayat jualan online mahupun offline.

Contoh Ayat Jualan Rational 

“Jika anda membeli produk XXX sekarang, anda akan dapat jimat sebanyak RM3000 kerana harganya akan kembali kepada asal pada bulan hadapan”

Contoh Ayat Jualan Elemen Emosi

Bayangkan, dengan adanya produk XXX ini, syarikat anda dapat menjimatkan masa bekerja dan bilangan staff seterusnya memberikan penjimatan RM1100 sebulan, Rm13200 setahun secara purata.

Diatas ini hanyalah contoh sahaja untuk anda promosikan produk xxx kepada bakal pelanggan.

Tujuannya sama, untuk menjual tetapi cara penyampaiannya adalah berbeza.

Kita ambil contoh iklan dari Apple Ini.

You’ve done great things with your iPhone, but at some point, you’ll be ready for something new. You can easily trade it in with Apple so it can be refurbished and put back into the world so someone new can do their own great things with it.

But if your device is at the very end of its life, materials inside will be recovered and recycled. Either way, you can continue to do what you love while respecting the planet.

Jika dapat lihat dari awal sehingga akhir, Apple tonjolkan emosi dalam video ini untuk anda dapatkan Iphone terbaru mereka.

Video ini mungkin lebih target jualan kepada pengguna Iphone yang lama dengan membeli Iphone yang terbaru.

Tetapi dalam Call To Action (CTA), Apple tak cakap, BUY NOW tetapi menggunakan perkataan Trade In.

APPLE TRADE IN! Kami tak pasti sama ada program ini telahpun sampai ke pasaran Malaysia, yang pasti di US telahpun ada.

6. Headline: Idea Untuk Menulis Headline Menarik

Percaya atau tidak, headline dalam copywriting memainkan peranan 60% dalam keseluruhan iklan.

Dalam fb ads, gambar dan headline adalah faktor penting untuk audience mula untuk berhenti untuk scroll dan berinteraksi dengan iklan kita.

60%-80% adalah faktor gambar dan headline selebih baru pergi ke intro dan iklan sebenar dimana orang akan klik read more>>

Jadi adalah kerugian besar kepada duit yang kita belanjakan dalam iklan fb jika kita memandang rendah akan kepentingan Gambar dan Headline.

Ada yang menyatakan, audience akan melihat gambar dahulu kemudian headline.

Jika kedua-dua ini menarik minat audience, baru mereka akan teruskan pembacaaan kepada iklan kita.

Bagaimana Untuk Mencipta Headline yang Bagus?

1. Beritahu Manfaat Produk Anda Kepada Pengguna.

Saya selalu gunakan manfaat tersembunyi jika pada headline. Hanya highlight satu sahaja pada headline.

2. Menggunakan Huruf BESAR Pada Headline.

Gunakan huruf besar pada permulaan perkataan sahaja sebab ada kemungkinan iklan tidak akan diluluskan oleh fb kalau gunakan semua huruf besar.

Jika menggunakan semua huruf kecil, kebarangkalian untuk iklan anda diabaikan adalah tinggi.

3. Menggunakan Gabungan Nombor.

Nombor adalah antara teknik yang boleh membuka mata pembaca.

Contoh Headline – Produk baju kurung tanpa iron:

Saya Jimat 30 Minit Setiap Pagi… Sampai Tempat Kerja Pon Selalu Awal Sekarang…

4. Menggunakan Testimonial Pengguna

Contoh Headline – Produk Jerawat

Dulu Rasa Geram Je Setiap Kali Nak Cuci Muka… Rasa Menggerutu.. Nak Marah Kat Diri Sendiri… – Puan Suzi

Pastikan menggunakan testimonial yang sebenar.. Bukan reka-reka.

Jangan Mereka-reka! Biasanya testimonial yang direka-reka ni.. akan melebih-lebihkan kehebatan produk dan dilihat tidak natural kepada pembaca. Pembaca hari ini telah semakin bijak, jangan ingat mereka bodoh dan boleh dipermainkan.

Cuba Split Test beberapa headline berbeza dan lihat keputusan mana yang lebih mendapat sambutan. Selalunya apa yang kita rasa tidak sama dengan keputusan yang audience respon.

 

7. CTA: Call To Action dan Kepetingannya

Hebat mana penulisan iklan kita, jika tidak mempunyai Call To Action tidak membawa makna apa-apa.

Call To Action adalah arahan kepada prospek fasa seterusnya jika mereka berminat untuk membeli produk kita.

Antaranya:
1. Beli Sekarang
2. Whatsapp Pada Link Dibawah
3. Klik Send Button
4. Sila Tinggalkan Komen

dan banyak lagi…

Ada fakta yang menarik yang pernah saya baca adalah…

Pembeli suka membeli tetapi tidak gemar untuk kita arahkan/paksa mereka untuk membeli.

Jadi selalunya saya akan ubah ayat pada CTA saya dengan ayat –

  • Whatsapp saya untuk penerangan lanjut tentang produk xxx
  • Jika telah saya buat kempen mesenger – saya tidak berikan apa-apa arahan. Sebab dah ada butang mesej dibawah iklan.
  • Jarang sekali saya letakan harga pada copywriting – bergantung kepada strategi funnel anda.

Untuk membina urgency kepada prospek untuk bertindak, boleh juga menambah ayat-ayat lain pada CTA.

  • Tawaran ini hanya valid sehingga 31 Ogos 2019.
  • 5 orang pertama – akan diberikan diskaun Rm50
  • Harga akan naik Rm15 setiap hari sehingga kepada harga asal RM250.

Jangan sesekali menipu dalam membuat offer. Anda boleh buat promosi atau tawaran yang berlainan pada setiap bulan atau bersempena tarikh-tarikh tertentu.

Contoh Panduan Copywriting - Ayat Jualan Online

Ini adalah contoh kempen iklan yang saya jalan sendiri untuk client saya. Copywriting ini saya gunakan teknik testimonial yang benar-benar dapat daripada customer client saya sendiri. Tidak mereka-reka dan tidak melebih-lebih dalam menulis testimonial.

Kekalkan keasliannya.

8. Ciri-ciri Produk, Manfaat dan Manfaat Terselindung

Setiap produk mempunyai ciri masing-masing. Setiap ciri-ciri pula akan ada manfaatnya tersendiri.

Senaraikan semua ciri-ciri dan manfaat yang ada pada produk anda dari pelbagai sudut. Sertakan sekali manfaat yang tersembunyi – manfaat yang tersembunyi inilah yang selalunya membuatkan prospek bertindak untuk membeli.

Saya ambil contoh untuk salah satu kempen iklan yang saya pernah jalankan untuk klien saya dalam niche rawatan muka:

Ciri-ciri

  • Rawatan laser tanpa rasa sakit

Manfaat

  • Tompok jeragat gugur sepantas 7 hari

Manfaat Tersembunyi

  • Dapat keluar rumah tanpa mekap tebal lagi
  • Jimat masa untuk bersiap
  • Pergi kerja dengan lebih yakin

Selalunya manfaat yang tersembunyi ni kita akan dapat jika kita interview dengan customer kita yang dah berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan.

Interview ni kita tidak semestinya lakukan secara formal, sambil-sambil mereka datang kedai pon kita boleh sembang-sembang.

Info dari pelanggan yang berpuas hati inilah yang kita akan gunakan untuk ayat jualan online kita nanti.

9. Formula A.I.DA

Dalam menulis ayat jualan online – kita boleh gunakan formula A.I.DA sebagai panduan kepada kita.

A- Attention

I – Interest

D – Desire

A – Action

Panduan Copywriting

  • No 1 – Attention

 Jika kita lihat contoh di atas, Attention digunakan pada headline copywriting.

  • No 2 – Interest

Seterusnya ditulis pula ayat-ayat untuk menarik minat kepada prospek berkenaan tawaran yang diberikan iaitu “Free SEO Guide & Internet marketing guide”

Jika dalam copywriting untuk fb ads, kita boleh samakan pada bahagian intro untuk menarik minat audience terus membaca apa yang kita offer

  • No 3 – Desire

Disenaraikan pula manfaat yang terkandung dalam ebook berkenaan untuk meningkatkan keinginan prospek untuk subcribe kepada ebook percuma berkenaan.

  • No 4 – Action

Action pula adalah CTA – jadi untuk dapatkan ebook percuma ini, prospek perlu masukan nama dan emel ke dalam ruangan yang disediakan (tidak dapat dilihat dalam gambar).

Menggunakan panduan AIDA ini, memberikan panduan kepada kita untuk memenuhi semua kriteria dalam sebuah copywriting.

10. 6 Struktur Asas Yang Perlu Ada Dalam Copywriting

Struktur asas menulis iklan di fb secara asasnya ada 6 perkara. Saya telah terangkan dalam artikel sebelum ini secara terperinci.

Infografik Panduan Copywriting

 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online