Headline Iklan yang baik dan menarik dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca isi kandungan yang ditulis oleh kita.
Menurut Copyblogger, 8 daripada 10 pembaca hanya akan memilih untuk meneruskan bacaan apabila Headline tersebut jelas dan menarik perhatian mereka.
Manakala, di dalam industri bisnes, Headline yang baik mampu menarik perhatian golongan yang disasarkan membaca dan seterusnya membeli produk atau menggunakan servis anda.
Membuat Headline Menarik Yang Mampu Menjual Menggunakan Rumus 4U
Namun begitu, persoalannya bagaimanakah cara menulis Headline Iklan menarik yang mampu menjual?
Di artikel kali ini, saya ingin memperkenalkan konsep menghasil Headline yang mampu menjual mengguna rumus 4U:
- Unique – Unik
- Ultra Specific – Lebih spesifik
- Urgency – Memiliki Kesegeraan
- Useful – Berguna
1. UNIQUE – Headline Iklan yang Unik
Membuat Headline Iklan yang unik bermaksud Headline tersebut harus berbeza dari kebiasaan dimana orang lain selalu lihat.
Keunikan tersebut harus mampu menarik individu untuk meneruskan bacaannya.
Untuk menyemak samada Headline tersebut yang unik atau tidak, anda dapat melakukannya di mesin pencarian Google.
Contohnya:
“7 cara menulis Headline Iklan yang menarik”
Anda boleh menggunakan enjin carian seperti google untuk membuat analisa ringkas.
Jika dalam pencarian tersebut tidak ada yang menggunakan Headline tersebut, maka Headline tersebut dianggap sebagai unik.
2. ULTRA SPECIFIC – Headline yang Lebih Spesifik
Headline Iklan yang spesifik akan terus dapat membantu seseorang membuat keputusan untuk membaca iklan anda atau tidak.
Ini kerana, manusia mempunyai kecenderungan ingin tahu terhadap sesuatu yang mereka ingin tahu sahaja.
Dalam erti kata lain juga, dengan menulis Headline menjadi spesifik sebenarnya membantu anda menyasarkan terus kepada golongan yang memerlukan maklumat, produk atau perkhidmatan anda.
Contoh mudah, tujuan kita menggunakan mesin pencari Google adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan perkara yang kita ingin tahu.
Kebiasaannya kita akan menaip Headline yang jelas dan tepat seperti apa yang kita ingin tahu supaya kita boleh mendapatkan maklumat yang tepat.
Berikut merupakan beberapa contoh Headline yang spesifik :
- 9 rahsia belajar menulis iklan Facebook dalam 1 minggu
- 7 cara menjana pendapatan menggunakan Youtube
- Bagaimana cara menjaga kulit berjerawat secara rutin
3. URGENCY – Headline Iklan yang Memiliki Kesegeraan
Memberikan rasa kesegeraan pada Headline Iklan akan membuat pembaca anda berhenti seketika untuk membaca Headline anda berulang kali.
Seterusnya membuat pembaca anda ingin tahu isi kandungan yang selanjutnya.
Ini adalah normal kerana manusia memiliki rasa takut kehilangan, ketinggalan, kerugian dan hal ini dapat dimanfaatkan pada Headline.
Anda boleh memasukkan kata yang menegaskan rasa kesegeraan tersebut seperti cepat.
Headline yang dapat menciptakan rasa kesegeraan pada pembacanya cenderung mendapatkan tindak balas yang cepat.
Anda dapat menerapkan rasa kesegeraan di dalam Headline anda untuk merebut perhatian pembaca, dengan menggunakan beberapa kaedah berikut:
- Membuat janji pada Headline
- Menggambarkan sesuatu
- Menyatakan fakta
- Mengajukan pertanyaan
Headline yang memberikan rasa kesegeraan akan selalu menarik perhatian karena secara psikologi pembaca, ia akan memancing rasa ingin tahu dan mempengaruhi fikiran mereka.
Pada akhirnya rasa kesegeraan ini akan membuat pembaca terdorong untuk membaca, berkongsi atau membeli.
Selain itu, salah satu yang menciptakan rasa kesegeraan adalah faktor terhad. Faktor terhad ini dapat mengakibatkan keputusan seseorang berubah.
Sebagai contoh:
Sebelum ini, di Facebook, seorang rakan Facebook saya telah menaikkan iklan lelongan pakaian baru hanya dengan harga RM5.
Beliau seorang yang rajin beriklan dan kerana itu saya ingat profil beliau.
Sangat jarang melihat orang bertindak balas kepada iklan beliau, bagi saya itu normal sebab persaingan jualan di Facebook yang sengit lebih lagi beliau menjual pakaian.
Oleh itu, ketika beliau membuat lelongan RM5, saya sedikit terkejut melihat bilangan LIKE dan Komen di status tersebut mencecah 100 lebih dalam masa beberapa jam sahaja.
Itu adalah sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya.
Contoh Headline Iklan yang beliau gunakan:
“Hari Ini Jualan Paling Rugi. Semua pakaian di bawah dijual hanya dengan harga RM5 sehelai.”
Keberkesanan, iklan beliau sehingga ada pelanggan menyuarakan kekesalan kerana terlambat melihat iklan tersebut di ruang komen status beliau.
Pada pendapat saya, ayat Headline yang beliau gunakan cukup ringkas tetapi memberi tekanan kesegeraan kepada pelanggan.
Menarik bukan?
4. USEFUL – Headline yang Memiliki manfaat.
Salah satu cara lain agar membuat Headline tersebut menarik adalah memiliki manfaat.
Jika anda telah memiliki Headline yang unik, spesifik dan bersifat kesegeraan pastikan Headline tersebut memiliki manfaat.
Pada saat anda membuat Headline Iklan yang tidak memiliki manfaat bagi pembaca atau bakal pembeli, iklan anda akan menjadi tidak berguna.
Headline yang memiliki manfaat harus dapat membantu, bermaklumat, menguntungkan dan realistik.
Ini dapat memberi suntikan semangat untuk pembaca mengetahui lebih lanjut tentang produk anda dan mampu menggubah mereka menjadi pelanggan anda.
Sebagai contoh ayat iklan berunsur kesegeraan dan unik:
“Hari Ini Jualan Paling Rugi. Semua pakaian di bawah dijual hanya harga RM5 sehelai.”
Di ayat ini, kita dapat melihat manfaatnya kepada pembeli adalah:
Membeli pakaian diingini dengan harga RM5 sehelai.
Ya! RM5 sehelai untuk pakaian baru seperti yang beliau jual adalah tidak masuk akal bagi saya.
Sebagai pembeli, ini adalah peluang keemasan untuk mendapatkan pakaian yang diminati.
Namun sebagai peniaga online, Ia mencetuskan persoalan seperti mungkinkah ini benar-benar jualan merugikan bagi beliau?
Kesimpulannya, ayat iklan yang menarik dan berkesan sememangnya mampu membawa kepada hasil jualan.
Saya berharap dengan menerapkan rumus 4U di atas dapat membantu anda dalam menghasilkan sebuah Headline yang dapat menarik perhatian calon pembaca.
Seterusnya menjadikan mereka sebagai pelanggan anda.
Untuk membuat satu copywriting yang penuh, kami kongsikan struktur penting copywriting pada artikel ini.