Cara Menulis Ayat Iklan di Facebook

Asas Menulis Iklan Ini, Boleh di Guna Pakai Untuk Pelbagai Medium

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Menulis ayat iklan adalah susah sebenarnya jika tidak faham struktur asasnya. Ramai sebenarnya yang nak pakai iklan berbayar di facebook untuk tingkatkan jualan.

Tapi tak semua orang berani nak mencuba sebab risiko untuk kerugian tu sangat tinggi.

Tak berani nak cuba sebab anda tidak dapat panduan yang betul. Untuk dalam posting ini saya akan tunjukan anda cara asas yang betul untuk membuat penulisan iklan anda.

Apa yang menariknya, anda boleh cuba dulu format iklan ini ke group facebook untuk melihat keberkesanannya sebelum menjalankan kempen iklan berbayar anda.

Untuk saya, saya terus cuba pada kempen iklan berbayar kerana engagement di facebook group juga kurang pada masa sekarang berbanding dahulu.

Tahukah anda, Ramai pakar atau orang yang berpengalaman dalam menguruskan kempen iklan berbayar di facebook menyatakan yang hanya 20% faktor tetapan/teknikal dalam menentukan kejayaan iklan anda?

Selebihnya adalah tertakluk kepada cara kita menulis ayat iklan untuk menggerakan prospek untuk membeli.

“Saya percaya dan yakin sebab saya dah pernah gagal”

Apa manfaat yang anda dapat apabila anda telah kuasai asas-asas untuk membuat iklan?

  • 1. Anda Tidak Perlu Buang Masa
    – Kalau dulu 5 jam fikir nak buat iklan, kini mungkin anda akan boleh buat dalam masa 1 jam. 4 jam lagi boleh luangkan masa dengan anak-anak
  • 2. Tidak Lagi Was-was
    -Anda perlu yakin, inilah format yang pakar gunakan dalam menulis iklan mereka. Jadi tak perlu lagi ragu-ragu. Anda hanya perlu ubah dan test. Formatnya tetap sama.
  • 3. Cara Untuk Menulis Iklan Tanpa Testimonial Pelanggan
    – Tanpa testimonial pelanggan pun, anda masih boleh menulis iklan dengan baik.

Berikut adalah struktur asas untuk anda menyiapkan copywriting anda sendiri.

1. HEADLINE

Headline adalah tajuk utama yang anda cuba ingin sampaikan dalam iklan anda. Atau selalu yang saya buat adalah ayat yang boleh menarik perhatian pembaca untuk terus berhubung dengan iklan kita.

Dengan harapan utama mereka beri masa untuk membaca apa yang cuba kita ingin sampaikan.

Ada sesetengah orang buat headline dengan menggunakan semuanya HURUF BESAR untuk membezakan diantara intro dan headline.

Ada juga menggunakan imoji untuk menandakan itu adalah headline. Tiada format asas untuk perkara ini.

2. INTRO

Intro adalah ayat selepas headline. Tujuan utama intro adalah untuk kita pastikan yang audience akan terus membaca kepada penulisan kita yang seterusnya.

Lebih-lebih lagi jika kita buat iklan berbentuk penceritaan yang panjang, pastinya intro perlu terbaik untuk memastikan iklan kita terus berhubung dengan pembacanya.

Jika intro kita tidak mampu untuk menarik perhatian, disini iklan kita akan diabaikan dan seterusnya mesej untuk kita menjual tidak sampai kepada audience.

Intro yang baik adalah apabila kita mampu membuat audience berhubung dengan iklan kita seolah-olah iklan berkenaan sedang bercakap dengan mereka.

Boleh gunakan unsur-unsur emosi disini untuk tarik perhatian audience.

Disini selalunya kita bermain kepada masalah audiece yang mungkin mereka hadapi. Ia berbentuk kerisauan atau keinginan dia.

Contoh: Produk/Klinik Gigi

Setiap kali balik umah anak-anak selalu bergurau – Eee gigi abah hitam, tengok gigi saya putih. Abah banyak makan gula-gula.

Kalau diikutkan aku dah 3 tahun kalau ambil gambar mesti tak senyum. Selalunya aku akan mengelak untuk bergambar.

3. BODY

Disini kita perlu terangkan bagaimana produk yang kita jual itu boleh memberi manfaat kepada mereka. Yang terbaik adalah jika kita mampu kaji sedalam-dalamnya produk kita untuk mendapatkan manfaat yang tersembunyi daripada produk kita.

Saya ambil contoh menjual Ubat Kencing Manis.

Direct Benefit – Hidup akan lebih sihat sebab kencing manis dah baik

Hidden Benefit – Tidak perlu lagi menyusahkan anak-anak untuk ulang-alik hantar kita ke hospital. Keluarga kita lebih bahagia. Anak-anak tak perlu lagi nak bergaduh.

Ini saya ambil contoh sahaja, saya tidak pernah ada pengalaman menjual ubat kencing manis.

Jika dilihat pada hidden benefit, ia lebih berbentuk manfaat yang tersembunyi dan lebih berbentuk kepada emosi.

Boleh pelbagaikan dengan unsur logik dan emosi pada bahagian ini.

Pada bahagian body, anda boleh pilih untuk melakukan iklan berbentuk perceritaan atau dalam bentuk menekankan USP (Unique Selling Point).

Juga boleh senaraikan ciri-ciri dan manfaat produk dalam bahagian ini.

4. OFFER

Untuk menjual mestilah ada tawaran bukan? Tawaran ini tidak semestinya diskaun kalau ada boleh jadi ia lebih bagus.

Mahu masukan harga atau tidak pada bahagian ini terpulang kepada anda.

Ada yang berpendapat zaman sekarang terus sahaja untuk letak harga. Antara kelebihan letak harga adalah, dengan harapan orang yang hubungi kita sudah tahu harga barang kita. Jadi kita tahu potensi untuk kita close lebih tinggi kerana dia dah tahu berkenaan harga.

Dapat elakan buang masa untuk kita melayan prospek yang sekadar nak survey harga. Disini kita berada pada fasa prospecting.

5. CALL TO ACTION (CTA)

Suruh orang komen PM pon boleh dikira sebagai CTA. Namun, pada kebiasaanya kita akan letakan no telefon dan link whatsapp untuk orang yang berminat menghubungi kita.

Jika di kempen iklan facebook pada kebiasaannya saya akan letakan butang mesenger atau whatsapp untuk orang klik terus.

6. PENUTUP

Terpulang kepada anda untuk letakan penutup atau tidak. Ada sesetengah orang letakan nota kaki dengan pesanan tertentu. Ia sebenarnya bergantung kepada jenis iklan yang anda ingin lakukan.


Asas untuk menulis ayat iklan adalah begitu, kemudian  atas kreativiti kita untuk mencuba pelbagai cara dan lakukan eksperimen kepada iklan yang kita ingin lancarkan.

Panduan Copywriting Untuk Jualan Online di Facebook >>

Semoga memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa subcribe dan share kita bermanfaat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online