Panduan SEO Malaysia

Anda mempunyai website mungkin untuk menjual dengan membina store online. Panduan SEO Malaysia ini anda perlu baca.

Tapi pernahkan anda terfikir untuk menggunakan cara pemasaran percuma ini untuk mendapatkan trafik?

Alangkah ruginya jika anda mempunyai website tetapi hanya mengharapkan iklan berbayar untuk orang ke website anda.

Mungkin juga anda tahu akan pemasaran percuma melalui enjin carian ini tetapi tidak tahu untuk melakukannya.

Selain daripada membina website untuk menjual di online, anda juga boleh buat website dengan blogging kemudian anda mendapat bayaran.

Untuk buat duit dengan blog ini, anda tidak boleh lari untuk belajar berkenaan optimasi enjin carian (SEO) ini.

Bab 1: Panduan SEO Malaysia – Apa Itu SEO

SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization, perkataan dalam bahasa inggeris.

Kalau dalam bahasa melayu kita boleh terjemahkan kepada Optimasi Enjin Carian.

Oleh kerana telah sinonim dengan dipanggil SEO, jadi saya akan menggunakan perkataan SEO untuk anda faham dalam Panduan SEO Malaysia ini.

Selalunya SEO banyak dikaitkan dengan enjin carian google kerana google merupakan enjin carian no 1 pengguna internet dunia.

 

Apa tujuan kita nak buat SEO?

Pastinya tak lain adalah untuk mendapatkan pelawat secara percuma ke website kita.

Seterusnya kita akan buat duit dengan pelawat yang datang ke website kita – motif utama.

Cuma cara untuk buat duit dari website berbeza-beza pada setiap orang:

  • Ada yang menjual produk sendiri
  • Ada menjual produk orang lain
  • Ada yang buat affiliate
  • Ada yang buat duit dengan pengiklanan.

Kenapa tak buat SEO kalau boleh dapat pelawat secara percuma

Pendek kata, kita buat seo untuk tambah trafik dan membina populariti.

 

Bagaimana Untuk Buat Website Menjadi Popular

Terdapat berbilion website dan blog di internet, jadi bagaimana google tentukan website mana untuk di rank lebih tinggi?

Google akan memberikan keputusan carian yang relevan dengan apa yang pencari mahukan – ini tujuan asal.

Google sangat pentingkan website yang ‘dipercayai’ atau berauthority dalam topik yang dibincangkan.

Contohnya, di MazukiBlog – kami fokus dalam topik pemasaran digital dan kami tidak masukan apa-apa konten travel atau resepi masakan disini.

Google juga memberikan score kepada domain anda yang disebut sebagai domain score/ domain authority.

Semakin tinggi domain score semakin tinggi kredibiliti website anda.

Jadi kebarangkalian untuk google rank artikel anda lebih tinggi dari pesaing anda adalah tinggi.

Tetapan Asas SEO Untuk WordPress

Kebanyakan website CMS (Content Management System) pada hari ini menggunakan wordpress.

WordPress adalah CMS yang terbaik pada masa kini dan mesra SEO.

Terdapat juga banyak plugin percuma yang boleh diguna pakai untuk menjadi kan website seperti yang kita mahukan.

Dalam topik ini anda boleh belajar cara simple dan mudah untuk anda setting wordpress anda.

Seterusnya kandungan blog anda akan diindex oleh google.

Mungkin untuk berada pada no 1 – merupakan janji nampak manis.

Setidaknya blogpost dengan kata kunci sasaran anda mampu berada di page pertama sudah memadai.

 

Tetapan Asas SEO Untuk Blogger (blogspot)

Malangnya untuk blogger, tidak mempunyai plugin seperti wordpress.

Tapi tak usah bimbang, saya pernah buat satu artikel yang agak tinggi persaingan dan mampu berada pada page pertama google.

Semuanya menggunakan blog percuma sahaja.

Saya akan kongsi dan anda boleh tiru sahaja cara yang saya telah lakukan.

Tak susah pon.

Ikut sahaja langkah demi langkah beserta gambar yang saya kongsikan untuk anda dibawah:



Bab 2: Kajian Kata Kunci (Keyword Research)

Menulis sesuatu kata kunci yang tidak ada carian di google mungkin membuang banyak masa.

Mungkin lebih kepada syok sendiri.

Jadi adalah sangat rugi jika kita menulis artikel yang bagus tetapi tidak mempunyai carian kata kunci berkenaan.

Melainkan kita fokus kepada artikel viral.

Jadi sebelum kita menulis topik apa yang kita nak, anda buat dulu kajian kata kunci.

Kita tengok berapa carian yang orang Malaysia buat pada kata kunci berkenaan.

Normal Keyword vs Long Tail Keyword

Kata kunci pendek mungkin mempunyai carian yang tinggi berbanding kata kunci yang panjang.

Namun, kesukaran untuk anda berlawan dengan website yang sudah stabil menjadi masalah.

Jadi, kalau kata kunci pendek yang anda inginkan punyai pesaing yang tinggi.

Maka saya sarankan untuk anda buat artikel dengan kata kunci yang panjang.

Contoh yang saya buat pada mazukiblog ini adalah dengan kata kunci “Buat Duit Online”.

“Buat Duit Online” mempunyai nilai kesukaran pada 40, jadi saya cuba rank dengan longtail keyword “buat duit online tanpa modal”.

“Buat Duit Online Tanpa Modal” mempunyai nilai kesukaran 31, dan saya berjaya untuk berada pada page pertama untuk kata kunci ini.

Tools Untuk Keyword Research

Anda sebenarnya boleh gunakan tools percuma sahaja untuk buat kajian keyword ni.

Antara yang boleh anda gunakan adalah:

  • Google Keyword Planner
  • Keyword Averywhere – Chrome Extension
  • Ubersuggert by Neil Pateil

Blog Pelbagai Niche Vs Fokus Niche

Selalunya orang buat blog mempunyai misi yang besar.

Untuk menjana pendapatan sampingan menerusi blog.

Sudah tentu kita bermula dengan sendirian. Adakah kita mampu untuk berkembang dengan 30 topik dalam 1 blog?

Jika di Malaysia saya boleh ambil contoh mudah blog yang berjaya dengan fokus niche.

  1. Paul Tan – Kereta
  2. Amanz – Teknologi dan gadjet
  3. Firdaus Azizi – Facebook Ads
  4. Mazuki Blog – Asas Pemasaran Digital

3 contoh diatas mereka bermula dengan bersendirian apabila sudah berkembang mereka mempunyai staf sendiri.

Apabila kita fokus pada niche yang kecil kita boleh fokus membuat konten dan jana trafik.

Seterusnya menjana pendapat daripada blog itu.

Dalam masa yang sama, mereka telah membina jenama mereka sendiri dan kuat. Mudah nak menjual!!!

 



BAB 3: Mengkaji Pesaing

Anda perlu kaji pesaing anda.

Tujuannya untuk kita buat lebih baik dari mereka.

Kemudian kita rangka strategi untuk lakukan persaingan dengan memberi info yang lebih baik dari pesaing kita.

Selain info, terdapat juga perkara-perkara lain untuk kita tengok dalam misi memenangi persaingan ini.

 



Bab 4: Apa Itu On-Page SEO

Dalam SEO, terbahagi kepada dua pada iaitu on-page dan off-page.

On Page ni, anda buat dulu apa yang perlu dilakukan pada laman sendiri.

Off Page ni, biasanya kita bina link pada website luar ke website kita.

Jadi fokus dulu hal dalam kain sendiri.

 

Optimumkan SEO Pada Homepage

Contoh adalah keputusan carian menggunakan kata kunci “Mazuki Blog”.

Untuk info – Mazuki Blog ini dikategorikan sebagai Brand Name kepada website saya.

Pastikan Brand Name anda ditulis pada permulaan Tajuk.

Brand Name | {Kata Kunci Sasaran}

Kata Kunci Sasaran penting untuk pembaca faham mengenai perniagaan atau website anda.

Untuk melihat bagaimana gambaran website anda bakal index oleh google,

 

Optimumkan SEO Pada Blog Post

Yang paling penting untuk blog post ni adalah:

    • Kata kunci pada tajuk utama
    • Kata kunci pada url
    • Tulis panjang-panjang – Informasi yang lengkap

Cara Melakukan Interlink

Sebelum kita nak orang link kepada website kita, kita buat dulu link kepada artikel kita yang berkaitan.

Buat link dalam rumah kita sendiri dulu baik-baik.

Teruskan Membaca Sepenuhnya di Topik:

 



Bab 5: Apa Itu Off-Page SEO

Off Page SEO pada dasarnya lebih kepada membuat backlink.

Buat backlink adalah bertujuan untuk meningkatkan kata kunci yang kita inginkan.

Bila mana kita mendapat backlink yang banyak berbanding pesaing kita, rank kita akan berada tinggi di carian google.

Itu adalah secara umumnya untuk penjelasan.

Namun, google telah kemaskini cara mereka menilai.

Backlink berkualiti sahaja yang dinilai oleh google.

Yang tidak berkualiti akan dianggap SPAM oleh google.

Silap hari bulan, website anda akan diban oleh google.

Sebab itu, saya sendiri pon fokus dahulu kepada konten blog berbanding backlink.

Ranking Keyword Website

Dalam topik ini, anda akan belajar bagaimana untuk kita periksa ranking kata kunci.

Ranking kata kunci dimana yang telah anda buat pada blog post.

Adalah penting untuk kita buat analis kepada kata kunci yang telah kita buat.

Ini bertujuan kita boleh buat penambahbaikan pada artikel yang kita telah tulis sebelum ini.

Artikel yang telah ditulis kita boleh edit dan google akan index kembali.

 



Bab 6: Terma-terma SEO

Dalam Panduan SEO Malaysia ini juga anda akan dapat belajar terma-terma lain yang berkaitan dengan SEO.

Apabila anda faham terma, mudah untuk anda belajar lebih mendalam berkaitan dengan SEO.

Proses Kemaskini! Laman ini masih dalam proses kemaskini. Akan dikemaskini dari masa ke masa untuk kembangkan topik Panduan SEO Malaysia ini.

Panduan SEO Malaysia ini saya tulis adalah fokus kepada pemula-pemula dalam dunia blogging di Malaysia.

Pada pemerhatian saya, tidak ada di Malaysia yang sanggup menulis Panduan SEO ini dengan lengkap secara percuma di website.

Jadi saya ingin menjadi orang yang pertama!

Jika anda suka artikel sebegini, boleh join kami di Youtube Channel. Selain itu, boleh juga sertai kami di Telegram dan Facebook