Kami akan terangkan kepada anda langkah demi langkah dan semua faktor penting untuk menulis artikel blog yang menarik dan mampu menarik pelawat/pembaca.
Seterusnya, Ia mampu berada di laman utama google untuk target keyword anda.
Perkongsian yang bakal kami kongsikan ini adalah hasil Eksperimen Pakar SEO, Brian Dean, Backlinko.com.
Cara menulis blog yang bagus juga ada formulanya – kami kongsikan dalam artikel ini.
Ini hasil yang beliau dapat dengan menggunakan teknik ini:
1/ Topik yang Terbukti Bagus
Untuk mendapatkan kata kunci yang terbukti mendapat sambutan dari pembaca anda perlu mendapatkan sumber rujukan yang bagus.
Menggunakan keyword research tool perkara yang selalu kita dengar.
Brian Dean memberikan tips yang agak berlainan kali ini.
Udemy
Berdasarkan info yang diberikan, saya ambil contoh blog saya sebagai bahan ujikaji.
Kata Kunci atau kategori yang saya mahukan tulis adalah berkaitan “Blogging”.
Buat carian terlebih dahulu berkenaan topik yang anda ingin tulis. Disini anda juga akan diberikan pelbagai tajuk-tajuk lain yang lebih terperinci untuk pilihan.
Seterusnya…..
Pilih Most Reviewed course untuk mencari course yang paling banyak langgan oleh pengguna.
Dari sini, kita boleh pilih yang mana paling tinggi mendapat rating.
Seterusnya…
Senarai tajuk isi kandungan ini kita boleh jadikan rujukan untuk idea penulisan kita.
Ini kerana topik-topik yang dikupas telah terbukti mendapat sambutan oleh pembaca.
Amazon Kindle
Amazon kindle adalah tempat dimana terdapat pelbagai topik berbentuk PDF untuk anda dapatkan.
Menggunakan teknik yang sama seperti kita lakukan pada Udemy, cari ebook yang mendapat sambutan yang tertinggi dalam topik yang kita mahukan.
Cari produk yang mempunyai pembelian dan rating tertinggi.
Untuk melihat table of content sila klik pada read more.
Dari sini kita dapat lihat, apakah sebenarnya topik-topik yang mendapat sambutan dan yang benar-benar pembaca mahukan dari satu-satu topik yang mereka cari.
Apabila mendapat isi kandungan ini, langkah seterusnya adalah untuk membuat kajian dan mencari pengetahuan lebih lanjut sebelum kita menulis artikel di blog yang kita mahukan.
Kita boleh google dan youtube untuk teruskan kajian kita.
2/ Menulis Tajuk Artikel [Headline]
Kita memerlukan tajuk yang ‘stand out’ untuk pembaca klik pada artikel yang kita tulis.
Proven Phrase
Menurut Brian Dean, Pakar SEO ini, kita perlu memulakan headline dengan frasa yang menyakinkan (Proven Phrase).
Berikut merupakan headline yang mendapat perkongsian tertinggi di media sosial menurut Buzzsumo:
- [xx] Sebab Kenapa…
- [xx] Perkara Anda…
- Ini Rupanya…
- Ini Adalah…
- Ini caranya…
- [xx] Perkara…
- [xx] Cara…
- Ini Kenapa…
- [xx] Cara Terbaik…
- [xx] Senarai Top…
- Bagaimana Untuk Buat…
- Inilah…
- Bagaimana Nak Dapatkan…
- [xx] Foto Menarik…
*[xx] gantikan dengan bilangan no
Namun, tidak semestinya semua blog post anda perlu dimulakan dengan frasa kata yang di senaraikan di atas.
Ia hanya lah panduan untuk anda.
[Braket]
Brian Dean memberitahu berdasarkan kajian daripada Outbrain, dengan menggunakan braket pada headline mampu meningkatkan 38% CTR.
Headline Panjang vs Headline Pendek
Artikel yang mempunyai headline yang panjang juga mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk mendapatkan pengkongsian pembaca ke sosial media.
3/ Intro Menarik Perhatian
Ini kali pertama saya dengar untuk menulis intro pon ada formulanya.
Pakar SEO ini sarankan untuk menggunakan formula PPT.
PREVIEW – PROOF – TRANSITION
Preview
Apabila menulis artikel yang panjang, boleh katakan wajib untuk kita membuat ringkasan apa yang pembaca bakal dapat diakhir penulisan kita.
Dengan menulis preview pada intro, menjadikan pembaca lebih faham apa yang kita cuba sampaikan dalam artikel tersebut.
Ini juga memudahkan pembaca merasakan inilah artikel yang dicari-cari apabila mereka sampai ke blog menerusi google.
Proof
Pada introduction juga perlu disampaikan bukti akan apa yang kita nak sampaikan.
Bukti ini, mampu untuk bina keyakinan pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka sampai ke habis.
Apabila kita menulis dalam bentuk panduan, tidak mustahil mereka akan datang lagi dan lagi untuk dijadikan rujukan.
Contoh Proof:
- Kejayaan Peribadi
- Tahun Pengalaman
- Jumlah Klien
- Sijil atau Pengiktirafan
Transition
Fungsi transition adalah untuk menghubungkan pembaca dari intro ke artikel utama.
Saya menggunakan teknik TOC [Table of Content] sebagai transition saya.
4/ Cara Menulis Artikel di Blog
Saya sendiri selalunya tertanya-tanya, bagaimana nak menulis sehinggakan orang lain mampu kongsikan artikel kita ke sosial media.
Sebenarnya tidak ada 1 formula yang khusus.
Namun, apa yang dikongsikan oleh Brian Dean – cara menulis blog ini berdasarkan apa yang telah beliau kaji di blognya sendiri.
3 menulis artikel di blog menarik seperti berikut:
1. Menggunakan Sub Heading
Menggunakan banyak sub heading akan memudahkan pembaca nak faham.
Mereka juga akan hadam dengan mudah penulisan kita.
2. Menggunakan Banyak Visual
Visual akan membuatkan pembaca tidak cepat bosan.
Secara teorinya, mereka akan baca dengan lebih lama artikel kita.
Contoh visual:
- Screenshot
- Carta
- Gambar
- Infografik
3. Menggunakan Saiz Font 16-20 Pixel
Brian Dean sarankan, menggunakan font 18px. Jadi kami pon folow dari 15 ke 18px.
Ini memerlukan sedikit kefahaman berkenaan coding.
5/ Menulis Penutup
Jika Intro itu penting, penutup juga sangat penting. Profesional blogger memang tekankan juga dalam bab penutup.
3 langkah yang disarankan untuk penutup adalah TAC (Transition, Ask, CTA).
Transition
Transition dari topik utama ke penutup adalah beralihan untuk menunjukan artikel telahpun nak berakhir.
Contoh Ayat:
“Sekarang saya perlukan pendapat anda……”
Ask
Tanya kembali kepada pembaca soalan. Soalan mestilah simple dan mudah dijawab.
Contoh:
“Dalam 10 langkah yang saya kongsikan ini, no berapa yang telah anda lalukan?”
Call to Action [CTA]
Ini bertujuan untuk pembaca berinteraksi dengan penulis.
Contoh:
“Sila tinggalkan pendapat anda diruang komen.”
“Jika artikel ini memberi manfaat kepada anda, tolong saya kongsikan kepada orang lain”
6/ Optimasi SEO
Jika anda telah install plugin Yoast SEO. Ikuti semua yang disarankan sehingga keluar butang hijau.
Jika kurang jelas boleh baca panduan seo disini secara percuma.
7/ Promosi
Selalunya kita hanya ambil masa yang lama untuk menulis tetapi kita tidak melakukan promosi artikel yang kita tulis.
Sebenarnya, dalam blogging hanya 20% masa diambil untuk menulis 80% lagi untuk promosikan artikel yang kita tulis.
Bukan menjual barang online sahaja perlukan pemasaran, untuk berjaya dalam blogging juga kita perlu melakukan pemasaran secara online.
Antara yang perlu kita lakukan untuk promosi artikel kita.
Newsletter
Paling kurang kita menggunakan feedburner untuk pembaca subscribe ke blog kita.
Apabila buat blog baru, newsletter antara perkara pertama saya akan buat sebelum menulis artikel blog.
Di mazukiblog kami menggunakan feedburner + Mailchimp. Jadi pembaca yang berminat tidak akan terlepas artikel menarik kami.
Antara yang kita boleh kongsikan adalah di facebook page, personal dan group.
Ketika melakukan perkongsian, pastikan anda menulis copywriting. Bukan sekadar kongsi tanpa copywriting.
Ini bertujuan untuk memberikan impak yang maksimum.
“Kejayaan tidak terhasil dalam masa satu hari”
Untuk berjaya buat duit online menerusi teknik blogging, kita perlukan pembaca dan pelawat yang sentiasa ramai ke website kita.
Jadi perlulah kita sentiasa menambah baik penulisan kita dari masa ke masa untuk menjadikan artikel kita lebih menarik.
Jujur saya katakan, walaupun telah lama berblog saya tidak pernah mempunyai panduan yang khusus cara menulis artikel di blog.
Daripada 7 langkah yang Brian Dean berikan ini, hanya no 1, no 6 & no 7 yang saya selalu lakukan.
Jadi hanya 3/7 dari guidline yang disarankan. Anda pula bagaimana?
No1-7, yang mana anda dah selalu buat??
Jangan lupa kongsikan bersama saya diruangan komen.
Semoga kita menjadi penulis blog yang semakin bagus dari hari ke hari.
sangat membantu kpd blogger baru mcm saya ni..
Semoga bermanfaat… Boleh ajukan apa-apa soalan…
Teknik yang menari. Patutlah sekarang blog dan Facebook banyak headline seperti ini. Memang menarik pembaca untuk klik.
Ya… tapi sampai satu masa ia akan juga berubah-rubah trendnya apabila dah makin ramai menggunakan teknik yang sama…
tp masih lagi better dari kita hanya tulis tajuk yang biasa-biasa.
Terima kasih kerana tinggalkan komen.