fbpx
Home » Blog » Pemasaran » SEO » Panduan SEO Untuk Blogspot [Blogger.com]

Panduan SEO Untuk Blogspot [Blogger.com]

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Saya akan ajar anda untuk buat tetapan asas dan advance blogger dalam panduan seo untuk blogspot ini.

Anda baru nak bermula dan baru nak belajar tentang buat duit dengan blog.

Mungkin agak gelojoh jika terus nak laburkan ratus-ratus ringgit untuk membeli hosting.

Jadi, menggunakan platform percuma milik google ini adalah langkah TERBAIK.

Saya juga dulu, bermula dengan menggunakan blogspot dan kini pun masih lagi menggunakannya.

OK – Saya anggap anda telahpun register blog anda menggunakan blogspot.

Ayuh kita bermula!!!

1. Pemilihan Template Untuk BlogSpot

Advertisement

Pada hari ini kita tidak lagi perlu menjadi pakar koding untuk buat template sendiri.

Even, tak tahu pasal koding pon kita masih boleh bina website yang tidak kurang hebatnya.

Hanya download dan install pada blogger kita dan website kita siap.

Tapi kita perlu tahu juga apa kriteria yang kita perlukan dalam pemilihan template.

Bukan sekadar nampak cantik!!!

Antara perkara yang anda perlu pertimbangkan adalah:

Jenis Website Yang Kita Mahu

Perkara pertama pastilah kita nak template yang kena dengan apa kategori blog yang kita nak.

Kalau nak tulis blog pasal kereta tak sesuai lah kalau ada corak-corak bunga dan love.

Kalau saya, untuk blog saya di blogger saya hanya pilih template yang temanya general.

Sebab apa?

Sebabnya statistik menunjukan banyak pelawat blog datangnya dari mobile.

Apabila datang dari mobile, view dia dah tak nampak dah corak-corak dan rekabentuk nak dibandingkan paparan desktop.

Jadi, saya tak ambil pusing sangat bab ini.

Advertisement

Kos – Percuma atau Berbayar

Untuk permulaan, pilih sahaja yang percuma.

Namun, saya suka yang premium.

Yang premium ni banyak fungsi yang dan dapat update percuma dari designer.

Awal-awal dulu saya tetap pakai yang percuma tapi bukan template default yang google sediakan tu.

Template Yang Responsive

Kalau website anda pakai theme yang tidak responsive, maknanya website anda dah ketinggalan zaman.

Google sememangnya sukakan theme yang resposive.

Ini akan menyukarkan SEO untuk blogspot anda.

Ini kerana, theme responsive ni akan mesra dengan pengguna telefon pintar.

Dia akan memberikan paparan mengikut kesesuaian telefon dan tablet pengguna.

Kalau tak pasti, anda boleh buat ujian menggunakan website yang google sediakan.

Mobile friendly test untuk bloggerLoading Yang Pantas

Disebabkan untuk blogger, kita tidak mempunyai server kita sendiri.

Kita gunakan platform yang disediakan oleh google.

Jadi, template kita perlulah yang mempunyai ciri-ciri loading yang pantas dalam membantu seo untuk blogspot anda.

Advertisement

AMP Support

AMP atau Accelerated Mobile Page adalah fungsi yang diperkenalkan oleh google.

AMP ni akan memberikan kepantasan yang lebih kepada pengguna mobile apabila ke website kita.

Namun, tidak ramai yang menggunakan AMP ni di blog masing-masing.

Mungkin susah nak setting dan banyak fungsi yang tidak lagi sama dengan theme blog asal.

Tapi dah ada theme untuk blogger yang support AMP ni.

Untuk yang paling penting dijadikan panduan seo untuk blogspot ni adalah template yang:

  • Kepantasan Loading
  • Paparan Responsive
  • AMP (disarankan)

2. Tetapan Asas SEO Untuk Blogger

Advertisement

Apabila kita menulis blog untuk buat duit, pastilah kita nak dapatkan trafik dari google.

Jadi ada setting asas yang perlu kita buat sebelum kita menulis blog kita.

Kita nak jadikan blog kita mesra dengan enjin carian – terutamanya google.

Setting Basic >> Title, Description, Privacy, Https

asas seo untuk blogger blogspot

    • 1. Title

Apa nak ditulis pada title?

Sesetengah tips yang saya baca di internet ada yang menulis keyword pada title blog.

Salah atau tidak saya tidak pasti.

Secara peribadi saya lebih gembar untuk meletakan Nama Brand disini.

Eh…Blog personal pon ada brand ke?

Brand boleh letak nama anda sendiri atau mencipta satu kata nama yang lain.

Tak perlu untuk kita menjadi lapar keyword.

Baik letak nama brand agar orang mudah kenali blog kita dan nampak lebih natural.

Google Suka Brand!!!

Google menggunakan brand signal sebagai salah satu faktor ranking pada pada enjian cariannya.

Ayat mudah untuk kita faham – Brand akan di index lebih cepat, Brand akan di rank lebih tinggi

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh rujuk artikel ini berkenaan brand signal.

Contoh mudah, saya gunakan nama MazukiBlog sebagai brand name saya dan MazukiBlog berkisar kepada niche pemasaran digital dan Bisnes Online.

    • 2. Blog Description

Blog description ini adalah penerangan kepada nama brand anda tadi.

Description ni adalah untuk homepage dan akan keluar pada carian google apabila dibuat carian tentang nama brand anda.

Idea Untuk Menulis Description?

    • USP of your product/service/brand
    • Social proof or endorsements about your brand
    • Elements are build rapport
    • Your expertise that showcases you as an authority
    • Your mission or vision statement

Dari masa ke masa kita boleh sahaja untuk menukar description kita untuk menjadi lebih menarik.

Secara peribadi, saya sendiri pada permulaan akan tulis sahaja apa yang terlintas.

Dari masa ke masa saya akan ubah untuk menjadi lebih menarik.

    • 3. Privacy Setting

Untuk privacy setting hanya straight foward.

Kita nak bagi kebenaran kepada google untuk crawl dan index kan blog kita atau tidak.

Pastinya yes lah kalau memang nak buat SEO.

Anda boleh setting NO – kalau anda buat blog yang memang sekadar untuk rahsia anda.

Jadi tak la apa-apa yang anda upload dapat dicapai oleh orang lain kalau buat carian.

Pilih YES – Untuk SEO.

    • 4. https

Apa itu https? Kenapa sebagai pemilik laman web perlu ambil cakna?

Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) is an extension of the Hypertext Transfer Protocol (HTTP). It is used for secure communication over a computer network, and is widely used on the Internet. -wikipedia-

Dalam bahasa mudahnya menggunakan https ni data pengguna lebih selamat.

Pada 2014 – google telah menjadikan https ni salah satu ranking signal.

Over the past few months we’ve been running tests taking into account whether sites use secure, encrypted connections as a signal in our search ranking algorithms.

We’ve seen positive results, so we’re starting to use HTTPS as a ranking signal.

Official Google Webmaster

Untuk pengguna blogger – hanya ubah setting http kepada https dan ianya percuma.

Mudah Sangat!!!

Ujian Pengesahan HttpsKalau dah install https >> boleh buat pemeriksaan untuk pengesahan menggunakan Qualys SSL Labs

 

Setting Search Preference >> Meta Tags, Redirection, Crawler and Indexing

Untuk melakukan penetapan ini adalah untuk menjadikan SEO kepada laman blog kita lebih baik.

Untuk buat tetapan ini MUDAH sahaja.

Saya sediakan gambar untuk anda mudah faham.

advance blogger seo setting

    • 1. Meta Tags : Description

Meta Description Tags adalah penerangan ringkas tentang laman blog anda.

Enjin carian seperti google biasanya menggunakan meta description untuk dipaparkan kepada pengguna.

Meta description ini hanya dapat dilihat jika anda membuat carian dengan kata kunci Nama Brand anda [root domain].

Ia tidak akan keluar pada blogpost.

    • 2. Error and redirections

Jika anda pernah menulis artikel dan kemudian anda delete artikel berkenaan.

Dalam blogpost lain pula, anda pernah link kan kepada post yang anda delete tadi.

Ia dah menjadi broken link.

Jadi taip balik url blog lama anda >> redirectkan kepada url homepage anda.

INFO: Broken link ini menjadi faktor SEO Negatif kepada laman anda.

Untuk SEO – broken link ini memberi kesan dimana spider enjin carian membuat crawl ke website anda.

Apabila terdapat link yang dah mati, crawler akan terhenti.

Ia memberikan negatif signal kepada blog kita.

Anda boleh gunakan broken link checker percuma untuk membuat pemeriksaan.

    • 3. Crawler and Indexing >> Custom Robot txt

Robot.txt adalah text file pada server yang kita memberikan arahan kepada crawler laman yang mana perlu di index atau tidak.

Tanpa penerangan panjang…

Anda ikut sahaja seperti gambar dibawah.

blogger custom robot txt setting

Boleh lakukannya menggunakan xml sitemap for blogger untuk dapatkan data seperti diatas.

Atau copy sahaja yang saya sediakan dibawah:

[accordions]
[accordion title=”Sitemap Code” load=”show”]# Blogger Sitemap generated on 2019.05.29
User-agent: *
Disallow: /search
Allow: /
Sitemap: https://DOMAINANDA.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500[/accordion]
[/accordions]

    • 4. Crawler and Indexing  >> Custom Robot Header Tags

Ini pon sama la berfungsi untuk memberi arahan kepada crawler.

Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut akan maksud-maksudnya, baca disini.

Panduan SEO untuk blogspot

Jangan lupa untuk tekan Save Changes.

Tahniah anda telah pun selesai untuk bahagian ini.

 


3. Daftar Google Console dan Submit Sitemap

Advertisement

Google search console atau nama lamanya adalah google webmaster tool berfungsi untuk memberi signal kepada google apabila terdapat artikel baru dikemaskini.

Selain itu, kita juga dapat lihat keyword-keyword yang dilakukan penggunakan ke website kita.

Ini penting untuk kita improve penulisan atau memberi idea kata kunci lain untuk kita tulis.

Advertisement

Add Property

Untuk pengguna blogspot. Anda pilih URL prefix.

blogger property selection

Pengesahan Blog

Pilih HTML Tag untuk melakukan pengesahan.

blogger verification code

Copy code yang diberikan.

Kemudian login ke blogger anda.

blogger search console verification

Tekan pada papan kekunci ctrl+f untuk membuat carian </head>.

Masukan code sebelum </head>.

Hantar Sitemap Untuk BlogSpot

Langkah terakhir.

Blogger sitemap

Ok. Dah siap untuk langkah ini.

Nanti anda explore lah fungsi-fungsi yang ada dalam google search console tu.

Anda dapat lihat kata kunci beserta ranking juga dari sini.

Jadi kita boleh nilai performance penulisan kita dari masa ke masa.

 


4. Teknik SEO Untuk Blogpost

Advertisement

Dari segi penulisan, tetap sama seperti wordpress. Tidak berubah untuk mana-mana platform pun.

Ini telah diterangkan dengan lebih lajut dalam teknik seo on-page sebelum ini.

Tapi terdapat kelainan untuk setting teknikalnya.

Advertisement

Permalink

Pastikan memilih untuk custom permalink.

Seperti tips yang dikongsikan sebelum ini, maksimum 5 patah perkataan untuk permalink.

Description

Gunakan Description sebaik mungkin untuk optimumkan kesan SEO. Masukan kata kunci bersama-sama penerangan artikel disini.

Label

Dalam blogger, tidak ada kategori dan tag.

Pada kebiasaannya akan digunakan label untuk dijadikan kategori.

Sesetengah orang mungkin label untuk bermain keyword.

Ini perkara yang selalu saya elakan, khuatir menggundang yang tidak elok untuk masa depan.


Diharap dapat membantu SEO untuk blogspot anda dengan post ini.

Kembali ke topik utama:

7 thoughts on “Panduan SEO Untuk Blogspot [Blogger.com]”

  1. Mas mazuki saya mau tanya, harus disavow link yg jenisnya sepertinapa? Sperti link p**rno/judi/ atau DA/PA rendah atau seperti apa mas? Mohon bntuannya tkut salah

    1. link yang dimaksudkan adalah backlink yang potensi SPAM yang tinggi…

      untuk itu… perlu diperiksa dengan menggunakan tools dari MOZ

      1. Register Free Account
      2. Masukan URL website
      3. Semak di Spam Score
      4. Dapatkan link yang SPAM Scorenya tinggi (ada tanda merah)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online
Scroll to Top