Teknik SEO Pada On Page – Kuasai Laman Pertama Google

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Teknik SEO pada On Page adalah penentu kepada kejayaan anda rank di google.

Untuk anda faham, saya telah kumpulkan semua info berkaitan On Page SEO dalam artikel ini.

 

Apa Yang Dimaksudkan Dengan On Page SEO?

On Page SEO adalah proses optimasi pada post di website.

Maksud mudah, kita tulis blog post yang memenuhi piawaian yang google mahukan.

 

On Page SEO vs Off Page SEO

On Page SEO kita dapat optimumkan pada website kita sendiri – Level MUDAH

Off Page SEO pula kita buat backlink dari website lain pointkan kepada website kita – Level SUSAH

Jika anda baru bermula maka fokus dahulu pada On Page SEO.

Kemudian kita fokus pada buat backlink.

teknik seo off page vs on page
Foto: Neil Patel

 

 

1. Teknik SEO untuk Homepage

Homepage adalah laman utama website anda.

Untuk saya homepage saya adalah pada url mazukiblog.com

Pemilihan tajuk atau niche saya adalah Pemasaran Digital dan Bisnes Online.

Topik ini adalah topik utama yang saya bincangkan di Mazuki Blog

Terdapat 2 cara yang anda boleh belajar iaitu menggunakan wordpress dan blogger.

 

  • Homepage SEO Untuk WordPress

  • Cara Pertama – Guna Pages.

Pastikan anda Install Plugin Yoast SEO terlebih dahulu.

Pergi ke sidebar sebelah kiri anda pilih Pages >> Add New

 

Edit snippet dan isi headline dengan [Brand Name] | {Kata Kunci Sasaran}

Isi juga meta description

Page ini nanti akan dijadikan homepage anda.

 

Pada sidebar pilih Settings >> Reading

Kemudian pilih A Static Page + Homepage: pilih page yang kita buat tadi.

Page Builder! Cara ini biasanya digunakan apabila anda mempunyai page builder sendiri seperti page builder Divi, WP Bakery dll.

Jika tidak menggunakan page builder, ia masih OK tapi akan hanya keluar text pada homepage anda. Kurang bersiri.

 

  • Cara Kedua – Cara Biasa Tanpa Guna Page

Terbaik adalah install dan Setup Yoast Plugin terlebih dahulu.

Buat Homepage Pada WordPressPada sidebar pilih Settings >> General

 

  • Homepage SEO Untuk Blogger

Setup Homepage SEO untuk bloggerPada sidebar pilih Settings >> Basic

 

Pada Bahagian Setting >> Search Preferences

Masukan meta tags anda. Bahagian ini akan di index pada carian google.

Custom robots. txt – copy and paste code dibawah.

User-agent: *
Disallow: /search
Allow: /
Sitemap: https://TUKARSUBDOMAININI.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

 

Untuk Custom robots header tags – folow seperti yang saya tick di atas.

Sambungan lebih dalam SEO untuk Blogspot:

Keberkesanan! Setting ini saya telah guna pakai dan artikel di blog berkenaan pernah berada pada no 3 dan 4 carian kata kunci yang agak tinggi persaingan.

Info! Kedudukan ranking adalah sentiasa berubah-ubah jika makin ramai pesaing anda berjaya berlawan dengan anda.


 

2. Pastikan Tajuk Utama (Headline) Menggunakan H1 Tag

Pada kebiasaannya untuk wordpress dan blogger theme sudah di set dengan H1 tag pada tajuk post.

Jadi anda tidak perlu khuatir.

Namun, tetapi anda perlu berhati-hati dan buat double check untuk kepastian.

Cara mudah untuk periksa tajuk di wrap dengan H1 tag adalah:

 

cara inspect coding page
Menggunakan Mouse: Right Click >> Inspect

 

Inspect H1 Tag

  • No 1 : Menggunakan mouse – klik pada no 1
  • No 2 : Halakan cursor pada Tajuk Artikel
  • No 3 : Result coding yang digunakan pada No 2

 

3. Gunakan Url Blog Post Mesra Enjin Carian

Menerusi interview yang dijalan oleh Stephan Spencer bersama Matt Cutt, berkenaan panjang url yang mesra SEO.

Matt Cutt menyatakan bahawa, 3-5 perkataan adalah adalah normal.

Manfaat yang jelas dengan menggunakan URL yang pendek adalah potensi untuk rank tinggi pada kedudukan carian.

Teknik SEO ini untuk mengelakan URL kita dilabel spam oleh google

Dibawah ini pula adalah penjelasan penuh manfaat URL Pendek oleh Neil Patel.

  • Elakkan menggunakan URL bernombor seperti:

Common Settings: Plain: https://mazukiblog.com/?p=123

Common Settings: Day and Name: https://mazukiblog.com/2019/05/18/sample-post/

  • Yang terbaik dan disarankan adalah:

Common Settings: Post Name: https://mazukiblog.com/sample-post/

  • Cara setting permalinks untuk WordPress:

Settings >> Permalinks >> Common Settings (Pilih Post Name)

teknik url mesra seo


 

4. Menulis Meta Description

Meta description adalah snippet yang akan keluar pada enjin carian.

Dalam teknik seo, panjang meta description disarankan adalah pada 120 – 156 character (bukan patah perkataan yea!)

Pada Meta Description juga, disarankan untuk menulis kata kunci sasaran kita.

teknik seo on page meta description


 

5. Gunakan Sub Heading Dengan H2 Tag

Sebenarnya penggunaan Sub heading h2, h3, h4,h5, h6, dalam teknik seo tidaklah memberi kesan secara terus.

Penggunaan sub heading ini sebenarnya untuk memberi pembacaan yang lebih mudah dan tersusun.

Penulisan yang tersusun akan memberikan keselesaan kepada pembaca.

Apabila pembaca selesa dengan penulisan kita, secara teori akan lebih lama masa di website kita.

Jadi, secara tidak langsung akan memberi kebaikan kepada SEO page kita.

Kita ambil contoh apabila kita menulis artikel dengan lebih tersusun:

  • H1: Makanan-makanan Menarik Di Malaysia
    • H2: Terengganu
      • H3: Nasi Dagang
      • H3: Nasi Minyak
      • H3: Kerepok Lekor
    • H2: Kelantan
      • H3: Nasi Kak Wok
      • H3: Nasi Kerabu
      • H3: Nasi Air Dingin

Dengan ada struktur sebegini, ia nampak lebih tersusun dah mudah untuk dibaca.

Untuk dalam blog post, anda gunakan H2 dan H3 sahaja.


 

6. Teknik Untuk Kurangkan Bounce Rate Dengan Imej dan Video

Google menggunakan User Interaction Ranking Factor untuk rank kepada artikel anda.

Jadi untuk mengurangkan Bounce Rate dan tingkatkan masa diluangkan pada page kita, gambar dan video dapat membantu.

Untuk pelbagaikan jenis media ni.. akan ambil masa la untuk siapkan artikel.

Tapi akan memberikan kesan yang positif jika dilakukan dengan baik.

Orang Malaysiakan Malas Membaca.. Nitizen yang kata...

Mazuki Founder

 

7. Pastikan Kata Kunci Sasaran Berada Dalam 100pp Pertama

Disarankan oleh ramai pakar teknik SEO untuk letak kata kunci sasaran pada 0-150 patah perkataan yang pertama anda tulis.

Jangan sampai buat introduction meleret-leret sampai tak letak kata kunci sasaran kita.

Kalau pakai plugin seo untuk wordpress akan selalu diingatkan akan perkara ini.

Jadi anda ikut sahaja apa yang dia beritahu.

Pada biasanya saya akan letak terus pada ayat pertama atau ayat ke dua.


 

8. Gunakan Theme Website Yang Responsive (Mobile Friendly)

Responsive ni bermaksud theme tu akan berubah-rubah mengikut kesesuai.

Kalau pembaca menggunakan desktop akan dipaparkan deskstop view dan kalau mobile akan dipaparkan mobile view.

Kebanyakan theme pada masa kini telah menepati piawaian ini.

Lebih-lebih lagi jika premium theme.

Untuk mobile, boleh juga untuk install plugin AMP (Accelerate Mobile Page) yang diperkenalkan oleh google.

Berdesup peginya bila loading…


 

9. Gunakan Outbound Links

Zaman untuk kedekut memberi link keluar kepada website lain telah berakhir.

Google memberikan kredit kepada artikel yang anda tulis sebagai lebih dipercayai jika anda meletakan link rujukan.

Pastikan link keluar adalah kepada website yang memang boleh dipercayai. Mempunyai Domain Authority yang tinggi.

Apa yang lebih penting adalah page yang di link kan adalah yang berkaitan dengan topik anda tulis.


 

10. Pastikan Buat Internal Link

Contoh paling mudah untuk kita faham adalah website wikipedia.

Setiap page baru pasti akan di link pada page-page lain juga.

Tapi wikipedia mempunyai sangat banyak link pada page mereka.

Untuk blog sekecil kita, link pada artikel-artikel lama dalam 2-3 pada setiap posting baru sudah memadai.

Anda boleh link artikel lama kepada artikel baru.

Tapi boleh untuk selamat dan nampak relevan sila kemaskini dahulu artikel lama:

  • Tambah beberapa perenggan pada permulaan artikel untuk menerangkan kemaskini terbaru anda.
  • Tambah info terbaru atau kemaskini info yang lama
  • Buat link pada artikel lama kepada artikel yang terbaru
Cara Buat Link Building
Foto: Gotch SEO

Buat masa ini, saya folow structure internal link yang disediakan oleh Gotch SEO diatas.


 

11. Tingkatkan Proses Loading Website

Kepantasan untuk loading page sememangnya memainkan faktor penting dalam SEO.

Website yang mempunyai masa loading yang pantas akan diberi kelebihan oleh google.

Kenapa kepantasan loading website ini penting?

  • Kepantasan loading merupakan google ranking factor
  • Website yang load pantas mudah di crawl oleh google
  • Website yang mempunyai kepantasan mempunyai convertion rates yang tinggi
  • Mengurangkan bounce rate
  • Menyenangkan pembaca

Pembaca mungkin boleh menunggu loading selama 3 saat sahaja.

Lebih daripada itu, ada kebarangkalian untuk mereka klik back button.

Ini akan trigger kepada google.

Antara Punca Website Loading Perlahan

  • Penggunaan gambar yang saiz besar – jadi perlu resize image dulu sebelum upload – bawah 60kb disarankan
  • Hosting yang berkualiti rendah. Dah bayar murah servis pon kelaut la… Hati-hati kalau memilih yang murah
  • Tidak gunakan plugin untuk membantu optimumkan kelajuan website – boleh install jetpack pon ok.
  • Penggunaan theme yang tidak sesuai

Cara Nak Cek Kelajuan Website

  • Pingdom
  • GTMetrix
  • ThinkWithGoogle – Lebih kepada mobile loading

Akan dibincangkan lebih lanjut dalam topik Bagaimana Untuk Lajukan Website Anda

Aku sendiri pon belum betul-betul optimumkan kelajuan website ni...

Mazuki Founder

 

12. Pelbagaikan Kata Kunci Sinonim (LSI Keyword)

LSI adalah singkatan kepada Latent Semantic Indexing.

LSI ini adalah kata kunci yang berkait dengan kata kunci utama yang anda cuba sasarkan.

Ada sesetengah berangapan LSI ini adalah perkataan sinonim dan itu adalah kurang tepat.

Perkataan LSI kadang-kadang sinonim dan selalunya adalah perkataan yang dijumpai bersama.

Sebagai contoh:

If your page contains the words: ‘baked apples’, ‘red apple’, ‘green apple’, ‘apple nutrition’, ‘fuji apples’, ‘honeycrisp apple’, ‘eating apple’, your page is probably about apples, the fruit

If your page contains the words: ‘itunes’, ‘apple hulu’, ‘apple news’, ‘apple stores’, ‘apple iphone 5’, ‘apple new ipad’, ‘apple stock price’, ‘discount computers’, your page is most likely about apple computers

Google menggunakan LSI untuk menentukan page anda releven kepada topik apa melalui keyword density.

Malangnya keyword density ini banyak telah disalah guna sehingga menjadi SPAM keyword pada satu-satu laman.

Sehinggakan ia tidak lagi releven sepenuhnya kepada pencari info.

Jadi google menggunakan LSI ini sebagai konteks penuh untuk faham artikel yang kita tulis berkaitan apa.

Menurut Brian (backlinko.com), beliau tidak risau sangat tentang optimumkan penggunaan LSI dalam kontent beliau.

Kerana apa?

Kerana konten yang ditulis selalunya panjang. Konten panjang ni biasanya akan menambahkan kata kunci LSI secara natural.

LSI keyword untuk tips seo


 

13. Optimumkan Penggunaan Imej

Dalam satu konten paling kurang 1 gambar dimasukan dengan kata kunci sasaran anda.

Cara ini juga memboleh kan google lebih faham konten anda tulis tu mengenai apa.

Pastikan juga saiz fail gambar tidak terlalu besar. Selalunya maintain bawah 100kb (60kb kebawah adalah tebaik)

Saya gunakan www.tinypng.com untuk compress fail gambar. Ia percuma tapi kena buat manual setiap gambar.

Mazuki Founder

 

14. Butang Perkongsian Media Sosial

Jangan lupa masukan widget perkongsian sosial media.

Laman sosial media yang boleh memberi point kepada ranking adalah facebook, twitter dan Linkedin.

Selalunya butang share twitter dan facebook untuk laman bahasa melayu digunakan.


 

15. Buat Posting Konten Yang Panjang

Konten yang panjang ini membawa maksud memberi info yang lengkap kepada pembaca.

Beberapa tahun terdahulu, satu konten panjang 600-800 patah perkataan dah cukup untuk berada pada 1st page google.

Namun, apa kesan dan data yang google perolehi?

Apabila pembaca membuat carian, selalunya info yang dicari tidak lengkap pada 1 artikel.

Apabila persaingan pada sesetengah keyword ini bertambah, maka melebihkan artikel yang panjang untuk di rank  lebih tinggi.

Perlu diingat juga, konten yang panjang bukan sekadar panjang tapi penuh dengan informasi dan ditulis dengan baik.

Kerana selalunya artikel yang panjang ini memberikan infomasi yang lebih kepada pembaca.

Harus diingat, tujuan enjin carian google adalah memberikan informasi yang paling relevan kepada pembaca.

Foto Oleh: SerpIQ

Dalam banyak-banyak teknik seo, bahagian ini adalah yang perlu anda utamakan. Content is King.

Buat kualiti konten dahulu, kemudian kita perbaiki bahagian lain kemudiannya.


 

16. Tingkatkan Masa Pembacaan

Bukan mudah tapi boleh kita usahakan. Selalu buat latihan untuk menambah baik penulisan kita.

Antara tips yang dikongsi untuk meningkatkan masa pembacaan pelawat:

  • Penggunaan gambar berkait dengan topik
  • Menulis dengan struktur yang mudah dibaca
  • Penulisan tidak terlalu panjang pada satu-satu ayat
  • Beri informasi yang relevan dengan tajuk
  • Buat link kepada artikel lain yang berkaitan
  • Penggunaan Infographic

Kembali Ke Topik:

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online