7 Aplikasi Buat Duit Dengan Handphone

Di artikel kali ini, kami ingin berkongsi tentang cara buat duit dengan handphone yang anda boleh cuba.

Teknologi online kita semakin canggih.

Ia bahkan membolehkan kita menjana pendapatan sampingan.

Di sini kami, akan huraikan secara ringkas kepada anda.

Selebihnya adalah terpulang kepada anda untuk mendalaminya lebih lanjut.

Pada zaman kini tidak dinafikan lagi, bahawa manusia tidak dapat dipisahkan dari handphone mereka.

Bahkan kini, orang dapat menjana pendapatan hanya melalui aplikasi handphone sahaja.

Sebagai pengguna telefon bimbit ataupun smartphone, adakah anda tahu tentang kewujudan aplikasi yang boleh menghasilkan duit?

Menjana pendapatan menggunakan aplikasi handphone agak mudah berbanding menggunakan media sosial.

Bagi pengguna android, anda boleh mencari aplikasi ini di playstore bagi pengguna android.

Manakala, bagi pengguna IOS boleh cari di iTunes.

Memang banyak aplikasi yang membolehkan kita menjana pendapatan.

Tetapi anda kena bijak memilih dan memastikan yang mana satu aplikasi yang membayar anda.

Di sini saya akan kongsikan beberapa aplikasi yang dapat membantu anda untuk menjana pendapatan.  Berikut merupakan beberapa aplikasi yang sangat popular pada masa kini :-

5. Shopback

Ok, ni ringkasan paling senang faham untuk “buat duit” dengan ShopBack Malaysia:

Cara Buat Duit Dengan ShopBack (Ringkas & Padat)

1) Daftar & aktifkan Cashback sebelum beli
– Buat akaun di app/website ShopBack → pilih kedai (Shopee, Lazada, Klook, dll) → tekan “Shop Now/Activate” → teruskan pembelian macam biasa. Cashback akan “Pending” dulu, kemudian jadi “Confirmed” ikut tempoh kedai.

2) Guna “Refer & Earn” (paling laju kumpul)
– Ajak kawan daftar dengan link/kod referral anda. Bonus akan diberi bila kawan buat pembelian minimum yang ditetapkan (contoh: terkini memerlukan jumlah belian terkumpul dan isi detail withdrawal; ShopBack MY pernah tetapkan RM25 belian terkumpul). Status bonus akan “Pending” dulu, kemudian “Confirmed” bila syarat cukup.

3) Tarik duit masuk bank
– Minimum RM10 Confirmed Cashback untuk withdraw (bonus tak dikira). Had pengeluaran harian RM300. Pastikan detail bank betul supaya tak sangkut.

4) In-store & promosi “upsized”
– ShopBack ada ciri tebus/earn di kedai terpilih (in-store), dan selalu buat kempen “upsized cashback”. Tengok pengumuman/IG mereka untuk lokasi & tarikh.

Tips Penting Supaya Cashback “masuk”

  • Baca terma setiap kedai (contoh: kebanyakannya tak kira shipping/taxes dalam kiraan %). support.shopback.my
  • Aktifkan cashback dan selesaikan checkout dalam sesi yang sama (elak buka banyak tab/adblock, jangan tukar kod kupon luar yang tak disenaraikan ShopBack). support.shopback.my
  • Sabar: status dari Pending → Confirmed ambil masa ikut polisi merchant (normal untuk e-commerce/travel).

Flow ringkas (step-by-step)

  1. Daftar akaun ShopBack.
  2. Pilih kedai dalam app → tekan Shop Now/Activate.
  3. Checkout macam biasa.
  4. Bila transaksi direkod, cashback jadi Pending → tunggu Confirmed.
  5. Cukup RM10 Confirmed, Withdraw ke bank (had RM300/hari).

Bukti & Rujukan (sah dari sumber rasmi)


4. Apptrailes

Anda seorang yang gemar mencuba aplikasi yang baru, Apptrailes ini adalah sangat sesuai untuk anda.

Melalui apps ini anda dapat ganjaran anda hanya dengan melihat video – video yang disediakan. Kenapa saya mengatakan bahawa apps ini sangat sesuai untuk anda?

Hal ini kerana kebanyakkan video yang pengiklanan tersebut untuk aplikasi yang baru.

Tugas anda hanya meluangkan masa untuk beberapa ketika untuk menonton video tersebut.

Lagipun video yang ditawarkan tidak membosankan anda malah sangat menarik.

Selain itu juga, anda dapat ganjaran tambahan dengan cara berkongsi video yang menarik dan mendapatkan likes.

Untuk aplikasi ini, ganjaran yang diberikan dalam Point dan bentuk wang.

Anda boleh menggunakan point yang terkumpul itu untuk membuat pembelian secara online di website terkemuka seperti Sephora dan Amazon.

Sekiranya anda memerlukan dalam bentuk wang tunai, anda masukkan point tersebut dalam akaun paypal anda.

Pastikan akaun paypal anda sah ya dan kuota internet telefon bimbit anda cukup. Kuota yang diperlukan untuk aplikasi ini sangat banyak.

Jadi disini saya sarankan anda untuk pergi ke tempat yang ada wiFi.

Sekiranya anda melanggan internet unlimited, itu satu bonus bagi anda.

3. Earn Money

Kelebihan utama aplikasi Earn Money ini adalah, aplikasi ini boleh digunakan secara percuma.

Selain itu, penggunaan aplikasi ini sangat mudah dan santai sahaja.

Ianya sangat sesuai untuk seseorang yang suka melayari internet tanpa mengira masa.

Aplikasi ini memberi anda ganjaran ataupun bayaran dengan membuat beberapa aktiviti.

Antaranya ialah mendaftar di laman web, mencuba aplikasi yang baru, melakukan sedikit kaji selidik dan banyak lagi.

Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang tinggi, terdapat juga aktivit Premium yang memerlukan modal anda.

Akan tetapi hal ini, saya tidak berapa galakkan untuk anda kerana motif saya adalah untuk mendapat ganjaran tanpa modal.

Bagaimana sistem bayaran aplikasi Earn money ini?

Okay..setiap aktiviti yang berjaya dilakukan anda akan mendapat poin sebanyak 15 poin, 24 point dan seterusnya.

Sekiranya anda dapat sehingga 100 point, anda akan mendapat 1 usd bersamaan RM 4.50.

Sekiranya banyak aktiviti yang lakukan sehingga berjaya, maka makin banyaklah point yang anda dapat. Yang paling seronoknya, anda akan dapat ganjaran dalam masa 24 jam.

Jadi anda tidak perlu menunggu beberapa hari ya. seperti biasa akaun paypal adalah sangat – sangat diperlukan.

2. Foap

Sekiranya anda gemar mengambil gambar menggunakan telefon bimbit anda, aplikasi Foap ini sangat sesuai untuk anda. Hal ini kerana kemungkinan gambar yang anda ambil itu bernilai.

Foap ini merupakan orang tengah untuk kita menjual photo.

Foap juga menjadi sumber utama pembekal gambar kepada syarikat – syarikat yang terkenal seperti Volvo Group.

Bagaimana caranya ialah install aplikasi Foap di telefon bimbit anda?

Lengkapkan profile anda dan upload gambar-gambar yang menarik sambil menjana duit sampingan.

Setiap gambar yang berjaya dijual, anda akan mendapat USD 5 (Rm ~20). Selain itu juga gambar tersebut dapat dijual lebih dari sekali dan tanpa batasan.

Bacaan Lanjut: Ringkasan Buat Duit Dengan FOAP

1. Tap Cash Rewards

Bagi anda yang minat dalam bermain game di telefon pintar anda, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda.

Pastikan anda mempunyai storage dan kuota yang banyak.

Hal ini kerana untuk menggunakan aplikasi ini ada memuat turun aplikasi dan permainan tersebut secara percuma yang telah disediakan.

Anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk wang melalui Paypal ataupun Baucar hadiah.

Untuk mendapat mata ganjaran harian, anda perlu mendaftar sebagai VIP dimana memerlukan menggunakan akaun facebook anda dangan Tap Cash Rewards.


Menjual Barang atau Produk Anda

Adakah anda pernah mendengar cara membuat duit di telefon bimbit atau menjana pendapatan tambahan hanya di hujung jari?

Sebagai seorang peniaga, anda juga perlu lebih memanfaatkan telefon anda. Contohnya menjalankan aktiviti perniagaan anda.

Dengan adanya telefon anda, anda dapat membuat urusan jual beli produk anda.

Sekiranya anda baru berjinak dalam bidang perniagaan dan tidak tahu menggunakan e-commerce,  anda dapat menggunakan aplikasi Ijual atau shopee.

Aplikasi ini mampu membantu anda melakukan jualan lebih efektif. Fungsi utama aplikasi ini ialah :-

  • Terima bayaran atas talian (online)
  • Dapatkan notifikasi pembayaran
  • Muat naik gambar produk dengan lebih mudah
  • Memudahkan pengurusan inventori
  • Muat turun data serta laporan jualan
  • Menyediakan analisa jualan dan pesanan
  • Penghasilan dan penghantaran resit secara automatik
  • Tetapan dan jejak penghantaran anda kepada pelanggan

Buat Duit Dengan Media Sosial – Hanya Menggunakan Handphone

6. Menjadi Youtuber dengan Applikasi Youtube

Pasti anda sering mendengar desas desus tentang menjana pendapatan tanpa modal.

Terdapat beberapa cara  yang dapat anda guna.

Sama ada melalui media sosial, youtube mahupun aplikasi telefon.

Sekiranya anda seorang yang mahir dalam penyuntingan video, menggunakan youtube adalah cara terbaik bagi anda.

Anda dapat pendapatan tersebut dari Iklan Adsense, review produk, vlogging, tutorial masakan, menjual produk sendiri dan banyak lagi.

Apa itu iklan adsense?

Iklan adsense ini adalah kita terpaksa melihat iklan tersebut sebelum menonton video tersebut.

Sudah pasti anda perasan akan hal demikian bukan? Jadi anda boleh mencuba menambah sedikit income anda.

Kupasan Lanjut: Cara Youtuber Malaysia Buat Duit

7. Menjadi Instafamous Dengan Applikasi Instagram

Melalui media sosial, anda juga boleh membuat pendapatan tambahan.

Anda pernah mendengar instafamous, media sosial influencer?

Kedua dua ini hampir sama tetapi berbeza.

Instafamous hanya menggunakan Instagram sahaja manakala media social influencer adalah untuk semua media.

Tugas media influencer ini adalah anda perlu mengetahui atau mendapat tahu sesuatu perkara dan memviralkan perkara tersebut.

Saya tidak berapa menggalakkan anda menggunakan cari ini ya.

Kupasan Lanjut: Buat Duit Dengan Instagram


Kesimpulan

Tidak dinafikan lagi penggunaan telefon bimbit merupakan sebahagian daripada komponen penting untuk menyelesaikan urusan harian kita.

Sekali-sekala, anda bolehlah mencuba mengambil peluang untuk buat duit dengan handphone anda sebagai pendapatan tambahan tanpa modal.

Baca Lagi: 50 Website Buat Duit Boleh Rakyat Malaysia Sertai

You might also like
2 Comments
  1. Syam says

    Admin boleh add 4 lagi app ni dekat list ni. I dah cuba dia memang bayar. Still guna sekarang.

    1. Current
    2. isharefans
    3. LikeShare
    4. Cashzine

    Yang app first tu I dah dapat RM160, yang no.2 dan no.3 dah dibayar RM100, yang no.4 dah dapat RM31

  2. naa says

    kenapa apptrailers takda kat apps store ya?

Leave A Reply

Your email address will not be published.