Berniaga Pasar Malam – Ini Tips & Panduan Untuk Bermula

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Siapa sangka berniaga pasar malam sebenarnya merupakan perniagaan yang paling untung, mudah dan senang untuk menjana pendapatan.

Mana tidaknya, orang yang berkunjung ke pasar malam boleh jadi pembeli yang sememangnya ingin mencari makanan.

Ada yang berjalan-jalan untuk melihat-lihat apa yang menarik serta ada sahaja singgah sebentar menemani kawan-kawan.

Akhirnya mereka juga turut berminat untuk membeli apabila tertarik melihat apa yang dijual di situ.

Bagi memulakan perniagaan pasar malam, anda tidak memerlukan modal yang besar.

Lagi: 27 Perniagaan Modal Rendah

Cukuplah menyediakan keperluan untuk siapkan tempat dan produk sahaja.

Selalunya, keuntungan berniaga pasar malam ini boleh mencecah margin 100% sehingga 200% berdasarkan modal dan harga produk yang anda letakkan.

Namun, ia bergantung kepada jenis perniagaan juga seperti pakaian, makanan, aksesori, beg, kasut dan sebagainya.

Panduan Berniaga Di Pasar Malam

Terdapat beberapa bahagian yang perlu difahami sekiranya anda ingin mula berniaga di pasar malam.

Jom lihat antara panduan berniaga pasar malam dari awal bermula sehinggalah anda berjaya berniaga pasar malam secara konsisten dan menjana keuntungan yang luar biasa.

  1. Idea Perniagaan Dan Produk
  2. Pemilihan Tapak Dan Lokasi Pasar Malam
  3. Cara Memohon Tapak Pasar Malam
  4. Kelengkapan Barang Untuk Mula Berniaga
  5. Cara Tarik Pelanggan Ke Gerai
  6. Cara Letak Harga Jualan (keuntungan Dan Persaingan)
  7. Cara Buat Pelanggan Setia Membeli Di Gerai

1. Cadangan Idea Untuk Perniagaan Di Pasar Malam

Ramai yang kekeringan idea untuk apa yang nak diniagakan di pasar malam.

Untuk pengetahuan anda, idea produk jualan di pasar malam yang paling laku keras adalah makanan.

Sememangnya pasar malam dikenali dengan pasar yang penuh dengan jualan makanan.

Selainnya, produk seperti pakaian, tudung, bahan mentah serta barangan lain juga turut dijual di pasar malam.

Berikut adalah senarai idea perniagaan pasar malam yang boleh anda pilih mengikut kepakaran, kesesuaian dan keinginan anda.

Buat pilihan yang bijak kerana perniagaan di pasar malam ini bakal jadi perniagaan utama dalam jangka masa panjang bagi anda.

Tak mustahil, ia boleh jadi sebuah perniagaan yang diwarisi keturunan anda.

Jenis Produk Dan Perniagaan Pasar Malam

Terdapat pelbagai barangan yang dijual di pasar malam.

Pada hari ini, pasar malam juga kadang-kadang sudah seperti pasar tani atau pasar pagi kerana barangan basah juga ada yang dijual di pasar malam.

  • Produk Jenis Makanan

  1. Nasi lemak
  2. Nasi goreng / Mee goreng / Maggi goreng
  3. Martabak / Roti john / Burger
  4. Keropok lekor (Basah dan goreng)
  5. Apam balik
  6. Takoyaki
  7. Ayam goreng / Ayam potong
  8. Nugget dan makanan goreng
  9. Air minuman / Air balang
  10. Coconut Shake / Ais krim
  11. Yong Tau Fu
  12. Chicken chop, lamb chop dan makanan western
  13. Buah-buahan dan sayur-sayuran
  14. Produk makanan laut
  15. Produk makanan sejuk beku
  16. Kuih-muih tradisional dan kek
  17. Masakan panas dan lauk-pauk
  18. Nasi kerabu / Nasi Dagang

Lagi 18 Idea Perniagaan Makanan

  • Produk Jenis Barangan

  1. Barang mainan kanak-kanak
  2. Aksesori hiasan wanita
  3. Pakaian dan tudung
  4. Beg dan kasut
  5. Barangan bundle
  6. Alat elektronik
  7. Perkakas memasak
  8. Barang RM 1
  9. Perniagaan Dari Pembekal (jenis produk yang dibekalkan)

Pilih produk yang anda ingin jual di pasar malam.

Pastinya stok mencukupi dan anda mampu untuk menyediakannya dengan mudah.

Setelah mempunyai produk pilihan untuk dijual, perkara penting seterusnya adalah memikirkan tapak jualan.


2. Pemilihan Tapak Dan Lokasi Pasar Malam

Lokasi pasar malam sangat penting dalam menentukan hasil perniagaan anda kerana kawasan yang strategi dan ramai orang akan memberi kesan kepada jualan.

Kawasan strategi bermaksud, ia tidak jauh dari penempatan atau kawasan rumah.

Selain itu, jarak lokasi pasar malam juga perlu dilihat sama ada jauh atau dekat dari tempat tinggal anda.

Kos pengangkutan juga perlu dikira sebagai modal atau komitmen.

Tapak pasar malam selalunya adalah di daerah yang berbeza dan anda boleh mengambil tapak lebih dari satu.

Sebab itulah ramai yang kata berniaga pasar malam masyuk,

selain dari ramai pembeli,

seminggu anda boleh berniaga selama beberapa malam di lokasi pasar malam yang berbeza.

Tidak terkecuali, keadaan orang sekeliling juga perlu dititik beratkan dimana sikap penganjur,

peniaga dan sambutan pengunjung juga sangat penting.

Barulah dapat elakkan masalah yang tidak diingini berlaku.


3. Cara Memohon Tapak Pasar Malam

Setiap kawasan, mungkin cara berlainan untuk memohon tapak.

Paling penting adalah anda tahu penganjur untuk pasar malam yang anda ingin memohon.

Sesetengah tempat juga, mereka limitkan peniaga yang memjual barangan yang sama.

  • Daftar Di Majlis Perbandaran

Cara memohon tapak pasar malam tidak sukar,

anda cuma perlu mendaftar di Majlis Perbandaran sahaja untuk mendapatkan lesen pasar malam.

Namun, terdapat prosedur yang perlu anda ikuti seperti menghadiri temuduga pada tarikh ia dibuka,

tak perlu memohon tetapi boleh terus hadiri.

  • Tanya Kepada AJK Kampung

Selain itu, ada juga tapak pasar malam yang berada di bawah kawalan AJK Kampung dimana anda perlu memohon dari AJK Kampung sahaja.

Mudah bukan?

Jika tidak kenal atau tidak tahu caranya,

anda boleh tanya kepada peniaga pasar malam yang anda kenal atau yang lain.

  • Bertanya Kepada Penganjur

Penganjur pasar malam pasti akan datang ke pasar malam untuk menguruskan hal-hal sewa tapak dan lain-lain.

Ambil kesempatan untuk berjumpa dengan mereka dan berbincang.

Anda bukan sahaja boleh memohon untuk mendaftar tapak pasar malam tetapi boleh lakukan kajian selidik berkaitan pelanggan dan lain-lain juga.

Namun, ada sesetengah penganjur yang kurang membantu, ia adalah cabaran buat anda!


4. Kelengkapan Dan Barang Niaga Yang Diperlukan

Barangan keperluan dan kelengkapan sebelum mula berniaga pasar malam adalah seperti lampu,

generator elektrik, khemah, meja dan kerusi.

Barang keperluan ini boleh dibeli secara prelove atau barangan terpakai jika anda ingin kurangkan kos keperluan.

Selain itu, keperluan memasak seperti dapur,

pembungkus makanan juga wajib disediakan oleh anda.

Pastikan ia mencukupi, jika tidak maka terpaksalah membeli dari peniaga lain yang menjualnya pula.


5. Cara Letak Harga Jualan Dan Teknik Bina Keuntungan

Terdapat teknik yang sesuai dalam menentukan harga jualan supaya anda tidak tersilap urus kos.

Pertama sekali, perlulah anda kenal pasti dengan jelas berapakah harga kos modal yang diperlukan dan margin keuntungan yang anda mahukan.

  • Harga Jualan Mengikut Margin

Sekiranya harga jualan yang diletakkan mengikut margin keuntungan yang anda tentukan sendiri,

anda tak perlu risau kepada pesaing.

Harga jualan haruslah merangkumi kos modal, kos pengeluaran, kos pembungkusan dan margin keuntungan yang diingini.

Sebaliknya, tambah nilai produk anda dengan lebih baik lagi, orang tetap akan membeli.

  • Harga Jualan Mengikut Purata Harga Pesaing

Jika terdapat pesaing di sekeliling anda iaitu digerai-gerai lain menjual produk yang sama.

Anda boleh letakkan harga jualan dengan harga purata.

Sebagai contoh, individu A,B,C menjual produk yang sama, anda cuma perlu kira purata harga jualan ketiga-tiganya dan anda boleh jual produk anda menggunakan harga purata jualan mereka.

  • Teknik Bina Keuntungan

Bagi mendapatkan keuntungan yang lebih banyak,

anda boleh kurangkan kos pengeluaran atau modal keseluruhan.

Jika anda dapat kurangkan kos,

pasti keuntungan menjadi lebih banyak apatah lagi jika anda dapat memaksimumkan jumlah jualan anda.

Sekiranya anda ingin memaksimumkan keuntungan,

mendapatkan stok produk secara borong atau banyak membolehkan anda menerima harga yang lebih rendah dari pembekal.

Anda juga boleh mencari pembekal yang lebih murah untuk menjimatkan kos.

JANGAN Buang harga. Buang harga hanya merugikan semua pihak. Tidak memberi manfaat untuk jangka masa panjang.

6. Cara Tarik Pelanggan Ke Gerai Pasar Malam

Setiap orang yang lalu di hadapan gerai anda adalah prospek anda.

Mereka akan melihat gerai, makanan atau apa sahaja yang ada di gerai anda.

Terdapat beberapa cara untuk tarik pelanggan singgah dan beli produk anda.

  • Sikap Mesra Dengan Pelanggan

Berniaga pasar malam memerlukan anda menjadi seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang.

Bila kita mula tegur orang, orang akan beri perhatian pada kita,

tengok barang kita ataupun mula beli dengan kita.

  • Persembahan Produk

Keadaan produk seperti makanan, barangan atau apa sahaja yang kita jual perlulah dilihat elok, kemas dan menarik.

Barulah orang rasa seronok nak singgah tengok.

Kalau tempat kita kotor,

susunan barang dan gaya produk pun tak menarik,

belum tentu orang singgah apatah lagi beli.

  • Bahan Marketing

Banner atau poster adalah cara terbaik untuk buat orang nampak bisnes kita dengan mudah.

Tak semua pelanggan akan lihat makanan yang kita jual secara dekat,

semuanya akan lalu sahaja di depan kedai kita.

Tapi mereka akan datang lihat dan terus beli jika ternampak banner yang terpapar gambar makanan meliurkan dan berselera.

Mengikut kajian, manusia membeli 80% kerana emosi.

  • Suara Lantang Dan Tarik Perhatian

Perasan tak, ramai abang-abang di pasar malam menarik perhatian pelanggan dengan memanggil-manggil adik, abang, makcik dan semuanya untuk singgah di gerai mereka.

Dengan suara lantang juga, orang akan tertarik untuk berhenti dan lihat.

Perasaan malu harus dibuang jauh dan perlu lebih berani untuk menarik perhatian ramai.

Paling mudah, pasang rakaman tape suara yang mempromosi atau memanggil ramai orang untuk melawat kedai anda.

Pastikan mesej tersebut menarik dan membuatkan orang terhibur.

  • Pengaruh Nama Artis

Kelebihan buat anda jika produk anda pernah diguna oleh artis,

anda boleh paparkan poster atau gambar mereka telah cuba, testimoni atau review yang telah dilakukan.

Jika anda sendiri menjual produk artis, selalunya bercakap atau paparkan nama artis beserta barangan anda.

Sebagai contoh, Tudung Ikin RM 10 yang pernah dipopularkan oleh Ikin,

isteri Mawi AF 3 ini membuatkan orang teringin nak tengok-tengok

dan akhirnya membeli di kedai anda.

Penting untuk anda pengaruhi mereka dengan nama artis jika ia berkaitan.


7. Cara Buat Pelanggan Beli Berkali-Kali

Repeat customer atau pelanggan beli berkali-kali akan menyebabkan bisnes anda naik dengan cepat.

Tapi bagaimana nak buat pelanggan beli berkali-kali?

Cara paling mudah adalah anda boleh berikan mereka flyers setiap kali mereka beli dengan anda.

Di flyers, jangan lupa tuliskan anda berada di pasar malam daerah mana dan pada hari apa.

Mudah untuk mereka cari anda.

Letakkan juga laman media sosial anda untuk engage secara online bersama pelanggan anda.

Selain itu, jangan berat mulut untuk ucapkan terima kasih

atau berikan nilai yang lebih supaya mereka pilih anda juga pada masa yang akan datang.

Jika makanan anda sedap,

produk berkualiti atau layanan yang sangat-sangat baik,

pelanggan pasti akan suka, datang dan beli lagi.

Walaupun berniaga di pasar malam, pemasaran online tetap perlu dilakukan untuk mendapatkan pelanggan berterusan ke tapak jualan kita.



Walaupun berniaga di pasar malam bukanlah seperti bisnes online tetapi jika ditambah dengan melakukan pemasaran online adalah sangat bagus.

Ia boleh membuatkan pelanggan tercari-cari tapak jualan anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online