16 Idea Perniagaan Makanan Yang Laris Dan Tips Untuk Bermula

Tahukah anda, apakah perniagaan makanan yang laris abad ini?

Perasan atau tidak, industri makanan adalah bidang yang mudah untuk diceburi terutamanya bagi mereka yang berminat dengan makanan dan memasak.

Namun, harus semua tahu bahawa perniagaan makanan adalah suatu perniagaan yang mempunyai margin keuntungan yang rendah tetapi mendapat permintaan yang amat tinggi.

Pelbagai jenis makanan sama ada makanan tradisional, western, minuman, pemanis mulut dan macam-macam lagi pastinya amat laris jika dijual di laman sosial.

Maklumlah, kebanyakan makanan zaman sekarang boleh didapatkan secara online sahaja.

Jom lihat 16 idea perniagaan makanan yang laris dan cara-cara memulakan perniagaan tersebut.

Mungkin ada di antara anda yang tercari-cari peluang perniagaan online dan mudah buat duit.

1. Air Balang

Perniagaan air balang boleh dikategorikan sebagai perniagaan makanan yang laris kerana ke mana pun anda pergi, pastinya air minuman adalah tumpuan utama pelanggan.

Anda boleh menjual air balang secara kreatif iaitu menggunakan bekas plastik yang pelbagai saiz dan bentuk.

Menu air balang yang menarik adalah seperti air milo tabur, sirap selasih dan banyak lagi.


2. Buah Potong

Buah Potong merupakan antara perniagaan makanan yang menjadi pilihan ramai kerana permintaannya yang tinggi.

Modalnya juga tidak besar, tetapi keuntungannya amat berbaloi.

Selalunya ada yang menjual buah potong dalam harga RM 1 sehingga RM 4.50 bergantung kepada bekas saiz.

Memandangkan buah adalah makanan berkhasiat dan segar dimakan pada siang hari, pastinya ia mendapat banyak permintaan.


3. Aneka Kek

Lihat sahaja iklan di facebook, pelbagai jenis kek yang unik dan menyelerakan boleh anda dapatkan.

Selalunya, aneka kek akan menjadi tumpuan bagi peminat kek, mereka yang ingin mengadakan majlis hari jadi serta lain-lain acara.

Bakat membuat kek tidak ramai yang ada, tetapi tak salah anda ikuti kursus bakeri jika betul-betul ingin berkecimpung dalam perniagaan makanan ini.


4. Brownies, Cream Puff Dan Kuih-Muih

Selain kek, perniagaan makanan berkonsepkan pemanis mulut adalah seperti brownies, cream puff dan juga kuih-muih.

Jelas terbukti dalam rancangan Wanita Hari Ini (TV3) dimana mereka telah menjemput usahawan wanita dari bidang bakeri yang telah berjaya dalam perniagaan kuih-muih sebegini.

Brownies dan Cream Puff adalah menu manisan yang menjadi kegemaran ramai.


5. Cheese Kek Dan Cheese Kut

Dahulunya, Cheese Kek dan Cheese Kut amat terkenal sebagai menu makanan yang dikatakan perniagaan makanan yang laris. Ianya adalah kek atau biskut yang berasaskan cheese untuk anda cuba.

Rupanya ramai peminat cheese yang terdiri daripada wanita dan lelaki. Apa lagi, apa kata anda explore bagaimana cara untuk berniaga cheese kek dan cheese kut yang amat sedap!


6. Makanan Sejuk Beku

Ramai yang tidak tahu bahawa makanan sejuk beku adalah salah satu perniagaan mempunyai permintaan tinggi dan risiko kerugian yang rendah.

Tidak menjadi masalah jika seharian tidak laku kerana ia tidak akan rosak selagi belum dimasak.

Antara makanan sejuk beku yang popular adalah karipap frozen, dim sum frozen, roti canai frozen, pau frozen, popia frozen dan lain-lain lagi.


7. Sandwich, Bun Dan Roti Homemade

Pada tahun 2019, menjual sandwich sahaja pun membolehkan anda menjadi puluhan ribu ringgit.

Ia telah dibukti oleh seorang surirumah iaitu Puan Helwa Natasha yang telah mengasaskan Garsa Kitchen dan menjual sandwich.

Bermula dari rumah ke rumah, akhirnya perniagaan tersebut berkembang selari dengan permintaan pelanggan.

Kini, sandwich, bun dan roti homemade adalah perniagaan makanan yang laris memandangkan terdapat banyak sasaran pelanggan sesuai di Malaysia.


8. Lunch Box Atau Makanan Tengahari (Food Delivery)

Bagi menjimatkan masa dan tenaga, ramai yang lebih sukakan food delivery berbanding perlu ke restoran atau kedai makan setiap kali waktu rehat.

Bisnes makanan yang melibatkan penghantaran makanan ketika makan tengahari adalah lunch box.

Contoh lunch box yang sangat laris adalah set nasi berlauk, masakan panas seperti nasi ayam, nasi briyani, nasi kerabu dan lain-lain lagi.

Anda boleh mencontohi perniagaan franchise yang lain seperti McD, KFC dan sebagainya dari segi penghantaran makanan.

Namun tidak salah jika menu makanan tengahari adalah berdasarkan citarasa anda dan pelanggan.


9. Kuih Raya Dan Biskut

Dengan hanya menjadi ejen jualan kuih raya, anda mampu mencapai keuntungan 4 angka.

Ini kisah benar!

Perniagaan makanan yang laris kini adalah kuih raya dan biskut.

Walaupun belum hampir raya, berniaga kuih raya dan biskut sudah menjadi fenomena zaman moden ini.

Ramai yang meminati dan sanggup membeli Cookies, Tart Nenas, Tart Cadbury, Oreo Chrunchy dan banyak lagi biskut tidak kira masa dan tempat.


10. Makanan Kesihatan Dan Diet

Biarpun anda boleh sediakan makanan diet sendiri, tetapi tidak ramai yang mempunyai masa untuk membeli barang dapur dan menyediakan.

Malah, bahan-bahan yang diperlukan juga sukar didapati seperti daun parsley, avocado dan banyak lagi.

Makanan kesihatan dan diet adalah seperti garlic dan pegaga crunchy, chicken salad, salad buah yogurt, salmon serta banyak lagi makanan yang mengandungi protein.

Anda boleh membuat perbandingan dahulu untuk produk makanan kesihatan pilihan ramai.


11. Makanan Berpantang

Sudah menjadi trending setiap bulan, ada sahaja orang mencari penjual bagi makanan pantang terutamanya makanan tengahari, lauk-pauk untuk orang berpantang.

Ia adalah sebuah perniagaan yang juga mendapat permintaan dengan adanya set makanan harian termasuklah nasi, lauk-pauk, buah dan air seperti air kurma dan longan.

Related Posts
1 of 4

Anda juga boleh fokus kepada tempahan secara bulanan atau mingguan.


12. Chocojar Dan Coklat

Idea bisnes makanan yang mendapat sambutan adalah Chocojar dan Coklat.

Memandangkan terdapat ramai penggemar coklat di dunia, ia adalah perniagaan terbaik untuk anda mulakan.

Untuk pengetahuan anda, chocojar juga mempunyai pelbagai menu seperti topping coklat kitkat, bueno, oreo, almond dan lain-lain lagi.

Harganya juga tidak terlalu murah dan tidak terlalu ramai, pasti ramai akan membelinya. Keuntungan anda juga sangat berbaloi!


13. Jus Buah Asli Dan Segar

Jika air balang menjadi salah satu bisnes kecil yang laris, tidak kurangnya dengan jus buah asli dan segar.

Ramai orang lebih memilih untuk minum jus buah segar dan asli kerana ia adalah 100% buah-buahan segar yang dikisar.

Khasiatnya lebih tinggi berbanding air minuman yang lain.

Boleh dikatakan, ia juga adalah perniagaan makanan yang mendapat permintaan tinggi.


14. Pekasam Frozen

Lain daripada yang lain, jika anda pandai jenamakannya, pastinya perniagaan ini akan dikenali ramai dan viral. Siapa yang tak sukakan pekasam?

Rata-rata setiap rumah yang berkeluarga pastinya inginkan pekasam frozen di dalam peti ais rumah.

Terutamanya golongan ibu-ibu yang bekerjaya atau yang selalu masak di rumah, pekasam menjadi penyelamat apabila tiada barang makanan basah di dapur.

15. Ayam Goreng Korean Spicy

Dahulu, jika kita ke kafe-kafe besar, ayam goreng korean spicy adalah menu sampingan boleh anda dapatkan.

Kini, restoran-restoran biasa turut menyajikannya, malah ada juga yang menjual menu ini dari rumah ke rumah ataupun secara online sahaja.

Ia bukan sahaja mendapat permintaan ramai, tetapi merupakan perniagaan makanan yang laris zaman ini.

Menunya tidak terlalu berat dan mengenyangkan, tetapi cukup rasa dan sangat menyelerakan.

16. Sambal Bilis Serbaguna

Pernahkah anda mendengar makanan sambal ikan bilis serbaguna?

Memang serbaguna kerana anda boleh makan begitu sahaja bersama roti, nasi, nasi impit dan lain-lain lagi.

Nak bawa travel pun tiada masalah.


Peluang perniagaan ini amat besar dimana anda boleh meletakkan di supermarket, kiosk, kedai-kedai di hospital, sekolah, butik dan banyak lagi.

Bermaksud, anda boleh menggunakan konsep vendor bagi perniagaan makanan ini.

Menarik bukan?

Itulah dia 16 idea perniagaan untuk makanan yang boleh anda ceburi.

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan sekiranya anda serius ingin menjadi seorang peniaga makanan.

Berikut adalah tips atau cara berkecimpung dalam bisnes makanan&minuman harus anda tahu.


Tips Berkecimpung Dalam Perniagaan Makanan

#1 Pilihan Produk Makanan

Pilih produk makanan mengikut kemampuan dan kepakaran anda.

Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya masalah di kemudian hari dari segi kualiti produk dan sebagainya.

Jika anda pakar dalam pembuatan kek, ia sesuai untuk anda.

Jika tidak, pergilah ke kelas terlebih dahulu atau pilihkan produk makanan yang lebih anda pakar.

#2 Daftar SSM

Seperti biasa, SSM penting dalam apa jua perniagaan yang anda lakukan.

Anda juga perlu mendaftar perniagaan makanan yang ingin anda tubuhkan.

Bolehlah anda pasarkan produk anda tanpa risau dan ragu-ragu lagi.

#3 Suntikan Thyroid

Ramai peniaga makanan yang terlepas pandang akan hal ini. Sebenarnya, ia amat penting dalam sesebuah perniagaan makanan.

Secara umumnya, suntikan thyroid juga adalah lesen yang diperlukan oleh anda suatu hari nanti sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan makanan anda bersama food distributor yang lain.

#4 Penuhi Akta Pemakanan 1983

Rajin-rajinkan membaca Akta Pemakanan 1983 sebagai maklumat tambahan untuk meningkatkan nilai produk dan perniagaan anda.

Perniagaan makanan haruslah selaras dengan perlabelan dan pembungkusan seperti tertakluk di dalam akta tersebut untuk mengelakkan terjadinya masalah yang tidak diingini.

#5 Sediakan Dapur Masak Atau Tempat Penyedia Makanan

Workstation adalah perkara yang paling penting untuk memulakan sesuatu kerja. Begitu juga jika anda ingin melakukan perniagaan makanan ini.

Pastikan anda mempunyai dapur atau tempat menyediakan makanan untuk jualan, yang pasti suasananya harus bersih dan teratur walaupun hanya di rumah.

Mana tahu, akan ada lawatan suatu masa nanti. Namun, kebersihan adalah perkara utama yang harus dititik beratkan oleh semua peniaga.

#6 Kuasai Asas Pemasaran

Jangan terlalu berada di zon yang selesa.

Biarpun anda berniaga produk makanan yang laris, tetapi sekiranya pemasaran tidak dikuasai sepenuhnya, ia akan menjadi faktor runtuhnya sesebuah empayar perniagaan itu.

Oleh itu, pentingnya untuk anda bertindak dan menguasai strategi pemasaran yang sebenar.


Ketahuilah bahawa perniagaan makanan pasti memberi keuntungan kepada anda, tetapi ia dipengaruhi oleh pengurusan dan pemasaran sesebuah perniagaan tersebut.

Jika perniagaan anda mula mendapat kepercayaan pelanggan, bisnes anda berpeluang besar untuk menjana dari puluhan ringgit sehinggalah 6 angka.

Ia tidak mustahil selagi anda mempunyai objektif dan kemahuan!

*Tiada modal tetapi berminat dengan berniaga online? Teruskan dengan tips perniagaan online tanpa modal

Jika anda suka artikel sebegini, boleh join kami di Youtube Channel. Selain itu, boleh juga sertai kami di Telegram dan Facebook

You might also like
Stay Updated
Get daily articles in your inbox for free.
You can unsubscribe at any time

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Kami akan hantar terus ke emel anda - tips terbaru yang kami kemaskini.

You have Successfully Subscribed!