3 Usahawan Berjaya Dunia – Apa yang Kita Boleh Belajar Dari Mereka?

Jika kita senaraikan semua usahawan berjaya di Malaysia, pasti jumlahnya terlalu ramai tak terkira.

Semuanya berlainan bidang, berlainan produk, tetapi kemungkinan hasilnya sama iaitu ada yang masih lagi berjuang, malah ada pula yang telah bergelar jutawan.

Berbeza dari segi pendapat orang ramai, kejayaan dalam perniagaan mempunyai maksud yang sangat subjektif dan mendalam.

Pastikan anda mempunyai prinsip, visi dan misi dalam setiap perniagaan yang dijalankan. Barulah mudah menjadi usahawan berjaya!

“Orang yang kaya yang mempunyai jutaan wang dan harta”

“Orang yang memiliki aset dan keuntungan perniagaan terbanyak setiap tahun”

“Orang yang memiliki syarikat yang dikenali ramai, viral dan lebih banyak menaja”

“Orang yang mampu menggajikan ramai pekerja dan menjadikan orang lain berjaya sepertinya”

Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada usahawan berjaya ini terutamanya dari segi pengurusan diri, kehidupan dan perniagaan mereka.

Tidak kurang juga, kisah-kisah lalu mereka akan memberi inspirasi buat anda yang baru ingin berkecimpung dalam perniagaan.

Sama ada usahawan tempatan mahupun luar negara, jelas bahawa mereka adalah inspirasi dan pembakar semangat untuk kita berjaya.

Jom lihat apa yang kita boleh belajar dari usahawan berjaya berikut:

Bill Gates

Usahawan Berjaya Bill GatesSudah tentu anda sering mendengar nama ini dalam dunia perniagaan bukan?

Bill Gates adalah pengasas Microsoft yang juga dikatakan orang terkaya di dunia memiliki aset bernilai USD$58.0 Billion pada tahun 2008.

Terbaru pada tahun 2019 pula, kekayaan usahawan berjaya ini telah mencapai kira-kira 100 Million Dollar A.S.

1/ Minat, Fokus Dan ‘Sanggup’ 

Bermula dari minatnya yang mendalam terhadap komputer, beliau menghabiskan masanya berjam-jam untuk mempelajari hal berkaitan komputer setelah diperkenalkan dengan sistem komputer.

Belajar, fokus, menganalisa, mengkaji dan mencipta adalah proses yang beliau lalui sehinggalah terciptanya Microsoft.

Walaupun terdapat banyak cabaran dan dugaan, beliau mengambil sebagai pengajaran untuk lebih maju.

2/ Cari Ilmu Tanpa Henti Dan Kreatif

Bill Gates meletakkan segala usaha dalam sikap dan strategi perniagaannya.

Beliau tak pernah jemu untuk mendapatkan ilmu baru biarpun umur sudah lanjut tinggi.

Salah satu cara menguatkan ilmu di dada adalah dengan membaca, mencari idea dan kreativiti bagi inovasi yang berbeza.

Itulah yang dilakukannya dalam syarikat Microsoft tahun demi tahun sehingga dikenali ramai.

3/ Pantas Dan Kerja Dalam Kumpulan

Selain itu, Bill Gates juga memegang konsep cepat dalam membuat sesuatu perkara.

Inilah apa yang boleh kita pelajari dari usahawan berjaya ini supaya sesuatu peluang itu tidak dicantas oleh syarikat lain.

Bukan itu sahaja, Bill Gates juga percaya pada kerja dalam kumpulan (Team) dari segi menerima idea, pendapat dan kritikan dari ahli kumpulannya.

Fakta Tentang Bill Gates

  • Pada 4 April 1975, Bill Gates membangunkan Microsoft bersama rakannya Paul Allen dan mempunyai visi yang sama.
  • Berdasarkan Majalah Forbes, Bill Gates mendapat pengiktirafan orang terkaya di dunia sejak tahun 1996 berturut-turut sehinggalah tahun 2004 dengan jumlah $ 90 Million Dollar.
  • Ramai tak tahu bahawa Bill Gates telah menghasilkan US$250 setiap saat dimana kira-kira US$20 juta sehari dan US$7,8 million setahun.
  • Tahukah anda, Bill Gates amat suka membaca buku. Beliau menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku malah seluruh siri World Book Encyclopedia juga dibacanya.
  • Beliau menubuhkan Bill & Melinda Gates Foundation pada tahun 2000 untuk membantu mangsa penyakit Malaria dan Polio serta membasmi kemiskinan. Kebanyakan harta dan wang beliau disalurkan ke sini.
  • Walaupun beliau merupakan seorang usahawan berjaya yang lengkap dengan kekayaan, namun penyesalan seumur hidup beliau adalah beliau tidak belajar bahasa lain selain dari bahasa Inggeris.

Jack Ma

Usahawan Berjaya Jack MaMengejutkan dunia, lelaki yang dulunya dipandang rendah dan tidak berpelajaran tinggi ini, akhirnya telah memiliki nilai aset bersih berjumlah USD$21.8 Billion menjelang tahun 2014.

Sebelumnya, pada tahun 2013, beliau telah memperoleh keuntungan mencecah 240 Million Dollar.

Dahulunya, beliau ditolak oleh beberapa syarikat, kini wajah beliau sering berada di Majalah Forbes.

Orang terkaya di China yang berasal dari Tiongkok ini merupakan pengasas kepada platform Ali Baba yang menawarkan perkhidmatan pemasaran dan penjualan di internet.

Platform ini telah membantu ramai orang terutamanya dari China untuk memulakan bisnes online.

Tanpa disedari, ia telah mencantas ebay dan Amazon atas usaha yang dilakukan oleh Jack Ma sendiri.

1/ Inovatif Dan Berdaya Saing

Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari usahawan berjaya ini. Antaranya adalah jadikan inovatif sebagai perkembangan perniagaan anda.

Anda perlu beri lebih lagi daripada saingan anda kepada pelanggan.

Kita boleh meniru saingan, tetapi haruslah lebih inovatif, kreatif dan unik.

Contohnya, Ali Baba sendiri menawarkan komisen dan pembayaran iklan kepada penjual.

1 of 4

2/ Tidak Sesekali Putus Asa Dan Semangat

Jack Ma juga tidak pernah kenal erti putus asa tambah-tambah pernah berlaku kes dimana hanya 3 orang sahaja yang hadir ke seminarnya sedangkan ruang tersebut adalah untuk 500 orang.

Tetapi, Jack Ma bersungguh-sungguh memberi ceramah dan mengajar 3 orang dalam seminar tersebut.

Beliau juga bekerja keras dalam semua perkara berkaitan dengan perniagaan dan kehidupan.

3/ Tidak Hirau Kata Orang Lain, Nampak Dan Terus Buat

Pada mulanya apabila Jack Ma mendirikan Ali Baba, beliau berkata kepada rakan-rakannya bahawa Ali Baba boleh pergi jauh, akan berkembang sebegitu sebegini.

Tetapi tiada seorang pun yang percaya, malah mereka mentertawakan beliau.

Hebatnya beliau tidak hiraukan langsung apa kata orang lain, namun usahawan berjaya ini terus berusaha gigih mengikut visi dan objektif serta kejayaan yang dapat dilihatnya terhadap Ali Baba suatu masa nanti.

Fakta Tentang Jack Ma

  • Syarikat gergasi ini telah IPO dengan nilai 150 $ miliar telah mencipta sejarah dimana ia merupakan penawaran terbesar yang berdaftar di Amerika sepanjang sejarah Bursa di New York.
  • Siapa sangka Ali Baba yang merupakan platform internet terbesar di dunia ini diasaskan oleh seorang yang tidak ada pengalaman menggunakan komputer atau koding sekalipun, akhirnya bergelar Billionaire.
  • Jack Ma mempelajari bahasa Inggeris pada umur 12 tahun dan beliau sanggup menjadi pemandu pelancong untuk melatih kecekapan bahasa Inggerisnya.
  • Bukan sahaja ditolak masuk sekolah dan kerja, tetapi beliau juga pernah ditolak masuk ke Universiti Harvard sebanyak 10 kali.
  • Jack Ma mula memiliki komputer pada umur 33 tahun, mempelajari hal berkaitan internet dan website. Akhirnya menjadi usahawan berjaya dalam bidang internet juga.
  • Pada tahun 1995, Jack Ma pernah memohon kerja di KFC tetapi dalam 24 calon, hanya beliau seorang yang ditolak. Beliau sendiri tidak tahu kenapa permohonannya ditolak.
  • Perkara yang menakutkan pernah berlaku pada Jack Ma adalah beliau pernah diculik dan diacukan pistol, namun bernasib baik kerana dapat melarikan diri ketika penculik tersebut tiada di rumah.

Warren Buffet

Usahawan Berjaya Warren BuffettJika bercakap tentang kekayaan, nama Warren Buffet juga amat dikenali ramai.

Beliau adalah salah seorang terkaya di dunia yang memiliki aset kekayaan sekitar USD $82.9 Million Dollar pada tahun 2018.

Pasti anda tertanya-tanya, siapakah beliau dan apa yang beliau lakukan?

Untuk pengetahuan anda, Warren Buffet yang dikenali sebagai “Oracle of Omaha” ini adalah seorang peniaga, pengusaha dan pelabur yang terbaik dan terkaya di dunia.

Kehidupan pemilik saham syarikat Coca-cola ini juga agak sederhana dimana sebahagian hartanya juga banyak disumbangkan kepada yayasan sosial Melinda Gates khas untuk mengubati penyakit Malaria.

1/ Elak Buat Pinjaman, Berhutang Dan Tambah Komitmen

Jika ada cash, tak perlu nak buat pembayaran secara ansuran.

Itulah yang dimaksudkan oleh Warren Buffet.

Hal sekecil ini pun memainkan peranan penting dalam kejayaan dimana hutang akan memberikan anda masalah dan sukar untuk berjaya.

Elakkan berhutang atau mempunyai komitmen kewangan dalam jangka masa yang panjang.

Usahawan berjaya ini sendiri memilih gaya hidup tanpa hutang kerana hutang tidak akan membuat anda kaya.

2/ Laburkan Keuntungan Anda

Walaupun tidak disarankan berhutang, tetapi anda harus berani untuk laburkan keuntungan anda untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Jangan dengan rela hati menggunakan keuntungan perniagaan anda untuk peribadi, tetapi jadikanlah ia kegunaan untuk perniagaan.

Beliau sendiri telah berpengalaman berniaga sejak sekolah menengah lagi.

Ketika itu, beliau menggunakan keuntungan jualan pin untuk membeli mesin pembuat pin yang lain.

Pada akhirnya, beliau telah mempunyai 8 mesin pembuat pin yang telah dijadikan sebagai aset perniagaan.

Hebat bukan?

Rupanya banyak perkara yang boleh mendapatkan kebaikan dan keuntungan dari perniagaan kita.

Hanya diri sendiri yang perlu merancang dan membuat keputusan yang bijak.

3/ Bertindak Mengikut Pendirian, Jangan Takut

Pernahkah rakan-rakan anda menyuruh anda berhenti berniaga kerana hasilnya amat teruk?

Ya, itulah yang dialami oleh Warren Buffet.

Beliau mempunyai pendirian yang teguh dan tidak takut berjuang untuknya.

Dengan tetap menjalankan perniagaan ini, keputusan beliau tak pernah salah!

Perniagaaannya mempunyai potensi yang besar pada masa akan datang, tambahan pula, beliau amat yakin dengan pilihannya kerana beliau sendiri telah melakukan kajian berkaitan perkara ini.

Begitulah dalam perniagaan, seorang usahawan berjaya akan bertindak mengikut pendirian mereka tanpa ada perasaan takut sedikit pun walauapapun halangan termasuklah halangan dari mindset, kata orang lain dan sebagainya.

Fakta Tentang Warren Buffet

  • Ramai tak tahu bahawa Warren Buffet membeli saham pertamanya ketika beliau berusia 11 tahun. Mudanya! Dah pandai main saham.
  • Bloomberg Billionaire Index per Jumat (25/8) membuktikan bahawa Warren Buffet adalah orang keempat yang terkaya di dunia setelah Bill Gates (Microsoft), Jeff Bezos (Amazon) dan Amancio Ortega (Zara) dimana Buffet memiliki aset bernilai US$ 77,4 miliar.
  • Warren Buffet pandai mengkaji akan potensi sesebuah saham. Dahulunya, beliau mengambil alih Berkshire Hathaway dengan harga saham per lembar sebanyak US$ 19, tetapi kini harga saham tersebut telah mencapai US$ 269.761 per lembar.
  • Siapa sangka rupanya kekayaan Buffet bernilai lebih besar daripada GDP (Gross Domestic Product) 2 buah negara iaitu Ghana dengan nilai 1.8 Million Dollar AS dan Kemboja dengan nilai 15.24 Million Dollar AS.


Itulah dia perkara yang boleh kita pelajari daripada Bill Gates, Jack Ma dan Warren Buffet yang namanya terkenal di persada dunia.

Bukan sahaja hal perniagaan, tetapi hal peribadi juga penting untuk kita bergelar usahawan berjaya.

Semuanya bermula dari personaliti, attitude dan tindakan seseorang.

Dalam dunia perniagaan, pengurusan dan pelaburan, tiada sebab untuk kita tidak belajar daripada usahawan legend yang berjaya ini!

Dapatkan Free Course Buat Duit Dengan Google di Telegram kami.

Sebarang pertanyaan boleh add saya di facebook dan subscribe channel youtube kami.
You might also like
Stay Updated
Get daily articles in your inbox for free.
You can unsubscribe at any time

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Kami akan hantar terus ke emel anda - tips terbaru yang kami kemaskini.

You have Successfully Subscribed!