fbpx
Home » Blog » Pemasaran » Strategi Pemasaran Perniagaan Secara Digital – Apa Yang Kami Belajar 2018?

Strategi Pemasaran Perniagaan Secara Digital – Apa Yang Kami Belajar 2018?

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Apabila saya mula sertai team marketing sebuah perniagaan lokal ini,  saya sendiri juga tidak mempunyai pengalaman secara luas. Dari sini saya menimba ilmu secara praktikal untuk merangka strategi pemasaran perniagaan secara online.

Namun,  dengan sedikit sebanyak ilmu yang asas yang saya ada,  saya kembangkan dengan mencari panduan-panduan yang spesifik yang saya perlu tingkatkan.

Jumlah Kos Iklan FB Ads yang diberikan adalah Rm7000 untuk KPI sale Rm50,000 sebulan.

Apa Yang Kami Belajar Pada 2018?

Advertisement

1. Customer Service

Digital marketer tidak boleh menjadi Customer Service pada masa yang sama.

Kita perlukan orang yang spesifik untuk melakukan closing.

Bahagian untuk close sale adalah paling penting dalam menentukan jualan setiap bulan kita.

Tidak kira banyak mana lead yang mampu marketing dapatkan jika CS kita tidak kuat, jualan tidak dapat terhasil.

Advertisement

2. Latihan Customer Service (CS)

Apabila kita hire seorang CS baru pastinya kita perlu berikan latihan yang sewajarnya. Pada masa ini bukanlah mudah untuk mencari orang yang telah sedia ada kemahiran melakukan closing.

Pada peringkat permulaan sememangnya closing rate agak rendah dan ia akan meningkat dari bulan ke bulan apabila CS telah selesa dengan soalan-soalan dari prospek (handling objection)

3. Pakej dan Promosi

Bergantung kepada situasi audience anda tetapi saya yakin pada kebanyakan orang pastinya mereka sukakan promosi.

Pada setiap bulan, team ini akan melakukan promosi untuk menarik minat customer baru.

Promosi juga hendaklah berbeza pada setiap bulan untuk mengelakkan audience bosan dengan promosi yang sama.

Promosi lebih bersifat untuk menarik minat. Apabila mereka menghubungi kami, CS akan bina trust prospek kemudiannya kami akan close pakej.

Average Order Value (AOV)  kami tetapkan kepada Rm500 untuk setiap pelanggan.

Ia tidak mudah untuk dilakukan tetapi alhamdulillah pasukan ini berjaya melakukannya.

4. Follow Up Database

Pada Oktober dan November 2018, team marketing mempunyai masalah dalam kembali mendapatkan rentak untuk mendapatkan lead.

Antara faktornya adalah berlakunya perubahan algorithm pada facebook itu sendiri.

Teknik yang kami gunakan pada bulan-bulan sebelum ini tidak lagi memberikan hasil memberangsangkan.

Akhirnya kami menemui jalan penyelesaian dengan menggunakan kempen mesenger + carousell.

Dengan cara follow up database ini,  team ini mampu untuk mencapai angka jualan Rm50000 sebulan.

Kadar repeat customer juga meningkat berbanding sebelum ini.

Dengan melakukan follow up dengan berkesan secara tidak langsung closing rate juga meningkat.

Advertisement

5. Testimonial dan Maklum Balas

Testimonial adalah antara perkara yang paling penting untuk sesebuah perniagaan terutamanya untuk yang menjual produk atau perkhidmatan.

Untuk menjadikan bisnes kita bertahan lama,  kualiti perkhidmatan wajib diberikan secara terbaik kepada pelanggan.

Sebagus mana pun marketing kita,  jika perkhidmatan yang diberikan tidak bagus ia akan cepat menular dan akan memberikan kesan negatif kepada perniagaan kita.

Lebih-lebih lagi perkhidmatan yang kami jalankan ini bersifat lokal bisnes.

Testimonial yang terbaik adalah jika bisnes anda mendapat review yang secara natural ditinggalkan pelanggan anda.

Contohnya diruang review facebook.

Di sini kami meminta kebenaran pelanggan terbabit untuk kami gunakan review dan gambar mereka untuk kempen iklan kami.

Untuk menggunakan testimonial dalam kempen iklan, cerita sebelum dan selepas dalam copywriting iklan biasanya akan memberikab hasil yang baik.

Transformasi pelanggan akan memberikan suntikan emosi kepada audience baru seterusnya akan menghubungi kita.

6. Jangan Biarkan Iklan STOP

Tanpa FB Ads bisnes kami umpama tidak bernyawa.

Oleh sebab itu,  perkara utama adalah untuk memastikan iklan di facebook tidak ada downtime.

Masalah ini sering timbul apabila baki duit dalam akaun debit kad tidak mengcukupi untuk dibayar kepada facebook.

Apabila iklan terhenti,  biasanya akan merencatkan performance dan mengambil masa 2/3 hari untuk kembali mendapatkan rentak.

Apa Yang Kami Rancangkan Pada 2019?

Advertisement

1. Meningkatkan KPI Untuk Jualan

Jika pada 2018 kami menyasarkan jumlah adalah Rm50,000 sebulan. Namun, pada 2019 kami naikan sasaran kepada Rm 60,000 sebulan.

Setiap kali melakukan sasaran jualan, kami tidak akan letakan sekadar keinginan tetapi perlulah disusuli dengan langkah dan peracangan untuk mendapatkannya.

Tidak guna untuk membuat sasaran jualan yang tinggi tetapi kita tidak sertakan dengan peracangan untuk mengecapinya.

Advertisement

2. Menaikan Bajet Iklan

Jika sebelum ini kami menyediakan bajet Rm7000 untuk mendapatkan jualan Rm50,000 pada 2019 kami tingkatkan kepada Rm8000 untuk mendapatkan jualan RM60,000.

Jumlah bajet bulanan yang disediakan tidak semestinya akan digunakan sepenuhanya. Ia bergantung kepada performance iklan itu sendiri mengikut situasi semasa.

Cost Per Lead yang terbaik kami adalah pada Julai 2018 dimana hanya Rm7 untuk mendapatkan 1 prospek. Namun, pada Nov dan Dec harga untuk mendapatkan 1 prospek telah meningkat sekitar RM10-RM20 untuk mendapatkan 1 prospek.

Walaupun, kos untuk mendapat 1 lead telah meningkat, kos untuk mendapatkan 1 pelanggan masih berada dibawah RM100. Terima kasih kepada team closing yang telah berjaya meningkatkan closing rate mereka.

3. Menambah Staf

Untuk menyasarkan jualan yang lebih tinggi pastinya akan memberikan kerja yang lebih. Jadi, adalah masa yang sesuai untuk menambah staf secara berperingkat. Untuk permulaan adalah menambah staf pada bahagian closing.

Untuk tingkatkan jualan, leads perlu lebih banyak. Purata leads untuk seorang CS mampu handle hanya 15-20 leads baru sehari.

Harus diingat leads yang masuk pada hari ini bukan semuanya kita mampu untuk close pada hari yang sama. Folow up adalah wajib untuk mendapatkan jualan.

4. Content Marketing

Pada 2018, modus operandi pemasaran kami lebih kepada hard sell menerusi facebook ads. Kami telah sedar yang content marketing itu sangat perlu tetapi pada 2018 masih banyak perkara yang kami perlu perkemaskan dari segi facebook ads dan closing.

Content marketing yang kami cuba fokus adalah perkongsian tips di blog, video dia youtube dan tips di instagram.

Tujuanya utama adalah untuk meningkatkan visibility brand kami di media sosial. Dengan perkongsian tips tanpa menjual/hard sell kami mengandaikan akan mendapatkan engagement yang lebih dari audience seterusnya mereka kongsikan.

Dengan itu, Brand Strenght bisnes kami dapat dipertingkatkan. Formulanya mudak seperti dibawah:

  • BRAND STRENGTH = Reputation x Visibility

Kekuatan brand ini akan memberi kesan secara langsung untuk menentukan prospek bertindak. Pendek kata, secara teorinya ia akan memberikan kebaikan ketika untuk closing.

Advertisement

5. Reward Kepada Staf

Reward disini bukanlah membawa maksud dari segi komisyen jualan atau habuan kepada pekerja. Reward kepada staf disini membawa maksud untuk memberikan sesuatu nilai tambah dalam diri pekerja.

Antaranya adalah dengan memberikan kursus-kursus yang berkaitan dengan perkerjaan mereka. Ini akan meningkatkan value pekerja itu sendiri.

Walaupun suatu hari nanti mereka mungkin tidak lagi bekerja dengan kita, apa yang diberikan ini akan membantu mereka untuk menjadi lebih maju.


Terdapat banyak idea untuk dilaksanakan tetapi tidak semua mampu untuk dilakukan secara sekaligus. Memberi idea adalah mudah tetapi melaksanakannya adalah suatu perkara yang lebih sukar.

Untuk permulaan perancangan, kami akan pantau selama 6 bulan untuk melihat keberkesanannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online
Scroll to Top