7 Badan SAH Untuk Pinjaman Perniagaan Anda [No 3 Paling Mudah]

Anak muda yang ingin membina perniagaan sering mengalami masalah dalam mendapatkan pinjaman perniagaan bagi membina sesebuah empayar bisnes.

Kesilapan ramai dalam mencari modal perniagaan adalah mereka mula membuat pinjaman peribadi dengan bank, pinjaman berlesen dan juga pinjaman Ahlong!

Umumnya, bank juga menyediakan skim pinjaman, tetapi tetap ramai mengambil langkah mudah dengan memohon pinjaman peribadi yang kadar faedahnya lebih tinggi.

Kurangnya ilmu pengetahuan dan maklumat membuatkan ramai terlepas pandang akan kemudahan pinjaman yang telah ditawarkan oleh badan-badan yang telah diluluskan.

Ya, terdapat beberapa buah badan yang memberikan pinjaman perniagaan khususnya kepada anda yang ingin memulakan perniagaan dan tiada modal.

Kebanyakan badan ini adalah daripada agensi kerajaan dan berkonsepkan jangka masa panjang, dipercayai dan telah terbukti sejak zaman berzaman.

Jom lihat badan-badan yang boleh berikan pinjaman anda patut tahu.

#1 PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Siapa yang tak kenal badan pinjaman MARA ini?

Rata-rata anak muda dan golongan yang lebih berpengalaman pastinya amat mengenali badan ini.

MARA atau namanya Majlis Amanah Rakyat telah ditubuhkan pada 1966 sebagai badan berkanun bagi menerajui bidang keusahawanan.

Badan pinjaman ini menyediakan skim pembiayaan perniagaan dibawah 500K sehinggalah berjumlah RM 5 Juta kepada kaum bumiputera.

Tahukah anda, MARA fokus kepada perniagaan jenis peruncitan, pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain lagi.

Ia juga mempunyai beberapa skim pinjaman berbeza mengikut sesebuah perniagaan yang dijalankan. Antara Skim Pinjaman Perniagaan MARA adalah seperti berikut:

  1. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  2. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  3. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  4. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  5. Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  6. Program Pembangunan Usahawan Teknikal (Putek)
  7. Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)
  8. MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)

Bagi melihat Skim Pinjaman Perniagaan yang bersesuaian dengan anda, layari di sini, https://www.mara.gov.my/bm/keusahawanan/

Anda juga boleh mendapatkan program latihan, mentoring, nasihat serta boleh memohon untuk mendapatkan premis perniagaan.


#2 TEKUN

TEKUN atau nama sebenarnya adalah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga telah ditubuhkan sejak 1994 lagi.

Ramai yang tak tahu bahawa ia dikawal oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan khas untuk usahawan Bumiputera di seluruh negara.

Pada 1998, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengambil alih mengawal Tekun sehinggalah ditukarkan nama kepada TEKUN Nasional.

Pinjaman dari badan TEKUN yang ditawarkan adalah serendah RM 500 sehingga RM 100,000 kepada kaum bumiputera dibawah 65 tahun.

Selebihnya, anda perlulah mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Syarat-syaratnya amat mudah iaitu anda harus mempunyai lesen perniagaan yang sah dan harus mempunyai lokasi perniagaan.

Selain itu, TEKUN juga menawarkan beberapa skim pinjaman seperti berikut:

  1. Skim Pembiayaan Teman Tekun
  2. Skim Pembiayaan Tekun Niaga
  3. Skim Pembiayaan Program Temannita
  4. Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (Spumi)

Untuk maklumat lanjut atau memohon pinjaman , anda boleh ke mana-mana cawangan TEKUN atau melayari laman sesawang mereka di https://www.tekun.gov.my/ms/.


#3 AMANAH IKHTIAR

Salah satu badan yang boleh berikan pinjaman perniagaan juga adalah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Amanah Ikhtiar menawarkan perkhidmatan pinjaman bagi warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Selain itu, ia dibuka kepada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah serendah RM 3,855 sebulan.

Pinjaman yang ditawarkan oleh badan ini adalah sehingga RM 20,000.

Terdapat beberapa skim pinjaman yang berbeza mengikut jumlah pembiayaan serta tempoh bayaran telah diperkenalkan oleh AIM.

Antara Skim AIM adalah:

  1. I-wibawa
  2. I-srikandi
  3. I-bestari
  4. I-penyayang
  5. I-emas
  6. I-sejahtera
  7. I-mesra

Amanah Ikhtiar biasanya disertai oleh suri rumah yang ingin menjana pendapatan sampingan dengan modal yang tidak terlalu besar.

Anda boleh memohon dan menyemak lebih lanjut di http://aim.gov.my/.


#4 PUNB

1 of 5

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) juga merupakan badan yang boleh memberikan pinjaman perniagaan kepada anda khasnya kaum bumiputera.

Ia ditubuhkan pada tahun 1991 dibawah Yayasan Pelaburan Bumiputera iaitu sebuah badan agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah tumpuan utama PUNB dalam memberi pinjaman.

Sebagai badan pinjaman, PUNB menawarkan skim pinjaman minimum RM 10K sehinggalah maksimum 10 Juta.

Selain itu, mereka juga menyediakan latihan pembangunan usahawan dan juga program pembangunan korporat.

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk melayakkan diri menerima pinjaman perniagaan PUNB.

Pemohon juga perlu menyediakan plan rancangan perniagaan untuk rujukan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari http://www.punb.com.my/.


#5 TERAS TERAJU

Dana Teras Teraju disediakan secara gabungan daripada TERAJU dan institusi kewangan malah diuruskan sepenuhnya oleh bank-bank seperti SME, Maybank Islamic, RHB Islamic dan juga MIDF.

Teras Teraju ini merupakan sebuah badan yang boleh berikan pinjaman perniagaan bagi sesebuah syarikat untuk pembelian aset dan modal kerja.

Ia dikawal oleh Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

Tahukah anda, sebanyak RM 1.42 Billion pembiayaan telah diluluskan bagi kira-kira 908 syarikat yang menyertai program ini.

Tidak mustahil untuk anda membuat pinjaman bersama Teras.

Anda boleh berdaftar di laman sesawang http://www.teraju.gov.my/program-teras/.


#6 TABUNG EKONOMI BELIA

Tabung Ekonomi Belia adalah badan penyelaras program pembangunan ekonomi belia yang memberi peluang kepada anak muda untuk memulakan perniagaan dengan bermacam jenis cara.

Terdapat beberapa skim dan syarat yang boleh anda ikuti dalam memohon pinjaman perniagaan bersama Tabung Ekonomi Belia.

Antaranya adalah:

  1. Skim Belia Negara (SBN) – Pembiayaan meliputi perkhidmatan Francais dan pembuatan (Disokong oleh Bank Negara Malaysia)
  2. Skim Belia Tani (SBT) – Pembiayaan bagi pengeluaran tanaman jangka pendek, perikanan, ternakan haiwan, industri asas tani serta perkhidmatan tani. (Disokong oleh Bank Pertanian Malaysia, Agro Bank)

Untuk pengetahuan anda, badan ini memberi pinjaman bermula dari RM 5000.00 sehinggalah RM 50, 000.00 dalam tempoh masa tujuh tahun.

Pemohon haruslah berumur dari 18 sehingga 40 tahun.

Selain itu, terdapat beberapa syarat kriteria kelayakan yang perlu disemak. Jom layari laman sesawang Tabung Ekonomi Belia di http://www.kbs.gov.my.


#7 SME Bank

Jangan terkejut jika anda tidak didedahkan dengan badan yang boleh berikan pinjaman perniagaan ini.

SME Bank adalah sebuah bank khasnya untuk menawarkan pinjaman kepada anda yang memiliki syarikat kecil atau sederhana.

Ia terbahagi kepada Small Business financing dan juga Pembiayaan Kontrak.

Small Business financing

Sekiranya anda inginkan pinjaman berjumlah dari RM100,000 hingga RM750,000, syarikat perlulah beroperasi selama dua tahun dan mencapai jualan tahunan kira-kira RM250,000.

Pembiayaan Kontrak

Bagi pihak kontraktor atau usahawan yang telah menerima kontrak dari mana-mana Kementerian, Agensi atau Jabatan, mereka layak memohon pembiayaan ini.

Beberapa syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Syarikat perlulah didaftarkan dengan badan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan badan perlesenan yang terlibat.
  • Jumlah pinjaman boleh didapatkan sebanyak 100% dari jumlah kos kontrak yang anda terima.Banyak bukan?
  • Anda adalah seorang kontraktor utama atau sub-kontraktor yang telah dilantik.

Business Accelerator Program (BAP)

Business Accelerator Program (BAP) ditawarkan sebagai pinjaman untuk usahawan kecil dan sederhana bagi membeli aset tetap dan juga dijadikan modal kerja.

Program ini berjumlah serendah RM50,000 sehingga RM1,000,000 dimana kadar keuntungannya adalah 4% setahun.

Maklumat lebih lanjut boleh didapatkan di https://www.smebank.com.my/.

Pinjaman Perniagaan SME BANK
Small Business Financing (SBF)

Badan-badan  yang telah kami kongsikan ini adalah badan yang berdaftar, diluluskan dan sah di Malaysia.

Pastikan anda benar-benar memahami konsep pembiayaan perniagaan ini dan menepati ciri-ciri kelayakan yang diperlukan.

Semoga dengan skim pinjaman perniagaan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam meningkatkan aliran tunai perniagaan untuk dijadikan aset dan modal yang diperlukan.

Daripada 7 diatas, Amanah Ikhtiar antara yang paling mudah untuk dapatkan pinjaman.. Anda rasa bagaimana?

Dapatkan Free Course Buat Duit Dengan Google di Telegram kami.

Sebarang pertanyaan boleh add saya di facebook dan subscribe channel youtube kami.
You might also like
Stay Updated
Get daily articles in your inbox for free.
You can unsubscribe at any time

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Kami akan hantar terus ke emel anda - tips terbaru yang kami kemaskini.

You have Successfully Subscribed!