RM500 Sebulan Dengan Perniagaan Online Tanpa Modal

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Di artikel kali ini, kita akan bercakap tentang perniagaan online tanpa modal atau bisnes online yang hanya memerlukan modal yang rendah.

Topik ini pernah saya ketengahkan di laman social facebook saya kira 5 tahun lepas.

Pada ketika itu, saya masih di universiti.

Perniagaan online baru tengah panas pada ketika itu.

Di media social facebook saya, kenalan saya berkongsi secara berleluasa status iklan seperti:

“Jom buat bisnes online tanpa modal atau bisnes online modal rendah”.

Sebenarnya, saya tahu mereka ini baru menceburi bidang ini.

Mungkin sekarang mereka dah jadi pakar pemasaran digital. Tak Mustahil.

Kebarangkalian mereka cuma mengambil bulat-bulat apa yang orang lain kongsikan kepada mereka.

Baiklah para pembaca dan para peniaga sekalian, anda tidak perlu bersetuju atau mengikuti cadangan saya.

Saya hanya sekadar berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman.

Perniagaan Online Tanpa Modal

Perniagaan pasti ada pelaburan modal. Tiada pelaburan maka tidak ada istilah berniaga.

Walaupun anda cuma dropship, anda juga mengeluarkan modal untuk membiayai internet anda.

Bisnes online tanpa internet adalah mustahil. Bahkan, pelaburan masa dan tenaga yang anda beri juga dikira sebagai modal.

Oleh itu,bisnes online tanpa modal itu adalah hanya auta marketing semata-mata untuk menarik mereka yang naif.


Perniagaan Online Modal Rendah

Walaubagaimanapun, anda boleh  melakukan bisnes online modal rendah.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman sebagai orang yang dah lama dalam industri perniagaan atas talian.

Jika anda bijak dan minat berniaga online, saya bersetuju dengan hanya melabur modal pada internet sahaja anda boleh mengaut keuntungan yang banyak.

Contohnya:

Saya berbelanja RM30 sebulan untuk plan internet dan panggilan tanpa had celcom.  Saya terlibat dalam dropship jual beg tangan wanita

Dari 1 beg saya jual, kebiasaanya saya akan markup 50% keuntungan. Harga handbag yang biasa saya jual adalah RM55.

Sebulan paling sedikit saya jual adalah 20 handbag sebab target saya adalah paling kurang 5 beg seminggu.

Jika saya rajin , sudah tentu saya boleh menjana lebih banyak.

Kiraannya lebih kurang:

1 beg RM55 = keuntungan 50% = RM27.50

Keuntungan 20 beg: Rm27.50 x 20 = RM550

Keuntungan bersih bisnes dropship saya adalah : RM550 – RM30 = RM520

Saya pernah merekod jualan cecah 4k keuntungan bersih jualan sebulan dengan berjual online pada tahun 2017 sebagai dropship.

Tapi bukan dropship yang biasa-biasa itulah. Memang kena bersedia setiap masa untuk melayan pelanggan.

Berniaga di media sosial boleh menghasilkan banyak wang jika anda rajin melayan ragam pelanggan.

Di artikel kali ini, saya akan berkongsi serba sedikit strategi melakukan bisnes online dengan modal yang rendah.

Seterusnya, bagaimana saya mampu menjana 4k pada masa itu sebagai dropship.

Perlu saya ingatkan setiap strategi yang saya guna ada kelebihan dan kekurangan. Kaedah ini berhasil untuk saya, belum tentu untuk anda.


Strategi Memulakan Perniagaan Online Modal Rendah

Apabila baru berjinak-jinak dengan bisnes online, mencari peluang perniagaan yang bermodal rendah adalah tindakan yang bijak.

Ramai diantara kita hanya memilih untuk berniaga dari rumah kerana untuk mengurangkan overhead.

Jadi, bagaimana untuk bermula?

1.0 Kenali Bakal Pelanggan

Saya memilih niche berdasarkan kecedurungan rakan facebook saya.

Apa saya buat adalah saya memerhati kecederungan mereka.

Apabila mereka memuat naik gambar atau status yang berpotensi memberikan saya hint bisnes apa yang saya boleh sasarkan kepada mereka.

2.0 Bersosial

Bersosial dan berkomunikasi dengan orang lain di laman social sangat penting kerana itu akan memudahkan anda membina kepercayaan mereka terhadap anda.

Saya ada satu prinsip di dalam berniaga. Saya ingin pelanggan merasa selesa ketika berkomunikasi dengan saya.

Pendekatan yang saya guna lebih kepada santai. Saya dapati pendekatan ini paling sesuai untuk komuniti rakan facebook saya.

Anda boleh mengguna pendekatan professional jika  sasaran pelanggan anda adalah tokoh -tokoh korporat.

3.0 Tips Mencari Pembekal

Contohnya untuk bisnes saya pada masa itu, kriteria bisnes saya adalah:

a) Kepelbagaian

Saya ingin menjual macam-macam barang wanita tetapi tidak menekankan jenama

b) Tidak Terikat dengan MOQ

saya mahu harga murah tetapi saya tidak mahu terikat dengan pengedar yang inginkan saya membeli dalam kuantiti yang besar untuk 1 jenis barang.

Jangan lupa saya adalah dropshiper, tidak ingin memegang stok.

c) Penghantaran

Mencari pembekal yang boleh dipercayai. Pada masa sekarang membeli dan berjual online sangat tidak mudah dan belum tentu selamat.

Bahkan app terkenal seperti shopee dan Lazada pun tidak dapat mengelakkan kejadian penipuan online.

Oleh itu, anda haruslah membeli terlebih dahulu di pembekal tersebut.

Tujuannya adalah untuk memastikan pembekal ini adalah benar.

Selain itu, anda juga boleh mengalami sendiri proses urusniaga dari proses beli hinggalah penghantaran ke rumah.

Saya lakukan ini untuk meletakkan diri di posisi bakal pelanggan saya.

Dengan pengalaman tersebut memudahkan saya mengurus dan menjawap pertanyaan berkaitan dengan penghantaran dari pelanggan saya.

Bukan itu sahaja, sebelum anda memulakan perniagaan atas talian, anda harus merancang perjalanan barang tersebut.

Saya memiliki 2 ragam customer bila berkaitan dengan penghantaran.

  • Jenis Pelanggan 1: Ingin Menerima Barang Segera

Pelanggan yang inginkan barang secepatnya dan pelanggan yang ingin kos penghantaran percuma atau jimat.

Apabila berdepan dengan pelanggan kategori ingin segera, saya akan bertanya bila dia ingin menggunakan barang tersebut.

Saya akan menerima tempahan tersebut sekiranya saya yakin pelanggan tersebut dapat menerima barang pada tarikh yang dia inginkan.

Seterusnya, soalan yang kedua iaitu adakah mereka bersedia untuk membayar extra untuk penghantaran segera.

Jika mereka bersetuju maka, Great! We got the deal!

Ada setengah kes yang memang 80% saya yakin tidak dapat atau tidak pasti untuk dipenuhi.

Untuk kes yang seperti ini, saya akan berterus-terang kepada pelanggan saya tidak yakin atau pasti bahawa barang boleh sampai sebelum Tarikh yang mereka minta.

Jika mereka tidak meneruskan pembelian daripada saya, itu tidak mengapa.

Saya tidak takut kehilangan pelanggan kerana kejujuran yang saya beri kerana itu lebih baik dari mereka kehilangan kepercayaan terhadap bisnes saya.

Dan yang menariknya ada setengah mereka ini masih membeli dari saya.

  • Jenis Pelanggan 2: Sentiasa inginkan benda murah atau percuma

Bagi kategori kedua, pelanggan yang sentiasa ingin penghantaran percuma atau murah.

Komunikasi awal sangat penting. Ketika anda mula melayani mereka, anda harus mula analisis pelanggan anda jatuh di kategori mana.

Dari situ nanti, anda boleh berfikir strategi menangani mereka.

Acapkalinya, bila berdepan dengan pelanggan seperti ini, saya akan usahakan meyakinkan mereka untuk membeli banyak barang daripada saya.

Dengan cara ini, mereka dapat menikmati penghantaran yang lebih murah.

Ini adalah fakta yang benar bila membeli barang online.

semakin banyak anda beli, memang semakin banyak anda boleh jimat.

Dalam bisnes online menjual barang isu penghantaran adalah sangat kritikal.

Jika barang tidak sampai pada masa yang dianggarkan.

Rajinkan diri anda memaklumkan pelanggan tersebut.

Turunkan ego anda dan belajar untuk menggunakan perkataan “Maafkan saya”.

Ini akan membantu anda mengurangkan risiko kos kerugian yang tidak sepatutnya. Kita paling takut kalau pelanggan batalkan pesanan.

Perlu ingat, kita ingin melakukan bisnes dengan modal yang rendah.

4.0 Membuat Pakej atau Kempen

Tujuan kempen adalah untuk memperkenalkan bisnes kita kepada rakan media sosal.

Selain itu, kempen juga merupakan salah satu cara kita menjual barang dengan harga *promosi* tetapi dengan keuntungan yang lebih banyak dari biasa.

Boleh ke?

Promosi kebiasaannya sinonim dengan  menjual barang dengan kadar yang lebih murah. Ini akan menyebabkan peniaga mendapat keuntungan yang sedikit.

Ada benarnya tetapi jika kita bijak bermain dengan kuantiti ianya akan menjadi keuntungan yang lumayan.

Ini adalah prinsip promoter atau peniaga:

“Semakin banyak anda jual, semakin banyak anda dapat”

Sementara itu pula bagi pelanggan:

“semakin banyak barang mereka beli dalam satu pembelian semakin berpatutan dan murah harga barang dan kos penghantaran yang mereka tanggung”

Kempen Promosi yang anda boleh buat adalah:

  • Kempen Penghantaran Percuma

Penghantaran percuma? Hanya gimik sahaja.

Pelanggan paling suka perkataan percuma  walaupun kenyataannya tiada benda di dunia ini percuma.

Sebenarnya harga yang dinyatakan semasa kempen adalah harga yang sudah dimasukkan kos penghantaran.

Barang yang sesuai untuk dilakukan seperti ini adalah barang yang anda tidak pernah jual sebelum ini.

Manakala untuk kos penghantaran rata pula adalah dimana anda telah menetapkan harga penghantaran tersebut.

Contohnya: Kos Penghantaran Hanya RM10 untuk seluruh Malaysia.

Kebiasaannya, jika saya guna kaedah ini, saya akan meletakkan syarat.

Apabila kita ingin meletakkan syarat, kita harus menulis dan memberitahu pelanggan dalam Bahasa yang sedap didengar oleh mereka.

Contohnya: Penghantaran Hanya RM10 untuk pembelian 5kg ke bawah.

Bila meletakkan syarat seperti ini, bukan sahaja, pelanggan tidak rasa tekanan malah mereka akan merasa WOW!

  • Promosi “Hadiah Percuma”

Yang ini kita biasa dengar, beli dua percuma satu. Atau beli ini, saya bagi ini.

Saya jarang buat promosi ini. Saya hanya lakukan ini ketika saya ingin membuat kenalan FB saya share tentang FB saya.

Matlamat saya membuat hadiah percuma seperti ini adalah untuk menarik pelanggan  baru dalam masa yang sama mengeratkan lagi kepercayaan pelanggan lama kepada bisnes kita.

  • Buat Pakej Promo

Pakej promo ini adalah kunci, saya boleh menjana pendapatan yang banyak dan menjual dalam kuantiti yang besar. Walaupun modal bisnes saya sangat rendah.

Jadi persoalan anda sekarang adalah bagaimana untuk membuat pakej promo yang menguntungkan?

Membuat pakej menguntungkan anda perlu memastikan barang tersebut akan menarik perhatian pelanggan anda.

Anda harus membuat analisis kecedurungan kategori produk yang menjadi pilihan pelanggan anda.

Oleh itu, promosi pakej seperti ini sesuai dilakukan selepas anda telah menjalani bisnes sekurang-kurangnya 3 bulan. Bergantung dengan kematangan engagement di page anda.

Contohnya, bisnes saya lebih kepada fashion wanita dan jual barang make up.

 

Jadi saya biasanya buat pakej combo 1 handbag + 1 baju + 1 kasut dan jual semua ini dengan harga RM100 sahaja.

 

Sudah tentu, saya kena pastikan keuntungan saya terjamin. Saya memilih produk yang dimana jika di kombo 3 harganya akan bernilai RM100 atau hampir mencecah RM100.

Selain itu, saya juga memberi pelanggan saya keistimewaan untuk memilih.

Saya memberi mereka kelonggaran. Ada pelanggan yang ingin membeli 2 handbag + 1 Kasut.

Dan ada juga pelanggan yang hanya mahu membeli 3 helai baju yang disenaraikan tersebut.

Jadi saya flexible. Saya tidak mewajibkan mesti mengambil baju+kasut+handbag. Budi bicara peniagalah katakan. Asalkan kita tidak menanggung kerugian.

5.0 Layanan Baik Kepada Pelanggan

Kita harus melayan pelanggan dengan cara bagaimana anda di layan. Layan mereka dengan baik walaupun anda tidak di dalam mood yang bagus.

Saya sentiasa cuba menghormati pelanggan saya dan menganggap mereka seperti kawan saya. Kita harus menjaga batas pertuturan kita.

Ketika membalas meseg pelanggan jangan mendesak, memaksa dan memarahi pelanggan. Jangan menjual dengan kaedah provokasi.

Bukan semua orang boleh terima provokasi, silap-silap awak yang kena lingkup nanti.

Contoh ayat provokasi yang tidak boleh dilakukan adalah:

“Awak belilah XXX ini. Nanit awak akan kurus. Awak tak malu ke orang tengok awak gemuk?”

Hahaha.. Cara ini jangan digunakan. Ini biadap.

Kejadian seperti ini pernah saya lihat berlaku di depan mata sendiri ketika berjalan di sebuah mall di johor.

Ada sebuah gerai kecil dalam mall tersebut. Gerai atau booth ini menjual produk kurus jenama XXX. (Nama dirahsiakan)

Gerai itu dijaga oleh seorang promoter perempuan. Apa yang dia lakukan adalah dia dekati pelanggan yang bersaiz besar. Gemuklah senang cerita.

Mula-mula, dia bercakap dengan pelanggan ini ok, bagus. Dia terangkan pasal produk.

Malangnya, pelanggan tersebut menolak untuk membeli. Ok, di situlah, dia mula melakukan hard selling dengan kaedah provokasi.

Fuh.. Air muka pelanggan tersebut terus berubah dan menjawab dengan kasar.

“yang hina saya tu sekarang adalah awak.”

Adalah ayat lain tetapi saya tidak begitu ingat kerana dah lama berlaku.

Saya kongsikan kisah ini sebagai teladan. Pelanggan adalah sumber kewangan kita. Hormatilah dan membuat mereka merasa senang.

Sentisa beringat bahawa pelanggan tidak sentiasa betul dan peniaga juga tidak sentisa betul. Oleh itu, berhemahlah dalam menangani pelanggan.

JIka pelanggan menolak untuk membeli dari anda, jangan marah. Awak sudah lakukan bahagian awak.

Kadang-kala pelanggan seperti ini,  mereka masih menunggu duit untuk membeli dari anda. Sebab itulah dia DM (Direct Message) anda.

Bisnes online sangat mudah untuk mengetahui pelanggan tersebut berminat membeli daripada anda atau tidak.

Ini teori saya:

90%  orang yang DM peniaga berkaitan dengan barang yang mereka jual adalah individu yang ingin membeli. Sementara 10% adalah pesaing anda.

Kesimpulannya, layan pelanggan anda dengan budi Bahasa. Anda tidak tahu orang tersebut mungkin adalah orang yang akan menjadi pelanggan tetap anda.

Terus-terang, saya ada pelanggan yang agak cerewet. Dia tidak membeli dalam kuantiti yang banyak seperti pelanggan lain.

Kebiasaannya, dia hanya membeli 1 unit barang sahaja. Walaupun, saya membuat kombo, dia tetap membeli 1 unit.

Walaubagaimanapun, dia adalah pelanggan setia saya dimana dia membeli daripada saya setiap bulan. Unikkan.

6.0 Membina Rasa Kesegeraan “Urgency”

Akhir sekali, membina rasa kesegeraan untuk membeli di kalangan pelanggan anda.

Yakinkan dan dorong pelanggan anda untuk membeli barang dalam kuantiti yang banyak daripada anda.

Beritahu mereka bahawa mereka mungkin tidak akan dapat lagi harga seperti ini.

Kaedah paling berkesan adalah menekan bila tarikh promosi itu tamat. Ini saya pasti anda tahu. Kita biasa melihat di risalah atau TV.

“Promosi hingga sekian sekian. Tunggu apa lagi dapatkan sekarang”

Lebih kurang seperti itulah ayatnya.  Yang ini, awak boleh guna kreativiti sendiri untuk membina kesegeraan.

Kaedah lain saya buat adalah, saya membenarkan pelanggan meletakkan deposit untuk lock harga pada masa tersebut.

Ini pelanggan paling suka buat. Mereka ingin membeli tetapi mungkin belum ada duit.

Oleh kerana, saya tidak dapat membuat mereka membeli pada hari tersebut. Sekurang-kurangnya, dengan cara ini saya sudah dapat memastikan pelanggan ini membeli dari saya.

Bisnes saya adalah bisnes dropship. Saya tidak akan menyimpan barang atau membeli barang terlebih dahulu.

Pelanggan bayar barulah saya membuat pembelian dan barang dihantar kepada pelanggan oleh pembekal.

Oleh kerana itu, saya berani menyatakan bahawa semua ini saya lakukan hanya bermodalkan internet sahaja.

Sekian itu sahaja kongsian saya berkaitan dengan bisnes online modal rendah ini.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Berminat untuk mengetahui cara menjana pendapatan sampingan online – boleh baca Cara Menjana Pendapatan Sampingan


Jika perniagaan online yang anda mulakan ini memberi hasil yang positif, anda patut kembangkan channel pasaran anda dengan membina website dan blog.

Boleh bermula dengan blog percuma seperti blogspot dan optimasikan dengan google untuk mendapatkan pelanggan secara percuma (Tips SEO).

*Anda pandai memasak?

Kenapa tidak untuk anda bermula dengan perniagaan makanan?

16 idea perniagaan makanan yang laris mungkin boleh anda bermula.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online