Mencari idea untuk Peluang Perniagaan Online yang mudah jual dan mengurangkan risiko kerugian adalah amat penting.
Terdapat banyak kategori peluang perniagaan online yang evergreen bukan bermusim, sesuai untuk anda jalankan secara berterusan.
Menjalankan perniagaan online sama sahaja seperti perniagaan yang mempunyai kedai fizikal.
Namun bezanya adalah dari segi platform sesuatu produk itu akan dipasarkan.
Perniagaan yang mendapat sambutan akan memudahkan anda kerana tak perlu berfikir cara lain untuk pasarkannya jika tiba musim-musim yang kurang permintaan.
Apabila sentiasa diperlukan, tidak ada masalah kerana permintaan akan sering konsisten setiap masa.
Jom lihat antara perniagaan yang mendapat sambutan ramai boleh anda jalankan.
1. Pakaian
Pakaian adalah salah satu jenis produk atau perniagaan yang mendapat sambutan setiap masa.
Umum tahu bahawa pakaian adalah keperluan semua orang dalam dunia.
Manusia menukar pakaian akibat saiz badan berlebihan, gaya hidup mewah, perlukan pakaian yang bervariasi setiap hari dan banyak lagi sebab.
Tidak dinafikan ia adalah keperluan berbanding dengan kemahuan.
Terdapat banyak jenis pakaian yang boleh dijual secara online dan mendapat sambutan ramai.
Antaranya adalah baju bundle, baju yang berasaskan jeans, baju kurung, kebaya, jubah, dress, t-shirt, baju sukan dan macam-macam lagi.
Jika kita lihat, peniaga bundle sangat aktif sekarang menjual secara online di facebook live.
2. Makanan Berat
Tanpa makanan, pasti manusia akan kebuluran.
Biarpun ramai memilih untuk masak di rumah, namun masih ada beribu-ribu manusia yang akan membeli makanan secara online.
Ini mungkin disebabkan kurang masa untuk memasak, letih atau kurang kemahiran.
Kebanyakannya adalah mereka yang bujang atau yang tinggal sendiri.
Antara jenis makanan yang boleh anda jual pastinya makanan berat untuk makanan tengahari, sarapan pagi dan juga makan malam.
Jenis makanan adalah seperti Set masakan panas, nasi lemak, bihun goreng, shell out, seafood dan lain-lain lagi.
Margin keuntungan bagi perniagaan makanan mungkin agak sedikit tetapi ia merupakan perniagaan yang mendapat sambutan, pastinya sangat evergreen sepanjang masa.
Ditambah pula jika ramai pelanggan yang mula repeat order atau rekemenkan anda kepada kenalan mereka.
Baca: 18 Idea Perniagaan Makanan Laris
3. Makanan Ringan
Selain makanan berat seperti nasi, spagetti dan banyak lagi, makanan ringan juga mendapat sambutan ramai terutamanya mereka yang ingin berdiet atau yang tidak ada masa untuk masak.
Makanan ringan seperti keropok lekor, goreng pisang, set diet, buah-buahan potong, kek batik, kek cheese, aneka jenis roti, burger, sushi, pai dan lain-lain lagi juga menjadi pembuka selera atau penutup hidangan mereka.
Ia merupakan salah satu peluang perniagaan online yang mendapat sambutan, sudah pastilah ia evergreen bukan bermusim!
4. Kosmetik
Kecantikan sangat penting bagi para wanita, begitu juga kaum lelaki yang amat pentingkan kekemasan wajah.
Tanpa produk kosmetik, pastinya ramai antara perempuan dan lelaki yang terganggu tanpa keyakinan diri ketika berada di tempat kerja dan sebagainya.
Justeru, produk kosmetik seperti foundation, compact powder, sun block, lip gloss, gincu, bulu mata, eyeliner dan lain-lain lagi sangat penting tidak kira musim apapun.
Penting sekali untuk menjual secara online, kosmetik tersebut haruslah halal, mendapat kelulusan KKM dan diyakini pengguna supaya tidak ada masalah saman menyaman pada kemudian hari.
Jika ingin berniaga kosmetik, pilihlah jenis kosmetik yang sangat terkenal dengan kandungan, kelebihan dan kelulusannya.
Barulah mula lakukan perniagaan yang mendapat sambutan ini.
5. Percetakan
Percetakan merupakan perniagaan dalam industri yang sangat diperlukan seiring dengan perkembangan zaman.
Makin moden dan maju zaman kita, makin industri ini berkembang jauh dan mendapat permintaan tinggi.
Antara jenis bahan percetakan adalah seperti kad bisnes, flyers, stiker, kertas kerja, assignment pelajar dan banyak lagi.
Setiap perniagaan dan pendidikan pasti memerlukan kita menggunakan kertas untuk dicetak.
Walaupun kerja-kerja dilakukan secara offline tetapi anda boleh mendapatkan tempahan secara online.
6. Vitamin
Sekiranya ingin berniaga secara online di platform media sosial, website dan lain-lain medium lagi, pastinya anda harus peka dengan sasaran pelanggan anda.
Kebanyakan mereka yang berada di platform tersebut pastinya memerlukan sesuatu untuk kesihatan tubuh badan atas kerana faktor kesihatan, kerja, keluarga, gaya hidup dan sebagainya.
Salah satu perniagaan yang mendapat sambutan adalah vitamin.
Terdapat banyak jenis vitamin daripada jenama-jenama yang berbeza boleh anda jual.
Boleh dikatakan setiap keluarga memerlukan sekurang-kurangnya 1 botol vitamin, atau juga setiap orang memerlukan 1 jenis vitamin.
Justeru, ia boleh dipasarkan tak kira masa.
7. Suplemen (Makanan Kesihatan Tambahan)
Dengan keinginan dan keperluan seseorang, suplemen atau makanan tambahan kesihatan sangat penting bagi meningkatkan daya tahan badan dan banyak lagi khasiatnya.
Ia merupakan peluang perniagaan online yang mendapat sambutan ramai.
Sesiapa sahaja pasti perlukannya.
Jadi, tidak sia-sia jika anda berhempas pulas melakukan pemasaran untuk produk seperti ini.
8. Penjagaan Kebersihan
Penjagaan kebersihan seperti deadorant, perfume, sabun, ubat gigi dan banyak lagi.
Barangan ini merupakan perkara penting yang harus ada dalam rumah.
Tidak semestinya pengguna akan membeli di kedai runcit.
Sekiranya ada perfume atau sabun yang sesuai untuk masalah kulit mereka, pastinya ramai pelanggan sasaran akan membeli dengan anda.
Oleh itu, beberapa jenis produk penjagaan kebersihan juga sangat mendapat sambutan ramai sekiranya anda menjualnya secara online.
9. Bahan Pendidikan
Bahan pendidikan seperti buku pelajaran, aplikasi pembelajaran dan lain-lain juga sangat diperlukan pada zaman globalisasi ini.
Ia merupakan perniagaan yang mendapat sambutan ramai tak kira masa.
Adakalanya pelajar universiti akan belajar dan mengikuti kelas dari rumah.
Mereka juga takkan berhenti daripada menggunakan bahan pendidikan yang diperlukan.
Anak-anak kecil pun kini lebih banyak gunakan bahan pendidikan untuk mengulangkaji di rumah.
10. Peralatan Memancing
Memancing adalah hobi bagi para lelaki, tetapi wanita juga tidak kurangnya menggemari aktivit memancing.
Peralatan memancing seperti joran juga boleh dijadikan perniagaan secara online dan mendapat sambutan ramai.
Pembeli akan melihat dari segi variasi, warna, corak, kualiti, harga dan banyak lagi faktor sebelum membeli.
Yang pasti, ia juga mendapat permintaan ramai dalam alam maya selain membeli di kedai peralatan memancing.
Selain joran, umpan tiruan juga mendapat permintaan tinggi jualan di internet.
11. Peralatan Memasak
Peralatan memasak tidak kurang hebatnya mempunyai pasaran yang cukup besar secara online.
Anda boleh cipta satu kedai online yang menjual pelbagai peralatan memasak dan peralatan membuat kek.
Ramai peniaga kek dan peniaga kedai makan memerlukan peralatan memasak dalam kadar yang banyak.
Ia bukanlah suatu perniagaan yang bermusim, tetapi sangat mendapat sambutan dan evergreen.
12. Bahan Makanan Mentah
Pernah lihat orang menjual ikan-ikan dan makanan seafood mentah secara online?
Ya, boleh dikatakan ia merupakan sejenis perniagaan food delivery.
Sebagai contoh, jual bahan makanan mentah ini boleh dijalankan dengan cara pakej ikan, combo seafood, siap disiang dan dibasuh dan lain-lain lagi.
Bahan makanan mentah seperti ikan-ikan, daging dan ayam merupakan satu keperluan yang tidak akan pernah terhenti sambutannya.
13. Aksesori Rumah
Aksesori rumah seperti barang perhiasan, bunga perhiasan, almari kaca, pasu bunga, karpet dan macam-macam lagi aksesori merupakan perniagaan yang mendapat sambutan ramai.
Bukan sahaja apabila kunjung tiba hari raya, tetapi hari biasa pun ramai yang ingin mencarinya.
Anda boleh memberi inspirasi untuk menghias rumah kepada orang ramai. Pasti aksesori rumah yang anda jual akan laku keras.
14. Gadget Dan Peralatan Kereta
Tahukah anda, kebanyakan hobi para lelaki adalah make over kereta dan motor mereka.
Sudah tentulah mereka akan mencari peralatan kereta dan gadget yang sangat berkualiti tetapi murah secara online.
Barangan ini akan sentiasa mendapat permintaan ramai dan bukanlah ikut musim yang tertentu.
Peralatan kereta juga termasuklah spray yang berfungsi mengelak calar, putihkan lampu dan sebagainya.
15. Barang Bayi Dan Kanak-Kanak
Setiap hari, pasti akan ada pertambahan ahli keluarga baru iaitu bayi yang baru dilahirkan.
Oleh itu, barang bayi dan kanak-kanak merupakan perniagaan yang mendapat sambutan tinggi dan diperlukan ramai.
Antara barang bayi dan kanak-kanak yang boleh dijual adalah susu formula bayi, barang mainan, baju bayi, peralatan makanan dan tempat tidur bayi serta banyak lagi.
Perniagaan yang evergreen ini sangat berpotensi untuk tempoh jangka masa yang panjang.
16. Pakaian Ibu Mengandung
Perniagaan yang mendapat sambutan juga adalah menjual pakaian ibu mengandung.
Kedai atau butik yang menjual pakaian ibu mengandung pasti amat sukar ditemui di lokasi anda.
Jadi, wajarlah jika anda menjual secara online kerana pasti ramai yang akan mencarinya.
Anda boleh menjual pakaian ibu mengandung seperti seluar, baju tidur, blouse, t shirt dan banyak lagi.
17. Barangan Fitness
Bagi anda yang suka bersenam, bermain gym ataupun sangat pentingkan kesihatan tubuh badan, barangan fitness pasti menjadi barang kesukaan anda, bukan?
Barang fitness juga mendapat sambutan ramai terutamanya secara online.
Kebanyakan mereka yang mempunyai hobi untuk lebih fit dan bina badan, sering tiada masa untuk ke kedai fitness untuk window shopping.
Barang fitness secara online pula boleh didapati dengan harga yang lebih rendah.
18. Barang Gaming Dan Muzik
Kebanyakan perniagaan yang mendapat sambutan adalah barangan yang berkaitan dengan hobi.
Bagi mereka yang mempunyai hobi bermain game atau muzik juga, mereka pasti akan sentiasa upgrade game dan alat muzik mengikut trend atau berdasarkan kemahuan mereka.
Tidak semestinya harus menunggu peralatan muzik rosak, tetapi mereka juga pasti akan membeli apabila inginkan kelainan.
Ia merupakan perniagaan online yang evergreen dan tidak mengikut musim semata-mata.
19. Telefon Bimbit / Smart Phone
Telefon bimbit atau smart phone zaman sekarang terlalu banyak model baru, semuanya mengikut teknologi dunia semasa dan trend zaman sekarang.
Ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan smart phone terkini secara online sekaligus akan membelinya.
Inilah peluang anda untuk menjalankan perniagaan yang mendapat sambutan ini secara serius.
Apa kata anda mulakan perniagaan dengan membuka kedai gadget dan fon secara online di shopee, lazada, facebook dan lain-lain lagi platform yang mudah.
20. Komputer Dan Laptop
Peluang perniagaan online yang mendapat sambutan dan tidak bermusim juga adalah perniagaan komputer dan laptop.
Ia sama konsep seperti gadget, telefon bimbit dan sektor perkhidmatan dimana ia diperlukan bagi setiap orang yang masih belajar dan juga bekerja.
Selain mempunyai permintaan yang tinggi, margin keuntungan juga agak lumayan.
21. Peralatan DIY
Hobi membuat kraftangan ataupun DIY juga menjadi kegilaan ramai terutamanya kaum wanita.
Perniagaan yang mendapat sambutan juga adalah dengan menjual barang kraf tangan dan pelbagai barangan DIY.
Ia sama sekali mendapat perhatian ramai terutamanya para remaja, kanak-kanak dan juga suri rumah. Berniaga DIY secara online juga mempunyai potensi yang agak besar.
22. Personal Loan
Selain dari produk fizikal, peluang perniagaan online kategori servis juga amat diperlukan.
Ia bukanlah sesuatu yang mengikut musim tertentu.
Sebagai contoh, servis personal loan juga boleh didaftarkan secara online dengan agen-agen yang dipercayai.
Sekiranya anda ingin menjadi seorang agen personal loan, anda boleh daftarkan diri di platform yang bersesuaian.
Dengan itu, servis personal loan akan menjadi sebuah perniagaan anda sendiri.
Baca: Badan Sah Untuk Mempunyai Pinjaman Perniagaan
23. Tudung Dan Shawl
Ramai yang meminati bidang fesyen muslimah, apakah perniagaan jenis sektor ini berdaya maju?
Perniagaan online yang mendapat sambutan sepanjang zaman pastinya tudung dan shawl.
Setiap hari, ada sahaja fesyen terbaru yang dikeluarkan oleh designer-designer dan menjadi ikutan ramai wanita.
Malah perniagaan aneka jenis tudung dan shawl juga tumbuh terlalu banyak bak cendawan.Wajarlah jika anda memilih untuk berniaga secara online kerana produk ini mendapat sambutan ramai.
23 Kategori Utama: Produk Jualan Online Paling Laris di Malaysia
Memang banyak peluang kat online ni 👍
tapi perlu fokus dan konsisten… insyallah berjaya