Contoh Video & Gambar Iklan Facebook Yang Berkesan

Kita Selalu Blur Nak Buat Video atau Gambar Iklan yang jenis macam mana...

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Ads Creative sangat penting untuk mendapatkan perhatian audience supaya berhenti scroll dan memberi perhatian kepada iklan kita.

Jadi Ads Creative pastinya perlukan kreativiti untuk GRAB ATTENTION selain menyampaikan mesej iklan.

1. Benefit Overlay

Boleh tengok balik mana-mana gambar/Video produk kita yang telah di post di sosial media yang mendapat engagement yang tinggi.

Kemudian hanya tambah text overlay pada tengah-tengah gambar tersebut.

Tulisan boleh ditulis berkenaan manfaat produk berkenaan yang bakal pelanggan akan dapat.

Sebab itu ia dipanggil Benefit Overlay.

Nota: Facebook telah memansuhkan peraturan 20% tulisan pada gambar. Jadi tak perlu risau lagi.

2. Features Point-Out

Teknik ni adalah kita tonjolkan lebih ciri-ciri yang ada pada produk yang kita ada.

Ciri-ciri ini kita hanya edit pada gambar sahaja – dan pastikan ia nampak menonjol.

Cara ini juga boleh digunakan pada video.

3. Instagram Stories Style

Kita boleh download instagram stories, jadi tidak menjadi masalah untuk buat ads creative berbentuk seperti ini.

Jika memang anda pengguna IG dan setiap hari buat stories maka tidak menjadi masalah untuk buat ads creative berbentuk seperti ini.

4. Tiktok Style

Untuk Ads Creative Tiktok Style semestinya adalah berbentuk video.

Menggunakan video  yang sedang trending adalah paling berkesan untuk mendapatkan perhatian daripada audience.

Untuk mendapatkan Best Result – tidak perlu buang logo tiktok pada video iklan berkenaan.

5. Unboxing Video

Unboxing video sangat sesuai digunakan dalam iklan retargeting.

Dimana audience yang melihat iklan adalah orang yang dah pernah kenal produk atau brand kita.

Anda juga boleh gunakan unboxing video daripada Insta Famous tentang produk anda.

Kalau tak nak berbelanja lebih, cukup dengan rakaman sendiri.

6. Testimoni Cut & Paste

Untuk buat iklan testimonial yang berkesan adalah menggunakan screen shot yang sebenar dari pelanggan kita.

Screenshot Terus Feedback Customer dari Facebook Tanpa Edit

Boleh buat dalam bentuk video atau gambar.

Dengan menggunakan testimonial yang sebenar, ia akan meningkatkan kepercayaan orang lain

Percaya atau tidak, sebenarnya ramai audience yang melihat gambar atau video iklan testimoni untuk pertama kali sebenarnya beraggapan semuanya adalah FAKE.


7. Mobile First Video

Iklan video untuk phone adalah paling berkesan untuk sekarang (2021).

Jadi, untuk memastikan Mobile First Video kita adalah berkesan, terdapat beberapa perkara untuk kita pastikan:

i. Panjang video 5s-15s sahaja

ii. Masukan Subtitle – video perlu mesra tanpa bunyi.

iii. Gunakan ration 9:16 atau 4:5

iv. Pengerakan video yang pantas

v. Masukan logo ada 5 saat terawal video

8. Us Vs Them

Tema iklan ini adalah berbentuk comparison dengan pesaing kita.

Teknik iklan sebegini memerlukan research kepada pesaing kita.

Dengan mengkaji pesaing, kita akan dapat kenapa brand kita perlu menjadi pilihan pengguna.

9. Seamless Carousel

Selalunya digunakan untuk Instagram Ads tetapi boleh juga digunakan pada Facebook Ads.

Seamless Carousel akan menjadikan gambar seolah-olah besambungan antara gambar bersebelahan.

Dengan cara ini akan dapat menarik perhatian prospek, dan mesej iklan dapat disampaikan.

Foto oleh: freepreset.net

Boleh menggunakan canva dan boleh tengok tutorial di youtube.

10. Bullet Point Image

Boleh dilakukan dalam bentuk video atau gambar statik.

Jika dibuat dalam bentuk video, ia akan nampak lebih menarik.

Boleh split test untuk dicuba pada kedua-duanya.

Software Untuk Editing

Canva – Video ataupun gambar, semuanya boleh diedit menggunakan canva.com

Cukup dengan menggunakan version percuma sahaja. Selebihnya bergantung kepada kreativiti kita sendiri.

Jadi tidak perlukan apa-apa software untuk di install.

Cupcut – adalah applikasi pada telefon pintar yang boleh di install untuk editing video.

Apllikasi ini agak popular kerana terdapat banyak fungsi tersedia untuk versi percumanya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online