fbpx

JARGON & TERMINOLOGI DALAM PEMASARAN DIGITAL

  • Posted In: Others Marketing Method


  • Keymaster
    #1280

    =====
    Setiap industri/bidang mempunyai jargon masing-masing untuk memudahkan komunikasi sesama ahli di seluruh dunia.
    .
    Doktor di Malaysia akan memahami terminologi perubatan yang digunakan di negara lain, contohnya.
    .
    Di bawah saya akan senaraikan jargon yang digunakan oleh pemain-pemain besar seluruh dunia dalam #DigitalMarketing.
    .
    Ini adalah untuk memudahkan tuan puan melakukan carian di blog-blog luar negara yang mempunyai content yang power!
    ========
    A – UMUM
    ========
    1. Digital marketing: Semua jenis aktiviti marketing dalam bentuk digital.
    2. Ekosistem marketing: Interaksi antara semua komponen dalam strategi marketing yang digunakan. Terutamanya Sales Funnel, Customer Decision-Making Journey, dan Marketing Channels.
    3. Organic traffic: Pelawat laman web yang datang melalui sumber tidak berbayar (bukan iklan).
    4. Paid traffic: Pelawat laman web yang datang melalui iklan.
    5. Landing page: Halaman di laman web yang menjadi pintu masuk pelawat.
    6. Marketing channels: Jenis atau platform marketing seperti Social Media, Google AdWords, dll.
    7. Optimize: Aktiviti yang dilakukan untuk memperbaiki prestasi iklan atau laman web.
    8. Facebook Ads: Platform iklan atau iklan yang ada di Facebook dan Instagram.
    9. Google AdWords: Platform iklan oleh Google.
    10. Ad Network: Jaringan pengiklan-penerbit laman web yang menyediakan servis pengiklanan dan penerbitan iklan.
    11. Search Engine Marketing (SEM): Iklan berbayar dalam enjin carian seperti Google dan Bing, disediakan oleh Google AdWords dan Bing Ads.
    12. Social Media Marketing: Semua jenis marketing dalam media sosial.
    13. Display Advertising: Pengiklanan di laman-laman web menggunakan banner (rujuk B.4).
    14. Programmatic Advertising: Pengiklanan di laman-laman web (kebiasaannya menggunakan banner) yang menggunakan teknologi AI untuk membeli impression (rujuk C.1), berbeza dengan Display Advertising yang biasanya membeli placement (rujuk B.5).
    (Ada yang mengatakan No. 12 adalah subset kepada No. 11 di atas.)
    15. App Marketing/Advertising: Mempunyai dua makna. Sama ada cara mengiklankan app; atau pengiklanan melalui app.
    16. Search Engine Optimization (SEO): Aktiviti untuk memperbaiki ranking dalam enjin carian.
    17. Algorithm: Sebuah set peraturan yang mempunyai operasi penyelesaian masalah. Kebiasaannya untuk menentukan kandungan News Feed Facebook atau laman Search Result Google.
    ============
    B – IKLAN (ADS)
    ============
    1. Ad copy: Ayat-ayat yang digunakan dalam iklan.
    2. Ad creative: Gambar-gambar yang digunakan dalam iklan.
    3. Call to Action (CTA): Mesej yang diletakkan dalam iklan atau laman web untuk memberitahu tindakan yang perlu dilakukan oleh prospek.
    4. Banner: Iklan dalam bentuk imej di laman web.
    5. Placement: Tempat di laman web untuk meletakkan iklan.
    =============
    C – METRIK / KPI
    =============
    1. Reach: Bilangan orang yang melihat iklan.
    2. Frequency: Purata kekerapan iklan dilihat oleh setiap orang.
    3. Impression: Reach x Frequency. Jumlah iklan dilihat.
    4. Session: Sesi pelawat di laman web anda. Di Google Analytics, selepas pelawat tidak aktif selama 30 minit, session akan berakhir.
    5. Visitor: Pelawat.
    6. Bounce: Session yang pelawatnya keluar dari laman web tanpa melakukan apa-apa tindakan lanjut.
    7. Bounce Rate (BR): Nisbah bounce dengan session.
    8. Click: Klik.
    9. Cost Per Click (CPC): Kos untuk satu click pada iklan.
    10. View: Tontonan video. Iklan di YouTube mengira tontonan minimum 30 saat atau video penuh (jika video >30s). Iklan di Facebook mengira tontonan 10 saat.
    11. Cost Per View (CPV): Kos untuk satu view.
    12. Click-through Rate (CTR): Nisbah bilangan klik kepada bilangan impression iklan.
    13. Conversion: Apa-apa jenis tindakan utama yang anda tentukan seperti mendapatkan emel (Lead) atau jualan.
    14. Cost Per Conversion (juga Cost Per Order/Acquisition/Sale (CPO/A/S): Kos untuk satu conversion.
    15. Conversion Rate (CVR, CR): Di laman web, kiraan adalah berdasarkan nisbah conversion dengan session. Di channel marketing, kiraan adalah berdasarkan nisbah conversion dengan bilangan click.
    =====
    SolidClick: Pasukan tempatan yang sedia membantu usahawan selesaikan isu-isu marketing mereka.
    =====
    P/S: Senarai di atas tidak semestinya lengkap dan akan dikemaskini dan ditambahbaik setiap masa.
    Share & save untuk jadikan rujukan.

Reply To: JARGON & TERMINOLOGI DALAM PEMASARAN DIGITAL
Your information: