Idea Jadikan Feed Instagram Menarik dan Kemas

Pada artikel kali ini saya ingin kongsikan beberapa tip-tip yang menjadikan feed instagram anda menarik dan kemas.

Sebagai seorang peniaga online, anda harus peka dan sentiasa  updated dengan teknologi media sosial terkini.

Buatlah akaun media sosial seperti instagram ini agar tidak ketinggalan.

Selain itu, sangat penting untuk anda memahami dan mengetahui kemudahan asas yang disediakan oleh setiap platform media yang anda gunakan.

Hal ini supaya anda boleh memanfaatkannya untuk memperkembangkan perniagaan anda. Salah satunya adalah Instagram.

Sekarang, Instagram sedang hangat menempa namanya sendiri seperti Facebook.

Kebanyakan pengguna Instagram adalah generasi yang baru yang mahir dengan proses pembelian secara online.

Oleh itu, Instagram adalah salah satu platform yang boleh membantu anda dalam perniagaan anda.

Penggunaan Instagram sangat mudah, kerana platform ini hanya membolehkan anda menaikkan status dalam format gambar dan video sahaja.

Sementara itu, ruangan untuk menulis penerangan tentang gambar atau video yang anda muat naik turut disediakan.

Ini menjadikan Instagram dikenali sebagai visual sosial kerana ianya adalah medan penyiaran gambar dan video yang terbesar di media sosial.

11 Tips Jadikan Feed Instagram Menarik & Kemas

Berikut merupakan tips –tips yang membantu instagram anda lebih menarik dan akan membuat follower anda tidak jemu melawati akaun anda.

1. Menggunakan Susun Atur Grid

Apa itu susun atur grid?

Susun atur grid adalah bagaimana anda menyusun kedudukan suapan anda di feed insta anda.

Dengan adanya susun atur grid ini, anda tahu photo apa yang sesuai bersebelahan antara satu sama lain.

Pemilihan susun atur grid yang sesuai akan memudahkan anda.

Ia membantu anda menentukan bagaimana gambar atau video siaran yang anda perlu siarkan di masa akan datang.

Foto: Preview

Jika anda buat kedai online di instagram dan praktikan cara ini, profile instagram anda nampak lebih bermanfaat.

Cara promosi produk di instagram sebegini anda membuatkan follower anda tidak dipaksa untuk membeli sahaja tetapi diselitkan juga dengan tips-tips yang berguna.

2. Menggunakan Tema

Pemilihan tema untuk feed insta anda sangat penting kerana melalui tema secara keseluruhan ianya menunjuk keperibadian anda secara visual.

Oleh itu, anda harus memikirkan tema yang bagaimana yang anda inginkan berdasarkan peribadi dan minat anda.

Sebagai contoh jenis tema-tema yang ada, yang anda boleh pertimbangkan adalah tema berwarna – warni, moody, tropika dan banyak jenis lagi.

Foto: Preview

3. Pilih Konten/Topik Yang Besesuaian Untuk Disiarkan

Membuat Instagram anda menjadi menarik  tidak hanya berkait rapat dengan tema warna dan susun atur feed Insta anda.

Ia juga berkaitan dengan apa yang anda siarkan dan bincangkan di feed insta anda.

Sememangnya apa yang anda ingin tulis dan siarkan adalah pilihan anda sendiri.

Walau Bagaimanapun, Jika anda seorang blogger , saya sarankan anda berfikir terlebih dahulu tentang apa yang ingin anda post di Feed anda.

Saya cadangkan anda berkongsi tentang perkara yang anda minat, fasih dan mahir.

Manakala, jika anda seorang peniaga, berkongsilah tentang info-info tentang produk atau servis yang anda jual.

Selain itu, anda juga boleh berkongsi tentang isu semasa yang sedang hangat.

Jika kita lihat instagrammer sekarang, mereka sentiasa membincangkan atau postkan benda yang agak sama setiap masa.

Berkongsi benda yang sama tidak salah, terutama jika perkara tersebut adalah isu yang sedang hangat.

Walaubagaimanapun, anda harus memastikan idea pembawaan dan juga perkara yang anda kongsi itu bersesuaian dengan objektif asal anda mengumpul para pengikut.

Foto: Preview

4. Gunakan Fungsi Filter

Tujuan penapis gambar adalah untuk menambah cantik gambar anda.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda telah memilih untuk menggunakan tema pada feed instagram anda, pastikan anda menggunakan  filter yang sama pada semua gambar anda.

Jika anda tidak berhati, penggunaan filter boleh mencacatkan tema pilihan anda.

Terdapat pelbagai koleksi filter yang anda gunakan.

Contohnya dalam Preview app : Putih, Gelap , Berwarna Warni dan banyak lagi.

Jangan lupa! pastikan anda cuma memilih satu jenis filter  dan sentiasa menggunakan filter jenis tersebut.

Dengan adanya bantuan filter ini, anda dapat menampilkan warna gambar yang anda muat naik lebih sekata.

Apabila sekata, feed insta anda akan terlihat kemas dan sedap dipandang mata.

Instagram Menarik
Foto: Preview

5. Penyusunan Semula Post Untuk ‘Flow Feed’

Related Posts
1 of 3

Pada peringkat ini, anda sudah tahu jenis grid, tema dan filter yang anda ingin guna.

Saya juga percaya anda telah mempunyai idea apa yang anda ingin kongsikan di instagram anda.

Oleh itu, seterusnya yang penting adalah untuk membuat flow di feed insta anda.

Anda pasti pernah melihat instagram orang lain kelihatan kemas dan teratur.

Ini kerana mereka tahu gambar apa yang sepatutnya di muat naik selepas gambar yang pertama disiarkan.

Mereka telah merancang terlebih dahulu corak aliran feed Insta mereka.

Jika mereka boleh lakukan, sudah tentu anda juga boleh membuat instagram anda terlihat menarik, kemas dan rapi seperti mereka!

Foto: Preview

 

6. Menggunakan Koordinat Warna

Tema dan koordinat warna hampir sama tetapi sebenarnya ianya adalah benda yang berbeza.

Koordinat warna adalah warna yang mempengaruhi pemandangan keseluruhan akaun feed anda.

Jika filter anda disarankan memilih satu, tetapi untuk koordinat warna anda boleh Pilih 2 atau 3 warna yang anda selalu guna.

Selepas memilih koordinat warna, anda perlu memastikan susunan atur dan kombinasi warna tersebut bersesuaian dan tidak berserabut.

7. Background Pada Gambar Posting

Seterusnya, sentiasa memeriksa latar belakang gambar anda.

Tips ini akan membuat perubahan besar kepada feed insta anda.

Beri perhatian pada latar belakang belakang photo anda dan quotes anda.

Sentiasa pastikan latar anda bersih. Jangan biarkan latar belakang anda mengganggu subjek utama anda.

Melainkan latar belakang anda adalah satu strategi untuk menarik perhatian follower anda.

Contohnya:

Anda bergambar di hadapan Eiffel Tower.

Anda mungkin ingin  menonjolkan Eiffel Tower tersebut sebagai meseg kepada pengikut anda bahawa anda sedang di Perancis sekarang.

8. Penggunaan Border Pada gambar

Mengapa penggunaan border ini sangat penting?

Penggunaan border dapat memberikan jarak antara setiap gambar anda.

Penggunaan border ini sangat sempurna sekiranya anda mengambil pelbagai gambar dengan pelbagai warna.

Ianya kelihatan gambar anda menjadi satu dan penggunaannya sangat cepat.

9. Pencahayaan Semulajadi

Dalam membuat video juga anda pasti pernah mendengar tentang tip ini.

Penggunaan cahaya semula jadi membuat gambar anda lebih berkualiti berbanding dengan gambar yang di edit dan ditambah pencahayaan.

Salah satu cara bagaimana mendapatkan gambar menggunakan cahaya semulajadi adalah dengan mengambil gambar anda berdekatan dengan tingkap.

Masa yang terbaik untuk mendapatkan cahaya semula jadi ialah:

– Pada waktu pagi

– Pada waktu senja

10. Gambar Berkualiti

Tip ini mungkin biasa didengar oleh anda tetapi dengan mempunyai gambar yang berkualiti anda akan memperolehi Likes yang banyak.

Gambar yang mempunyai kualiti yang tinggi kelihatan tajam dan menarik. jika dibandingkan dengan gambar yang kualiti biasa.

Oleh itu, sebelum anda kongsikan gambar, pastikan gambar anda berkualiti tinggi.

Elakkan penggunaan kamera depan kerana kebiasaannya kamera depan lebih rendah kualiti berbanding kamera belakang.

11. Have Fun Dengan Apa yang Anda Lakukan

Sentiasa lakukan apa yang anda suka.

Seseorang biasanya dapat menghasilkan sesuatu dengan kreativiti dan mutu yang tinggi pada saat mereka perkara yang mereka suka.

Jika anda memang suka apa yang anda lakukan.

Anda pasti boleh mempengaruhi pengguna instagram yang lain untuk mengikuti anda.

Dengan cara ini, anda secara tidak langsung telah menambah dan membina rangkain pengikut anda sendiri.

 

Kesimpulan

Jika anda benar-benar ingin membangunkan peminat dan pengikut anda sendiri di Instagram, pastikan anda menjaga instagram anda dengan rapi dan baik.

Pastikan juga anda tahu hala tuju atau matlamat anda membuat instagram anda.

Diharap tip-tip di atas dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti feed instagram anda dan mampu untuk menambahkan follower Instagram anda.

Seterusnya, dapat membuat ia lebih menarik dan kelihatan professional. Kemudian anda boleh buat duit dengan instagram anda.

Tips tambahan, anda juga boleh praktikan untuk buat posting di instagram pada waktu terbaik.

Jika anda suka artikel sebegini, boleh join kami di Youtube Channel. Selain itu, boleh juga sertai kami di Telegram dan Facebook

Stay Updated
Get daily articles in your inbox for free.
You can unsubscribe at any time
Panduan Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Panduan Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Kami akan hantar terus ke emel anda - tips terbaru yang kami kemaskini.

You have Successfully Subscribed!