9 Langkah Nak Daftar Syarikat Sendirian Berhad & Kelebihannya

Bagaimana Nak Daftar Syarikat Sendirian Berhad & Kelebihan Berbanding Syarikat Enterprise

Daftar syarikat sendirian berhad di Malaysia adalah sesuatu yang wajib dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Sekiranya perniagaan tidak didaftar, tindakan undang-undang akan dikenakan.

Akta ini diguna pakai untuk bisnes online juga.

Peniaga boleh memilih untuk mendaftar syarikat bagi milikan tunggal atau sendirian berhad bergantung kepada jenis syarikat yang ingin ditubuhkan.

Umum tahu bahawa Syarikat Sendirian Berhad berbeza dengan syarikat milikan tunggal dari segi pengurusan, keuntungan dan banyak lagi.

Membuka syarikat Sendirian Berhad juga tidaklah mudah seperti mendaftar syarikat milikan tunggal atau enterprise.

Terdapat beberapa hal yang harus anda fahami dan sediakan sebelum mendaftar.

Jom kenali terlebih dahulu apakah syarikat sendirian berhad, ciri-cirinya dan kelayakan untuk mendaftar.


Definisi Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat yang bermatlamatkan keuntungan dimana ia melibatkan seorang ataupun lebih pemilik syarikat malah syarikat ini juga dihadkan oleh saham serta tidak boleh dijual kepada orang awam.

Justeru, pemilik syarikat yang akan mengeluarkan modal bagi menubuhkan syarikat sehinggalah menguruskan tiap satu urusan permulaan syarikat.

Matlamat mereka adalah untuk meraih keuntungan jangka masa pendek dan panjang.

Syarikat Sendirian Berhad juga perlu mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Untuk pengetahuan anda, syarikat sendirian berhad juga tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965 yang kini dikenali sebagai Akta Syarikat 2016.


Ciri-Ciri Syarikat Sendirian Berhad

Dengar nama sahaja, sudah pasti kita ingin daftar syarikat sendirian berhad kan?

Tetapi ramai yang masih tak faham apakah syarikat sendirian berhad ini sebenarnya.

Nak kenal lebih lanjut bagaimana keadaan sesebuah syarikat sendirian berhad, jom lihat ciri-cirinya di bawah.

  • Dikawal oleh Akta Syarikat 2016 (Dahulunya Akta Syarikat 1965)
  • Pemilik syarikat boleh jadi seorang atau lebih dari seorang
  • Pemegang saham yang terlibat ke atas syarikat hendaklah 2 orang sehingga 50 orang sahaja
  • Mempunyai ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat (Pemilik saham syarikat) atau dikenali sebagai Board of Director.
  • Modal penubuhan syarikat adalah dari pemilik syarikat sendiri
  • Harus difahami bahawa pengarah syarikat sendirian berhad mempunyai liabiliti yang terhad
  • Hutang syarikat perlu menjadi tanggungjawab syarikat
  • Penama atau pemilikan aset adalah untuk seluruh syarikat dan bukan hanya seseorang individu sahaja.
  • Mana-mana pemegang saham syarikat yang mempunyai 51% atau lebih dari jumlah saham syarikat keseluruhan berhak mengawal hal pengurusan syarikat tersebut
  • Saham syarikat boleh dijual beli tetapi tidak boleh dijual di pasaran terbuka
  • Saham syarikat tidak boleh dipasarkan di Bursa saham Kuala Lumpur (BSKL)
  • Syarikat tidak wajib mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam
  • Syarikat yang mudah dikenali kerana nama Sdn Bhd di penghujungnya.
  • Sebagai contoh AB Marketing Sdn Bhd.
  • CEO (Chief Executive Officer) adalah ketua utama bagi sesebuah syarikat sendirian berhad.

Cara Daftar Syarikat Sendirian Berhad (Lengkap)

Sekarang kita lihat flow untuk mendaftar syarikat sendirian berhad.

Terdapat 9 langkah utama seperti berikut:

1. Kenal Pasti Syarat-Syarat Memohon Syarikat Sendirian Berhad

Bagi memastikan permohonan pendaftaran syarikat kita berjaya,

penting untuk kita mengenalpasti terlebih dahulu syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Ia sangat mudah dan tidak susah.

Sekiranya memiliki syarat dibawah, maka anda layak memohon bagi syarikat sendirian berhad.

i. Pastikan pengarah syarikat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

ii. Butiran peribadi dan borang yang disediakan haruslah diisi dengan jelas dan lengkap.

iii. Dokumen yang diperlukan juga perlu diberikan dengan lengkap untuk memudahkan urusan pendaftaran

2. Sediakan Maklumat Yang Diperlukan

Jangan lupa sediakan maklumat yang diperlukan atau berkaitan untuk pendaftaran syarikat sendirian berhad.

Kesemua maklumat ini akan digunakan sebagai garis panduan bagi melihat potensi syarikat.

Antara maklumat yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

i. 3 Nama Syarikat Yang Akan Didaftarkan

Nama-nama syarikat ini haruslah nama yang belum ada dalam sistem pendaftaran syarikat atau suruhanjaya syarikat Malaysia.

Ia bermaksud nama syarikat yang belum digunapakai oleh mana-mana organisasi di luar sana.

Sekiranya 1 nama syarikat ditolak, nama seterusnya akan gunakan. Begitulah seterusnya.

ii. Senarai Aktiviti Perniagaan

Walau apapun aktiviti dan urus niaga syarikat, senaraikan setiap satunya untuk rujukan dan maklumat penting.

Ia diperlukan dalam mendaftar syarikat sendirian berhad serta memastikan ia berpotensi berjalan lancar.

iii. Akaun Bank Syarikat

Maklumat penting yang diperlukan juga adalah jenis akaun bank yang akan dibuka bagi syarikat tersebut.

Akaun bank syarikat penting kerana ia akan memisahkan urusan kewangan peribadi pemilik syarikat dengan kewangan syarikat.

Hal ini juga dapat mengelakkan daripada berlakunya penyelewangan wang.

3. Melantik Setiausaha Syarikat

Setiausaha syarikat atau company secretary merupakan orang terpenting yang akan membantu anda menguruskan proses penubuhan dan pengendalian syarikat.

Wajarlah sesebuah syarikat melantik seorang setiausaha syarikat sahaja.

Tahukah anda, setiausaha syarikat bertauliah boleh jadi dari Ahli Badan Profesional seperti Bar Council, MAICSA, MIA dan juga Licensed Secretary yang boleh didapati dari SSM.

Selalunya mereka akan meminta deposit awal, ada juga yang memerlukan bayaran penuh sebelum kendalikan seluruh proses penubuhan syarikat anda.

Berbaloikah melantik setiausaha syarikat?

Ya, dan ia adalah tindakan yang harus anda buat.

Setiausaha syarikat juga bertindak sebagai penasihat dan pegawai syarikat kepada lembaga pengarah syarikat.

Tanpa setiausaha syarikat, mustahil urusan pendaftaran dapat diselesaikan dengan cepat.

1 of 6

4. Perbincangan Penuh Dengan Setiausaha Syarikat

Jangan serahkan 100% kepada setiausaha syarikat, sememangnya mereka akan membantu anda kendalikan proses penubuhan syarikat.

Namun, dari segi maklumat, ia perlu dipantau oleh anda.

Buat temu janji dengan setiausaha syarikat pilihan anda.

Kerjasama antara anda dengan setiausaha syarikat harus diadakan secara menyeluruh.

Ketahui perkara atau maklumat yang mereka perlukan.

Antara maklumat penting wajib setiausaha syarikat ambil maklum adalah seperti berikut:

i. Salinan kad pengenalan setiap ahli syarikat warganegara

ii. Salinan pasport setiap ahli syarikat bukan warganegara

iii. Jumlah modal saham atau syer yang akan dilaburkan dalam akaun syarikat untuk memulakan perniagaan

iv. Peratusan (%) syer saham yang akan dipegang oleh ahli pemegang saham

v. Nama mereka yang akan menandatangani cek syarikat

vi. Alamat utama perniagaan dan cawangan (jika ada)

vii. Alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham syarikat di Malaysia 

viii. No telefon syarikat, no telefon bimbit dan emel setiap pemegang saham, pengarah dan syarikat. 

ix. Jangan lupa untuk sediakan wang sebanyak RM 3,000 bagi pembayaran penubuhan akaun syarikat sendirian berhad. 

5. Sediakan Dokumen Sokongan Yang Lengkap

Dokumen sokongan akan membantu memudahkan urusan pendaftaran syarikat dimana ia akan mengelakkan daripada berlakunya kemusykilan maklumat.

Bagi anda yang ingin mendaftar syarikat sendirian berhad, dokumen berikut perlu disediakan:

  • Salinan kad pengenalan bakal pengarah
  • Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham
  • Salinan pasport dan visa bagi bukan warganegara

6.  Proses Pendaftaran Dan Penubuhan Syarikat

Setelah lengkap semua dokumen, setiausaha syarikat akan mulakan proses pendaftaran dan penubuhan syarikat sendirian berhad anda. Pasti anda teruja dan tak sabar lagi kan! Antara proses yang dilakukan adalah seperti berikut: 

  1. Setiausaha syarikat akan mengisi borang permohonan bagi carian nama syarikat iaitu borang 13A lalu diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kemudian, hanya perlu tunggu selama 4 atau 5 hari untuk mengetahui status kelulusan.
  2. Setelah nama syarikat sendirian berhad anda diluluskan, anda perlu menandatangani beberapa jenis borang iaitu borang 48A dan Memorandum and Articles of Association (M&A).  Borang M&A tersebut akan diserahkan ke pejabat duti setem dan Borang 48A pula akan dihantar ke Suruhanjaya Sumpah.Semuanya dilakukan oleh setiausaha syarikat anda.
  3. Selain itu, borang yang terlibat untuk mendapatkan lesen perniagaan adalah 

Borang 9, Borang 6, Surat Kebenaran dan surat lampiran (Covering Letter).

  1. Bukan itu sahaja, pengarah syarikat juga perlu menandatangani dokumen-dokumen seperti Borang 49, Borang 24, Borang 44 dan Mesyuarat Agong Pertama (First Board Meeting). 

Akhir sekali, salinan Borang 49, Borang 24, Borang 44, Memorandum and Articles of Association (M&A) akan diberikan kepada anda sebagai rujukan.

Pengurusan dokumen bagi penubuhan syarikat sendirian berhad ini memakan masa 4 atau 5 hari.

7.  Terima Sijil Dan Dokumen Lengkap

Setiausaha syarikat anda akan menerima semua sijil dan dokumen lengkap mengenai pendaftaran dan penubuhan syarikat ini. 

Anda juga akan menerima Borang Seksyen 17 iaitu sijil penubuhan syarikat sendirian berhad daripada SSM. Tak perlu lagi berhadapan dengan urusan dokumen kerana semuanya sudah selesai.

8.  Buka Akaun Bank Syarikat Sendirian Berhad

Selesai sudah semua urusan pendaftaran syarikat. Kini, masa untuk anda buka akaun semasa syarikat sendirian berhad dengan bank pilihan anda. 

Terus pergi ke bank untuk lebih mudah dan pantas, belajar selok belok urus niaga bank berkaitan cek dan lain-lain lagi untuk memudahkan perniagaan kelak. 

9.  Mulakan Perniagaan Dengan Syarikat Sendirian Berhad

Apabila lengkap dengan akaun bank dan lebih trusted, barulah anda mulakan perniagaan dengan langkah baru.  Selamat maju jaya!

Jangan lupa juga untuk keep in touch dengan setiausaha syarikat anda untuk dapatkan info terkini dan bertanya jika ada sebarang persoalan, mereka adalah orang yang tepat!



Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad Berbanding Syarikat Enterprise

Ramai tertanya-tanya apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat enterprise? Seringkali kita lihat risiko bagi syarikat besar ini lebih tinggi berbanding syarikat milikan tunggal. Namun, kelebihannya juga amat berbaloi!

 1. Modal Dan Kewangan

Syarikat sendirian berhad lebih mudah mendapatkan pinjaman yang lebih besar berbanding syarikat enterprise atau milikan tunggal.

Mereka mempunyai penyata kewangan yang diaudit serta laporan tahunan yang teratur.  

2. Liabiliti Terhad 

Liabiliti syarikat juga adalah terhad dimana hak syarikat bukanlah hak pemegang syarikat secara individu. 

Ia terhad kepada sumbangan modal syarikat sahaja.

Bukan itu sahaja, malah syarikat jenis ini merupakan entiti sah dibawah undang-undang, maka ia boleh memiliki aset.

3. Perlindungan

Syarikat sendirian berhad lengkap dengan perlindungan dimana pemegang saham akan dilindungi oleh undang-undang, manakala pemegang saham juga takkan terjejas jika seseorang pemilik syarikat meninggal dunia.

4. Potensi Perniagaan

Syarikat sendirian berhad mempunyai potensi lebih besar untuk berkembang berbanding dengan syarikat milikan tunggal. 

Rangkaiannya juga lebih besar dan lebih dipercayai.

5. Konsep Tanggungjawab

Tahukah anda, tanggungjawab bagi seorang pemilik saham tidak akan melibatkan pengendalian atau pengurusan syarikat yang lebih mendalam. 

Mereka tidak akan terbeban berbanding syarikat enterprise, semuanya harus diuruskan oleh pemiliknya.

Selain itu, antara kelebihan syarikat sendirian berhad yang lain juga adalah proses penukaran hak milik syarikat menjadi lebih mudah, nama syarikat juga boleh ditukar dengan mudah serta laporan kewangan syarikat tidak perlu diumumkan kepada orang ramai.



Akhir kata,

Anda telah buat keputusan yang bijak untuk mendaftar syarikat sendirian berhad. Ikuti langkah-langkah dan panduan daftar syarikat sendirian berhad yang telah kami kongsikan.  Ia lebih mudah difahami, semoga bermanfaat!

Dapatkan Free Course Buat Duit Dengan Google di Telegram kami.

Sebarang pertanyaan boleh add saya di facebook dan subscribe channel youtube kami.
You might also like
Stay Updated
Get daily articles in your inbox for free.
You can unsubscribe at any time

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Pemasaran Digital dan Bisnes Online

Kami akan hantar terus ke emel anda - tips terbaru yang kami kemaskini.

You have Successfully Subscribed!