Pemilihan Topik [Niche]?

Langkah pertama adalah kita perlu buat keputusan apa topik yang kita ingin bincangkan di blog kita. Dari sini kita perlu tetap teguh dengan topik utama kita.

Setup Blog Untuk Adsense

Idea 1: Senaraikan Semua Yang Dekat Dengan Kita
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Saya biasanya akan senaraikan semua apa yang dekat dengan saya.

Contoh:

Saya bekerja sebagai seorang jurutera, mempunyai 4 orang anak dan suka melancong dalam negeri.

  1. Karier – Jurutera Minyak & Gas
  2. Keluarga – Anak-anak
  3. Melancong Dalam Negeri

Saya boleh buat blog berkenaan karier & pengalaman ketika belajar

Saya boleh buat tips-tips mendidik anak & kongsi pengalaman menjaga anak

Saya boleh buat blog berkenaan Melancong dalam negeri & luar negeri.