Cara Naikkan Sale & Memajukan Perniagaan Online Untuk SME

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Sebelum kita meneliti cara memajukan perniagaan anda, kita perlu pastikan cara naikkan sale jualan produk kita berjalan dengan lancar.

Untuk mengembangkan bisnes, pastinya jualan produk kita perlu laris dijual.

Jadi kedua-duanya berkaitan secara terus.

Sale Naik maka perniagaan boleh berkembang.


Sebelum ini kami pernah terangkan tentang Strategi Pemasaran Online  dimana kami berkongsi cara naikkan sale dari RM30k kepada RM60k/RM70k malah ke RM100k untuk klien kami.

Semua tips  bukanlah sesuatu yang rahsia sebenarnya.

Kita boleh dapati tips-tips untuk meningkatkan sale secara percuma di youtube yang dikongsikan oleh pakar-pakar.

Cuma mungkin anda tidak faham dan tidak tahu bagaimana untuk aplikasikan dalam dunia bisnes sebenar.

Cara Tingkatkan Jualan Produk
Perkongsian oleh pakar pemasaran, Patrick Bet-David, di channel youtube Valuetainment.

 

Perkara diatas adalah perkara asas yang perlu diperbetulkan dahulu sebelum kita ingin tingkatkan jualan produk kita ke fasa seterusnya.

Kami, terangkan selanjutnya dalam penerangan dibawah.

Cara Naikkan Sale Produk

Perkara asas dalam memastikan produk kita dijual dengan betul adalah perlu pastikan Proses Jualan yang kita bina adalah betul.

Apabila kita meneliti setiap fasa dalam proses ini, kita akan dapat jawapan dimana kita perlu tambah baik dalam proses jualan perniagaan kita.

Contoh Sale Process

  1. Prospecting & Lead Generation – Buyer Awareness
  2. Qualifying Lead – Buyer Engagement
    1. Needs
    2. Time
    3. Money
    4. Decision Maker
  3. Demonstration Value – Buyer Interest
  4. Negotiate & Close – Buyer Commitment
  5. Delivery & Fulfillment – Buyer Experience
    1. Memberikan perkhidmatan yang terbaik
    2. Disini penentu untuk repeated customer
    3. Mencari Referal

Setelah Proses Jualan dikenalpasti dan disusun,

kita jalankan terlebih dahulu pemasaran dan jualan untuk tempoh beberapa minggu atau sebulan.

Pada fasa ini adalah sangat penting kita rekodkan semua data jualan,prospek dan lain-lain.

Seterusnya, kami lakukan adalah seperti berikut….


Kenalpasti Pakej & Produk Yang Laris

Setelah kami melakukan pemasaran dan jualan, semuanya kami rekod.

Jadi dalam rekod ini, kami akan dapat lihat produk mana yang mendapat sambutan.

Jadi, pastikan setiap data jualan adalah direkod.

Kami ambil contoh, kami menjual produk Jerawat.

Pakej yang ditawarkan

  • Pakej A – Basic
  • Pakej B – Medium
  • Pakej C – Full

Pastinya Pakej C adalah pakej yang paling menguntungkan pada bisnes kita.

Jadi kita analisis data jualan Pakej C dan kenalpasti siapa golongan yang membeli Pakej C.

Ini kita namakan Avatar Pelanggan yang sebenar.

Berkenaan Avatar pelanggan ini kita teruskan pada topik selanjutnya dibawah…..


Kenalpasti Avatar Pelanggan

Kita perlu kenalpasti avatar setiap pembeli untuk setiap produk yang kita jual.

Sebagai contoh, objektif akhir kita adalah ingin menjual Pakej C.

Jadi, apabila kita buat marketing di sosial media, sebenarnya kita inginkan golongan yang mirip untuk Pakej C – (Upsell)

Ini kerana kita sudah meneliti data jualan yang Avatar Pelanggan seperti mana yang mampu membeli Pakej C.

Contoh Avatar Untuk Pakej C

Apabila kita analisis data pembeli pakej C, katakan kita mendapati pakej C majoriti pembelinya adalah:

  • Golongan Bekerjaya
  • Berusia 25-34
  • Wanita

Contoh Avatar Pakej A

Pakej A adalah pakej asas jadi kemungkinannya data adalah bercampur-campur sebab Pakej A adalah paling murah. Mungkin data kita akan dapat seperti berikut:

  • Golongan Remaja & Bekerjaya
  • Berusia 18-34
  • Wanita & Lelaki

Selepas kita buat jualan awal, kita sudah mendapat data dan trend golongan pembeli.

Untuk strategi pemasaran pada bulan seterusnya, kita terus target pada golongan sasaran yang membeli pada Pakej C tadi.

Bajet pengiklanan akan kami naikan pada golongan yang terbukti mampu membeli pakej yang memang kami nak jual iaitu Pakej C.

Andaikan, mereka membeli Pakej A pun, kita tahu yang mereka adalah golongan yang mampu untuk beli Pakej C.

Jadi, dalam sale process kita perlu buat follow up lagi untuk mendapatkan jualan lagi.

Inilah cara naikkan sale yang kami gunakan.


Analisis Marketing Data & Closing Rate

Apa data-data yang perlu kita analisis dalam topik ini.

  1. CPC – Cost Per Lead
    • Kita perlu tahu berapa kos untuk kita dapatkan 1 lead atau orang yang berminat dengan produk kita
  2. Closing Rate
    • Closing rate adalah peratusan lead yang berjaya kita tukarkan kepada pelanggan.
    • KPI closing rate adalah berbeza-beza mengikut bisnes dan produk
    • Selalunya untuk permulaan kami tetapkan 15% minimum closing rate
    • 20% keatas adalah minimum apabila produk sudah validate.
  3. CAC – Customer Acquisition Cost
    • Kos untuk mendapatkan seorang pelanggan adalah kos sebenar untuk sesuatu jualan produk.
    • Jika kos mendapatkan 1 jualan melebihi dari keuntungan produk yang dijual bermakna bisnes kita mengalami kerugian.
  4. AOV – Average Order Value
    • Secara purata berapa RM yang pelanggan beli dari kita.
    • Kita AOV rendah maksudnya kita perlu buat upsell lagi untuk tingkatkan AOV
  5. ROAS – Return On Ad Spend

Semua ini, kita boleh buat dalam bentuk form excel dan data perlu dikemaskini pada setiap hari.

Tanpa data ini, kita tak mampu untuk analisis dan mencari dimana perlu kita betulkan dalam meningkatkan hasil jualan produk kita.


Naikkan Bajet Pengiklanan

Setelah kita mendapatkan data-data penting seperti kita bicarakan diatas, barulah kita letakan target jualan seterusnya dengan bajet iklan yang lebih tepat.

Contoh ROAS 1:5

Andaikan bisnes kita sebelum ini adalah 1:50, maksudnya:

  • RM1000 iklan menjana RM5000 jualan
  • Profit katakan 30% dari jualan = RM1500

Katakan Target Profit = RM15,000

  • Jadi, kita perlu naikan bajet iklan kepada Rm10,000/sbln
  • Jualan Kasar perlu RM50,000/sbln

Disini adalah fasa Scale Up cara naikkan sale untuk bisnes anda.


Tingkatkan Closing Rate

Kita tidak dapat tingkatkan ROAS kita jika closing rate kita juga tidak pertingkatkan.

Semua saling berkait – jadi perlu kemahiran matematik juga disini.

Bagaimana Kami Tingkatkan Closing Rate Pekerja Kami?

  1. Hantar training
    • Jawapan paling mudah adalah melabur dengan cara hantar pekerja yang ditugaskan untuk closing ke kursus-kursus yang berkaitan.
  2. Pastikan Sale Person Faham Produk – Kuasai Produk Knowledge
    • Sale Person tidak akan dapat tingkatkan kualiti mereka jika mereka sendiri tidak faham produk/pakej yang mereka nak jual.
  3. Mencari Orang Yang Betul
    • Sale Person adalah orang penting dalam menjana pendapatan syarikat.
    • Bukan semua orang mampu menjadi Sale Person
    • Pastikan calon adalah golongan yang betul.
  4. Penghargaan/Reward
    • Reward biasanya boleh diberikan setiap bulan
    • Berbentuk wang ringgit atau hadiah yang bernilai
    • Biasanya akan diberikan apabila capai KPI jualan bulanan.

Cara naikkan Sales

Buatlah perlbagai cara naikkan sale – tapi kalau cara closing tak betul tak ada guna juga.


Cara Memajukan Perniagaan

Apabila jualan produk kita meningkat dan mula stabil, maka ini adalah masa yang sesuai untuk kita memajukan lagi perniagaan kita.

Maksudnya cara naikkan sale yang kita gunakan adalah berkesan.

Bisnes kita tidak akan berkembang dan tidak akan bertahan dalam pasaran jika kita tidak merangka pelan untuk memajukan bisnes kita.

Fasa ini adalah fasa selepas jualan pertama berlaku.

Berikut merupakan cara memajukan perniagaan anda….

cara memajukan perniagaan


1/ Naikkan Harga – Tambahkan Value – Upsell

Kurangkan harga bukan cara memajukan perniagaan kita walaupun jualan mungkin meningkat.

Nak naikkan harga pula kita takut pelanggan tidak dapat menerimanya.

Suka atau tidak, naikan harga jualan adalah salah satu cara untuk mengembangkan bisnes kita.

Namun, caranya perlu dilakukan dengan strategi yang betul.

Antara caranya adalah menaikan harga dengan menambahkan lagi nilai pada produk tersebut.

Kita boleh upsell kepada pelanggan sedia ada yang ada dalam database kita.

Jika harga dinaikan tetapi produk/servis tidak dinaik taraf maka itu adalah tindakan yang BAHAYA.

Jangan kita cuba cara memajukan perniagaan dengan kaedah yang salah.

Increase Price, Increase Value

2/ Tambah Produk Jualan – Cross Sell

Apabila produk awal kita jual sudah mula mendapat kestabilan, kita boleh mula untuk mencari idea untuk melancarkan produk baru.

Kita boleh mencari idea untuk produk baru yang berkaitan dengan niche brand atau produk yang pelengkap kepada produk asal kita.

Contohnya sebelum ini kita jual produk jerawat, sekarang kita boleh jual produk menghilangkan parut jerawat.

Atau kita boleh mula jual produk jeragat pula.

Contoh Produk Syarikat GRAB

Grab pada awalnya hanya menawarkan perkhidmatan GrabCar kini telah menawarkan perlbagai servis, antaranya:

  • GrabCar – Untuk tempahan kereta sewa (Macam Teksi)
  • GrabFood – Untuk tempahan makanan
  • GrabMart – Untuk tempahan barangan runcit
  • GrabExpress – Untuk servis penghantaran pantas (Barang & Makanan)

Ini adalah contoh mudah bagaimana sesebuah perniagaan berkembang maju selepas 1 servis mereka berjaya.

Rasanya cara naikkan sale ini semua orang tahu kan? cuma jangan terburu-buru, susun satu-satu.


3/ Tingkatkan Perkhidmatan

Perkhidmatan yang kami tekankan disini adalah perkhidmatan yang mungkin sesetengah pemilik perniagaan ambil mudah dan remeh.

Antaranya adalah:

  • Kemudahan Pembayaran

Kaedah pembayaran kadang-kadang membuatkan pelanggan menjadi tertangguh untuk membuat pembayaran.

Jadi akan menjadikan proses closed anda juga tertangguh jika close secara online.

Untuk bisnes offline pula dengan memudahkan cara pembayaran, pelanggan akan lebih cenderung untuk membeli lebih.

Nak upsell & Crossell pon lebih mudah.

Untuk Bisnes Offline – Antara yang boleh ditambahbaik adalah:

  • Menerima bayaran tunai – seperti biasa
  • Menerima bayaran transfer online
  • Mempunyai sekurang-kurang 2 pilihan Akaun Bank – Untuk transfer online. (Maybank & Cimb contohnya)
  • Menerima pembayaran secara kad kredit dan debit + PayWave
  • Menerima bayaran secara GrabPay

Untuk Bisnes Online – Antara yang boleh ditambahbaik adalah:

  • Menerima bayaran secara COD – Barang sampai baru bayar.
  • Menerima bayaran secara kad kredit. Boleh guna:
    • Onpay
    • Senangpay
    • Paypal
    • Toyyibpay
  • Menerima bayaran secara GrabPay

  • Pelbagaikan Kemudahan Penghantaran

Untuk pelanggan yang berada jauh dari kawasan kita mungkin tidak menjadi isu sangat kerana terdapat banyak servis kurier yang ditawarkan.

Tapi bagaimana untuk pelanggan yang berada dalam radius 15-20km dari kawasan kita?

Adakah kita juga menggunakan perkhidmatan kurier macam biasa?

Tahukah anda, pelanggan yang berada dalam radius kita adalah pelanggan yang lebih mudah untuk menjadi Raving Customer.

Bagaimana?

Jawapannya adalah dengan menyediakan penghantaran segera, pantas & selamat.

Be Timely and Reliable: Fulfill customer orders quickly and ensure you ship your products on time. If you fall behind, keep customers updated about when their product will arrive. When you deliver on promises, you earn your customers’ trust and loyalty.

Anda boleh COD sendiri – tapi memenatkan dan anda banyak lagi kerja lain untuk dibuat

Anda boleh mengambil pekerja sendiri – tapi nanti overhead bisnes akan meningkat & mungkin bukan jalan terbaik untuk bisnes kecil.

Anda boleh upah rider freelancer – tapi kalau order banyak masuk tetiba rider tak boleh bagi komitmen pelanggan akan hamun.

Anda boleh guna perkhidmatan GRABEXPRESS!! –  Jimat lebih RM150 sebulan dengan melanggan pelan Super Sender dari GrabExpress pada harga RM3/bulan sahaja! #SuperSender #SuperFast #SuperAffordable

  • Mengenai Servis GrabExpress

Servis GrabExpress sangat sesuai untuk digunakan peniaga kecil yang inginkan perkhidmatan penghantaran yang efisyen tanpa perlu ada pekerja sendiri.

GrabExpress menawarkan penghantaran pada hari yang sama

  • Jadi pelanggan anda tidak perlu nak tunggu 3 hari baru barang sampai.
  • Kata pon express maksud pantas berbanding pakai kurier biasa.

Hanya Guna Apps yang sama – Grab app 

  • Klik je pada ‘Express’
  • Isi maklumat berkaitan
  • Pilih jenis servis dan sama ada kereta atau motosikal
  • Sahkan & Tempah

Nak Jimat? Boleh Buat Penghantaran Multi-Stop

  • Hantar beberapa tempat ‘drop-off point’ dengan satu penghantaran
  • Aturan yang paling optimal dari segi jarak penghantaran dan kos akan dicadangkan.

Maklumat lanjut mengenai Super Sender boleh layari GrabExpress-SuperSender

Cara Langgan GrabExpress Super Sender – Hanya 3 Langkah Mudah

  1. Buka EXPRESS dalam aplikasi Grab
  2. Klik Icon Super Sender
  3. Pilih Plan & Buat Pembayaran

4. Cara Nak Gunakan Voucher

 >> Jom Langgan Sekarang <<


Motivasi & Kebajikan Pekerja

Dalam kita mengejar naikkan sale dan kembangkan perniagaan kita, jangan sesekali kita lupa para pekerja yang sentiasa berada dengan kita untuk membantu syarikat berkembang.

Memang benar kita bayar gaji mereka tapi dalam Tuhan permudah dan permurahkan rezeki kita sebenarnya ada rezeki mereka.

Asbab dipermurahkan rezeki juga datangnya dari pekerja-pekerja kita.

Sentiasa memberikan motivasi kepada pekerja anda.

Motivasi terbaik kepada pekerja bukan kata-kata tapi habuan.

Hadiah atau wang imbuhan antara yang terbaik. Kecil atau besar itu soal lain.

Kebajikan pekerja jangan sesekali majikan abaikan.

Semoga cara naikkan sale dan cara memajukan perniagaan yang dikongsikan kali ini memberi manfaat walaupun hanya sepotong ayat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online