Ini Dia Cara Dropship Shopee Malaysia Yang Berjaya

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Cara Dropship Shopee ini bukan perkara baru sebenarnya. Semakin hari semakin ramai yang konsikan tips berniaga di shopee. Jadi seller semakin ramai.

Kami akan terangkan langkah demi langkah cara dropship shopee tanpa modal, tanpa produk, secara automatik & pembekal yang boleh dipercayai.

Apa menariknya menjual di shopee adalah di platform ini prospek sudah bersedia untuk membeli.

Yang tidak menariknya adalah terlalu ramai seller & persaingan sangat tinggi.

Cara Dropship Shopee
Carta alir Cara Dropship Shopee

1/ Mencari Pembekal

Terdapat pelbagai cara nak dapatkan pembekal, tetapi kami rasa ini adalah cara terbaik dan mudah untuk beginner bermula berniaga di shopee.

  • Peniaga Lain di Shopee

Ya. Memang ramai buat perkara ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari pembekal produk yang anda inginkan.

Seterusnya chat dengan mereka untuk bertanyakan sama ada menerima dropship atau tidak.

Jangan pula kita contact kepada penjual yang buat dropship juga.

Salah satu pembekal barang kepada dropshiper lain di shopee.

Cara nak buat carian[nama produk] + Dropship

  • Save Value 2u

Daftar Percuma – Save Value 2u menawarkan pendaftaran secara percuma kepada dropshipper. Boleh daftar disini.

Auto Shop Sync – Ini perkara menarik kerana produk dari website pembekal boleh di sync secara terus ke shop shopee kita.

Jadi akan jimat masa tidak perlu untuk upload satu persatu.

 

  • Dropship Murah

Daftar Percuma – Mempunyai konsep sama seperti savevalue2u, pendaftaran sebagai dropship adalah percuma. Daftar disini.

Auto Shop Sync – Dengan auto shop sync, kuantiti semasa stock juga akan dikemaskini secara automatik dengan fungsi ini.

Cara Dropship Shopee Auto Sync

 


2/ Pemilihan Produk

Penentu utama berjaya berniaga di shopee adalah produk.

Apa yang perlu kita buat kajian adalah mencari produk yang sedang mendapat permintaan tinggi dan kurang penjualan.

  • Guna Shopee Ads Keyword Tools

Fungsi yang diberikan oleh pihak shopee kepada seller untuk membuat kajian berapa carian pada sesuatu produk

*Pastikan upload dulu sekurang-kurangnya 1 produk.

  • Kaji Permintaan/Jumlah Carian – Menggunakan tools di shopee ni, kita boleh buat analisis jumlah carian sesuatu produk keyword.

Contoh:

Produk (longtail keyword) – baju baby boy newborn malam

Jumlah Carian di Shopee – 500 carian (contoh sahaja)

  • Kaji Jumlah Produk Listing – Buat search di shopee untuk membuat anggaran seller yang menggunakan keyword ini.

Cara dropship shopee produk kurang persaingan

1 page di shopee = 50 Produk

Jadi 50 x 3 Page = 150 Listing

  • Analisis Data > Kira Pesaingan Ratio – Jumlah carian/Jumlah Listing

500 carian/150 listing = 3.33 (ratio)

Ratio < 0.2 – nilai ratio bawah pada 0.2 – Persaingan tinggi (elakan jual)
Ratio 0.2 < 1 – nilai ratio diantara 0.2 hingga 1 – boleh dipertimbangkan
Ratio > 1 – nilai ratio lebih pada 3 – adalah terbaik – boleh jual.

Jadi, kita boleh buat listing menggunakan keyword yang mempunyai ratio lebih pada 1 untuk kurangkan persaingan.

INFO: Produk yang sama tidak menjadi masalah, janji kita membuat listing berdasarkan carian kata kunci pengguna di shopee.


3/ Buat Listing Produk

Nama Produk – tulis berdasarkan kata kunci carian yang kita analisis tadi

Produk Description – Pastikan original dan rewrite balik. Ini juga bagus untuk SEO

Gambar – Upload maksimum yang dibenarkan jika perlu & edit gambar bagi lain dengan seller lain.


4/ Teknik Pemasaran

Cara Dropship Shopee 2021

Tambah Follower – Cari kedai seller yang sama dengan kedai shopee kita, kemudian follow semua follower mereka.

Naikan Rating Produk Listing – Buat pembelian sendiri dengan guna akaun orang lain kemudian bagi rating 5 bintang.

Masukan Feedback Positif – Menggunakan kaedah yang sama seperti diatas, tinggalkan komen positif + with media.

Shopee Ads – Jangan sesekali kedekut untuk melabur dalam membuat pengiklanan.


5/ Tips Dari Seller Dropship Shopee

Tips ini kami kumpul dan membuat rumusan dari seller-seller shopee yang berjaya hanya menjadi dropshipper. Rujukan dari forum cari.

Kaji Produk Ikut Trend – orang membeli mengikut trend. Bukan hari-hari produk yang sama akan mendapat sambutan. Contohnya musim raya, maka barangan berkaitan raya akan naik. Jadi selalu aware dengan trend.

Bid Iklan Shopee – makin hot produk makin tinggi nilai bidding keyword. Jadi, kalau modal kecil jangan pilih produk atau keyword yang terlalu tinggi persaingan

Perlu Duit Rolling – walaupun namanya dropshipping tanpa modal, seller tetap kena ada duit rolling kerana bila pembeli buat pembelian, seller perlu buat bayaran dahulu kepada supplier.

Upload listing tapi tidak letak kategori – kalau tak listkan dalam kategori, barang tidak akan nampak dalam store.

Guna Semua tool marketing Shopee – Jangan malas nak godek dan cuba tools yang diberikan shopee kepada seller. Contohnya vouche, live stream & etc.

Tips Letak Gambar – Gambar produk yang sempurna adalah latar belakang kosong (background putih akan serlahkan produk)

Tips Gambar Pakaian – Masukan gambar bersama model untuk menarik perhatian pembeli.

Boost Now – Jangan abaikan tools ini. Fungsi ini diberikan percuma oleh shopee. Boost now boleh guna 5 produk setiap 4 jam. Jadi pilih untuk digunakan pada produk yang paling laris kedai kita jual.

Kelemahan Dropship Bukan Auto Sync – Masalah utama kalau buat dropship dengan supplier tak ada website atau tiada fungsi auto sync adalah status stok. Jadi, jenuh nak kena update selalu status stok. Kalau ada 20 list barang macam mana nak track?

Fokus 1 atau 2 Produk – Untuk beginner jangan terlalu ghairah nak sync terlalu banyak produk. Fokus 1 atau 2 produk dahulu dan dapatkan tune untuk dapatkan pembeli.

Mencabar – Tidak ada yang mudah, sebab persaingan tinggi jadi expect la cabaran nak dapatkan sale tu. Bukan semudah yang disangkakan.

Masalah Dropship Pakaian – Masalah selalu hadapi adalah stock mengikut sizing yang customer inginkan. Customer dah place order sekali sizing or color dah tak ada dari supplier.

Jangan Malas Kaji Produk – Key kejayaan adalah menjual produk yang mempunyai demand. Bukan tugas kita nak create demand baru sebagai dorpshipper.

Jangan Berangan – Lupakan hasrat hari ini buat listing esok terus dapat sale puluh-puluh. Itu realiti.

Kawan/Adik Beradik Perlu Tolong – Jangan nak create akaun sendiri banyak-banyak untuk buat rating dan komen produk. Mintak tolong orang terdekat untuk membuat pembeli sebenar dan berikan rating.

Jangan Tipu Harga Demi Promosi – Contohnya harga jualan sebelum ini Rm100, tetapi bulan depan shopee buat promosi jadi kita naikan harga barang kita kepada RM150. Bila promotion kita buat diskaun dan harga jadi Rm100 balik. SHOPEE AKAN DELETE Lisitng kau – menangis la bucu katil kalau rating dah tinggi.

Jangan Jual Yang Fake dan Hakcipta – Shopee dah pernah kena saman. Jadi produk fake dan hak intelek orang lain jangan jual. Kalau dah join dropship trusted supplier biasanya tidak menjadi masalah.


Nak buat bisnes online tanpa modal bukanlah semudah yang disangkakan. Tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil. Terus semangat.

Kongsi jika rasa bermanfaat, komen jika ingin membantu berikan tips dan tambah manfaat kepada orang lain.

You might also like
4 Comments
  1. masitah says

    terima kasih di atas perkongsi…semoga ini menjadi asbab ilmu terus mengalir…dan ganjaran yang terbaik buat tuan.

    1. Mazuki says

      Sama-sama puan… semoga dipermurahkan rezeki.

  2. Anonymous says

    Terima kasih bnyk2 cik atas nasihat, motivasi dan kata2 smgt dkt bwh tu, sgt menghargai

    1. Mazuki says

      Sama-sama Puan/Tuan,

      Semoga bisnes puan bertambah maju dan dipermurahkan rezeki…

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online