Cara Buat Video Menarik Untuk Youtube [Simple Workflow]

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Untuk berjaya buat duit di youtube, kita perlu mempunyai cara buat video yang mampu untuk menarik perhatian penonton.

Youtube adalah sebuah laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan perkongsian video dan tontonan video terbesar di dunia.

Menurut sumber statisca, Youtube direkodkan mempunyai kira-kira 1.8 Million pencarian yang dibuat pada setiap hari, berbanding dengan pencarian Google.

Malah, ia memegang tempat kedua dalam kedudukan laman sosial yang mempunyai pengguna terbanyak. Tempat pertama tidak lain tidak bukan adalah Facebook.

Tidak hairanlah pada zaman 2020 ini ia berpotensi memiliki pengguna yang lebih ramai lagi.

Atas beberapa faktor juga, Youtube menjadi tumpuan ramai dalam dunia hiburan, perniagaan, shopping dan lain-lain lagi. Memang banyak kegunaan Youtube ramai tak tahu.

Kegunaan Youtube Dalam Kehidupan Seharian Seseorang

  • Mempromosikan produk, filem, lagu, makanan atau perniagaan
  • Mengajar pelbagai jenis resepi masakan, kuih-muih dan pelbagai makanan
  • Mengajar sesuatu pelajaran sebagai pendidikan untuk pelajar dan pengguna
  • Berhibur dengan menonton lagu, muzik, drama tv, movie, game dan sebagainya
  • Menghiburkan anak-anak
  • Menonton berita, informasi umum dan mendapatkan pengetahuan am
  • Berkongsi video dengan masyarakat umum
  • Menjana pendapatan sampingan dan buat duit

Banyak lagi kelebihan menggunakan Youtube dalam kehidupan seharian, malah Youtube juga dijadikan platform sesebuah syarikat dalam mengembangkan perniagaannya.

Jelas, ia mempunyai kepentingan bagi setiap individu, pelajar, masyarakat serta organisasi yang besar meskipun Youtube hanya menumpukan kepada video.

Namun, pasti anda tertanya-tanya, apakah sebab Youtube menjadi tarikan terpenting bagi seluruh negara?

Selain kemudahan dan kegunaannya, Youtube memerlukan anda menampilkan video yang menarik untuk mendapatkan lebih ramai subcriber & viewer.


Ketahui Sebab Perlu Membuat Video Menarik Di Youtube

Ramai keliru dengan cara buat video untuk muat turun di Youtube, tetapi tanpa video yang menarik, video anda mungkin tidak memberi kesan kepada penonton.

Lebih teruk lagi, tidak mendatangkan faedah sedikit pun kepada anda kerana penonton berkurangan, tiada kesan dari video, maka anda akan gagal untuk buat duit dengan youtube.

Anda perlu mengetahui cara buat video menarik supaya video tersebut mencapai apa yang anda inginkan.

Antara sebab kenapa anda perlu menyediakan video terbaik dan menarik:

  • Mendapatkan video yang berkualiti tinggi
  • Menghiburkan atau mendidik penonton
  • Menawarkan kandungan berguna dan terbaik
  • Video dilihat cantik, kemas, elok dan sempurna
  • Menarik engagement atau mendapat tontonan ramai

Cara Buat Video Menarik Di Youtube

Video yang menarik sangat penting untuk menjayakan channel youtube yang kita bina.

Antara perkara yang penting dan selalu ditekankan oleh youtuber:

  • Pengcahayaan yang baik
  • Suara yang jelas
  • Editing video yang terusun

1. Rancang Plan Video Anda

Cara buat video menarik adalah dengan merancang perjalanan video anda dari awal sehingga akhir.

Untuk melaksanakan rancangan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu anda titik beratkan.

Antaranya adalah:

  • Kenali Target Sasaran Penonton Video Anda

Dengan mengenali target sasaran penonton, anda boleh mengaitkan kandungan dan topik video yang sesuai dengan mereka.

Anda perlu melakukan sedikit kajian dan memikirkan dari sudut pandangan penonton. Tentukan genre yang sesuai dengan setiap golongan penonton.

  • Rujuk Dari Video Youtube Lain

Lihat cara buat video daripada youtuber yang berpengalaman dan sama seperti apa yang anda lakukan.

Belajar daripada mereka namun jangan tiru apa yang mereka buat, sebaliknya anda fikirkan hal yang lebih unik untuk anda lakukan pada video anda.

Selain itu, anda boleh menambah kesan dalam video anda dengan cara membuat skrip yang unik, asli, penuh sense of humor, sound effect yang menghiburkan dan lain-lain lagi.

Semuanya haruslah berbeza dan lebih baik dengan video rujukan yang anda tonton daripada Youtuber lain.

  • Lakukan Kaji Selidik Untuk Kandungan Maklumat

Kandungan maklumat sesebuah video berkait rapat dengan tajuk.

Cara buat video menarik adalah dengan mencipta sebuah tajuk video yang selari dengan kandungannya.

Dari segi kandungan dan tajuk, anda boleh jadikan sesebuah topik itu lebih terperinci dan spesifik.

Sebagai contoh, topik anda adalah Cara Putihkan Wajah, anda boleh spesifikkan tajuk tersebut sebagai Cara Putihkan Wajah Secara Semulajadi.

Maklumat yang lebih secara terperinci lagi menampakkan anda seorang yang berpengetahuan luas dalam video tersebut.

Namun begitu, pastikan sumber yang anda gunakan sahih, takut-takut tersebar maklumat palsu pula!

  • Rancang Perjalanan Video Anda

Anda boleh merancang apakah yang perlu dilakukan pada awal video, pertengahan serta pengakhiran video tersebut.

Mungkin awal-awal sebelum video bermula, anda akan meminta penonton like dan subscribe chanel anda.

Fikirkan dahulu untuk mencantikkan lagi video anda.

2. Gunakan Peralatan Yang Tepat

Cara buat video menarik harus anda beri perhatian adalah dari segi penggunaan peralatan yang tepat.

Anda perlukan sebuah kamera lengkap dengan tripod untuk memudahkan kerja dan memberi kesan terbaik kepada video anda nanti.

  • Data Simpanan Video Dan Kemudahan Tripod

Pastikan kamera anda mempunyai simpanan data yang besar untuk menyimpan segala video yang anda rekodkan.

Tripod pula berfungsi untuk menetapkan kamera di satu tempat supaya video cantik, tidak bergerak atau bergoncang ketika penggambaran.

Ia akan menjadikan video anda profesional!

  • Pencahayaan Yang Sesuai Dan Terang

Merakam video dalam keadaan cahaya yang sesuai dan terang adalah cara buat video menarik penting untuk anda lakukan.

Salah satu cara untuk pastikan rakaman anda takkan terlihat gelap adalah dengan mengambil cahaya dari luar tingkap ruang anda.

Jika cahaya tidak cantik atau video gelap, ia kurang mendapat sambutan ramai.

Menurut ahli psikologi, akal fikiran manusia lebih cenderung untuk melihat hal-hal yang cantik, begitu juga dengan cahaya dalam video.

  • Penggunaan Mikrofon

Cara buat video menarik juga memerlukan penyampaian yang jelas.

Ia bergantung kepada audio dari mikrofon yang anda gunakan.

Jangan gunakan mikrofon dari telefon bimbit atau kamera begitu sahaja, tetapi gunalah mikrofon khas yang mempunyai kualiti tinggi.

Klipkan di bahagian baju anda untuk lebih selesa.

Bunyinya yang jelas dan berkualiti menjadikan video anda lebih profesional.

  • Penyediaan Latar Belakang

Jangan terkejut kepada video anda membosankan penonton, ia adalah kerana latar belakang yang tidak sesuai dan menarik.

Cukuplah anda menggunakan latar belakang yang kemas, bersih dan berada pada tempat yang septatutnya.

  • Aplikasi Tangkap Skrin

Video akan jadi lebih menarik sekiranya anda tahu aplikasi yang sesuai dan tepat untuk digunakan bagi teknik tangkap skrin.

Terutamanya jika anda membuat tutorial games, internet dan sebagainya yang memerlukan penonton melihat skrin anda.

Ini juga merupakan salah satu cara buat video menarik yang penuh dengan maklumat.

3. Sediakan Bahan-Bahan Keperluan Video Anda

Selain menyediakan peralatan buat video, pasti anda memerlukan beberapa bahan yang khasnya digunakan untuk keperluan video anda.

Sebagai contoh, jika anda mengajar kepada penonton, mungkin anda inginkan whiteboard ataupun menunjukkan bahan-bahan bacaan anda seperti buku dan lain-lain lagi.

Bagi vlogger yang review makanan, pasti akan sediakan makanan untuk ditunjukkan di video.

Pada dasarnya, hal ini tampak mudah tetapi ia juga memerlukan persiapan tambahan dengan menyediakan ruang untuk meletakkan bahan tersebut.

Tahukah anda, mempunyai props atau bahan untuk dikaitkan dengan isi kandungan video ini juga merupakan cara buat video menarik harus anda cuba.

4. Penglibatan Individu Vs Kumpulan

Sedar atau tidak, penglibatan seseorang individu atau berkumpulan turut memainkan peranan penting dalam membuat video anda lebih menarik.

Jika video tersebut memerlukan kemeriahan atau keunikan, apa kata anda tampilkan orang lain juga dalam video anda.

Ada juga yang sangat kreatif dengan menyamar sebagai orang lain sedangkan beliau merupakan orang yang sama!

Selalunya, video iklan, lakonan, parodi adalah antara video yang menggunakan penglibatan ramai iaitu kumpulan.

Untuk video personal, pembelajaran atau review produk, selalunya ia dilakukan oleh individu perseorangan.

Namun begitu, tidak salah jika anda berminat untuk merakam video secara individu sahaja.

5. Tepati Semua Aspek Dalam Merakam Video

Video terbaik dan menarik tidak membosankan para penonton sama sekali. Oleh itu, terdapat beberapa aspek rakaman video yang perlu diberi perhatian.

  • Berlatih Sambil Membetulkan Skrip

Selalunya, ramai orang bercakap secara spontan dan bersahaja di hadapan kamera.

Tetapi, skrip tidak semestinya berjalan lancar seperti apa yang kita rancangkan.

Oleh itu, pentingnya untuk berlatih dahulu kerana saat kita berlatih, kita akan membetulkan percakapan dan bercakap dengan lebih baik lagi pada masa rakaman sebenar.

  • Tempat Atau Kedudukan Yang Tepat

Cuba cari sisi atau sudut yang sesuai untuk kedudukan anda di dalam video. Sekiranya perlu menampakkan latar belakang yang disediakan, pastikan ia benar-benar masuk ke kamera anda.

  • Masukkan Rakaman Filem Tambahan

Perasan tak, dalam sesebuah video menarik, tak semestinya hanya ada orang yang bercakap sahaja.

Akan ada selingan video pendek seperti menunjukkan jalan, tempat menarik atau apa sahaja yang berkaitan dengan perkara yang anda lakukan.

Mungkin anda boleh menambah rakaman video tersebut dan edit.

  • Bercakap Dengan Jelas

Pastikan suara anda jelas, tidak ada bubbling, tidak terlalu bernada rendah. Anda harus bercakap dengan ceria dan yakin.

Cara buat video menarik ini penting kerana penyampaian adalah perkara utama yang penonton akan lihat.

  • Jemput Penonton Subscribe Dan Like

Ramai yang terlepas pandang akan hal ini.

Namun, hal kecil inilah yang akan membuatkan subscriber anda bertambah dan video anda menjadi cantik menarik.

Ia terlihat profesional dan bergaya.

6. Proses Edit Video

Bukan senang nak edit video, tapi saat itulah yang paling penting untuk kita cantikkan video sebelum muat naik di Youtube.

Terdapat beberapa cara untuk edit video dengan berkesan:

  • Gunakan Software Video Editing

Software video editing memainkan pelbagai peranan dalam membaiki video anda untuk kelihatan lebih baik lagi.

Antaranya ialah memotong video menjadi pendek, menjadikan video akan bergerak dengan perlahan atau laju, memasukkan lagu dan elemen-elemen lain serta banyak lagi.

Contoh Software Video Editing yang sering digunakan pada video biasa pula adalah Final Cut, Windows Movie Maker, Adobe Premiere dan juga iMovie.

  • Potong Video Bahagian Tak Penting

Sekiranya terdapat beberapa bahagian yang tidak penting ataupun bahagian yang terbiar lama dalam video anda, potong dan buang bahagian tersebut. Ia tidak akan membuang masa para penonton. Anda juga perlu menyusun potongan video yang anda mahukan mengikut susunan yang betul.

  • Tambah Kesan Animasi Atau Grafik

Cara buat video menarik juga adalah dengan menambah penggunaan animasi atau grafik mengikut kesesuaian bahagian video tersebut.

Tetapi awas, animasi yang berlebihan pula kadang-kadang menjadikan video anda tidak kemas.

Ia bergantung kepada keperluan kesan animasi tersebut di bahagian-bahagian video yang tertentu.

Untuk pengetahuan anda, antara contoh aplikasi yang membolehkan anda melakukan animasi sendiri dalam program adalah seperti Adobe After Effects atau Blender.

  • Tambahan Lagu Atau Muzik Pada Video

Lagu atau muzik menjadikan video anda menarik asalkan sesuai dan kena pada tempatnya.

Proses edit ini merupakan cara buat video menarik yang tidak boleh anda terlepas pandang.

Jika perlu, cubalah seberapa banyak muzik dahulu untuk memastikan yang benar-benar sesuai dengan video tersebut.

  • Tentukan Durasi Video Mengikut Keperluan

Video yang baik adalah video yang lengkap dengan isi pentingnya selaras dengan tajuk.

Oleh itu, durasi video pula perlu mengikut keperluan tempoh masa anda dalam membuat penyampaian kepada penonton.

Selalunya, video berkaitan pelajaran atau tutorial akan mengambil masa lebih dari 10 minit manakala video seperti parodi atau komedi pula akan berkisar dalam 30 saat sehingga 2 minit.

Semuanya bergantung kepada jenis-jenis video yang berbeza.

7. Contoh Video Flow Oleh Youtuber Terkenal

Saya selalu menonton channel-channel youtuber yang popular.

Jadi saya cuba folow flow mereka dan praktikan di channel saya. Rata-rata flow video mereka seperti berikut:

  • Teaser

Cara Buat VideoPada permulaan video mereka akan terangkan apa yang bakal penonton dapat hasil dari video berkenaan.

  • Channel Intro & Subscription Bell

Diikut kemudianya dengan channel intro masing-masing terus bersama bunyi loceng untuk penonton subscribe channel mereka.

  • Konten Utama

Kemudian baru mereka teruskan dengan konten utama. Bermula dari kata aluan hingga ke point-point penting yang mereka cuba sampaikan.

  • Outro

Sekali lagi untuk promosi channel, peringatan kepada subscriber untuk subscribe & promosi sosial media yang lain.

Video hasil dari flow yang saya kongsi diatas.

Semua servis yang saya nyatakan di atas boleh didapati hanya serendah $5-$10. Berikut antara yang pernah saya beli:

  1. Servis Video Intro & Outro – $10
  2. Servis Subscription Bell – $5
  3. Servis Buat Logo

8. Muat Naik Video Ke Youtube

Sebelum muat naik video ke Youtube, pastikan sambungan internet anda laju supaya tidak menjadi masalah teknikal kemudiannya.

Tidaklah anda terpaksa muat naik video tersebut berulang-ulang kali bukan?

  • Cipta Tajuk Video Menarik

Pastikan anda meletakkan keyword pada awal tajuk supaya penonton dapat melihatnya dengan jelas.

Tajuk tersebut haruslah menarik perhatian ramai dan penting sekali, tajuk tersebut adalah gambaran bagi apa yang penonton harapkan untuk isi kandungan video tersebut.

Jika ada nombor untuk siri atau episod, letakkan nombor tersebut di akhir tajuk. Selaraskannya.

  • Isi Penerangan Dan Bahagian Tag

Isi pada ruang penerangan yang diperlukan pada bawah tajuk video tersebut. Penerangan adalah maklumat ringkas berkaitan video anda.

Jangan lupa juga isikan bahagian tag yang disediakan.

Ia adalah kata kunci dimana akan muncul video anda sekiranya pencarian yang dibuat oleh penonton adalah berkaitan dengan kata kunci tersebut.

Paling penting sekali, minta subscriber anda subscribe serta kongsikan video-video menarik dari chanel anda ke laman sosial mereka.

Pada bahagian penerangan juga, anda boleh menjemput mereka untuk berkongsi video dan komen di bawah video.

  • Pilih Lakaran Gambar Tontonan

Perasan tak, terdapat ruangan lakaran gambar kecil (thumbnail) yang membolehkan anda memilih apa sahaja gambar dalam video anda untuk dijadikan gambar utama pada video anda.

Sebelum video ditonton, penonton akan melihat gambar tersebut di bahagian video.


Tips Setelah Muat Naik Video Di Youtube

  • Konsisten Muat Naik Video Pada Masa Tertentu

Selain mengikuti cara buat video menarik yang telah dikongsikan, anda perlu selaraskan pula masa yang sesuai untuk muat naik video.

Hal ini dapat memudahkan penonton anda dimana mereka pasti akan menanti-nanti video anda yang seterusnya.

Dengan konsisten muat naik video pada masa yang tertentu, sudah pasti penonton dapat mengandaikan bila masanya video seterusnya pula akan di muat naik.

Tambah-tambah lagi jika video tersebut penuh dengan episod dan memerlukan sambungan.

  • Peramah Dengan Para Komen

Jangan lupa, balas komen-komen mereka di video anda dengan mengucapkan terima kasih atau menjawab segala pertanyaan mereka.

Jadilah sebuah chanel yang peramah dan penuh informatif agar disukai ramai.

Itulah dia tips dan cara buat video menarik untuk Youtube boleh anda ikuti.

Bermula dari sebelum menghasilkan video, proses penghasilan video, proses edit video sehinggalah muat naik video di Youtube.

Cuba buat dahulu, lama-lama pasti akan lebih pakar. Semoga berjaya!


Kami harap anda telah dapat idea bagaimana untuk bermula dengan channel youtube anda. Bermula slow-slow tetapi konsisten adalah lebih penting untuk berjaya buat duit di internet.

Anda dah bermula buat video di youtube? Jika belum apa halangan utama anda sebenarnya?

You might also like
2 Comments
  1. Ishan says

    Ada buat service?

    1. Mazuki Mustaffa says

      servis untuk youtube ke?

      belum ada tuan… untuk online marketing ada la..

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online