Cara nak buat ebook cover 3D percuma tanpa menggunakan software yang canggih pun.
Semuanya kita boleh gunakan tools online yang percuma.
Terdapat juga perisian yang percuma boleh kita gunakan.
Ini kerana bukan semua orang padai nak guna adobe photoshop.
Jadi, mana-mana yang baru nak mula berkembang dalam bisnes online dan nak kongsikan ilmu dalam bentuk ebook, maka boleh cuba cara ini.
1. Gunakan canva.com
Register Akaun Percuma – di canva ada yang percuma dan ada yang berbayar.
Jadi tak menjadi masalah untuk kita buat ebook cover kita sendiri hanya menggunakan akaun percuma.
Pilih Create a Design > Book Cover – pada belah atas kanan, pilih create a design kemudian pilih book cover.
Disini terdapat template yang siap sedia untuk di edit.
Ada juga berbayar, tetapi cukup dengan memilih yang percuma.
Semuanya bergantung kepada kreativiti masing-masing untuk menjadikan ebook cover anda cantik dan menarik.
Cover 2D – Di canva, gambar yang akan dihasilkan hanyalah dalam bentuk 2D.
Download – Download terlebih dahulu gambar 2D yang telah kita hasilkan tadi di Canvas.
2. Guna Powerpoint
Sebenarnya ramai je yang tak tahu yang kita boleh buat ebook cover melalui Microsoft Powerpoint yang sememangnya dah ada dalam komputer masing-masing.
Boleh juga search dengan kata kunci “Cover” sahaja.
Nanti akan keluar juga cover lain seperti majalah.
Jadi boleh pilih mana berkenan kemudian edit balik mengikut kesukaan anda.
Save slide kepada format gambar .jpg atau .png.
3. Tukar Cover 2D kepada 3D
Langkah terakhir untuk buat ebook cover 3D percuma adalah menukarkan gambar 2D tadi kepada 3D.
Caranya mudah sahaja, hanya perlu layari website:
Ikuti sahaja langkah-langkah yang diberikan dan anda boleh download secara percuma gambar ebook 3D anda termasuk transparent background format .png
Cara Lain Untuk Buat Ebook Cover 3D Percuma
Mungkin cara yang dicadangkan diatas tidak cukup menarik perhatian anda untuk cuba.
Ok, mari kita tengok pula lain-lain software untuk buat cover ebook 3D.
Media Modifier
Seperti canva juga, tetapi mediamodifier boleh edit terus dalam bentuk 3D.
Jadi lebih mudah dan terdapat banyak template percuma juga.
Walaupun banyak design tapi bila download ada watermark. Boleh cuba dulu tengok macam mana.
3D Box Shot Maker
3D Box Shot maker adalah sebuah perisian percuma.
Anda perlu install terlebih dahulu dalam komputer anda sebelum boleh digunakan.
Boxshot Online
Hanya perlu upload gambar depan, belakang dan sisi kemudian terus render.
Jika ada cadangan dan mana-mana aplikasi yang pernah anda guna boleh kongsikan di ruangan komen.
Nanti kami akan kemaskini senarai ini untuk manfaat orang lain juga.