14 Tips Nak Mula Bisnes Online + 4 Idea Bisnes Online Terbukti Berkesan

Kami akan fokus membahas tentang Perniagaan Online atau Bisnes Online – dalam artikel ini kami tidak akan sentuh program-program yang boleh anda buat duit secara online.

Kami akan fokus kepada menjual produk/servis secara online dalam artikel kali ini.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 
PERHATIAN! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan berkenaan untuk anda miliki bisnes online sendiri.

4P Yang Perlu Kita Tahu Tentang Bisnes Online

Untuk bermula dengan bisnes online, 4 perkara asas ini perlu kita fahamkan. Tanpa adanya 4P ini, kita tidak akan mampu untuk berjaya dalam bisnes online.


1. PASARAN – Kenal Pasti Pasaran Anda

Kebanyakan orang yang baru bermula dengan bisnes online selalu membuat kesilapan untuk mencari produk terlebih dahulu.

Sedangkan apa yang perlu dahulukan untuk mencari PASARAN.

Untuk meningkatkan peluang anda berjaya dalam bisnes online atau perniagaan, anda perlu utamakan untuk mengkaji pasaran terlebih dahulu.

Tindakan yang terbaik adalah apabila kita dapat mencari sekumpulan atau komuniti yang sedang mencari penyelesaian kepada satu-satu masalah.

Tugas kita adalah untuk menyediakan produk yang mampu menyelesaikan masalah komuniti ini.

Untuk membuat survey kepada pasaran bisnes online, kita boleh sertai forum-forum atau group-group di facebook yang aktif.

Mungkin telah ada produk kepada masalah yang dicari tetapi kita boleh membuatkan produk kita lebih baik dari pesaing yang kita ada.

Pernah anda dengar cerita ini?:

Terdapat 2 orang usahawan pergi ke satu kawasan (Komuniti). Apabila tiba di  kawasan komuniti berkenaan, dilihat semua orang diperkampungan ini tidak memakai selipar atau sepatu.

Disini terdapat 2 perbezaan pendapat:

Usahawan A: Melihat situasi ini dengan peluang untuk menjual sepatu kerana belum ada pesaing yang menjualnya.

Usahawan B: Melihat situasi ini dari sudut tidak mampu menjual sepatu kerana budaya disini tidak memakai sepatu. Jadi mana mungkin untuk mampu menjual.

Cara Untuk Kaji Permintaaan Pasaran

Konsep asas dalam jualan adalah Demand & Supply. Terdapat permintaan maka akan ada penawaran untuk sesuatu.

Asasnya sama tidak kira bisnes online atau peniagaan offline.

Untuk memudahkan anda faham, kami bawakan satu contoh [Case Study].

 1. Kita join satu group di facebook ‘Kelab Diet Kalori Malaysia’

Ambil sedikit masa untuk fahamkan tentang kelakuan dan keiginan ahli-ahli group ini.

Mencari idea bisnes online

    • Mereka ingin kurus tanpa menggunakan ubat
    • Mereka mahu kurus dengan bersenam tetapi ada yang bekerja kekurangan masa
    • Mereka mahukan resepi untuk kurus dalam pemakanan harian

Hanya terdapat 2 perkara asas untuk kurus iaitu jaga pemakanan dan bersenam.

2. Bagaimana Permasalahan Mereka Menjadi Idea Kepada Produk?

Untuk yang hadapi masalah kekurangan masa kita boleh offer untuk produk:

    • Treadmill
    • Indoor Cycling Bike

3. Kajian Lebih Mendalam Dengan Google Trends

Trend bisnes online 2020

Seterusnya kita ke google trends untuk melihat permintaan dari segi carian keyword di google. Kita dapat lihat adalah carian atau minat berkenaan treadmill adalah lebih tinggi dari indoor cyling bike.

Jadi kita boleh fokus lebih kepada produk treadmill.

Untuk yang masih tercari-cari menu resepi sihat – jika anda pakar dalam bidang ini boleh keluarkan buku/ebook menu sihat.

Sememangnya buku resepi diet ini ada dipasaran Malaysia kerana mereka telah mengkaji akan permintaan ini.

Apa yang kami kongsikan disini adalah contoh sahaja untuk anda mendapatkan idea bagaimana untuk mengkaji permintaan pasaran berdasarkan pemasalahan orang lain.

Jual Penyelesaian! Kita menawarkan produk untuk menyelesaikan masalah orang lain.


2. PRODUK – Idea Mencari Pembekal Produk

Setiap produk mempunyai lokasi pembekal yang berlainan. Dulu kami pernah mempunyai pengalaman menjual baju kanak-kanak secara online.

Pembekal Malaysia Atas Talian

2 tempat utama yang kami akan cari adalah di laman facebook dan majalah.my

Borong online untuk bisnes online

Cari sebanyak mungkin senarai no pembekal dan hubungi terlebih dahulu mereka menerusi whatsapp ataupun call.

Pastikan benar-benar yakin sebelum membuat pembelian.

Lokasi Pembekal di Malaysia

Lain-lain lokasi yang popular dengan syurga pemborong di Malaysia:

  • Kuala Lumpur Kenanga Wholesale Center
  • GM Klang

Pembekal Luar Negara Atas Talian

  • ezbuy
  • aliexpress
  • shopee (International Seller)
  • taobao
  • alibaba
  • zenmarket

Lokasi Pembekal di Luar Negara

  • China
    • Guangzhou
  • Vietnam
    • Ben Thanh Market
    • Binh Tay
    • Dong Khoi Street
  • Indonesia
    • Jakarta
    • Bandung
  • Thailand
    • Bangkok

3. PLATFORM – Lokasi Bermula Perniagaan Online Anda

Apabila sudah sampai pada fasa ini, maknanya anda telahpun mempunyai produk untuk memulakan bisnes online anda.

Kita perlu ada 1 platform untuk memasarkan produk yang telah kita ingin jual.

Antara platform yang kita ada untuk menjual:

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter
  4. Lazada
  5. Shopee
  6. Mudah
  7. Lelong
  8. Forum Carigold
  9. Forum Cari
  10. Website sendiri

Kita disarankan untuk bermula dengan platform yang paling biasa kita sendiri gunakan dan mudah untuk proses menjual.

Sebagai permulaan, cukup untuk kita bermula dengan Facebook dan Instagram.

Platform popular perniagaan online

Daripada statistik diatas kita dapat lihat yang pengguna facebook ramai dikalangan berusia 18-34 tahun.

Jumlah penggunakan facebook pula seramai 25.3 Juta orang. Jadi boleh dikatakan lebih dari 50% rakyat Malaysia mempunyai facebook.

Berniaga online di instagram

Di instagram pula juga menunjukan statistik yang sama iaitu 18-34 tahun adalah paling ramai menggunakan instagram.

Namun, jumlah penggunanya hanya 11.06 juta orang.

Untuk permulaan, kita tidak perlu membuang masa untuk explore platform-platform lain.

Apabila berada pada fasa kestabilan dan ingin berkembang barulah kita ke platform yang lain.


4. PEMASARAN PENIAGAAN ONLINE – Teknik Mencari Pelanggan

Sekarang kita telah tentukan platform mana untuk bermula dengan bisnes online kita iaitu facebook dan instagram.

Kedua-dua platform ini mempunyai cara yang berbeza untuk melakukan pemasaran.

Bisnes Online Di Malaysia

  • Facebook Personal – disebabkan algorithm facebook telah berubah, personal profile adalah lebih baik berbanding dengan facebook page.

Anda boleh tambah rakan di facebook berdasarkan avatar pelanggan produk yang anda ingin jual.

  • Facebook Group – anda boleh bermula dengan menjual di group-group yang aktif. Untuk mendapatkan engagement yang tinggi posting dan gambar anda perlulah menarik.

Cara buat copywriting atau ayat iklan juga perlulah disusun dengan baik untuk memastikan produk kita mampu dijual.

  • Facebook Marketplace – secara default, facebook akan memaparkan iklan-iklan yang dihantar oleh penjual yang berada berdekatan dengan kita.

Jadi, bakal pelanggan yang melihat iklan anda juga berkemungkinan adalah disekitar radius yang lokasi anda.

Bakal pembeli boleh memilih berdasarkan kategori barang yang sedang mereka cari.

Jadi sebagai penjual, adalah penting untuk anda masukan kategori bersesuai dengan produk anda.

Kelebihan Facebook Marketplace:

    1. Memberikan lebih capaian kepada bakal pembeli secara percuma
    2. Bakal pembeli dapat berurusan secara terus ke Private Msg anda

Bagaimana Nak Tingkatkan Jualan di Facebook Markplace:

    1. Optimasi iklan anda dengan kata kunci yang sesuai pada tajuk dan penerangan produk
    2. Penerangan produk yang terperinci dengan info yang diperlukan
    3. Masukkan gambar yang menarik dan jelas. Upah jurufoto profesional jika perlu.

Instagram adalah platform yang berasaskan posting bergambar.

Jadi untuk membina sebuah profile untuk perniagaan anda di instagram, muat naik gambar-gambar yang menarik pastinya memberi kelebihan.

  • Instagram Business Profile – tukar terlebih dahulu profile instagram anda kepada mode business profile. Tidak perlu cipta akaun baru hanya perlu pergi ke Setting >> Account >> Switch to business Account

Selepas anda menukar kepada akaun bisnes, anda akan dapat akses kepada Instagram Insights

  • Tambah Follower – Apabila kita ingin menjadikan instagram sebagai platform bisnes online kita, follower yang kita kumpul perlulah yang berkualiti.

Kualiti disini adalah membawa maksud follower yang aktif dan lingkungan target kepada produk yang kita ingin jual. Tidak guna mempunyai puluhan ribu follower tetapi ‘fake’.

  • Beli Follower atau Beli Akaun – Ramai sebenarnya yang membeli follower untuk profil bisnes instagram pada permulaan untuk membina reputasi. Malah ada yang sanggup membeli akaun yang telahpun mempunyai ramai follower.

Jika akaun benar-benar baru, mungkin idea ini boleh diguna pakai untuk permulaan sahaja kemudiannya kita boleh teruskan aktiviti untuk tambah follower di instagram secara alami.

Jika mempunyai modal dan yakin dengan produk anda mampu dijual apa salahnya untuk anda mula melakukan iklan berbayar di instagram.

Untuk ulasan penuh berkenaan Strategi Pemasaran Online sila lihat artikel dibawah:



Perancangan Ke Depan Untuk Bisnes Online Anda

1 of 4

Pada peringkat awal bermula, kita akan try and error untuk aktiviti bisnes online kita.

Sampai satu masa kita akan berada kepada situasi untuk lebih serius dan ingin tingkatkan reputasi kita.

Kita perlu jadikan bisnes online kita sama seperti sebuah perniagaan yang ada diluar dunia digital.

Jadi langkah-langkah berikut kita perlu lakukan.


1. Daftar Perniagaan Dengan SSM

Banyak kelebihan apabila anda mendaftarkan perniagaan anda. Antaranya adalah dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada bisnes online kita.

Apabila anda ingin berkembang juga, anda mungkin ingin menjual barangan anda ke platform e-commerce yang lain seperti Lazada. Jadi, di anda perlukan lesen perniagaan apabila ingin memohon di Lazada.

Kos Pendaftaran SSM – Harga hanya RM30 untuk ‘Perniagaan Pemilikan Tunggal’ nama sendiri (seperti IC).

Manakala RM60 untuk Perniagaan Pemilikan Tunggal atau Perkongsian menggunakan nama tred.

Terdapat laman web untuk pendaftaran secara online tetapi anda masih perlu ke kaunter untuk membuat pengesahan cap jari.

Jadi sebaiknya terus ke kaunter SSM yang berdekatan untuk melakukan pendaftran.


2. Membuka Akaun Bank Perniagaan

Langkah seterusnya adalah untuk membuka akaun bank yang khas kepada perniagaan online anda.

Cop Syarikat – Untuk membuka akaun syarikat, anda memerlukan cop.

Boleh ke kedai cop mana-mana berdekatan anda dan maklumkan untuk tujuan membuka akaun bank.

Deposit – Untuk membuka akaun semasa untuk perniagaan anda, anda perlu menyediakan Rm2000 untuk deposit.

Anda akan diberikan buku cek sekali. Duit berkenaan boleh dikeluarkan semula selepas itu.


3. Membina Pasukan

Apabila berkembangnya perniagaan anda, sampai satu masa anda tidak lagi mampu untuk uruskan semua perkara dengan sendiri.

Tiba masanya untuk kita membina pasukan dan perkuatkan perniagaan dengan membuka peluang perniagaan online kepada orang juga.

Antara perkara yang kita boleh lakukan adalah:

  • Agen Droship – Ramai sebenarnya pemilik produk mencari agen untuk menjual secara dropship.

Apabila sampai suatu masa melihat kepada perkembangan bisnes online mereka, mencari agen adalah langkah yang bijak.

Namun, ilmu untuk menjaga agen-agen supaya dapat bergerak dengan baik adalah sangat penting.

  • Closing Team / Team Sale – Apabila kita scale up jualan kita bermakna kita akan melayan semakin ramai bakal pelanggan atau lead.

Semestinya kita sebagai pemilik bisnes tidak lagi mampu untuk melayan jumlah pertanyaan di whatsapp sepanjang masa.

Sebagai seorang BOS, ini bukan lagi tugasan utama anda. Anda hanya perlu fokuskan untuk kembangkan bisnes dan menjaga pekerja-pekerja anda.

  • Online Marketing Team – Bagaimana untuk mendapatkan bakal pelanggan yang tanpa had? Pastinya anda perlu lakukan pemasaran yang berbayar.

3 cara utama yang kami sarankan untuk anda bermula adalah:

    • Iklan Berbayar di Facebook
    • Iklan Berbayar di Instagram
    • Iklan Berbayar di Google

Untuk permulaan, anda boleh lakukan sendiri jika anda mahir tetapi adalah terbaik jika anda mampu membina team online marketing team anda sendiri.

  • Support Team – Pasukan sokongan mungkin boleh dikategorikan kepada pekerja-pekerja yang mengemaskini pembelian, pengeposan, pembungkusan dan lain-lain.

Tanpa pasukan sokongan juga anda tidak dapat melakukan kerja dengan lancar.

Perkhidmatan yang teruk akan menjejaskan reputasi dan akan memberi kesan jangka masa panjang kepada bisnes online anda.

 



Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes Online

Boleh dikatakan semua perniagaan yang ada hari ini boleh berkembang jika dapat melakukan pemasaran secara online yang betul.

Tidak semestinya bisnes yang menjual barangan dan di pos kepada pelanggan sahaja boleh dijual secara online.

Kebanyakan bisnes-bisnes yang memberi perkhidmatan juga kita sudah giat melakukan pemasaran secara online.

1. Produk/Perkhidmatan Berkualiti

Sentiasa membuat penambahbaikan kepada produk atau perkhidmatan anda dari masa ke masa.

Jika tidak mempunyai produk yang berkualiti, bisnes online anda tidak akan mampu untuk bertahan lama.

Malah, didunia maya ini info-info mudah disebar dengan cepat.

Jika mendapat aduan negatif adalah sesuatu yang menjadi pemusnah kepada bisnes online anda.

2. Simpan Database

Database seperti nombor telefon pelanggan adalah sangat penting untuk anda simpan.

Dalam pemasaran online nombor telefon pelanggan boleh digunakan pakai dalam banyak perkara.

Antaranya adalah untuk membuat pemasaran kembali menerusi facebook ads dan google ads.

Database prospek yang mungkin sebelum ini belum membeli dengan anda boleh kita folow-up.

3. Sentiasa Mengawasi Pesaing

Syarikat yang bagus adalah apabila mereka kenal pesaing mereka.

Anda perlu membuat kaji selidik akan pesaing anda. Kita perlu tahu kenapa pelanggan memilih mereka berbanding kita atau sebaliknya.

Dengan mengetahui perkara ini kita boleh membuat penambahbaikan atau kita mencuba dari dimensi lain berbanding pesaing kita.

4. Reputasi Jenama

Sentiasa alert akan perkembangan di internet berkenaan jenama anda. Kita tidak mahu jenama kita mendapat feedback buruk.

Jika mendapat feedback positif, ia boleh dijadikan sosial proof untuk meyakinkan pelanggan baru kita.

5. Penjenamaan

Pastikan anda sentias mendahului pesaing anda dalam mempromosikan jenama anda di internet.

Sebagai contoh:

  • Bina Website & Blog
  • Youtube Channel
  • Instagram Profile
  • Facebook Page

6. Konsisten

Hanya sedikit perniagaan yang mampu berjaya dan memberi pulangan keuntungan dalam masa yang singkat.

Ini adalah realiti dalam bisnes.

Jadi perlu fokus akan matlamat utama.

7. ‘Death Note

Sebagai seorang usahawan, anda sebenarnya perlu tentukan difasa mana jika kerugian berlaku untuk anda hentikan terus perniagaan anda itu.

Ini untuk mengelakan anda melakukan kerugian yang lebih besar.



Perniagaan adalah sesuatu yang berisiko. Melaburlah dalam ilmu untuk membantu perniagaan anda berkembang.

Pelaburan dalam ilmu adalah sangat diperlukan untuk memajukan perniagaan anda dan menguruskan risiko-risiko yang ada.

Anda juga boleh bermula untuk dengan mencari perniagaan online modal rendah untuk mengelakan risiko kerugian yang tinggi.


Idea Untuk Memulakan Bisnes Online

Idea perniagaan online dibawah ini memang sudah terbukti berkesan.

Ini kerana mereka telah melakukannya. Jika mereka telah berjaya ini membawa maksud bisnes ini mempunyai permintaan.

#4 Bisnes Makanan Delivery

Bisnes makanan COD ini sememangnya mendapat sambutan yang tinggi.

Lebih-lebih lagi pada musim PKP.

Tapi dalam bisnes makanan delivery ni kita bukan sahaja buat perkhidmatan penghantara tetapi kita nak fokus kepada menjual makanan kita sendiri.

Jadi, kita akan dapat maksimumkan keuntungan.

Kos operasi adalah sangat rendah kerana kita tidak memerlukan kedai untuk ‘production’, hanya buat di rumah.

Permulaan tak perlu nak mengimpikan tinggi gunung, cukup target untuk buat secara part time.

Target hasil jualan RM75-RM100 sehari. Kalu sebungkus RM5 baru 15-20 bungkus sehari.

Modal mungkin dalam Rm50 sahaja. Contohnya macam Brother ni jual spaghetti secara COD.

#3 Bisnes Dropship Antarabangsa

Kenapa nak main dropship antarabangsa sedangkan kita boleh bermain dropship tempatan?

Alasannya mudah:

  • Pasaran yang lebih besar
  • Produk yang lebih banyak
  • Boleh dropship terus barang dari China
  • Margin untung yang lebih besar

Kelemahan?

  • Perlu kuasai pemasaran online seperti Facebook Ads
  • Persaingan juga lebih hebat
  • Modal pengiklanan yang lebih besar diperlukan
  • Perlu ada kemahiran teknikan untuk setup kedai online
  • Terdapat platform yang mudahkan setup kedai online contoh Shopify

#2 Bisnes di Shopee

Bisnes di Shopee sebenarnya sama sahaja seperti menjual di platfotm marketplace yang lain.

Barang utama yang di jual di shopee adalah barangan fizikal.

Namun, buat masa ini kami lihat ada juga barang-barang digital di jual di shopee seperti software, ebook dan video-video panduan.

#1 Bisnes Makanan

Bisnes makanan yang menyediakan pakej bersama penghantaran antara yang mendapat sambutan.

Namun, anda perlu untuk mengkaji juga perniagaan makanan yang laris berdasarkan bakal pelanggan di kawasan anda.

You might also like
4 Comments
  1. Abm80 says

    tq for sharing

    1. Mazuki Mustaffa says

      terima kasih kembali kerana sudi membaca… 😉

  2. Aselawati Che Ab Adziz says

    Minat bisnes tp x tahu macamana. Nice sharing. Banyak kena belajar pasal bisnes ni.

    1. Mazuki Mustaffa says

      boleh cuba bermula dengan jadi dropship or closer (tukang jual)

      kalau join team yang aktif closing team xperlu nak pikir bab marketing sangat… guideline biasa company akan bg untuk buat closing….

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Download Ebook Ini Secara PERCUMA

Sertai komuniti pembaca setia kami, Kami akan hantar tips bisnes & duit online terus ke emel anda setiap minggu.

Download Ebook Ini Secara PERCUMA

You have Successfully Subscribed!