Nak Berniaga Dari Rumah? Ini 21 Idea Bisnes Dari Rumah

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. 

Bisnes dari rumah sudah lama popular secara dasarnya, tetapi benar-benar popular dilaksanakan sejak negara mengalami pandemik.

Tidak semua orang suka bekerja makan gaji atau erti mudahnya, bekerja dengan orang lain.

Mereka memilih untuk mula berniaga dari rumah sahaja bagi menjana pendapatan setiap bulan.

Selalunya golongan yang suka bekerja sendiri adalah wanita yang telah berumah tangga dan ingin menjaga anak di depan mata.

Mereka tak perlu mengambil khidmat pengasuh dan sebagainya,

namun akhirnya mereka sedar bahawa duduk di rumah sahaja membolehkan mereka mula berniaga.

Bukan sahaja golongan suri rumah,

tetapi juga mereka yang berminat untuk bekerja sendiri juga pasti akan memulakan bisnes dari rumah.

Tidak semua perniagaan itu terus bermula besar-besaran.

Daripada rumah juga,

seseorang itu mampu menjana pendapatan 3 angka sehinggalah bergelar jutawan!

Bagaimana Nak Mula Berniaga Dari Rumah?

Berniaga dari rumah nampak seperti mudah dan remeh, namun persediaan yang rapi haruslah dibuat.

Untuk memulakan perniagaan di rumah,

setkan dahulu matlamat anda kenapa perlu bekerja di rumah dan apakah big why anda untuk memulakannya?

Ia penting untuk menaikkan motivasi dan meningkatkan momentum anda bukan sahaja pada awal waktu berniaga,

tetapi sehinggalah perniagaan kian berkembang.

Sejurus itu, jom ikuti langkah demi langkah bagaimana nak mula bisnes dari rumah.

1. Wajib Jalani Ujian Ini

Buat ujian personaliti secara online di mana-mana laman sesawang percuma terlebih dahulu.

Ujian personaliti ini merupakan ujian minat dan bakat yang akan menguji anda apakah perkara yang anda minat dan cenderung untuk lakukan.

Kenapa perlunya jalani ujian personaliti sebelum mula berniaga?

Ia akan memudahkan anda untuk mengenal pasti apakah perniagaan yang sesuai untuk anda dan cara terbaik dari segi memasarkannya.

Sebagai contoh, sekiranya personaliti anda hebat dalam berkomunikasi,

ambillah peluang untuk memasarkan perniagaan anda secara live atau menghasilkan video youtube yang menarik.

Anda juga boleh mengambil agent secara online untuk pasarkannya.

2. Kenali Personali Anda

Setelah menjawab ujian personaliti dari segi minat dan bakat anda, kemungkinan anda sudah mengenal pasti apakah perniagaan yang sesuai anda lakukan.

Namun ia tidak cukup jika anda tidak tahu apakah sikap usahawan berjaya yang perlu ada dalam diri anda.

Terapkan dalam diri dan usahalah untuk menjadi usahawan terbaik walaupun berniaga dari rumah.

3. Mendapatkan Idea Dan Ilham

Idea penting untuk anda mula berniaga kerana anda sendiri akan buat keputusan apakah perniagaan yang akan dilakukan?

Bagaimanakah strategi pemasaran untuk anda yang berniaga di rumah?

Apakah proses yang perlu anda buat dari mula sehinggalah akhir?

3 Cara Dapatkan Idea Mula Bisnes Dari Rumah

  • Fikirkan hobi yang anda suka lakukan
  • Fikirkan kepakaran anda yang boleh membantu orang lain
  • Lihat apa peralatan atau bahan yang ada di rumah atau yang anda mampu dapatkan

Dengan melakukan 3 perkara tersebut, anda boleh kenal pasti apakah perniagaan yang sesuai anda lakukan bermula dari rumah.

4. Kenal Pasti Bakat Dan Kepakaran

Bakat dan kepakaran boleh dikaitkan dengan hobi.

Adakah kita mahir melakukan sesuatu yang kita suka atau tidak?

Adakalanya ia juga datang dari ilmu, apabila seseorang mempunyai ilmu atas sesuatu perkara, pastinya mereka mampu melakukannya.

Jadi, apakah kepakaran yang anda miliki sekarang? Menjahit, memasak, menyulam atau apa?

5. Perniagaan Yang Sesuai

Setelah mengetahui kepakaran dan idea anda, sila tentukan apakah perniagaan untuk anda mula dari rumah.

Sediakan bahan-bahan yang anda perlukan untuk berniaga.

Pastikan peralatan atau bahan yang diperlukan lengkap supaya ia tidak mengganggu proses operasi anda.

6. Persediaan Tempat / Lokasi Rumah

Bagaimana nak mula berniaga dari rumah jika tempat atau lokasi rumah tidak strategik dengan jenis bisnes yang anda ingin lakukan.

Pentingnya jika nak berniaga dari rumah juga, lokasi rumah dan keadaan rumah juga haruslah selesa.

Sebelum mulakan bisnes dari rumah, sebaiknya pastikan dahulu rumah anda sudah dikemas dan tidak ada gangguan.

Selepas itu, bolehlah buat persediaan lain dan mulakan.

Jika ingin berniaga makanan, pastikan dapur anda selesa untuk memasak dan tidak terlalu padat dengan barang.

Jika tak, buat persediaan tempat dahulu, kemas apa yang patut dan sediakan workstation yang selesa.

7. Ambil Kira Kos Yang Terlibat

Berniaga dari rumah juga adalah sama seperti anda berniaga di kedai.

Haruslah kenal pasti dan ambil tahu kos-kos yang terlibat.

Antaranya adalah bil elektrik dan air, gas untuk memasak, kos bahan untuk hasilkan produk anda dan lain-lain lagi.

Ambil tahu juga kos upah gaji untuk diri anda sendiri dalam berniaga.

8. Ketahui Permintaan Dan Keperluan Pelanggan

Dengan adanya barang jualan, pasti anda terfikir akan siapakah yang berminat untuk produk anda tersebut?

Jangan risau, kenali dahulu market atau permintaan pelanggan terhadap produk yang ingin anda jual.

Ya, sebenarnya kajian berkaitan permintaan serta keperluan pelanggan harus dibuat terlebih dahulu.

Semak dahulu produk apa yang mereka mahukan terutamanya mereka yang berada dekat dengan anda, satu daerah atau negeri.

Cara Semak Permintaan Pelanggan Terhadap Sesuatu Produk

  • Buka website https://trends.google.com/trends/?geo=US
  • Isikan jenis produk yang anda ingin lihat permintaannya, sebagai contoh, baju.
  • Kemudian, masukkan lokasi pasaran yang ingin anda lihat iaitu Malaysia.
  • Anda dapat melihat negeri tertinggi bagi pencarian baju di seluruh Malaysia.
  • Anda boleh kecilkan lagi negeri tersebut untuk melihat daerah yang paling banyak inginkan barang tersebut.
  • Sebagai contoh, Kelantan. Akan keluar dearah-daerah mengikut permintaan tertinggi.

Sistem google trend ini adalah berdasarkan enjin pencarian di google.

Kemudian pecahkan pula jenis baju yang ingin anda jual, anda boleh melihat permintaannya banyak mana.

Contoh: Baju kurung, baju kebaya, sari dan lain-lain lagi.

Begitu juga dengan produk lain.

Itulah salah satu cara untuk melihat dimana pelanggan anda berada dan kepada siapa sasaran produk anda.

9. Kenali Sasaran Yang Sesuai

Berniaga dari rumah juga memerlukan anda kenali siapakah sasaran anda yang sesuai.

Ia bergantung kepada jenis produk yang anda jual.

Buat senarai siapakah mereka dengan cara memikirkan kenapa mereka perlu gunakan produk yang anda jual.

10. Buat Perancangan Perniagaan Atau Kertas Kerja

Jangan cuma fikirkan sahaja, tetapi catit atau jadikan kertas kerja anda lengkap.

Walaupun bisnes dari rumah mahupun bisnes online, penting untuk mempunyai rancangan perniagaan atau kertas kerja.

Dengan cara ini, anda akan mempunyai panduan dan rujukan serta alternatif untuk membuatkan perniagaan anda berkembang maju kelak.

11. Kenali Persaingan Anda

Persaingan adalah sesuatu yang normal dalam perniagaan.

Tidak ada satu bisnes pun wujud tanpa ada pesaing. Ya, cuma Tenaga Nasional Berhad sahaja tidak ada pesaing!

Anda harus kenali persaingan anda untuk memulakan perniagaan.

Dengan mengenali saingan, anda boleh memperbaiki nilai produk anda dengan lebih baik lagi daripada mereka.

12. Fikirkan Cara Tambah Baik Nilai Perniagaan Anda

Bagaimana nak mula berniaga dari rumah jika kita tak faham tentang perniagaan kita sendiri!

Carilah kelebihan produk dan perniagaan kita atau unique selling point iaitu kelebihan produk kita atau sebab kenapa orang perlu beli dengan kita.

Gunakan cara ini, kita boleh perkenalkan perniagaan kita dan pastinya orang sekeliling akan ingat brand atau servis kita. Asalkan unik dan menarik, pasti menjadi.

13. Cari Model Bisnes

Model bisnes yang dimaksudkan di sini adalah contoh perniagaan lain yang boleh kita contohi atau ikuti.

Ketahui apa yang mereka jual, strategi marketing mereka dan cara mereka kendalikannya.

Model bisnes penting untuk kita bermula kerana kita perlukan contoh yang proven success walaupun berniaga dari rumah.

Kini, sudah ramai peniaga yang mula berniaga dari rumah telah berjaya dan kaya.


21 Bisnes Dari Rumah Dan Cara Pemasarannya

Ramai tertanya-tanya, apa bisnes yang sesuai untuk berniaga dari rumah. Jom kami kongsikan 21 perniagaan yang sesuai untuk anda dan cara pasarkannya.

Menjahit Tudung Dan Pakaian

Perniagaan yang sesuai untuk dilakukan di rumah adalah menjahit tudung dan pakaian.

Mengambil upah menjahit memerlukan anda mempunyai kepakaran menjahit,

sekiranya ia adalah hobi anda,

apa kata jadikannya sebagai sesuatu yang boleh anda berniaga dari rumah?

Jika tidak pandai menjahit,

anda boleh menghadiri kelas belajar menjahit yang terdekat dengan anda.

Jika sudah pakar dan pandai, bolehlah mula mengambil upah menjahit.

Anda boleh promosikan upah menjahit pakaian yang anda lakukan di group-group kejiranan dan juga secara online.

Menjual Kraftangan

Hobi membuat kraftangan juga boleh mendatangkan duit.

Terdapat banyak jenis kraftangan yang boleh dibuat seperti hiasan rumah, bakul, batik, tikar dan macam-macam lagi.

Dengan hanya berniaga dari rumah membuat kraftangan,

anda sudah boleh membina kedai kraftangan anda sendiri.

Daripada berjuta rakyat Malaysia, pastinya ramai yang sangat gemari kraftangan.

Produk kraftangan yang dibuat boleh anda pasarkan di mana-mana kedai atau syarikat yang berminat untuk mengeluarkannya.

Bermaksud, anda boleh jadi pihak operasi bagi kraftangan tersebut. Memang berbaloi.

Menjual Kerongsang

Modal yang sangat sedikit, hanya berbekalkan riben, gam dan pin, anda boleh menghasilkan kerongsang yang menarik.

Banyak teknik, pattern dan corak korangsang yang boleh dijual dari rumah secara online ataupun offline.

Kerongsang tersebut boleh anda letakkan di butik-butik tudung atau pakaian berdekatan anda.

Tawarkan mereka keuntungan 10% – 20% daripada harga jualan kerongsang tersebut. Menarik bukan?

Menghasilkan Lukisan

Para pelukis atau mereka yang suka melukis juga boleh berniaga dari rumah.

Hasil lukisan yang pelbagai boleh dijadikan produk utama untuk anda pasarkan kepada orang ramai.

Semuanya hanya bermula dari rumah dengan adanya kepakaran melukis dan minat.

Siapa kata lukisan tidak releven lagi untuk dijual, ramai pencinta seni dan karya di negara kita yang tercari-cari lukisan untuk menghias rumah!

Anda juga boleh bekerjasama dengan owner galeri untuk meletakkan lukisan anda di sana.

Jika tidak, juallah secara online buat para pencinta karya seni.

Menjual Dadih

Dadih adalah salah satu produk yang boleh anda mulakan untuk berniaga dari rumah.

Dengan hanya bermodalkan bawah RM 10 pun, anda sudah boleh mulakannya perniagaan dadih.

Ciptalah pelbagai perisa dan pilihan unik untuk menarik minat ramai orang dan menjadi lain dari yang lain.

Anda boleh pasarkan di sekolah-sekolah, kantin, kilang, pejabat, kiosk, kedai runcit dan banyak lagi.

Mudah kan?

Hanya duduk di rumah dan buat dadih sahaja.

Menjual Kek, Roti, Cupcake Dan Lain-Lain

Sekiranya kepakaran anda adalah dalam membuat kek atau baking, inilah masa yang tepat untuk berniaga dari rumah.

Buatlah kek, roti, cupcake, muffin atau lain-lain lagi yang anda tahu sebagai barang jualan anda.

Ia boleh dijual di group makanan delivery di facebook untuk kawasan yang terdekat dengan anda.

Anda juga boleh hasilkan kek untuk hari jadi serta cupcake untuk hantaran perkahwinan, kenduri kahwin dan juga dijadikan sebagai doorgift majlis.

Menjual Sandwich

Daripada kecil-kecilan, akhirnya bisnes akan menjadi besar-besaran.

Potensi bisnes sandwich pada hari ini tidak dapat dinafikan lagi.

Banyak jenis sandwich yang boleh kita hasilkan dan menepati citarasa semua.

Sebagai contoh, Garsa Kitchen yang merupakan perniagaan sandwich bermula dari rumah.

Mereka telah membuktikan bahawa seseorang itu boleh berjaya menjana 5 angka sahaja walaupun berniaga dari rumah.

Dengan hanya menjual secara delivery sahaja,

ia boleh berkembang ke satu kawasan ke satu kawasan yang lain.

Anda tak perlu fikir cara menghantar ke pelanggan, upah sahaja runner untuk lakukannya!

Menjual Makanan Delivery

Ibu-ibu pasti suka memasak di rumah.

Apatah lagi jika dipuji-puji masakannya sedap!

Peluang terbaik untuk kita mula berniaga dari rumah dengan hanya memasak.

Buatlah makanan delivery dengan hanya memasak dan menjual pada sekitar tempat tinggal anda.

Jika mempunyai masalah untuk menghantar makanan, jangan risau.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan runner untuk menghantar makanan terus kepada pelanggan anda.

Mudah kan?

Nak ramai pelanggan?

Anda boleh masak untuk kiosk pejabat atau kantin pejabat.

Jika mempunyai tempahan dari pejabat,

minta mereka promote kepada kawan yang lain serta kumpul order.

Pelanggan pasti tak lekang saban hari.

Berniaga Air Buah

Jus buah-buahan segar amat sukar didapati sekarang.

Kebanyakan jus buah yang dijual mempunyai campuran air yang banyak.

Jus buah segar bermaksud 100% bahannya adalah buah-buahan tersebut sahaja.

Mereka yang ingin amalkan pemakanan seimbang,

diet dan sebagainya pasti mencari-cari jus buah-buahan segar.

Anda boleh jadikan permintaan ini sebagai ruang dan peluang untuk berniaga dari rumah dengan menghasilkan air buah.

Pasarkan jus buah ketika berniaga di pasar malam, pasar tani ataupun letak di chiller restoran-restoran berdekatan.

Lebih mudah, anda boleh jual secara online sahaja.

Berniaga Pekasam

Menghasilkan pekasam juga mudah jika kita tahu cara membuatnya.

Hanya menjual pekasam sahaja, seseorang itu boleh mendapatkan keuntungan yang berbaloi.

Namun, anda perlulah mencari pembekal yang sesuai untuk memulakan bisnes ini.

Tidak mustahil hanya menjual pekasam dari rumah tidak boleh menjadi kaya.

Sebagai contoh, Pekasam berjenama Hakak Maneh telah berjaya mencipta jualan 1 juta setahun.

Hebatkan?

Semuanya berniaga dari rumah sahaja.

Caranya mudah sahaja untuk pasarkan pekasam.

Anda boleh cari ramai agent untuk membantu anda menjualnya,

komisen boleh diberikan sebanyak 10% kepada mereka.

Menganyam Tikar

Hobi menganyam tikar tidaklah rugi kerana anda boleh jual semua tikar-tikar yang telah dianyam tadi.

Pada mulanya, agak sukar untuk mengenal pasti kepada siapa perlu kita jual,

tetapi percayalah jika berniaga dari rumah,

jual pada jiran-jiran kawasan perumahan,

Pasti ada yang akan membelinya.

Gubah Hantaran Perkahwinan

Dengan kepakaran mencantikkan susunan barang hantaran sahaja,

anda juga pakar dalam menggubah barang hantaran perkahwinan atau pertunangan.

Mulakan dari rumah sahaja dan setkan masa untuk pelanggan anda mengambil gubahan hantaran anda.

Senang sahaja rupanya!

Buat 1 page facebook untuk kongsikan hasil gubahan hantaran perkahwinan yang anda buat.

Dari situ juga orang akan mengenali anda dan berminat untuk menjadi client anda.

Jual Barang Doorgift

Rupa-rupanya duduk rumah buka kotak dan masukkan barang doorgift pun boleh buat duit.

Ya, ini adalah salah satu idea berniaga dari rumah yang boleh anda buat.

Jual barang doorgift kepada bakal pengantin yang tercari-cari doorgift yang sesuai diberikan.

Fikirkan 1 jenis barang yang boleh anda jadikan doorgift, kemudian pasarkannya.

Contoh, jadikan sapu tangan atau gula-gula sebagai barang doorgift berjenama anda.

Untuk lebih menarik, jadikan ia lebih eksklusif atau premium.

Servis Translate Bahasa

Berniaga dari rumah secara online juga tidak mustahil.

Hanya dengan menggunakan kepakaran yang anda apa.

Sebagai contoh, anda mahir dalam translate bahasa,

itu juga boleh mendatangkan wang.

Duduk di rumah sambil melakukan kerja,

dapatkan client dari platform facebook, linked in, freelance.com dan lain-lain lagi adalah peluang besar anda.

Menternak Ayam

Menternak ayam dari kecil sehinggalah ayam besar,

kemudian jual ayam-ayam tersebut ke kilang ayam atau tempat proses ayam juga sangat menguntungkan.

Ia merupakan perniagaan yang sesuai untuk anda berniaga di rumah.

Hanya menternak ayam sahaja.

Kemudian, jadilah pembekal untuk ayam kedai runcit, pasaraya dan sebagainya.

Bisnes Ikan Guppy

Para peminat ikan guppy,

bisnes ikan guppy juga merupakan antara perniagaan yang telah dipelopori oleh budak muda zaman sekarang hanya dengan bermula dari rumah.

Bela ikan guppy dan berikan yang terbaik buat mereka.

Sampai pada masanya,

anda boleh menjual kepada orang lain pula.

Ramai peminat ikan guppy boleh anda cari di group facebook yang targeted.

Repair Dan Format Komputer / Laptop

Banyak orang yang kurang upaya mahir dalam bidang teknologi komputer.

Walaupun duduk dirumah atau atas kerusi roda, mereka mampu repair dan format komputer.

Ini juga adalah ruang dan peluang untuk anda menjalankan perniagaan ini.

Berniaga dari rumah juga mudah,

pelanggan datang hantar laptop kepada anda di rumah dan boleh mengambilnya semula.

Anda boleh jadikan servis ini sebagai servis 12 – 24 jam.

Pasti ramai yang memilih anda.

Design Gambar Dan Poster (Graphic)

Selain translate bahasa, melukis atau menulis,

kepakaran anda dalam bidang design grafik juga bukanlah sesuatu alasan untuk anda tidak bekerja dari rumah.

Berniaga dari rumah dengan menghasilkan gambar serta poster untuk client anda juga merupakan satu salah perniagaan yang memerlukan kepakaran.

Begitu juga dengan mencipta logo produk, perniagaan dan sesebuah organisasi.

Menjahit Manik

Ramai orang hanya tahu menjahit manik tetapi tidak tahu menjahit baju.

Tiada masalah,

menjahit manik juga membolehkan anda berniaga dari rumah.

Buat servis jahit manik,

labuci pada apa-apa pakaian, tudung, handsock dan macam-macam lagi mengikut keperluan orang ramai.

Anda tak perlu apa-apa modal melainkan manik-manik.

Bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi sangat berbaloi kerana setiap jenis manik boleh digunapakai untuk pelanggan yang ramai.

Ajar Kelas Mengaji

Sambil-sambil duduk di rumah,

mengajar kelas mengaji adalah idea untuk anda berniaga dari rumah.

Kelas mengaji di rumah terbuka untuk semua kanak-kanak dan dewasa membolehkan anda menjana pendapatan sampingan.

Yuran yang boleh anda kenakan haruslah setimpal dengan masa dan kualiti pembelajaran yang anda berikan.

Ada juga orang yang mengajar mengaji secara online dalam group wasap dengan cara webcam, video call dan lain-lain lagi.

Jaga Haiwan Peliharaan

Jaga haiwan peliharaan tidak susah.

Bagi pencinta haiwan,

anda boleh bina servis jaga haiwan di rumah untuk mereka yang ingin bercuti atau tidak ada orang boleh jaga haiwan peliharaan mereka.

Antara haiwan peliharaan boleh anda cuba adalah jaga sugar glider, kucing, burung, arnab, hamster dan banyak lagi.

Upah jagaan boleh diambil mengikut kiraan jam.

Berniaga Goreng Pisang Atau Keropok Lekor

Goreng pisang atau keropok lekor adalah kegemaran ramai apatah lagi untuk dimakan pada petang hari.

Anda boleh jual di hadapan rumah anda sahaja.

Jika sedap, pasti ramai yang akan bercerita pada jiran-jiran dan lama kelamaan pelanggan anda semakin ramai.

Berniaga Air Tebu Atau Kelapa

Sekiranya anda mempunyai pembekal bagi buah kelapa atau tebu,

apa salahnya berniaga dari rumah untuk air kelapa dan tebu.

Jika mahir, hasilkan coconut shake yang paling sedap dan berpotensi viral!

Produk Digital

Tahukah anda, terdapat berjuta-juta produk digital di dunia yang boleh anda pasarkan melalui internet.

Antaranya adalah ebook, pakaian, video pembelajaran dan lain-lain lagi, tiada masalah untuk anda pilih mana yang anda suka.

Anda boleh berniaga produk digital dari rumah secara online menggunakan facebook, instagram, blog dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi idea perniagaan dari rumah yang boleh anda cuba.

Pastikan anda benar-benar berminat dan tidak buat separuh jalan sahaja.

Buatlah tindakan pertama iaitu mengkaji produk yang ingin anda jual serta mengetahui apa persiapan yang perlu anda lakukan untuk berniaga dari rumah.



Jangan takut untuk bermula.

Setiap kejayaan haruslah disusuli dengan tindakan.

Pilih perniagaan anda dan terus bertindak. Semoga berjaya!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sertai Komuniti MazukiBlog

Dapatkan Ebook Idea Jana Pendapatan & Bisnes Online