Sebelum anda mula berniaga di Instagram, anda perlu selidiki dahulu apa barang yang laku di jual di Instagram.
Berjual barang di Instagram memang telah menjadi salah satu cara trend menjana pendapatan online.
Selain mudah untuk dimulakan, Instagram mempunyai potensi pasaran yang besar dan terus berkembang. Banyak pengusaha online di Instagram yang telah meraih kejayaan berjual di Instagram.
1. Fesyen wanita
Barang dari kategori fesyen wanita merupakan antara kategori barang paling popular dijual di instagram.
Elemen visual yang disediakan oleh instagram telah menjadi faktor utama mempengaruhi keputusan pembelian .
Selain itu, barang kategori dari fesyen wanita biasanya mudah untuk diurus oleh penjual.
Barang kategori ini tidak berat, saiz tidak besar dan mudah untuk dikirim kepada pembeli.
Berikut merupakan contoh barang bagi kategori fesyen wanita yang laku dijual di Instagram ialah;
- T-shirt dan dress
- Pakaian dalaman wanita dan seluar
- Aksesori fesyen seperti tudung
- Kasut
2. Fesyen Lelaki
Barang kategori fesyen lelaki juga turut tersenarai sebagai barang yang laku dijual di Instagram.
Fesyen lelaki jualannya laku disebabkan oleh beberapa faktor .
Salah satu faktornya adalah Instagram sebagai sumber inspirasi gaya.
Sama seperti fesyen wanita, faktor visual yang kuat di Instagram turut menjadi peranan penting dalam aktiviti jualan di Instagram.
Selain itu, fesyen lelaki laku kerana ia sejenis barang yang ringan dan harganya juga berpatutan.
Di samping itu, terdapat faktor lainnya yang mempengaruhi kadar laku pembelian pakaian lelaki.
contohnya, adalah karakter semulajadi para lelaki yang tidak suka berkeliaran di pusat membeli-belah atau pasar.
Beberapa jenis barang fesyen lelaki yang laku dijual di Instagram seperti;
- Kemeja dan batik
- Seluar Jeans
- Sportwear
- Jaket
- Kasut
3. Fesyen Kanak-Kanak
Bukan hanya fesyen orang dewasa sahaja, fesyen barangan kanak-kanak juga sangat laris jualannya di Instagram.
Fesyen kanak-kanak yang laris umumnya untuk budak umurnya 1 bulan hingga usia 5 tahun.
Pada usia tersebut anak sangat aktif dan sangat comel.
Oleh itu, banyak ibubapa yang suka beli macam-macam jenis jenama pakaian untuk anak mereka.
Sudah tentu pembelian online menjadi pilihan para ibu bapa.
Terutamanya para ibu bapa yang tidak dapat selalu keluar ke pasar dek anak masih terlalu kecil.
Berikut merupakan beberapa contoh fesyen baju dan seluar kanak-kanak yang laku dijual di Instagram ialah:
- Pakaian bayi jenama Hellobaby , Libb
- Baju dan seluar bayi seperti karakter Spiderman, Tobot, Upin ipin
- Uniform budak yang unik seperti baju juruterbang ,Baju Doktor
4. Kosmetik dan Kecantikan
Satu lagi kategori barang yang berkaitan dengan permintaan wanita ialah kosmetik dan produk perawatan kecantikan.
Produk kategori ini turut mendapat sambutan oleh warga instagram.
Malah, ia mempunyai turnover yang cukup tinggi dan berpotensi memiliki pembeli yang berulang.
Beberapa contoh produk kosmetik dan perawatan kecantikan yang laku dijual di Instagram seperti;
- Face wash
- Lipstik
- Ubat jerawat
- Produk anti aging
- Produk memutih wajah
5. Jam Tangan
Jam tangan merupakan salah satu aksesori yang paling banyak digunakan oleh kaum lelaki dan wanita.
Terdapat juga orang yang suka mengumpul bermacam jenis jam sebagai hobi.
Kebiasaannya, ahli perniagaan sanggup membeli jam berpuluh ribu ringgit semata untuk melengkapkan koleksi jam peribadi mereka.
Dengan keunikkan design yang pelbagai dan bermacam jenis warna membuatkannya nampak meriah.
Selain itu, Jam tangan dapat dijual dengan mudah kerana pengguna boleh membelinya mengikut ukuran bajet mereka sendiri.
Walaubagaimanapun, kecenderungan jam tangan yang mempunyai design yang cantik dan unik dapat dijual dengan lebih mudah di Instagram.
Contohnya seperti brand jam tangan Mike, Titan, Rolex.
6. Mainan Kanak-Kanak
Selain barang-barang fesyen, mainan dalam pelbagai jenis juga termasuk barang yang laris dijual di Instagram.
Beberapa contoh barang yang laku dijual di instagram kategori mainan ialah;
- Permainan bayi dan anak
- Mainan Education
- Model kit
- Action Figure
7. Beg
Beg juga mempunyai fungsi dan nilai yang sangat penting dalam aktiviti seharian.
Baik untuk memudahkan membawa barang yang diperlukan dalam kegiatan dan juga dapat melengkapkan gaya seseorang.
Tidak hairan jika beg juga termasuk sebagai salah satu barang yang laku dijual di Instagram.
8. Hadiah Unik
Instagram sering menjadi tempat untuk mencari pelbagai jenis inspirasi, mulai dari inspirasi gaya hidup, masakan, sukan, hingga pembangunan diri.
Tidak sedikit juga orang yang mencari idea -idea untuk hadiah dari Instagram.
Hadiah yang unik yang laku dijual di Instagram ialah seperti kraf tangan, jam tangan kustom, jaket kustom dan sebagainya.
9. Kelengkapan Rumah
Jika dulu semua orang membeli dan mencari pelbagai kelengkapan rumah seperti payung, peralatan makan, tempat makan, tempat minum dan sebagainya di pasar raya atau shopping mall .
Tetapi kini kerana adanya aplikasi seperti Instagram, semakin banyak orang membeli kelengkapan rumah melalui online.
Dengan perkembangan tersebut barang kelengkapan rumah kini menjadi salah satu barang yang laku dijual di Instagram.
Beberapa contoh barang kelengkapan rumah yang cukup laris dijual di Instagram adalah;
- Payung
- Sarung bantal
- Meja makan
- Bed cover
- Langsir
- Tempat simpan pakaian
- Kelengkapan makan dan sebagainya
- Televisyen
- Peralatan dapur seperti kuali, pinggan, cawan, sudu, mangkuk
Perlu dicatatkan bahawa di era internet pada masa kini, kelengkapan barang rumah yang baru dan sedang terhad cepat sekali muncul dan dicari oleh orang.
Untuk itu, alangkah baiknya jika anda selalu memperhatikan perkembangan terkini agar anda dapat mempunyai barang kelengkapan rumah yang sesuai dengan keperluan dapur di pasar.
10. Barang Preloved
Barang preloved atau second hand pada masa dulu sering diperkatakan barang yang tidak bagus dan kotor.
Namun pada masa kini populariti barang preloved telah meningkat pusat berkaitan dengan penggunaan sosial media seperti facebook dan Instagram untuk menjual barang-barang preloved.
Barang-barang preloved termasuk dalam kategori barang yang laku dijual di Instagram, terutamanya untuk barang-barang seperti;
- Beg tangan wanita
- Kasut wanita yang berjenama
- Jam tangan berjenama
- Perlengkapan bayi yang berjenama
- Kasut olahraga berjenama
- Barang-barang koleksi
11. Peralatan Elektronik
Peralatan Elektronik juga merupakan salah satu barang yang sangat laku dijual di Instagram.
Ini kerana peralatan elektronik yang dijual di Instagram selalunya banyak percuma aksesorinya.
Selain itu, harganya juga yang lebih murah dari harga kedai.
Di samping itu, penjual barang peralatan elektronik di instagram selalu menyediakan percuma penghantaran ke rumah pembeli bagi yang tinggal berdekatan atau sama kawasan dengan penjual .
Hal ini seterusnya menyebabkan peralatan elektronik semakin laris dijual di Instagram.
Beberapa contoh barang peralatan elektronik yang laku dijual di Instagram ialah;
- Handphone
- Komputer
- Notebook atau laptop
- Bluetooth speaker
Meskipun, anda telah menjumpai produk yang mempunyai kebarangkalian laris dijual di instagram, perkara asas dalam permasaran seperti menulis ayat iklan anda perlu kuasai juga.
Pastikan juga paparan instagram anda sentiasa kemas dan mesra kepada bakal pelanggan anda.