Contoh ayat iklan yang menarik pelanggan? Iklan semamangnya untuk bakal pelanggan, bukan untuk kita.
Kadang-kadang kita buat iklan syok sendiri mengikut apa yang kita suka, bukan yang pelanggan mahukan.
Jadi, adalah penting kita buat iklan yang menarik kepada pelanggan.
Nak tahu iklan yang jenis macam mana berkesan?
Jawapannya: kita perlu test dan test.
Tapi ada beberapa guideline yang boleh kita follow, untuk buat ayat iklan yang menarik ini.
Sebelum kami senaraikan contoh iklan yang menarik pelanggan,
Mari kita lihat satu per satu faktor yang mempengaruhi iklan yang mampu menarik perhatian pelanggan.
Faktor Penting Iklan Menarik Pelanggan
Iklan yang menarik bukan kita sebagai pengiklan yang nilai sebenarnya.
Ia dinilai oleh bakal pelanggan kepada produk yang kita nak jual.
Iklan menarik adalah iklan yang mampu TARIK PERHATIAN prospek untuk membaca info pada iklan kita.
Berikut adalah faktor penting untuk menghasilkan Ayat Iklan Yang Menarik:
-
Kenal Pasti Target Audience
Sebenarnya kita boleh fikir dengan logik akal.
Setiap lapisan umur mempunyai minat mereka yang tersendiri.
Setiap jantina berbeza mempunyai kecenderunan mereka yang berbeza.
Jadi, mesej dalam iklan kita juga perlu berbeza mengikut demographic.
Jadi, pastikan kita buat terlebih dahulu Product Knowledge & Customer Avatar produk yang ingin kita jual/iklankan.
Iklan tidak akan menjadi menarik bakal pelanggan jika kita sampaikan mesej iklan yang tidak kena dengan minat mereka.
-
Ads Creative
Apa itu Ads Creative (Kreatif Iklan)?
Kreatif iklan adalah visual yang kita sediakan kepada prospek untuk dilihat iaitu gambar atau video.
Jika kita buat iklan di Instagram dan Facebook, ads creative ni sangat penting untuk GRAB Attention prospek.
Bila iklan kita dah dapat perhatian prospek, mereka akan berhenti untuk scroll.
Jika mereka dah berhenti scroll dan memberi perhatian pada iklan kita, bermakna iklan kita sudah mampu menarik bakal pelanggan kita.
Editing video mungkin agak complicated untuk sesetengah orang, jadi boleh bermula dengan gambar sahaja.
Baca: Cara Buat Gambar Iklan Facebook Yang Berkesan
-
Headline
Perkara seterusnya prospek akan tengok adalah Headline.
Headline adalah baris ayat paling atas atau permulaan iklan.
Baris pertama iklan biasanya kita akan buat ayat berkonsep Headline.
Konsep ayat iklan yang menarik pada headline yang boleh kita buat adalah:
- UNIQUE – Headline Iklan yang Unik
- ULTRA SPECIFIC – Headline yang Lebih Spesifik
- URGENCY – Headline Iklan yang Memiliki Kesegeraan
- USEFUL – Headline yang Memiliki manfaat.
Boleh terus baca ulasan lanjut kami pada artikel: Contoh Copywriting Headline Menarik
-
Hook
Contohnya di facebook, tujuan hook adalah untuk membuatkan target kita perasan akan iklan kita.
Headline itu sendiri mungkin dah boleh jadi HOOK.
Sesuatu yang boleh membuatkan mereka beri perhatian kepada iklan kita.
Contoh:
- Penggunakan wanita yang cantik pada iklan untuk menyampaikan offer akan menjadi daya penarik kepada lelaki.
- Menggunakan jejaka korea dalam iklan.
Tak kisah apa cara sekalipon, tujuanya utama adalah Nak orang beri perhatian kepada iklan kita, sebelum dia baca mesej iklan kita.
Setiap bisnes atau produk ada hooknya tersendiri, ini perlu di test untuk mencari hook yang sesuai dengan produk kita.
Bina Ayat Iklan – Guna Konsep A.I.D.A
Konsep ini adalah asas dan bukan lagi perkara asing jika anda belajar tentang pemasaran.
Konsep asas ini digunakan untuk copywriting, video ads, web jualan & closing.
Attention
Jika dalam facebook ads, video & headline copywriting akan menjadi perkara pertama untuk mendapatkan perhatian audience.
Headline atau Ads Creative yang menarik akan membuatkan audience memberi tumpuan pada iklan kita.
Jika bosan, mereka akan abaikan.
Interest
Selepas Headline untuk mendapat Attention, seterusnya adalah Intro.
Pada Intro kita akan masukan elemen yang boleh menarik minat target audience kita.
Intro yang perlulah ada perkaitan dengan headline untuk menarik pelanggan kekal fokus kepada mesej iklan.
Desire
Seterusnya adalah objektif utama untuk kita sampaikan kepada bakal pelanggan.
Desire adalah apa tawaran kita yang mampu memenuhi keinginan prospek yang kita cari.
Tekan lebih kepada manfaat yang bakal pelanggan terima.
Terlalu menekan kepada ciri-ciri produk adalah kesilapan besar.
Action
Atau juga dikenali dengan CTA – Call To Action.
Perlu memberi arahan yang jelas kepada bakal pelanggan tekan dimana untuk meneruskan pembelian,
atau mendapatkan maklumat lanjut kepada produk yang ditawarkan.
Sila baca : Panduan Copywriting
4 Teknik Penulisan Iklan Menarik
Ada banyak teknik dan banyak cara nak buat copywriting tetapi 4 teknik yang saya kongsikan ini adalah teknik yang selalu saya pakai.
Dan ianya berkesan.
Jadi, tak perlu nak terlalu canggih jika anda baru bermula.
Sebabnya, dari iklan bukan orang terus beli.
Kita akan closing di whatsapp atau di sale page.
Iklan untuk kita menarik minat dan tingkatkan keinginan prospek kepada produk kita. Sebab itu, jangan buat iklan yang misleading.
Nanti susah nak close.
1. Teknik Masalah
Wujudnya sesuatu produk kerana wujudnya masalah atau keinginan.
Jadi, kita boleh menarik prospek dengan highlightkan akan masalah yang mereka hadapi pada headline.
Kemudian, pada intro boleh juga kita tambahkan lagi masalah-masalah lain yang mungkin berlaku.
kemudian barulah kita tekankan apa yang pelanggan akan dapat dengan produk/servis kita jual.
INGAT – sentiasa fokus kepada manfaat pelanggan terlebih dahulu.
Bukan kepada produk kita dahulu…
Teknik masalah biasanya kami gunakan apabila produk yang kami jalankan belum lagi mempunyai banyak testimonial.
Teknik Masalah juga banyak digunakan pada Fasa ToFu atau Awareness.
Contoh (iklan jeragat):
Headline:
Sudah 5 Tahun Hilang Keyakinan Diri Akibat Muka Berbintik-bintik Hitam
Intro:
- Tak ada motivasi di tempat kerja?
- Perlu pakai foundation tebal-tebal?
- Rasa down setiap kali tengok cermin?
Headline: Menekankan masalah yang tersembunyi (kesan kepada masalah) disebalik muka berbintik akibat jeragat iaitu hilang keyakinan diri.
Intro: Menekankan 3 kali berturut-turut akan masalah yang dihadapi prospek
2. Teknik USP
Setiap perniagaan pastinya ada persaingan.
Persaingan akan menjadikan bakal pembeli mempunyai lebih pilihan.
Buang harga atau menjual secara murah bukanlah satu USP.
Dan tindakan itu sangat berbahaya kepada syarikat.
Jadi pastikan buat product knowledge terlebih dahulu untuk mencari USP produk anda.
Copywriting Teknik USP boleh dilakukan pada Fasa Tofu.
Teknik ini juga sesuai dilakukan pada iklan retargeting.
Contoh Iklan Rawatan Jeragat:
Headline – USP: Tak Perlu Tunggu Bertahun, Lepas 7 Hari Sudah Nampak Jeragat Mula Gugur
Intro – Penerangan USP: Dengan menggunakan mesin laser xxxxx, jeragat berbintik boleh gugur hanya 7 hari selepas rawatan.
3. Teknik Testimonial
Teknik ini adalah teknik yang paling berkesan dan diminati oleh kebanyakan marketer.
Selepas kita menjual banyak produk kita, kita perlu follow up dengan pelanggan untuk mendapatkan feedback dan testimonial dari mereka.
Dapatkan testimonial sebanyak yang mungkin.
Pastikan testimonial juga betul-betul testimonial.
Ada elemen cerita masalah sebelum, dan perubahan selepas memakai produk yang kita jual.
Adanya elemen penceritaan dan transformasi kearah lebih baik dari sebelum ini.
Susah nak dapatkan testimoni ni sebenarnya kalau kita tak cari dan follow up.
4. Teknik Storytelling
Teknik copywriting story telah lama digunakan dan ia masih berkesan jika ia ditulis dengan baik.
Ada orang baca ke copywriting berbentuk cerita?
Orang berada di sosial media bukan untuk membeli belah pada asalnya.
Jadi, dengan Copywriting penceritaan, iklan kita nampak natural untuk orang baca tanpa terlalu nampak menjual.
Teknik story telling kadang-kadang berkait rapat dengan teknik testimonial.
Kita mengolah transformasi pelanggan kearah lebih baik dalam bentuk penceritaan.
Dalam penceritaan ditanamkan elemen-elemen emosi untuk trigger pembaca untuk trust & tingkatkan keinginan.
Jangan reka cerita. Kantoi terus hilang kepercayaan dari pembaca.
Contoh Ayat Iklan Yang Menarik
Ayat iklan yang menarik ini kami ambil terus dari facebook, berikut adalah kreteria yang kami tetapkan sebagai ‘menarik’
- Mempunyai komen yang banyak atau
- Iklan telah Run pada waktu yang lama
Kami menggunakan software khas untuk menentukan perkara ini.
1. Contoh Iklan Makanan
Pening fikir nak makan mana harini?? Kami bagi idea sikit..Apa kata hampa try menjamu selera di Warung Mercik Shah Alam… Macam macam menu ada! Nasi lauk campur, nasi serai, nasi beriani, mee rebus utara dan kacang pool..
Menu paling laku di Warung Mercik nasi kambing bakar.. Memang kambing bakar ramai org jual tapi Warung Mercik punya lain sikit sebab dicicah dgn air asam original resepi berkurun baq hang…
NASI LIDAH BAKAR
NASI AYAM BAKAR
BERIANI KAMBING
Dan byk lagi…….
Kalau rasa tak mau makan nasi serai, Warung Mercik juga ada Nasi Beriani Mercik Bag Hg dgn lauk Kuzi Kambing dan Kurma Kambing….. Beriani talam 2 KG boleh makan ramai. Nasi pihak warung buat free flow hampa makan sampai larat…
Hari biasa Warung Mercik ada nasi putih lauk campoq
Lokasi : No. 49, Jalan Keluli al7/al, Seksyen 7, Shah Alam
Warung Mercik juga buka di Kota Damansara
Menu Nasi Kambing bakar, Lidah Bakar, Daging Bakar, Sup kambing dan banyak lagi…
www.facebook.com/warungmercik
– cawangan kota damansara berhadapan dgn masjid kuning kota damansara
– ISNIN – SABTU 10.30 pagi – 10.00 malam
Cawangan Shah Alam
www.facebook.com/warungmercikshahalam
– No 49, Jalan Keluli al7/al, Seksyen 7, Shah Alam
– JUMAAT — AHAD 10.30 pagi – 10.30 malam
– SELASA – KHAMIS 10.30 pagi – 7.00 malam
– ISNIN CUTI
Jika perlukan contoh yang lebih banyak sila ke posting berikut:
>> 17 Ayat Promosi Makanan di Whatsapp
>> Contoh Iklan Facebook Kedai Makanan
2. Contoh Iklan Jawatan Kosong
JAWATAN KOSONG, CREATIVE DESIGNER
DESKRIPSI KERJA:
• Untuk membangunkan idea-idea dan konsep-konsep kreatif
• Untuk membuat konsep, reka bentuk dan menghasilkan karya seni kreatif, cth. evnet, reka bentuk roadshow, brosur, bunting, flyer, T-shirt, pingat, sijil, bahan iklan,korporat indentiti
• Fotografi
• Keeping up-to-date with trends
• Menghasilkan reka bentuk yang menarik dan berkesan untuk semua media
KEPERLUAN:
• Pengalaman reka bentuk grafik yang terbukti
• Memiliki bakat kreatif, keaslian dan rasa visual yang kuat
• Menunjukkan kemahiran reka bentuk grafik dengan portfolio yang kukuh Kemahiran dalam fotografi dan videografi
•willing to travel
• Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Sarjana Muda / Diploma Pasca Siswazah / Ijazah Profesional dalam Seni / Reka Bentuk / Multimedia Kreatif atau setaraf
• Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
• Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan diperlukan untuk kedudukan ini.
• Eksekutif Kanan yang lebih mahir dalam bidang Reka Bentuk Seni / Kreatif / Grafik atau setaraf
BERMINAT UNTUK MENYERTAI KAMI?
emailkan resume anda ke [email protected] atau
hubungi kami di +60391348887 ( Puan. Sue)
Kami ada buat posting lebih banyak contoh iklan jawatan kosong pada posting dibawah:
>> 9 Contoh Copywriting Iklan Jawatan Kosong
3. Contoh Iklan Produk Kecantikan
SHAMPOO INI BOLEH BUAT RAMBUT UOLLS JADI SEMPURNA 97X MCM IKLAN TV
.
.
.
RAMBUT KEMBANG, GUGUR , BOTAK DAH TAKDE
Suami pandang tak jemu … 😊😊😊
.
.
BOLEH GUNA 2 HARI 1 KALI, RAWATAN RAMBUT GUGUR & KEMBANG DARI RUMAH , PAKAI TUDUNG PUN BAU SAMPAI 48JAM
.
.
Set Rawatan Rambut Gugur
(3 Item dalam satu harga)
+ Shampoo Anti Hair Loss
+ Repair Hair Mask
+ Tonic
.
Set Rawatan Rambut Rosak
(3 Item dalam satu harga)
+ Shampoo Hair Perfect Repair
+ Repair Hair Mask
+ Argan Oil Serum
.
.
Sis xmasa nak cakap betapa khasiatnya semua untuk jenis rambut.
.
.
SESUAI UTK SEMUA JENIS RAMBUT
Minyak rambut nie boleh merawat
+ Rambut Rosak
+ Rambut Berbuah
+ Rambut Gugur
+ Rambut Kembang
+ Rambut Colour
+ Rambut Kering
+ Rambut Curl
+ Rambut kutu
+ Rambut Putus
+ Rambut Bercabang
+ Rambut Keras
+ Rambut Berbau
+ Rambut Gatal
+ Rambut Kelemumur
+ Rambut Kering
.
.
Semua boleh pakai
+Anak
+Budak kecik
+Suami & Isteri ya.
.
.
” Sis, set rawatan rambut gugur dah nak habis. saya pakai baru satu set dah rasa perubahanya yang amat ketara, anak2 rambut saya dah nampak, rambut semakin panjang , saya nk satu set lagi”
~ Anna , Pulau Pinang
.
.
” Macam tak percaya jer. Saya tak pakai apa2 selain Set rawatan rambut gugur ni. Kat botak tu Memang nampak hitam semua. Memang sangat berhasil laa sis, gila nak nangis 😭.
~ Puan Nazatul , kuala lumpur
.
.
” Sebelum ni saya dah habis ratusan ribu, untuk nak rambut tumbuh balik kat depan ni. Saya malu kawan ofis dah pakai sya Botak. Sis Rambut saya dah makin lebat dan sihat, takde laa lepas ni org panggil saya botak lagi. terima kasih sis”
~ Tuan Amru , Selangor
.
.
Setiap masalah rambut mesti ada penawarnya,setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.
.
.
Nak CUBA JAJJA HAIR CARE ni?
.
.
CUBA KOMEN ‘PM’ DIRUANGAN KOMEN DIBAWAH (VERY FAST RESPON)
.
.
PENGALAMAN BERBEZA….
PRODUK EKSLUSIF….
KUALITI TERSERLAH…
PENAMPILAN LEBIH YAKIN….
HASIL ON THE SPOT!💪💪💪
.
.
CUBA KOMEN ‘PM’ DIRUANGAN KOMEN DIBAWAH (VERY FAST RESPON)
.
.
Jangan TANGGUH2 dah,Saya nak bagi harga diskaun TERHAD 15 TERAWAL… Nak diskaun?
.
.
BERTINDAK SEKARANG!!
==================
.
☎️WHATSAPP ” SET ” KE 019-2929 800
☎️WHATSAPP ” SET ” KE 019-2929 800
☎️WHATSAPP ” SET ” KE 019-2929 800
.
..
ataupun terus tekan link di bawah
.
www.wasap.my/60192929800/set
www.wasap.my/60192929800/set
www.wasap.my/60192929800/set
=================
.
.
15 org TERAWAL akan nikmati diskaun sebanyak RM10.. Nak diskaun? Cube WhatsApp skrg..
.
.
CUBA KOMEN ‘PM’ DIRUANGAN KOMEN DIBAWAH (VERY FAST RESPON)
.
.
yang malas nak wassap minta tinggalkan no WASSAP anda di ruangan komen.. kami akan PM anda segera…
.
.
[yang WASSAP je dapat diskaun , Salam penuh KEJAYAAN dari JAJJA]
.
.
KOMEN PM KAT BAWAH
KOMEN PM KAT BAWAH
KOMEN PM KAT BAWAH TAU….!
4. Contoh Iklan Produk Kesihatan
#TERBARU! – 5 KESAN PALING PANTAS YANG BAKAL DIALAMI PARA #IBUMENYUSU SELEPAS MENGAMALKAN #MOEDER!
.
#PERTAMA – Susu bertambah pekat seawal 3-7 hari penggunaan.
.
#KEDUA – Susu bertambah banyak dalam fasa 3-14 hari.
.
#KETIGA – Si manja sudah tidak terjaga malam kerana lapar. Perut sudah kenyang dengan susu ibu. Alhamdulillah!
.
#KEEMPAT – Si Ibu mampu tidur lena dan bekerja di siang hari tanpa risau anak di rumah atau di rumah pengasuh kekurangan susu sebab stok SUSU melimpah-limpah.
.
#KELIMA – Paling Best! RASA sangat-sangat SEDAP ibarat nestum atau teh tarik.
.
Ini antara 5 kesan paling pantas yang dialami oleh para penguna MOEDER hasil survey yang kami jalankan kepada hampir 80 orang ibu.
.
====
Soalan Famous Mommies..
====
.
1) Siapa yang sesuai minum MOEDER ni?
– Ibu yang tengah mgndung 4 bulan dan keatas (Meningkatkan tenaga dan membantu pembentukan si manja dengan antibdy yang cukup)
– Ibu yang baru first time nak melahirkan cahaya mata. (Kerap berlaku susu tak keluar sebab kurang pengalaman)
– Ibu yang sedang mgndung dan pada masa sama menyusu anak. (Ini biasa susu akan surut sebab anak di dalam kandungan memerlukan susu juga.)
.
2) Apa rasa dan berapa lama kesan?
– Rasa SANGAT SEDAP. Orang tak suka susu insya-Allah akan suka.
– Kesan seawal 3-14 hari penggunaan.
.
3) Ada kesan sampingan?
.
– Setakat ini tiada kesan sampingan daripada pengguna MOEDER melainkan anak tidur nyenyak sebab kenyang susu, ibu HAPPY, dan susu melimpah sehingga basah baju.
.
Nak dapatkan khidmat nasihat dahulu atau ingin terus order?
.
Klik link ini–> https://api.whatsapp.com/send?phone=60192337006…
.
(Mommy akan dibawa ke wassap Konsultan Moeder dalam masa 3-7 saat selepas klik link tersebut. Jika tidak boleh, klik link itu semula untuk akses dengan lebih pantas)
.
Disclaimer: Produk ini tidak memberi kesan sama pada semua orang. Apa yang penting sebagai ibu adalah berusaha untuk membantu dengan sehabis baik.
.
“Sekali cuba, Insya-Allah, PUAS hati!”
5. Contoh Iklan Produk Penjagaan Kereta
“Kerete saya cat dah pudar teruk…Bujet x cukup nk cat kerete…”
.
Nak kereta berkilat tanpa perlu cat baru?
.
Kelebihan #PolishMaster:
1. Kilatkan kereta baru & lama
2. Kembalikan seri warna dah kusam
3. Hilangkan calar bergesel & manja
Tak perlu hantar bengkel, hanya touch-up sendiri kat rumah, akak2 pun boleh buat sendri. Tak perlu mesin
.
Anda hanya perlu klik link dibawah utk details & harga
.
Klik sini 👉 https://www.kilatdancalar.com/
6. Contoh Iklan Homestay
Wahh… jom bercuti🏝🏖🏝 booking dahulu cuti kemudian🤩🤩promosi set makan tengahari percuma kembali lagi🎊🎉
Bercuti sambil berjimat🤗🤗
Apa lagi….tempahlah sekarang sebelum penuh
✅Kami akan memastikan kebersihan dan keselesaan tetamu di utamakan🙏🙏
❇💯 muslim frindly☪️☪️
❇😋sarapan percuma🥞🥘🍲
❇😋set makan tengahari🥣🥗🥘
❇💯 tiada was was🤗🤗
❇🥳💝promosi harga 1 bilik😃
❇💝🥳promosi harga 2 bilik😃
❇🤑menjimatkan wang dan masa anda😃
❇😃real pool view🤽♂️🏊♂️🏊♀️🤽♀️
*Ciri² Homestay*
🏙 Balcony Poolview and klebang view
🛌🏻 3 Bilik
🚽 2 Tandas
💳 Guna Access kad
📱Wifi berkelajuan tinggi
🚘 *2 PARKING LOT* sahaja
*Kelengkapan Homestay*
🛋 Sofa Ruang Tamu
🚿 Build in Water Heater
🛏 3 Katil Queen
❄ Fully Aircond
🌬 Kipas
📺 TV
👚 Iron & Iron Board
🍽 Meja Makan 8 kerusi
🌠 Meja dan Kerusi Balkoni
*Dapur Yang Lengkap*
🎛 Microwave
📦 Peti Sejuk
♨ Multi Cooker
🍚 Periuk Nasi
⚗ Pemanas air
🍴 Set Pisau, sudu & garfu
🍶 Jug air dan cawan
🍵 Set pinggan & mangkuk
🧂 Gula
☕ Sachet 3 in 1
*Toiletries & Others*
🧣 6 helai tuala
🧴 Sabun Mandi
🙇🏻 Sejadah
🧕🏻 Telekung
*Facilities PERCUMA* 🥳
🏊🏻Kolam mandi infinity
👶🏻 Mini Waterpark untuk kanak-kanak
🧘♂ Sauna
🏋🏻♂ Gym
🎡 Playground
🏓 Games room
⛹ Basketball Court
📚 Study room
🍢 BBQ area
🏃🏻 Jogging track
🤼♂ Outdoor Exercise Equipment
👮🏻 24/7 security
*Syarat dan Peraturan*
❗ Tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan
❗ Merokok di balkoni sahaja
👇👇👇👇
✅www.wasap.my/60126389994
👇👇👇👇
Atau online booking
👇👇👇👇👇👇
http://www.booking.com/Share-oqd4tj
👇👇👇👇👇👇
airbnb.com/h/impianraudahexecutive
👇👇👇👇👇👇
airbnb.com/h/impianraudahpoolviewlvl5
👇👇👇👇👇👇
airbnb.com/h/impianraudahpoolviewlvl6a
👇👇👇👇👇👇
airbnb.com/h/impianraudahpoolviewlvl6b
7. Contoh Iklan Jual Rumah Siap
RUMAH UNTUK DIJUAL – JITRA
.
Teres Taman Cermai, RM268k sahaja
1 Tingkat, Auto Gate & Fully Renovated
.
Berbaloi dengan harga.
Rumah fully renovated.
.
Dekat dengan tol.
Dekat dengan bandar.
Dekat dengan sekolah.
.
Kawasan bebas banjir.
.
Sangat sesuai untuk keluarga dengan anak 1-4 orang.
–
Bathroom: 2
Other Info: Non Bumi Lot
Price: 268000 RM
Property Type: Single storey
Bedrooms: 3
Size: 1540 sq.ft.
Area: Jitra
Title type: Freehold
.
.
Description:
Sebuah rumah teres satu tingkat untuk dijual di Taman cermai Jitra Kedah.
lokasi yang strategik. Tempat letak kereta dapat memuatkan 2 buah kereta.
.
Info status
-Non-bumi Lot
-Freehold
.
Spesifikasi
– 1 Master Bedroom + 2 bilik tidur
-2 bilik air
-Kabinet dapur
-lantai semua mozek
-Ada ruang laundry
-Pintu Pagar Autogate ( Stainless Steel )
– Rumah dah full renovation telah di tambah belakang untuk dapur
.
Fasiliti Berdekatan
-Berdekatan dengan Surau ( hanya beberapa minit sahaja jalan kaki ke surau
Taman Cermai )
-Mini market
-Kedai makan
.
Kemudahan Berdekatan
.
-Masjid Sharifah Fatimah ( Masjid yang aktif di Jitra) 7 minit
-Politeknik Sultan Abdul Halim Jitra, 12 minit
-MRSM Kubang Pasu, 10 minit
-Tesco Jitra, 10 minit
-Hospital, 6 Minit
-UUM, 30 minit
-Fantasia Aqua Park Jitra, 10 Minit
-Tasik Darulaman, 10 Minit
-Berdekatan dengan sekolah seperti Sk Sultan Ahmad Tajudin( Sekolah
Berprestasi Tinggi ), SMK Mahawangsa, SMK Jitra, SMK Paya Kemunting dll.
– Berdekatan dengan highway Plus
.
Lokasi yang Strategik
-Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ( 15 minit )
-Pekan Jitra ( 5 minit )
-Bandar Alor setar ( 25 minit )
-Changlun ( 20 minit )
.
suasana kejiranan yang baik, jiran kiri kanan Melayu.
Sekiranya berminat boleh call : 0192334747 ( Zalani- Owner )
.
Atau, whatsapp owner terus di : https://www.wasap.my/…/EnZalani-Saya-berminat-dengan…
.
Boleh datang untuk tengok rumah (Jumaat/Sabtu), Insyaallah harga boleh runding lagi.
8. Contoh Iklan Tudung
EH TUNGGU2 !! MEH LA TENGOK KOLEKSI TUDUNG LABUH ZINNIRAH YANG CANTIK, ANGGUN & EKSKLUSIF NI..
Sekarang ada PROMOSI KOMBO HEBAT BELI 3 HELAI FREE POSTAGE tau…
.
Harga memang MURAH HABIS…Mana nak cari tudung labuh, kualiti tip top tapi harga MAMPU MILIK?? Ni la masanya nak beri hadiah pada mak dan mak mertua ye tak??
.
============
Detail Tudung
============
❤ Material Chiffon Gorgette High Quality.
>> Kain yang lembut, sejuk dan sangat selesa dipakai.
❤ Awning Scuba Gred A++
>> Dijahit bertulang terletak cantik di wajah dan buat muka tampak bujur.
❤ Bidang 55 inci.
>> Labuh yang boleh dipakai pelbagai gaya dan yang paling penting patuh syariah.
❤ Terdapat 30 corak custom made yang eksklusif dan terkini.
.
STOK SANGAT2 TERHAD !!!
.
Berminat boleh cepat2 whatsapp kami ye:-
www.wasap.my/60187882694/Salam+Nak+Tudung+Zinnirah
www.wasap.my/60187882694/Salam+Nak+Tudung+Zinnirah
www.wasap.my/60187882694/Salam+Nak+Tudung+Zinnirah
.
9. Contoh Iklan Panduan Bahasa Inggeris
KENA GUNA ENGLISH MASA KERJA TAPI RASA SUSAH NAK BERCAKAP?
Ayat simple pun susah nak cakap, kat rumah jrg guna, Kadang2 tau apa nak cakap, tapi tak terkeluar. Sampai terpaksa senyap dlm meeting dan gelabah depan client.
Cuba baiki dengan video panduan 50 frasa English ni. RM10 je.
Klik kat “Learn More”
10. Contoh Iklan Rumput Tiruan/Karpet
Karpet Rumput sintetik MURAH! MURAH! MURAH! dari RM3 sahaja!!
Kepuasan harga dan kualiti dijamin!! Bandingkan harga kami!
CALL 01110880507 / 0333737553
Free Consultation & Quotations!!
JUST DROP US A COMMENT!
GREAT DAY FOLKS 🙂
#GOGREEN
Selepas anda dah paham asas-asas nak buat copywriting iklan, baru boleh anda nak beli template iklan yang ada dipasaran.
Jika tidak, anda tidak akan paham macam mana nak edit pada bahagian yang patut pada template berkenaan.
Keberkesaan adalah rendah jika kita copy & paste 100% dari template iklan.
Software Buat Ayat Iklan Bahasa Melayu
- Dah buat produk knowledge
- Dah ada Customer Avatar
- Dah faham nak buat copywriting
- Tapi kurang masa, dan penat nak ejas selalu ayat iklan
Setiap iklan akan mengalami fasa ads fatique iaitu orang dah bosan tengok iklan sama dan tidak memberi respon.
Jadi, nak jimat masa kita boleh pakai Software Buat Copywriting Versi Bahasa Melayu Ini.
Hanya ambil 5-10 minit sekali tekan 10 iklan terus keluar.
Tontoh Video Tutorialnya Disini